Rabu, 4 Julai 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Fitnah Pukul Staf: Berani MCA Ulangi Dakwaan di Luar Dewan Undangan Negeri?

Posted: 04 Jul 2012 03:00 AM PDT

 
[HD] GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  mencabar pemimpin MCA Melaka membuat dakwaan terhadap beliau di luar dewan untuk membolehkan tindakan mahkamah diambil.

Beliau juga mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengarahkan MCA untuk mengulangi fitnah palsu mereka di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Ia berkaitan dengan dakwaan Adun MCA kononnya isteri beliau menyerang bekas kakitangan pejabatnya kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Setiausaha Agung DAP itu.

Dakwaan itu dibuat dalam sidang DUN Melaka baru-baru ini.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya mengenai cubaan membunuh karektor peribadi yang dilakukan bukan sahaja terhadap diri saya tetapi juga terhadap isteri dan anak-anak saya oleh BN dan MCA.

"Jelas BN mengamalkan politik kotor dengan cuba menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokratik bahkan menyerang ahli-ahli keluarga yang tidak bersalah," kata Lim Guan Eng.

Sebelum ini anak beliau yang berumur 15 tahun, yang masih di bawah umur, dituduh melakukan pencabulan seksual terhadap rakan wanita sekelasnya oleh laman web UMNO, iaitu UMNO Online serta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan blog-blog pro-UMNO.

Gambar wanita yang kononnya menjadi mangsa anak beliau tersiar di internet.

Mangsa wanita yang dikatakan itu, kata Guan Eng, telah dikenal pasti sebagai Anya Corke, juara catur dari Hong Kong yang tidak pernah langsung bertemu beliau dan anaknya.

"Umno Online atau Khairy Jamaludin tidak pernah meminta maaf atas pembohongan mereka dan tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas laporan polis yang difailkan oleh saya.

"Sebaliknya, tindakan segera diambil hanya apabila terdapat kempen yang memburuk-burukkan pemimpin BN," tempelak Guan Eng marah.

Setelah gagal untuk menghancurkan hidup anak beliau dan gagal untuk menjejaskannya, Guan Eng berkata, jentera media BN kini telah melaksanakan satu lagi kempen keji, kali ini melalui perbuatan memburukkan isteri beliau melalui MCA.

Pengerusi MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo telah menyalahgunakan keistimewaan dan jaminan perlindungan di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka dengan membuat dakwaan palsu mengenai skandal moral terhadap Guan Eng dan isteri di dalam dewan tersebut.

"Saya mahu Gan untuk mengulangi tuduhan itu di luar supaya saya dan isteri boleh membuat saman fitnah kerana mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar atau biadap itu," katanya.

Jika Gan tidak berani berbuat demikian, maka dia telah menunjukkan dirinya sebagai seorang yang pengecut dan tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin, ahli EXCO dan wakil rakyat, tambah beliau.

Lebih teruk lagi, katanya, dia akan menunjukkan dirinya sebagai orang yang tidak layak untuk menjadi suami dan bapa kepada anak-anaknya kerana sanggup membuat tuduhan palsu terhadap orang lain untuk menghancurkan bukan sahaja karier politik tetapi juga kebahagiaan rumah tangga orang lain.

"Apakah jenis pemimpin seperti Gan ini apabila dia sanggup dipergunakan sebagai orang suruhan UMNO untuk bermain politik longkang itu?

"Ulangi kenyataan di luar supaya saya dan isteri boleh buktikan di mahkamah bahawa Lim Guan Eng bukanlah seperti Chua Soi Lek," desak Lim Guan Eng.


Umno Perak Gadai 511.43 Ekar Tanah Melayu?

Posted: 04 Jul 2012 01:58 AM PDT


[HD] IPOH: PAS Perak melalui Jawatankuasa Strategik dan Isu hari ini mendedahkan tindakan Kerajaan Negeri Perak melalui Syarikat Maju Perak Berhad yang telah menggadai tanah melalui satu perjanjian yang telah dimaterai dengan sebuah syarikat bukan bumiputera Melayu.

Jurucakapnya, Salman Saleh berkata, tanah yang terletak di Batu Gajah berhampiran stesen keretapi tanah melayu (KTM) adalah seluas 511.43 ekar.

"PAS Perak kesal tindakan Maju Perak Berhad yang menggadai tanah kepada syarikat Extreme News Sdn Bhd dengan harga yang terlalu murah," katanya dalam satu sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini.

Menurutnya, tanah yang terletak di lokasi yang strategik itu dijual dengan harga RM68 ribu seekar sahaja berbanding harga semasa pasaran kira-kira RM200 ribu seekar.

"Kami menganggapnya sebagai satu keputusan yang amat pelik bagi tujuan apa kaedah sekalipun dan adakah kerajaan negeri maklum akan salahlaku ini?," ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan negeri didapati gagal menguruskan Syarikat Maju Perak Bhd yang sepatutnya berperanan sebagai untuk memajukan tanah hak milik melayu dan membuat keuntungan kembali kepada kerajaan negeri.

Katanya, Datuk Seri Zambry sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan negeri Perak (PKNP) mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan anak-anak syarikatnya terutamanya dalam menjaga kepentingan orang melayu didalam kurniaan tanah kepada GLC negeri.

"Tindakan tersebut dibimbangi ada berlaku serta melibatkan unsur rasuah dan penyelewengan yang melibatkan urusan perniagaan diluar kebiasaan tersebut yang mungkin berlaku," soalnya lagi.

Mengulas lanjut, PAS Perak memberi tempoh 7 hari kepada Dato' Seri Zambry untuk memperjelaskan isu ini kepada umum.

"Kami mendesak agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas yang bukan dibawah PAC untuk menyiasat isu ini secara telus dan terbuka.

"Kami juga mendesak agar dibatalkan perjanjian dengan Extreme News Sdn Bhd jika benar adanya perjanjian tersebut dimeterai.

Justeru, PAS Perak menuntut Umno Perak bertanggungjawab dalam isu ini dan melaksanakan tuntutan ini dengan segera atau tindakan selanjutnya akan diambil.

Hadir sama ialah Safarizal Saleh dan Hafez Sabri yang menganggotai jawatankuasa tersebut.
 
 

TMJ Gelar UncleSeekers "Anjing", Mengapa Tidak Saman?

Posted: 03 Jul 2012 11:30 PM PDT


[MK] Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar.

"Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker.

Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.

"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi.

Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah.


P/s: Sopannya bahasa bakal sultan!!!

UncleSeekers menunggu jawapan TMJ:




Artis Cina Berkempen Untuk Pakatan Rakyat

Posted: 03 Jul 2012 11:00 PM PDT


[MerdekaReview] Jikalau penyertaan Bob Lokman, Aishah, Dayang Ku Intan, Hairie Othman, Abby Abadi, Iwan dan lain-lain ke dalam Pakatan Rakyat menimbulkan riak dalam arena politik kebelakangan ini, dunia hiburan Cina tempatan juga tidak kesepian, apabila penyanyi popular tempatan pada zaman 1980-an dan 1990-an, Ceng Wei Shan berkempen secara terbuka di pentas DAP pada malam 29 Jun.

Ceng Wei Shan (gambar kanan) mempersoalkan, "Berapa 'tempoh lima tahun' yang kita miliki sebagai manusia?  Berapa lagi 'tempoh lima tahun' untuk anda menggarap masa depan negara?  Jadi, jangan lepaskan peluang anda, hargailah tempoh lima tahun ini sebaik-baiknya, lakukanlah perubahan sebaik-baiknya.  Dalam masa lima tahun, kes misteri Teoh Beng Hock perlu didedahkan.  Hati saya perit membaca beritanya.  Saya penyanyi Malaysia.  Saya tidak terkata apa-apa.  Saya gagal melakukan apa-apa.  Saya hanya gelisah dalam hati.  Begitu juga dengan anda semua."

Ketika menyanyikan lagu "Mimpi Keemasan Kota Bersejarah" (terjemahan), Ceng berkata, "Kota yang lama memiliki mimpi yang baru.  Mimpi hari ini adalah untuk membawa perubahan pada masa depan, membawa perubahan untuk anak-anak.  Jadi, mahu berubah?  Berani untuk berubah?  Saya sudah all out!  Jikapun filem Kepong yang saya lakon itu diharamkan, saya pun tak kisah!"

Demikianlah ucapan Ceng Wei Shan ketika berkempen secara sukarela di ibu pejabat DAP Melaka pada malam 29 Jun, di depan kira-kira 2,000 hadirin.  Ianya dipercayai kali pertama untuk penyanyi lagu Cina berkempen untuk pembangkang, selepas Auguste Kwan yang berkempen untuk Hew Kuan Yau dari DAP di DUN Bukit Gasing pada tahun 1999. Auguste Kwan adalah penyanyi Cina tempatan paling popular pada zaman 1990-an.

Baru-baru ini, beberapa artis popular dunia hiburan Cina mulai menunjukkan sokongan secara terbuka dalam isu seperti BERSIH 3.0, Hentikan Lynas dan sebagainya.  Malah, seorang pengarah filem independen, Ho Yuhang telah memakai baju kuning "Kill Bill" (Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman) untuk menghadiri Majlis Perlancaran Filem Ah Beng The Movie: Three Wishes, yang dirasmikan Perdana Menteri Najib Razak, awal tahun 2012. 【Baca: Apabila pengarah filem Ho Yuhang tampil dengan kuning di depan Najib

BN tidak menyara hidup saya

Ceng Wei Shan menulis di laman sosial Facebooknya kemudian, mendakwa bahawa dirinya sangat gembira kerana telah melakukan persembahan yang paling bermakna dalam hidupnya pada malam tersebut.  "Berapa 'tempoh lima tahun' yang kita miliki?  Saya akan kesal untuk seumur hidup seandainya saya tidak melangkah keluar pada hari ini."

"Untuk sekian tahun saya hidup, untuk sekian lama saya berada dalam dunia hiburan... Dulu saya terikat dengan kontrak syarikat, jadi saya tidak boleh membuat keputusan ke mana harus saya pergi untuk lakukan persembahan.  Sekarang, saya sebagai individu yang bebas.  Jadi, apa perlunya saya untuk mengambil peduli pandangan orang?  Buatlah apa yang saya rasa patut, dan apa yang bermakna!" sambungnya.

Ceng Wei Shan mendakwa dirinya benar gembira dengan persembahan pada malam 29 Jun, kerana berkempen untuk DAP-Pakatan Rakyat secara sukarela.  Beliau melihat petugas yang ghairah, dan gelombang untuk membawa perubahan.  Segala-gala ini telah membuatkan Ceng merasakan keputusannya untuk lakukan persembahan ini dengan "all out" adalah memadai.

Penyanyi ini sedar bahawa beliau berdepan dengan risiko beritanya dipadamkan media, atau kehilangan peluang persembahan lantaran keputusannya berkempen untuk Pakatan Rakyat.  Ceng Wei Shan yang sudah dua kali berada di pinggiran maut kerana kemalangan dan penyakit, berkata dirinya tidak kesal kerana tiada sesiapa yang mampu meramalkan masa depan dirinya.  Berulang kali beliau berkata tidak banyak "tempoh lima tahun" dalam hidup seseorang manusia.

Ceng yang prihatin dengan perhimpunan BERSIH gagal turun ke jalan raya kerana keadaan kesihatannya yang tidak membenarkan.  Beliau menitiskan air matanya apabila melihat gambar di tempat kejadian.  Jadi, beliau tidak menyelindung hasratnya kali ini, untuk berkempen di pentas DAP dan menyeru agar semua orang menyertai arus perubahan.

"Apakah BN akan menyara hidup saya bila saya tidak bernyanyi?" Ceng Wei Shan meluahkan segala-gala yang terpendam dalam hati, sebagai seorang penyanyi Cina yang tidak menerima layanan adil dalam dunia hiburan.  Beliau berkata, tidak kurang penyanyi Cina tempatan yang memperolehi anugerah di peringkat antarabangsa, tetapi tidak diiktiraf di Malaysia.  Layanan jauh berbeza apabila artis dunia hiburan Melayu membuat persembahan di Indonesia dan Jepun.

Di samping itu, Ceng Wei Shan juga bersimpati dengan keluarga mendiang Teoh Beng Hock, pendidikan Cina yang tidak mendapat pembelaan dan sebagainya.  Beliau marah apabila kekayaan negara dirampas perasuah yang menzalimi rakyat.

Beliau persoal, "Untuk membantu orang saya boleh membuat 160 persembahan tanpa syarat dan tanpa upah.  Apakah saya tidak boleh mengorak selangkah ke depan untuk perubahan?  Walaupun saya artis, tapi saya juga anak watan Malaysia!  Apakah artis bukan warga negara?"

Ceng menambah, 95% daripada penyanyi popular yang dirinya kenal cenderung untuk "pertukaran kerajaan", namun mereka terikat dengan kontrak syarikat.  Lagipun, peluang liputan mereka telah berkurang, seandainya "dipadamkan" sepenuhnya, maka hancurlah masa depan mereka. Itu puncanya mereka tidak menyatakan pendirian secara terbuka.


P/s: Banyak artis sudah sedar. Tahniah!

[Sadis& Tragis] Pelajar IPT Disamun, Diculik, dan Dirogol Walapun dalam Keadaan Haid

Posted: 03 Jul 2012 07:55 PM PDT


[HM] SHAH ALAM: Malang bertimpa buat seorang gadis berusia 23 tahun apabila tetap dirogol sekumpulan lelaki bernafsu binatang walaupun datang haid dalam kejadian samun dan rogol di sebuah rumah sewa di Jalan Haji Termidi, Rantau Panjang, Klang, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang juga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) diculik di Seksyen 7, di sini, oleh sekumpulan lelaki berusia 20 hingga 33 tahun dipercayai Geng Nuar Rantau Panjang yang menjadikan pelajar IPT sebagai mangsa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa yang berasal dari Kelana Jaya dibawa ke rumah sewa berkenaan sebelum dirogol bergilir-gilir. 

"Mangsa ketika itu berjalan kaki sendirian berhampiran hentian bas didatangi lelaki terbabit yang menaiki kereta Toyota Vios berwarna perak sebelum mangsa ditarik memasuki kereta berkenaan," katanya. 

Katanya, suspek mengikat tangan dan menutup mata mangsa dengan pita pelekat kuning sebelum membawa mangsa ke sebuah rumah papan satu tingkat itu dan merogolnya.

"Di rumah itu mangsa dibawa masuk ke bilik dan dipaksa baring di atas tilam nipis. Seorang daripada suspek membuka ikatan dan merogol mangsa dua kali.

"Suspek terus merogol mangsa dalam keadaan mata ditutup walaupun ketika kejadian mangsa sedang haid," katanya.

Zahedi berkata, mangsa ditinggalkan berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, jam 3 pagi Sabtu lalu dalam keadaan mata tertutup selain tangan turut diikat.

Katanya, selepas ditinggalkan, mangsa yang membuka ikatan terus mendapatkan bantuan seorang pengawal keselamatan masjid yang bertugas sebelum membuat laporan polis jam 7.30 pagi hari yang sama.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapatkan rawatan lanjut dan laporan perubatan mendapati mangsa memang dirogol berdasarkan terdapat kesan luka kecil pada kemaluannya.

 Beliau berkata, berdasarkan laporan, sejam kemudian sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam menahan seorang lelaki berusia 21 tahun di Persiaran Masjid, Seksyen 2, di sini.

"Hasil pemeriksaan, kami menjumpai satu beg kecil mengandungi kad pengenalan, kad pelajar serta lesen memandu milik mangsa.

"Selain itu, hasil soal siasat juga, jam 10 pagi, pasukan sama menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan tempat rogol mangsa di Rantau Panjang dan menahan seorang lagi lelaki yang tidur di ruang tamu rumah berkenaan.

"Dalam masa yang sama, tiga lagi lelaki yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri tetapi dua daripadanya ditahan manakala seorang lagi meloloskan diri dengan lari ke dalam semak berhampiran rumah," katanya. Beliau berkata, polis kini mengesan dua lagi suspek yang masih bebas iaitu Anuar Mohamad, 33, atau dikenali dengan nama Bro dan Muhammad Nashazrin Abd Rahsid, 21, yang turut dikenali sebagai Tiger.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan Isnin lalu, kumpulan yang sama merogol pelajar perempuan berusia 17 tahun secara bergilir-gilir di tempat sama.

Zahedi berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa berbual-bual dengan teman lelakinya di blok Wisma Mais, Seksyen 3, di sini sebelum didatangi kumpulan lelaki terbabit yang menariknya ke dalam kereta.

Katanya, teman lelaki mangsa cuba mengejar dengan motosikal tetapi gagal.

Zahedi berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang merogol mangsa adalah kumpulan sama yang menjalankan kegiatan samun dan rogol pelajar IPT berkenaan.

"Saya ingin menasihatkan wanita terutama pelajar sekitar Shah Alam sentiasa berhati-hati. Jangan sesekali keluar bersendirian terutama pada waktu malam dan kalau terpaksa keluar dalam kumpulan yang besar supaya jika berlaku sesuatu rakan membantu," katanya.


P/s: LAHANAT!

Malaysia negara paling selamat di Asia Tenggara?

 
 

[Gambar] Perbezaan antara Hajah Rosmah Wasatiyyah dengan Isteri Obama

Posted: 03 Jul 2012 05:30 PM PDT

Sumber: FB

Tiada ulasan: