Rabu, 4 Julai 2012

Biaqpila

Biaqpila


Harga petrol RON97 turun 20 sen tapi RON95 kekal

Posted: 04 Jul 2012 03:00 PM PDT


Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuatkuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kiri) berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula esok.

Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya.

Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas.

-Bernama

DEY MACHA!!!
KALAU MAU KASI TURUN HARGA,
TURUN HARGA LA SEMUA JENIS PETROL
ADA BRAN KA???

ITU RON 97 ORANG KAYA SAJA YANG PAKAI
ORANG MISKIN SEMUA PAKAI RON 95
JADI APA GUNA TURUNKAN HARGA
JIKA RAKYAT YANG MISKIN TAK MERASA
KAH! KAH! KAH!

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KECOH ARTIS LELAKI BOGEL DI PANTAI PHUKET

Posted: 04 Jul 2012 07:18 AM PDT

Sekarang ini, terlalu ramai peminat-peminat yang begitu pantas 'membongkar' cerita peribadi tentang seseorang artis di negara kita.Kalau baru-baru ini, seorang penyanyi lelaki baru didedahkan dengan penipuannya tentang mempunyai tatu di lengan dan badan iaitu Awi Rafael.Kata Awi, dia bukan berniat untuk berbohong kepada peminat-peminatnya.

Lantas, dia tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya serta mahu berubah bertaubat ke jalan Allah.

Rata-rata orang ramai memuji tindakan pengakuan yang dikemukakan oleh Awi Rafael.

Terbaru, beberapa keping gambar seorang artis lelaki yang juga pelakon baru sudah tersebar di laman Internet.

Cuma, penulis tidak dapat mengenal pasti siapakah pelakon lelaki tersebut.

Menerusi blog buahmulut.com, beberapa keping gambar pelakon lelaki itu yang berbogel dan hanya memakai seluar dalam dipaparkan.

Menurut cerita dari blog itu, seorang peminat telah mengirimkan email gambar-gambar 'panas' itu.

"Pelakon ni seorg yg ok, sgt friendly tetapi sy agak terkejut bila mendpt email dr kwn sy tentang gambar sexy pelakon baru itu smsa sedang bercuti di phuket thailand, persoalannyer. Sbg seorg pelakon baru kenapa dia berani mengexpose gmbr2 sebegitu. Kami sbg peminat agak hampa kerana sbg pelakon yg br nk menapak, dia seharusnyer menjaga tatasusila sbg pendatang baru. Ini nama pun br nk berkembang tp dh membuatkan peminat berasa jijik dgn gambar tersebut. Jadi tolong dapatkan penjelasan dr beliau tentang gambar2 ini," kata pengirim emel tersebut.

Siapa agaknya ya?

Mungkinkah pelakon lelaki ini akan tampil memberikan penjelasan seperti apa yang Awi Rafael lakukan?

-Mynewshub.com.my

kl-today



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tunku Mahkota enggan ulas dakwaan Uncle Seeker

Posted: 03 Jul 2012 04:32 PM PDT

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar.

"Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker.

Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.

"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi.

Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah.

MALAYSIAKINI


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: