DIALOG RAKYAT |
- Sememangnya rakyat menilai dari ‘track record’ kepimpinan Najib
- Jawi anjur program salam Ramadan bantu gelandangan di ibu Negara
- Palanivel: MIC masih kuat, mampu beri saingan
- PR yakin tawan hingga 12 kerusi Parlimen di Johor
- Unsur JI dan komunis perlu diberi perhatian, kata Hishamuddin
- 'Demo Ramadan' PKR tolak catuan air S'gor
- Helikopter tentera Brunei terhempas, 12 maut
- Artis-artis sedang bersihkan imej Pas
- Sokongan bukan Melayu meningkat kepada PR, bukan BN
- Pelajar Malaysia di Syria dibawa pulang
- Adakah Muhyiddin jujur mahu elak 13 Mei?
- Bekas ketua Wanita Umno Bukit Hangus, dibunuh
- PAS Sabah alu-alukan Lajim
- Polis S'gor: Jangan politikkan statistik jenayah
- 'Status tahanan ISA lepas keselamatan rakyat terjamin'
- 'Komunis, JI dalam pembangkang belum jejas keselamatan'
- KLIA2: Lagi kepincangan dalam kontrak
- RM1 juta untuk program Ihya' Ramadhan di Kelantan
- PPKB: Reputasi buruk, Pemuda PAS bantah Astaman
- Umno terbukti diresapi komunis - Mahfuz
- Dakwaan diserapi JI, komunis rosak imej SB
- Razak Baginda yang saya kenali dan hantu Altantuya yang wajib Najib kebumi
- Isu TALAM: MCA tipu dengan statistik
- ISA: Igauan di sebalik "lawak" Hishamuddin Rais
Sememangnya rakyat menilai dari ‘track record’ kepimpinan Najib Posted: 21 Jul 2012 03:52 AM PDT Aspan Alias "Bodek PM Days are over" kata Najib kepada perjumpaan beliau dengan sekumpulan pesara kerajaan semalam. Najib meminta pesara kerajaan memberikan sokongan kepada beliau bukan kerana beliau seorang Perdana Menteri. Najib mahu semua pihak memberikan sokongan kepada beliau berdasarkan kepada "track record" yang ada kepada beliau bukan kerana hendak mengampu beliau. Sesungguhnya memang begitulah sepatutnya kita semua lakukan terhadap Najib. Kita mesti memberikan sokongan atau penentangan kepada seseorang pemimpin itu mengikut "track record" nya dan itu pun sebabnya banyak pihak termasuk diri saya tidak memberikan sokongan kepada Najib dan parti yang beliau pimpin. Semuanya itu berdasarkan kepada "track record" yang kita semua sudah membuat penilaian dengan teliti. Sejak akhir-akhir ini banyak pihak telah menarik sokongan dari Umno dan BN kerana rekod yang tidak menyenangkan rakyat dibawah pimpinan beliau. Berbagai-bagai isu terdedah terhadap kepimpinan Najib, dari soal rasuah sehingga isu menyalahgunakan kuasa dan kerisauan rakyat tentang masa depan negara jika BN/Umno pimpinan Najib ini terus berkuasa. Masalah hutang negara yang hanya RM250 billion pada tahun 2007 sekarang sudah meningkat kepada RM456 billion. Dalam masa empat tahun hutang kerajaan meningkat dengan begitu ketara. Jumlah hutang ini merupakan 54 peratus dari GDP negara dan angka ini sangat merbahaya kepda kestabilan negara kita. Angka ini tidak dapat dipastikan samada ia termasuk hutang-hutang yang dibuat oleh semua "off-budget agencies" negara. Ketirisan dalam pentadbiran negara pimpinan Najib begitu tinggi dan Ketua Audit Negara telah mengesahkan yang ketirisan ini melibatkan jumlah RM28 billion setahun. Jika Najib mahukan orang ramai menilai beliau dari "track record" beliau ini merupakan secebis dari rekod yang merunsingkan rakyat negara ini. Itu belum lagi kita menyebut dan membuat pertimbangan terhadap beliau dengan isu peribadi seperti kes Altantuya, skandal pembelian kapal selam scorpene, isu pemberian kotrak pembinaan MRT Ampang kepada George Kent dan banyak lagi isu-isu yang dikaitkan dengan beliau dan isterinya. Jika Najib ingin tahu, sememangnya rakyat sedang membuat penilaian terhadap "track record" beliau dan saranan beliau itu sepatutnya tidak payah dibuat. Jika tidak kerana "track record" beliau ini, masakan terlalu menyeluruh rungutan terhadap kepimpinan beliau yang menjadi sebutan oleh rakyat di mana-mana kita pergi. Setakat itu sahaja komen dan reaksi saya terhadap kenyataan PM kita ini.— aspanaliasnet.blogspot.com | ||
Jawi anjur program salam Ramadan bantu gelandangan di ibu Negara Posted: 21 Jul 2012 03:46 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menganjurkan program Salam Ramadan bagi membantu golongan kurang berkemampuan khususnya gelandangan di ibu negara menunaikan ibadah puasa. Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali (gambar) berkata menerusi program tersebut, jabatan itu akan menyediakan juadah berbuka dan sahur bagi golongan gelandangan pada setiap Khamis dan Jumaat sepanjang bulan Ramadan di Masjid Jamek Bandaraya. Di bawah program itu juga, Midnight Run yang disertai 120 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Kelab Sahabat Motor akan mengagihkan 200 bungkusan makanan untuk bersahur kepada golongan gelandangan di sekitar ibu negara pada setiap Khamis dan Jumaat, katanya. "Program ini adalah salah satu usaha Jawi dalam mengimarahkan masjid di bulan yang mulia ini supaya mereka yang tidak berkemampuan dapat menunaikan ibadah puasa dan solat Tarawih seperti orang lain," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Salam Ramadan 1433 Hijrah peringkat Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini. — Bernama | ||
Palanivel: MIC masih kuat, mampu beri saingan Posted: 21 Jul 2012 03:41 AM PDT JOHOR BAHRU - Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel menafikan parti itu lemah dan menyifatkan laporan blog yang meramalkan parti itu akan memperoleh bilangan kerusi yang kurang pada Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) sebagai tidak berasas. Sehubungan itu tegas beliau, MIC masih kuat meskipun mengalami kekalahan teruk pada PRU12 empat tahun lalu. Jelasnya, pada pilihan raya umum lalu, semua parti komponen Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan, tetapi ia tidak bermaksud parti itu lemah. "Dulu semua kalah banyak, Umno kalah banyak, MCA kalah banyak, MIC kalah banyak tetapi pada pilihan raya akan datang kita tetap akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)," kata beliau selepas merasmikan Program Ulaga Siddhar Manadu 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, semalam. Palanivel berkata, MIC bersedia mengadakan perbincangan sekiranya pucuk pimpinan BN mahu melakukan pertukaran kerusi tetapi menegaskan bukan mengurangkan jumlah kerusi yang bakal ditandingi MIC. "Sekiranya mahu melakukan pertukaran kerusi, kita boleh berbincang tetapi untuk kurangkan kerusi tidak boleh," katanya. Laporan blog itu mengandaikan parti komponen terbesar kaum India itu berkemungkinan akan dikurangkan kerusi pada PRU-13. Pemerhati politik dan penyokong setia parti itu didakwa meramalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melihat kembali bilangan kerusi parlimen dan negeri yang dimiliki MIC. Dalam pilihan raya umum 2008, parti itu telah diperuntukkan sembilan kerusi Parlimen negeri dan 19 di bawah panji-panji Barisan Nasional (BN). Tetapi ia hanya berjaya memenangi tiga kerusi Parlimen dan tujuh. MIC kemudian memenangi satu lagi kerusi Parlimen melalui pilihan raya kecil di Hulu Selangor pada tahun 2010. Pada pilihan raya umum 2008, MIC hanya menang di kerusi Parlimen Segamat (Johor), Cameron Highlands (Pahang) dan Tapah (Perak). | ||
PR yakin tawan hingga 12 kerusi Parlimen di Johor Posted: 21 Jul 2012 03:40 AM PDT MARANG – Perkembangan Pas dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) cukup baik bagi pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, berlaku kebangkitan rakyat dan peningkatan sokongan pengundi Cina dan bukan Islam kepada Pas dan PR di Johor yang selama ini dianggap sebagai deposit Umno dan Barisan Nasional (BN). "Saya ditarbiahkan ulama kita (Pas) supaya berjuang dengan realiti dan bukan fantasi. Di Johor, berlaku kebangkitan rakyat. Sokongan orang Cina kepada Pas dan Pakatan Rakyat cukup baik sekarang ini. "Di Johor, saya yakin PR boleh menang antara 10 dan 12 kerusi Parlimen," katanya ketika berceramah di Pekan Kedai Buloh, di sini. Salahuddin mendakwa Umno dan BN juga bakal kehilangan banyak kerusi di Johor, Sabah dan Sarawak. "Kita (Pas) bagi dia (BN) 'stroke' di Johor. Pada PRU13, jika kita (PR) boleh runtuhkan setengah (kerusi BN) pun sudah boleh ke Putrajaya, Insya- Allah," katanya. Sementara itu,Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, parti itu menerima apa sahaja sasaran PR di Johor, namun ia perlu bersandarkan pada track record sedia ada. "Dulu mereka (PR) yakin akan menang di Sarawak. Kemudian sebulan berkampung di sana semasa pilihan raya negeri, tetapi tidak ada satu kerusi pun yang menang. Saya lihat orang di Kelantan yang sudah tidak mahu mereka. "Bagi saya kita berperang dulu baru tahu siapa menang. Ini baru hendak berperang dah cakap apa sahaja," katanya | ||
Unsur JI dan komunis perlu diberi perhatian, kata Hishamuddin Posted: 21 Jul 2012 03:38 AM PDT KUALA LUMPUR, — Menteri Keselamatan Dalam Negeri hari ini menegaskan, dakwaan melibatkan penyerapan sentimen unsur-unsur ideologi keagamaan dan penyerapan komunis dalam mana-mana parti akan segera di pantau kerana ia melibatkan aspek keselamatan negara. Menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini memberi jaminan, pihaknya akan segera menjalankan siasatan jika terdapatnya dakwaan yang mengatakan berlakunya penyerapan unsur-unsur sedemikian yang melibatkan penyusupan ideologi agama yang bertentangan dengan amalan di negara ini yang akan menjejaskan keselamatan sosial. "Kita lihat ia dalam konteks keselamatan negara. Sama ada ia berhubung kait dengan ideologi agama dan penyerapan dalam parti, sama ada pembangkang mahu pun kerajaan, kita akan siasat," kata menteri berkenaan kepada pemberita hari ini selepas lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Dang Wangi di sini. "Kalau menjejaskan keselamatan nasional, perkara ini kita pantau setiap hari sama ada melalui Cawangan Khas (SB) atau Unit Tindakan Khas (UTK)," kata Hishamuddin dan menambah,"jika ia berkisar kepada keselamatan, bukan sahaja perlu kemukakan bukti tetapi polis kena ambil tindakan." Beliau turut menambah, sekiranya perkara itu memerlukan makluman kepada umum, beliau juga tidak akan menyembunyikan perkara tersebut, sebaliknya orang ramai akan dimaklumkan mengenainya. "Kalau (ia) ada kaitan dengan keselamatan, saya akan umumkan kepada orang ramai," katanya dan menegaskan, "saya melihat perkara ini dalam konteks keselamatan negara". Sebelum ini, memetik laporan Bernama, Ketua Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Kebangsaan E2 (M) Mohd Sofian Md Makinuddin mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP. Tambahnya lagi, beberapa pemimpin PKR dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) PSM kerap berkunjung ke Bangkok dan selatan Thailand untuk lawatan rahsia bertemu pemimpin bekas Parti Komunis Malaya. Kenyataan itu ternyata menimbulkan kemarahan kepada pemimpin Pakatan Rakyat, malah, mereka mendakwa kenyataan itu adalah sekadar "lawak politik" berikutan kekhuatiran kerajaaan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. | ||
'Demo Ramadan' PKR tolak catuan air S'gor Posted: 21 Jul 2012 03:33 AM PDT MALAYSIA KINI Konflik air antara kerajaan negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) terus disemarakkan apabila Pemuda PKR (AMK) merancang mengadakan demonstrasi membantah dakwaan kegagalan konsensi air negeri itu di Shah Alam, Isnin depan. Naib Ketua AMK Azmizam Zaman Huri berkata, mereka akan menyerahkan memorandum membantah cadangan pencatuan air oleh SYABAS, sekali gus mendesak kerajaan negeri mengambil alih operasinya. "AMK Selangor juga mengalu-alukan semua parti politik serta NGO dan badan tidak berkepentingan untuk menyertai 'Demo Bantahan Kegagalan SYABAS' bagi memberi satu tekanan supaya mereka segera menyerahkan operasi urus tadbir air kepada kerajaan negeri Selangor dan tidak lagi bermain tarik tali dengan menyusahkan kehidupan rakyat terutama ketika Ramadan dan menjelang Syawal," katanya. Demonstrasi itu akan diadakan di Wisma Rozali, Seksyen 13 pada jam 12 tengah hari. Menariknya, perhimpunan 'anti-SYABAS' itu diadakan pada hari ketiga Ramadan, langkah yang jarang dilakukan sebelum ini. | ||
Helikopter tentera Brunei terhempas, 12 maut Posted: 21 Jul 2012 03:30 AM PDT Mangsa yang terbunuh kebanyakan merupakan kadet tentera yang dalam perjalanan pulang selepas latihan. Kenyataan Kementerian Pertahanan Brunei berkata, helikopter Bell 212 terhempas di kawasan Ulu Belait ketika dalam perjalanan ke Bandar Seri Begawan. Dua lagi masih hilang manakala dua yang lain cedera, kata kementerian itu. Bagaimanapun laporan terbaru menyebut bilangan yang terkorban meningkat kepada 12 orang. "Kami dapati 12 terbunuh dalam nahas ini. Dua kadet tentera terselamat," kata jurucakap tentera udara Brunei, Norudin Salleh kepada AFP. Kenyataan Kementerian Pertahanan menyebut keadaan dua yang terselamat stabil. Helikopter Bell 212 membawa 14 orang termasuk juruterbangnya. Punca kejadian masih belum diketahui. Sulten Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menziarahi dua kadet terselamat, yang sedang dirawat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. | ||
Artis-artis sedang bersihkan imej Pas Posted: 21 Jul 2012 03:27 AM PDT TERKINI: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan keuzuran dan kepenatan telah menghadirkan dirinya untuk menyambut pelakon Abby Abadi menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup. Harakah Daily melaporkan pada 20 Julai bahawa upacara penerimaan itu berlangsung di Padang Yayasan Islam Kelantan dengan disaksikan oleh ribuan orang. Setelah menyerahkan borang daftar sebagai ahli Pas, Abby menyatakan harapan peluang terbaru baginya sebagai seorang artis akan terbuka apabila Pas menawan Putrajaya. Kata Harakah, kehadiran Nik Aziz itu di Padang Yayasan Islam Kelantan, adalah untuk memenuhi impian dan hasrat pelakon itu yang muncul dengan penampilan terbaru. Seorang anggota Exco Negeri, Wan Ubaidah Omar telah memakaikan Abby dengan selendang warna hijau. Turut menyaksikan upacara ini ialah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr. Muhammad Fadzil Hassan. Abby kemudiannya menyatakan kepada para wartawan bahawa sebagai seorang seni beliau tidak pandai mencari rezeki di bidang lain. "Oleh itu saya berharap selepas ada perubahan Putrajaya nanti, kita boleh lakukan sesuatu bagi mertabatkan seni mengikut acuan Islam." CATATAN: Dalam keghairahan untuk memodenkan imej politiknya selaras dengan tuntutan semasa untuk ke Putrajaya, Pas ternampak seperti telah tidak lagi memperdulikan sensentiviti akar umbinya yang memberikan sokongan, dokongan dan kekuatan kepadanya selama ini. Jelas kemegahan yang ditunjukkannya terhadap penyertaaan artis-artis ke dalam Pas bagi menggambarkan kepada umum bahawa ia bukanlah lagi sebuah parti Islam yang kuno, jumud dan taksub. Dan, dalam hal ini ia tidak lagi memilih bulu asalkan bernama artis diterimanya, tidak kira sama ada yang sudah berkarat ataupun yang popular. Laungan Allahuakbar menyambut penyertaan artis ke dalam Pas untuk meyakinkan penyokong-penyokong taksubnya dan pengikut-pengikutnya yang kurang cerdik bahawa suatu lagi kejayaan perjuangan baru Pas di sebalik Pas meneruskan beberapa pendekatan sempit dan jumudnya. Umpamanya di Selangor Pas menuntut supaya penonton lelaki dan perempuan diasingkan di panggung-panggung wayang yang menimbulkan bantahan dari DAP. Suatu masa dahulu Tok Guru Pas Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, telah mengarahkan supaya kaunter bayaran untuk lelaki dan perempuan diasingkan di pasar raya-pasar raya di Kelantan, tetapi orang ramai tidak mengedahkannya dan gagal. Terkini penyertaan Pengarah Muda, Adam Hamid telah disambut dengan laungan Allahuakbar dalam suatu upacara di Kelab Padang Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur dan sebelumnya publisiti besar-besaran telah diberikan kepada penyertaan artis-artis Hairie, Bob Lukman, Abby dan Aishah. Pas menggambarkan seolah-olah mendapat tangkapan ikan besar, tak kiralah sama ada ikan busuk atau ikan baru. Pak lebai, tok-tok guru dan pengikut-pengikut berkupiah putih turut meneriakan Allahuakbar dalam menyambut penyetaan mereka itu tanpa menyedari bahawa, mereka adalah menjadi alat kepada kepimpinan muda yang pada akhirnya akan menyebabkan mereka semakin terketepi atau disingkirkan. Penyertaan artis-artis besar ke dalam Umno bukanlah satu perkara baru. Dari P. Ramlee hinggalah kepada Jamal Abdillah, Amy dan lain-lain nama besar lagi. Alasan yang sering diberikan oleh Pas mengenai penolakkannya terhadap hiburan adalah kerana bertentangan dengan Islam, tetapi tafsiran mereka dalam hal ini biasanya terlalu umum dan dengan penerimaan artis-artis ke dalam parti mereka tanpa mengambil kira masaalah prinsip menampakkan kecendurungan mereka untuk terus bertolak ansur dalam soal hiburan. Masyarakat pada umumnya memandang sinis terhadap sikap baru parti Islam ini yang sebelum ini membantah pertunjukan artis di Istana Kelantan dan juga hiburan biasa di UiTM Terengganu. Ini mendedahkan hipokrasi dan kegelojohan Pas membuat penyesuaian dengan kesedaran barunya tanpa mengambil berat lagi soal prinsip utamanya. Golongan terpelajar menganalisis perubahan sikap Pas ini sebagai kejayaan dasar sosial kerajaan dari sejak awal pemerintahan Parti Perikatan hingga kepada Barisan Nasional yang percaya kepada perkembangan budaya mengikut peredaran semasa. Hiburan liar dan perbuatan tidak bermoral dikawal menerusi undang-undang yang bersifat antarabangsa. Golongan Pas yang fanatik terus muncul dari semasa ke semasa dan kerajaan-kerajaan negeri juga cuba untuk mengharamkan pusat hiburan di bulan puasa atau mengharamkan pertunjukan panggung wayang gambar di hari Jumaat, tetapi semuanya telah gagal kerana dari segi logiknya, orang dapat melihat wayang gambar di rumah setiap hari dan setiap jam. Bagaimanapun Pas memerlukan juga penonjolan dasar-dasar kunonya untuk mengekalkan pengaruhnya di kalangan penyokong-penyokong akar umbinya, yang selama ini menyokong mereka kerana ucapan-ucapan retorik mereka dan dasar-dasar Islam mereka yang bersifat perkauman, melampau dan kolot. Pas tidak akan mengakui bahawa ia terjebak atau terserap dalam pembentukan dasar sosialisasi yang dirintis dan dilaksanakan oleh Perikatan dan Barisan Nasional secara evolusi sejak merdeka. Ia berlaku secara natural yang melibatkan juga parti-parti politik dan pengikut-pengikutnya tetapi demikianlah proses sosial, ia berlaku tanpa peristiharan dan manusia terjebak dalamnya tanpa sedar. Sesungguhnya kalau kita melihat perkembangan ini di luar sentimen politik ia merupakan sumbangan besar Pas kepada dasar tunjang kekuatan negara dengan kesanggupan Pas mengorbankan prinsip-prinsip Islamnya yang eksklusif yang sudah tidak lagi sezaman. Pas cuba menyesuaikan dirinya dengan parti-parti bukan Islam dan orang Islam liberal malah pluralis Islam. Kecairan dasar-dasar Pas adalah kejayaan dasar umum. Umno telah merintis dan menerokai dasar-dasar yang pragmatik dan senantiasa sezaman sejak sebelum merdeka hingga sekarang. Ini adalah kejayaan besar Perikatan dan Barisan Nasional. * Dipetik dari blog zamkata kendalian Tan Sri Zainuddin Maidin yang turut dikenali sebagai "Zam" | ||
Sokongan bukan Melayu meningkat kepada PR, bukan BN Posted: 21 Jul 2012 03:21 AM PDT KUALA TERENGGANU – Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat menganggap kenyataan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) bahawa sokongan masyarakat bukan Melayu meningkat adalah helah untuk menyedapkan hati rakyat. Beliau menjelaskan, tidak berlaku perkara seumpamanya ketika ini, sebaliknya sokongan masyarakat tersebut semakin bertambah kepada pembangkang sebaik sahaja tsunami politik pada pilihan raya umum lepas. Hanafiah berkata, sokongan itu tidak pernah menurun kerana adanya kebangkitan untuk mengubah kerajaan sedia ada. "Skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dikaitkan dengan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik juga memberi kesan yang besar. Selain itu, kebanyakan masyarakat bukan Melayu yang ditemui turut menganggap Umno sebagai parti perkauman," katanya. Beliau mendakwa, melalui perjumpaan dengan beberapa masyarakat bukan Melayu, kebanyakannya mempamerkan rasa bosan terhadap Umno serta muak dengan krisis dalaman yang melanda MCA. Mengulas lanjut, beliau yang baru selesai mengadakan lawatan turun padang bersama Badan Perhubungan Pas Terengganu di beberapa tempat di Sarawak beberapa hari lalu turut terkejut dengan sambutan yang diterima masyarakat di kawasan itu. Hanafiah berkata, penduduk di rumah panjang turut menerima kunjungan pihaknya dengan terbuka, tidak sebagaimana sebelumnya, di samping memperlihatkan kesediaan mereka menukar kerajaan sedia ada. Katanya, penduduk rumah panjang juga turut melahirkan rasa kesal kerana tiada apa-apa perubahan walaupun telah ditadbir selama lebih 50 tahun oleh Barisan Nasional (BN). "Kira-kira 70 peratus rumah panjang yang perjalanannya boleh dilalui dengan kereta serta jalan air menunjukkan pendirian untuk melakukan perubahan kerana kecewa dengan isu rasuah, penyelewengan dan ketirisan yang berlaku. "Mereka mendapat maklumat mengenai perkara yang berlaku daripada anak-anak yang sudah berhijrah ke bandar dan pandai menggunakan teknologi maklumat. Kita juga turut mendapati ketua rumah panjang atau tuai rumah turut memberi sokongan serupa. "Begitu juga dengan kaum Cina yang ditemui di Kuching, kira-kira 90 peratus menyatakan sokongan amat kental terhadap Pakatan Rakyat (PR)," katanya. Beliau turut memberitahu, keadaan itu bukan hanya berlaku di Sarawak sahaja, malah lebih ketara di Semenanjung Malaysia termasuk di kawasan Pantai Timur yang menyatakan kesediaan yang sama untuk berubah. | ||
Pelajar Malaysia di Syria dibawa pulang Posted: 21 Jul 2012 03:18 AM PDT SINAR HARIAN Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pemindahan itu sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan pelajar dan bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden tidak diingini. Pemindahan ini diselaraskan oleh Kementerian Luar Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik. Sehubungan itu, Kementerian Luar memohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk menasihati anak-anak mereka yang masih berada di Syria untuk pulang ke Malaysia. Duta Besar Malaysia dan empat orang pegawai kedutaan akan turut dipanggil pulang buat sementara waktu selepas proses pemindahan pelajar selesai dilaksanakan, kata Anifah dalam satu kenyataan di sini hari ini. Sehingga kini, kesemua 138 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 128 pelajar dan 10 ekspatriat yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia itu berada dalam keadaan selamat. Kementerian sekali lagi menggesa kesemua rakyat Malaysia yang masih berada di Syria agar pulang ke tanah air atau meninggalkan negara berkenaan dengan segera, dan bagi mereka yang berhasrat melawat Syria, dinasihatkan menangguhkan lawatan hingga situasi keselamatan kembali pulih. Kementerian telah membuka Bilik Operasi dan orang awam boleh menghubungi talian 03-88874570 untuk sebarang pertanyaan mengenai proses pemindahan ini. - Bernama | ||
Adakah Muhyiddin jujur mahu elak 13 Mei? Posted: 21 Jul 2012 03:15 AM PDT Saya mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuktikan beliau seorang pemimpin politik yang bertanggungjawab dan nasionalis Malaysia apabila mengungkitkan kembali kisah rusuhan 13 Mei dalam usaha menghalang berlakunya apa-apa kejadian rusuhan dan pada masa yang sama menolak praktis politik perkauman dan taktik menakut-nakutkan rakyat yang jelas tidak berprinsip, tidak bertanggungjawab dan hina untuk memastikan Umno/BN kekal sebagai puak berkuasa dalam pilihan raya yang akan datang. Mengikut laporan dari Konvensyen Pemuda Kebangsaan yang diadakan di Parlimen semalam, Muhyiddin menekankan generasi muda Malaysia supaya bersatu padu untuk memastikan yang negara ini kekal stabil dan aman tenteram untuk mengelakkan pengulangan tragedi rusuhan 13 Mei 1969. Petikan dari deklarasi Muhyiddin dalam konvensyen tersebut: "Kami tidak mahu tragedi 13 Mei berulang." Bagi pihak DAP dan Pakatan Rakyat, saya ingin membalas secara rasmi dengan satu deklarasi bahawa kami dalam DAP dan Pakatan juga tidak mahu akan peristiwa hitan rusuhan 13 Mei berlaku. Dan kami berjanji dan memberi jaminan bahawa kami akan lakukan segala yang perlu untuk memastikan peristiwa ini tidak berlaku lagi. DAP dan Pakatan memberi kerjasama penuh bersama dengan Umno dan BN untuk menjamin tiada pengulangan semula peristiwa tragedi 13 Mei dalam pilihan raya umum yang akan datang. Dan dengan ini, semua rakyat Malaysia berpeluang untuk bertanya apakah benar kejadian rusuhan 13 Mei mungkin akan berlaku apabila kedua-dua pihak BN dan Pakatan memberi jaminan untuk bekerjasama untuk kepentingan negara dan menghalang peristiwa seperti ini daripada berlaku? Saya mengaku, saya bimbang akan cara Muhyiddin mengungkitkan kembali kisah rusuhan 13 Mei yang digunakan dalam beberapa dekad lalu untuk mewujudkan ketakutan di kalangan pengundi, dan memaksa mereka mengundi Umno dan BN yang kini menimbulkan persoalan sama ada TPM memberi jaminan bahawa rusuhan 13 Mei tidak akan berulang atau ia ancaman secara senyap bahawa kejadian 13 Mei akan berulang sekiranya Umno kehilangan kuasa! Keadaan sekarang berbeza Mungkinkah tragedi 13 Mei akan menggugat pilihan raya umum yang akan datang? Jawapan saya adalah tidak sama sekali. Tanpa berbahas berhubung pihak mana yang telah mencetus peristiwa 13 Mei 1969, (walaupun wujud versi pihak mana yang bertanggungjawab mencetus tragedi tersebut dan disebabkan perkara inilah, saya dan DAP memohon untuk penubuhan suruhanjaya siasatan diraja terhadap sebab mencetusnya kejadian ini), keadaan dewasa ini jauh berbeza berbanding dengan apa yang berlaku 43 tahun lalu. Perbezaan paling ketara, antara tahun 1969 dan pilihan raya umum ke-13 adalah kemunculan pakatan berbilang kaum dan agama yang mewakili rakyat jelata di negara ini untuk mencabar, secara demokratik dan aman, perebutan kuasa Umno/BN di Putrajaya - di mana gabungan PKR, PAS dan DAP dalam Pakatan mewakili semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan negeri di Malaysia. Hanya puak yang tidak bertanggungjawab, antinasional dan pengkhianat akan cuba memutarbelitkan kemenangan Pakatan dalam PRU13 sebagai satu kemenangan antara satu kaum terhadap kaum yang lain, untuk memberi justifikasi kepada idea liar rusuhan 13 Mei, di mana apa-apa kemenangan rakyat Malaysia berbilang kaum. Adakah Muhyiddin benar-benar ikhlas apabila membuat deklarasi "Kami tidak mahu tragedi 13 Mei berulang." Jika ya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus berani mengambil risiko dan menjawab satu soalan yang telah lama saya tujukan berulang kali kepada beliau dalam tempoh tiga tahun ini - sama ada beliau akan membuat satu pengumuman deklarasi akan menerima kata putus rakyat jelata dalam PRU13, termasuklah kerajaan baru Pakatan yang akan menggantikan BN di Putrajaya. Dan beliau sendiri akan menjamin dan memastikan peralihan kuasa persekutuan secara aman untuk kali pertamanya dalam sejarah negara ini, untuk memaklumkan kepada warga dunia bahawa Malaysia menjadi negara dengan "sistem demokrasi yang terbaik di dunia"! | ||
Bekas ketua Wanita Umno Bukit Hangus, dibunuh Posted: 21 Jul 2012 03:14 AM PDT MALAYSIA KINI Bekas Ketua Wanita Umno cawangan Bukit Hangus, Halimah Yunus, 66, ditemui mati berlumuran darah di rumahnya di kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, malam tadi. Ketua Polis Daerah Sik DSP Mohd Ismail Ibrahim berkata mangsa ditemui dengan kesan kelar di leher kiri, oleh suaminya, Mee Hashim, 63, dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah mereka kira-kira 9.20 malam. Beliau berkata polis masih menyiasat motif pembunuhan itu kerana tiada barang berharga yang hilang ketika kejadian. Senjata yang digunakan juga masih belum ditemui. Katanya, ketika kejadian mangsa berseorangan di rumah manakala rumah jiran yang terdekat terletak kira-kira 200 meter daripada tempat kejadian. Sementara itu, Mee berkata beliau menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah semasa pulang ke rumah selepas menunaikan solat Tarawih di surau. "Waktu tu arwah penuh darah tapi boleh bercakap lagi, dia bagi tau ada seorang lelaki tikam dia. Kemudian saya minta tolong jiran bawa arwah ke hospital Sik," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, hari ini. Katanya, dia dan arwah hanya mempunyai seorang anak perempuan berusia 46 tahun yang telah berkahwin dan tinggal bersama suami di Sungai Petani. Mee berkata terdapat kesan pecah masuk di pintu belakang rumahnya namun tiada barang berharga yang hilang termasuk barang kemas yang dipakai arwah isterinya. Menurut Mee, isterinya seorang yang sangat mengambil berat tentang hal masyarakat dan mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang kampung. "Arwah tinggal seorang diri di rumah waktu saya pergi sembahyang tarawih malam tadi sebab dia tak sihat sejak kena sakit penat (asma) beberapa tahun lepas," katanya.- Bernama | ||
Posted: 21 Jul 2012 03:12 AM PDT PAS Sabah mengalu-alukan anggota parlimen Beaufort daripada BN Lajim Ukin untuk menyertai parti Islam itu bagi meneruskan perjuangan politiknya dengan Pakatan Rakyat. Ketua Pemuda PAS Saba Lahirul Latigu berkata, mereka sentiasa bersedia menimbangkan kemasukan ahli politik lain dan ketua masyarakat tidak kira kedudukan dan latar belakang. "PAS melalui banyak pengamalan dengan kumpulan profesional seperti doktor, peguam dan orang ramai yang menyertainya. Kita tidak pernah menyekat kemasukan sesiapa pun ke dalam parti," katanya. PAS sebagai anggota Pakatan paling lemah di Sabah dilihat mampu menawarkan kedudukan terbaik untuk Lajim. Lakim di labuan baru-baru ini berkata beliau bersedia dipecat oleh Umno dan akan mempertimbangkan pandangan pengikutnya supaya menyertai parti pembangkang. | ||
Polis S'gor: Jangan politikkan statistik jenayah Posted: 21 Jul 2012 03:10 AM PDT Ketua polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah mendesak anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching supaya tidak mempolitikkan statistik jenayah, sebaliknya bekerjasama dengan polis mengurangkan jenayah. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis kontinjen di Shah Alam pagi ini, beliau berkata, statistik juga kadangkala boleh memberikan gambaran yang salah. Sebagai contoh, katanya, walaupun statistik rogol menyebutkan banyak kes berlaku, tetapi tidak sedemikian kerana kes hubungan seks dengan remaja bawah umur turut dimasukkan sekali. Teo semalam mendedahkan, dua jawapan berasingan di parlimen berhubung perkara sama oleh kementerian yang mendakwa dibekalkan polis, menunjukkan statistik yang bertentangan. Wakil rakyat DAP itu berkata, jawapan bertulis di Parlimen oleh kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat pada 21 Jun lalu menyatakan, seramai 71 suspek didakwa di mahkamah atas kesalahan melakukan keganasan rumah tangga. Bagaimanapun, jawapan parlimen kepada anggota parlimen Sabak Bernam Abdul Rahman Bakri pada 3 November 2009 oleh kementerian sama menyatakan seramai 104 orang didakwa atas kesalahan sama 2008. | ||
'Status tahanan ISA lepas keselamatan rakyat terjamin' Posted: 21 Jul 2012 03:09 AM PDT MALAYSIA KINI Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih berada di kem tahanan Kamunting akan hanya mengetahui nasib mereka selepas kebolehan polis menjaga keselamatan awam diperkukuhkan apabila undang-undang baru berkuat kuasa. "Saya mahu mengingatkan orang ramai bahawa pembebasan tahanan ISA menjadi tumpuan utama di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan ia merupakan proses yang berterusan. "Justeru apa yang tinggal kini merupakan saki-baki daripada perkara yang kita mahu laksanakan. "Tetapi saya mahu undang-undang baru dan pembinaan keupayaan polis diperkukuhkan luar dan dalam agar orang ramai tidak terancam atau menghadapi risiko apabila undang-undang baru (menggantikan ISA) berkuat kuasa kelak," katanya. Beliau bagaimana pun tidak menetapkan tarikh baki tahanan tersebut akan dibebaskan dan menjelaskan satu pengumuman akan dibuat berkenaan perkara itu nanti. "Saya sedang mengkaji status tahanan-tahanan dan saya percaya satu pengumuman akan dibuat tentang status mereka nanti," katanya. Sehingga kini masih terdapat 45 tahanan ISA yang masih lagi dipenjarakan walaupun ISA sudah dimansuhkan. Ini kerana Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang digazet pada 22 Jun lalu menggantikan ISA membenarkan baki tahanan menghabiskan tempoh tahanan yang ditetapkan menteri dalam negeri. Mengulas dakwaan bahawa hanya sebahagian kecil polis ditugaskan untuk menyelesaikan jenayah, Hishamuddin menegaskan bahawa polis yang menjalankan tugas-tugas lain juga sebahagian daripada tugas-tugas polis. "Ia tidak benar. Menjalankan tugas-tugas lain bermakna tugas-tugas polis yang lain, itu saya percaya. Kita ada 120,000 polis dan mereka inilah yang menjaga keselamatan wanita, kanak-kanak, ragut, pecah rumah dan pengganas dan tentunya ia masih tidak mencukupi," katanya. Sementara itu, ketika diminta mengulas tentang filem Tanda Putera yang akan ditayang dan memaparkan peristiwa berdarah 13 Mei, Hishammuddin berkata beliau masih belum menontonnya dan akan mengulas kemudian. | ||
'Komunis, JI dalam pembangkang belum jejas keselamatan' Posted: 21 Jul 2012 03:08 AM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pengaruh Jemaah Islamiah (JI) dan komunis dalam parti pembangkang masih belum dapat menjejaskan keselamatan negara. "Setakat ini, berdasarkan laporan yang sampai kepada saya, sebarang penembusan idelogi (dalam pembangkang), tidak menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara ini. "Jadi jangan jadikan ia lebih daripada itu," katanya. Bagaimanapun, tambahnya, perkara itu harus dipantau daripada masa ke semasa. "Saya melihat perkara ini dalam konteks keselamatan negara. "Jadi tak kira sama ada ia berhubung kait ideologi agama, penyerapan ke dalam pembangkang atau parti kita sendiri, kalau menjejaskan keselamatan nasional, perkara ini kita pantau setiap hari sama ada melalui Cawangan Khas atau Unit Tindakan Khas. "Kalau ia berkisar kepada keselamatan, bukan sahaja (tunjukkan) bukti tetapi mereka (polis) kena ambil tindakan. "Tetapi kalau pemantauannya berkisar kepada penglibatan yang tidak menjejaskan keselamatan negara setakat ini, saya tidak bimbang," katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur tengah hari tadi. Dua hari lalu, Ketua Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Kebangsaan E2 (M) Mohd Sofian Md Makinuddin mendakwa JI cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP. Tambahnya lagi, beberapa pemimpin PKR dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) PSM kerap berkunjung ke Bangkok dan selatan Thailand untuk lawatan rahsia bertemu pemimpin bekas Parti Komunis Malaya. Hishammuddin bagaimanapun memberitahu yang beliau belum dimaklumkan secara teliti tentang perkara itu oleh Cawangan Khas. "Saya perlu meneliti lebih lanjut perkara yang mereka (Cawangan Khas) maksudkan," katanya. Beliau juga menafikan dakwaan penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa pengumuman itu dibuat polis sebagai persediaan untuk tangkapan besar-besaran terhadap pemimpin Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya umum. Menurutnya, anggapan Lim tidak benar kerana "dunia sudah berubah". "Saya rasa tak benar apa dia cakap. Saya rasa apa-apa yang Cawangan Khas katakan merupakan fakta. "Apa pula nak set the stage (untuk tangkapan beramai-ramai) dari segi politik. "Saya nak ingatkan pada Kit Siang, dunia sudah berubah," katanya. | ||
KLIA2: Lagi kepincangan dalam kontrak Posted: 21 Jul 2012 03:05 AM PDT
PETALING JAYA: PKR hari ini mendedahkan wujud penyelewengan berlaku dalam pemberian kontrak bagi kerja-kerja kawalan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kepada sebuah syarikat yang telah gagal sewaktu proses pembidaan. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) pada sidang media di Ibu Pejabat PKR memberitahu jika sebelum ini dikejutkan isu masalah sistem radar yang dibangunkan Selex Sistem Integrati (SELEX) dan Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT) di Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) di Subang, kini PKR difahamkan salah satu syarikat tersebut telah mendapat projek di KLIA2 walaupun ia pembida yang kalah. "Kita mendapat mahlumat bahawa AAT merupakan salah satu dari tiga syarikat yang telah memasukkan bidaan untuk membangunkan sistem kawalan udara di KLIA2. "Bagi projek KLIA2, syarikat AECOM dilantik menjadi konsultan kepada Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan telah memulakan pengumpulan maklumat, data dan laporan sejak Februari 2010 untuk memberikan pendapat komprehensif; terutamanya di dalam tiga aspek iaitu sistem kawalan udara, prosedur dan peralatan," jelasnya. Katanya lagi, AECOM juga mendapati ada keraguan dalam keberkesanan sistem kawalan udara SELEX dan mengesyorkan peningkatan sistem kawalan udara supaya ia dinaiktaraf dan kekal relevan supaya dapat menangani kapasiti penerbangan dengan lebih baik dan berkesan apabila KLIA2 dibuka nanti. "Meskipun laporan penilaian teknikal AECOM bertarikh 9 Disember 2011 telah mengiktiraf kebolehan syarikat AMP Corporation (M) Sdn Bhd (AMCOP) untuk melaksanakan projek tersebut dengan baik dan telah menyarankan AMPCOP dipilih. "Namun akhirnya projek ini telah diberikan kepada AAT iaitu sebuah syarikat yang mengikut laporan penilaian teknikal tersebut, tidak memenuhi spesifikasi teknikal yang diperlukan untuk projek ini," sambungnya. Walaupun nilai bidaan AAT adalah lebih rendah daripada AMCOP, kelulusan hanya boleh diberikan sekiranya AAT menepati kesemua keperluan teknikal yang disenaraikan. Tambahnya lagi, mesyuarat Jawatankuasa Khas Perolehan MAHB juga dengan jelas memberikan penilaian dan rekomendasi seperti berikut pada 15 Mac 2012. "Pemilihan AAT mengejutkan kerana sebelum ini AAT juga terjerumus di dalam kontroversi yang mengancam keberkesanan keselamatan sistem kawalan udara di Malaysia serta para penumpang pengangkutan udara menerusi makluman dalaman tentang senarai kecacatan dan kestabilan penyenggaraan sistem radar MIP-2 di Lapangan Terbang Subang. "Insiden-insiden kecacatan di dalam sistem MIP-2 juga diakui oleh Jabatan Penerbangan Awam, dan emel dalaman pegawai DCA dan ATC yang menggambarkan sistem radar kelolaan SELEX tidak berfungsi secara memuaskan," sambung Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi. Nurul Izzah menegaskan bahawa senarai kecacatan di dalam sistem MIP-2 adalah mirip masalah teknikal yang dihadapi oleh sistem LEFCO keluaran SELEX yang dibatalkan di Cyprus. "Kalau Parlimen Cyprus berani membatalkan projek, saya desak Kementerian Pengangkutan menjemput ICAO untuk mengadakan audit ke atas sistem MIP-2 dan sekaligus melenyapkan tanda tanya terhadap keberkesanan sistem radar di Malaysia. "MAHB dan MOT wajib menjawab dan menjustifikasikan penganugerahan projek sistem kawalan udara KLIA2 kepada AAT kerana kita tidak mahu keselamatan orang awam diperjudikan dengan pemilihan semberono," tegasnya lagi. Sebelum ini, KLIA2 sebelum ini pernah menghadapi kontroversi antaranya, pemilihan tapak dengan permukaan tanah yang lembut dan tidak sesuai untuk membangunkan lapangan terbang namun maklumat yang tidak diketengahkan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) kepada rakyat. Selain itu, kenaikan kos dari RM1.7 bilion kepada RM 3.6 bilion dan penundaan tarikh siap pembinaan dari September 2011 ke April 2013; menambahkan lagi kontroversi, dan tentunya penggunaan wang rakyat apabila nilai projek KLIA2 melambung tinggi nanti. | ||
RM1 juta untuk program Ihya' Ramadhan di Kelantan Posted: 21 Jul 2012 03:04 AM PDT
(Takiyuddin menyampaikan amanat kepada anggota Aamilin dan Aamilat sempena Ihya Ramadhan) KOTA BHARU: Program Ihya' Ramadhan 1433 Hijriah bersamaan 2012 dijangka berlangsung lebih meriah berbanding tahun lepas di Kelantan. Ini kerana pada program yang memakan perbelanjaan dianggarkan RM1 juta itu akan diisi dengan program 'mantap' termasuk Ijtimak Ulama Nusantara yang menghimpunkan ulama Pondok dari Pondok-Pondok di Nusantara. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata sambutan Ihya' Ramadhan tahun ini juga dikemaskinikan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012. Bahkan pengisianya dimeriahkan dengan pakej 'Qiam With Me' yang dijangka pada 'upacara hadapan' turut berangkat Sultan Muhammad V, Tengku Mahkota Kelantan, Kerabat D'Raja dan kakitangan kerajaan. Program bermula 10.00 malam hingga waktu Subuh itu diadakan pada 20 Ramadhan bersamaan 9 Ogos di Istana Kubang Kerian dekat sini. Dijangka disertai 5,000 orang. Selain itu, program Akademi Tarannum Al-Quran yang 'berkonsepkan' Akademi Fantasia diadakan, disertai pelajar tahfiz Al-Quran yang sudah pun mengikuti program Al-Quran. "Pada 26 Ramadhan akan diadakan 'Sejuta Selawat Zikir Munajat Lailatul Qadar diketuai tokoh ulama dari dalam dan luar negara. "Tidak ketingalan program Imam Muda, program Bersama Selebriti disertai selebriti termasuk Bob Lokman dan Abby Abadi (untuk peserta muslimat)," katanya. Dalam satu kenyataan medianya di sini hari ini, Takiyuddin berkata bagi menjayakan program Solat Terawih sepanjang Ramadhan tahun ini, diimamkan syeikh tersohor dari tanah Arab. Mereka ialah Sheikh Ramadhan, Ayub Musa dan Sheikh Hisham Abdul Bari. Sementara program Ustaz Azhar Bersama Remaja akan diadakan pada 14 Ramadhan, mulai 5.00 petang. Terdahulu pada hari sama (mulai 3.00 petang) diadakan program Jejak Kasih Remaja Ramadhan di mana menerusi program itu remaja bermotorsikal akan membawa bahan-bahan makanan dan akan mengagihkannya kepada golongan miskin sepanjang penjelahannya ke kawasan tertentu di Kota Bharu. "Alhamdulillah, pada tahun ini Tahun Melawat Kelantan, dan keadaan ini menambah rezeki baru kepada pengusaha hotel di Kota Bharu khasnya dan di negeri ini amnya. "Biasanya pada bulan Ramadhan, hotel kurang pelanggan, namun pada tahun ini lebih meriah, bahkan ada antara hotel berkenaan memberi diskaun khas istimewa sempena Ramadhan kepada pengunjungnya," katanya. Program Ihya' Ramadhan yang diadakan setiap tahun itu merupakan produk pelancongan Kelantan, bahkan prodak pelancongan agama dengan menarik ramai pelancong dalam bulan Ramdhan sama ada dari dalam dan luar negara. Takiyuddin berkata tahun ini seperti juga tahun lepas, pelancong luar negara itu menghubungi penganjur Ihya Ramadhan memaklumkan mereka akan memabawa rakan-rakan mereka ke negeri ini bagi menyaksikan persembahan program Ihya Ramadhan, ini kerana bagi mereka unik dan tidak ada di tempat lain. | ||
Posted: 21 Jul 2012 03:02 AM PDT | ||
PPKB: Reputasi buruk, Pemuda PAS bantah Astaman Posted: 21 Jul 2012 02:58 AM PDT
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) merasa kesal dengan pelantikan Datuk Astaman Abdul Aziz, sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB). "Bagi DPPKT, pelantikan Datuk Astaman Abdul Aziz tidak kena pada masanya kerana kelayakannya dan latar belakang beliau bagi mewakili kepentingan rakyat Kampung Baru itu," kata Ketua DPPKT, Mohd Suhaimi Abdul Aziz. DPPKT, katanya mendapati ramai penduduk Kampung Baru merasa terkilan dengan pelantikan Astaman memandangkan beliau bukan anak jati Kampung Baru dan beliau juga tidak dibesarkan di kampung tersebut. Menurutnya, Astaman dilihat bukan mewakili penduduk atau pemilik Kampung Baru justeru beliau tidak dapat merasakan sentimen yang mendalam bagi memperjuangkan isu Kampung Bharu. Beliau mempersoalkan apakah Astaman boleh merasai denyut nadi dan keperihan penduduk kampung tersebut dalam memperjuangkan nasib mereka. DPPKT, ujarnya merasa hairan mengapa Umno tidak mengenengahkan tokoh lain yang lebih berwibawa dan mempunyai latar belakang yang bersih serta anak tempatan. "Apakah Umno Titiwangsa sudah ketandusan kepimpinan sehingga terpaksa membawa tokoh kontroversi tersebut?" soalnya dalam satu kenyataan. Sebagai makluman, katanya Astaman pernah digantung oleh Umno selama tiga tahun kerana terlibat dengan rasuah ketika bertanding dalam pemilihan agung Umno beberapa tahun lepas. "Dengan rekod dan reputasi yang buruk ini, ramai merasa curiga Datuk Astaman mampu memperjuangkan nasib mereka, atau mungkin Kampung Baru akan terus digadai dengan kepimpinan yang dipersoalkan ini," katanya. Katanya lagi, DPPKT merasa khuatir jika Kampung Baru akan menerima nasib yang sama dengan Felda di mana kerajaan melantik Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusinya. Ini, ujarnya kerana Isa adalah pemimpin yang dipalitkan dengan rasuah dan telah dihukum kerana kesalahannya. "Beliau masih mendapat kepercayaan pemimpin Umno untuk mengemudi Felda meskipun rata-rata warga Felda menolak kepemimpinan Isa," ujarnya. Tambahnya, nasib Felda menjadi tidak menentu dengan tindakan penyenaraiannya di Bursa Malaysia yang menjadi kemarahan peneroka. Kemuncaknya, kata beliau rakyat turun ke jalan raya dalam perhimpunan Oren pada 14 Julai lalu. Justeru, tegasnya DPPKT mendesak kerajaan menarik balik pelantikan Astaman sebagai Pengerusi PPKB. "Jika kerajaan benar-benar ikhlas mahu membangunkan Kampung Baru, pelantikan Pengerusi PPKB mesti mendapat mandat dan kerelaan pemilik Kampung Baru seluruhnya dan mewakili kepentingan mereka," katanya. | ||
Umno terbukti diresapi komunis - Mahfuz Posted: 21 Jul 2012 02:57 AM PDT
KUALA LUMPUR: Umnolah yang terbukti diresapi komunis malah pernah menjadi pemimpin parti itu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "Malah yang meyakinkan rakyat bahawa Umno diresapi komunis ialah Umno sendiri dan sebab itulah saya percaya masih ada saki baki komunis di dalam Umno hasil perkaderan pemimpin-pemimpin Umno berkenaan," kata beliau ketika menolak tuduhan dalam laporan Bernama kononnya pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan komunis cuba meresapi Pakatan Rakyat. Agensi berita tersebut melaporkan kononnya risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas JI dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang. Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP. Mahfuz mengecam dakwaan tanpa bukti itu sambil mengingatkan polis supaya jangan cuba mengalihkan isu sebenar sekarang tentang kegagalan polis mengatasi jenayah. "Rakyat berada dalam ketakutan malah bank-bank pun mahu mengalihkan mesin ATM mereka dari tempat-tempat awam seperti stesen minyak kerana peningkatan jenayah yang tinggi. "Tiba-tiba polis buat cerita kononnya kadar jenayah turun, jangankan orang lain, bekas Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) pun tak percaya," katanya sambil menyifatkan dakwaan terbaru polis terhadap Pakatan Rakyat itu sama tarafnya dengan dakwaan polis kononnya kadar jenayah telah turun. Dakwaan tanpa bukti itu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, bukan sahaja tidak dipercayai, malah menjadi bahan persendaan rakyat. "Saya harap pihak polis ada kakitangan untuk membaca ruangan-ruangan komen dalam portal-portal berita juga komen-komen dalam laman-laman sosial di mana rakyat mempersendakan dakwaan itu. "Rakyat yang tidak menjadi aktivis politik pun tahu bahawa dakwaan kononnya beberapa elemen JI cuba meresapi PAS bertujuan menakut-nakutkan pengundi Cina kepada PAS dan dakwaan kononnya elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP bertujuan menakut-nakutkan pengundi Melayu kepada parti itu," katanya. Reaksi rakyat itu, kata Mahfuz, menunjukkan mereka sudah tahu muslihat di sebalik tuduhan itu. "Belum sempat Umno dan polis nak panjang-panjangkan cerita serta nak buat gempar, komen-komen rakyat itu membuktikan hanya orang tidak berakal dan tidak siuman sahaja yang akan mengutip cerita fiksyen seperti itu. "Kalau dipanjangkan lagi cerita itu kononnya ada bukti dan entah apa dakwaan lain lagi, saya yakin cerita itu akan menjadi bahan tertawaan lebih ramai rakyat lagi sehingga semakin menjatuhkan imej polis," katanya. Mahfuz juga menyifatkan apa yang berlaku itu membuktikan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin terdesak untuk mendapatkan undi. "Apa yang berlaku itu juga menunjukkan Umno tidak ada keberanian lagi untuk berhadapan dengan rakyat sehingga terpaksa memerintahkan polis mencipta dakwaan yang akhirnya menjadi bahan tertawaan rakyat," katanya lagi. Beliau juga yakin dakwaan-dakwaan seperti itu akan menyebabkan semakin ramai rakyat akan menghukum Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang. | ||
Dakwaan diserapi JI, komunis rosak imej SB Posted: 21 Jul 2012 02:53 AM PDT
KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyelar dakwaan tidak berasas yang dibuat Cawangan Khas Polis yang mendakwa bahawa pengaruh pengganas dan bekas komunis telah meresapi Pakatan Rakyat. "Sebagai Pegawai Risikan Cawangan Khas, tindakan beliau kini mengesahkan bahawa cawangan khas kini menjadi alat kepada BN untuk menjamin kesinambungan kuasa BN," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini. Tuan Ibrahim menyifatkan pendedahan awam yang dibuat Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin jelas tidak berasas, berat sebelah dan tidak profesional. "Apakah ini cara untuk mendedahkan maklumat risikan sulit kepada awam? Jelas tidak, maka motif ledakan ini amat mencurigakan. Sepatutnya ia mesti bertindak terus bukan mendedahkan maklumat tanpa bertindak," tegas beliau. Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut mencabar Sofian untuk mendedahkan siapa yang beliau maksudkan kerana ia kini menjadi tandatanya kepada orang awam. PAS juga mendesak Ketua Polis Negara bertindak di atas pendedahan maklumat sulit siasatan dan beranggapan beliau tidak layak berada di Cawangan Khas. "Mungkin beliau lebih sesuai diletakkan di jabatan Biro Tatanegara atau KEMAS," tambah beliau. PAS, kata Tuan Ibrahim sentiasa menentang sebarang eleman ekstrem di dalam parti. "Kita mengambil jalan politik demokrasi dengan menyertai pilihanraya dan menuntut sistem pilihanraya yang adil dan telus," tambah beliau. Sebagai contoh, himpunan rakyat yang disertai PAS samada dalam Himpunan Kuning atau Himpunan Oren, katanya adalah berlandaskan demokrasi dan penyataan rakyat yang menuntut sistem pilihanraya yang adil dan usaha menyelamatkan tanah ribuan hektar dari dicagar kepada Felda Global Venture Holding. "PAS kesal kerana himpunan pembangkang dilabel sebagai petanda resapan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis. Sedangkan yang banyak mengadakan hubungan dengan parti komunis ialah Umno sendiri, samada secara rasmi atau tidak," sindir beliau. Kata Tuan Ibrahim, sikap double standard dan tidak profesional Sofian telah menyebabkan imej Cawangan Khas kini turut tercemar teruk seperti yang dialami polis atas tindakan ganasnya di himpunan-himpunan yang dianjurkan Bersih dan penyiasatan berat sebelah yang ketara dalam kes melibatkan BN dan Pakatan Rakyat. | ||
Razak Baginda yang saya kenali dan hantu Altantuya yang wajib Najib kebumi Posted: 21 Jul 2012 12:08 AM PDT Christopher Fernandez, Malaysia Chronicle Abdul Razak Baginda, mempunyai penglibatan yang kontroversi dalam kematian penterjemah Mongolia Altantuya Shaaribu. Dia merupakan pengerusi Kelab Kendo di St John Institution pada tahun 1978, manakala Naib Pengerusinya adalah diri saya sendiri. Baginda adalah seorang yang mesra dan peramah di zaman persekolahan dahulu. Dia adalah seorang yang menyenangkan dengan begitu tinggi budi bahasa dan disenangai ramai. Dia mempunyai ramai kawan kerana agak senang untuk didampingi. Di sekolah boleh dikatakan dia hampir tiada musuh. Apabila meninggalkan St John, kami berpisah dan tidak pernah terlintas di fikiran saya,akan berjumpa dengannya lagi sehingga suatu pertemuan di MPH Bangsar di Jalan Telawi. Pada masa itu, dia sudah menjadi personaliti yang dikenali rakyat Malaysia sebagai hos rancangan bual bicara. Dalam pertemuan yang ringkas itu, dia menjemput saya untuk menjadi editor penyumbang dalam penerbitannya yang baru sahaja bermula. Nama penerbitan ini adalah Editor Asia. Pada masa itu, kita sedang berada dalam pertengahan tahun 1997 dan Baginda mempunyai pejabat perniagaan di Wisma Gas Asli di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang sering saya kunjungi dalam proses menulis artikel untuk mereka. Apabila pelancaran rasmi majalah tersebut diadakan di sebuah hotel terkemuka di bandar raya ini, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah dijadualkan untuk merasmikan majlis pelancaran tersebut. Malangnya, atas sebab-sebab tertentu, Najib tidak muncul. Ini merupakan kolaborasi bekas pelajar St.John kerana Najib sendiri merupakan alumni St John, tetapi lebih senior dari kami berdua, Baginda sendiri merupakan pelajar dua tahun lebih senior dari saya. Apabila Najib gagal hadir, Baginda memohon maaf bagi pihak Najib dan mengumumkan isu sulung Editor Asia dengan memuji "kehebatan pasukan editorial" majalah tersebut. Sebenarnya majalah itu bakal diedarkan di seluruh rantau Asia. Malangnya, walaupun usaha penerbitan agak membanggakan pada operasi dihentikan selepas setahun penerbitan. Tiada alasan yang diberikan, tetapi semua kakitangan yang bekerja di majalah telah dibayar gaji mereka sebelum berpisah dengan Baginda. Semasa di Editor Asia, keadaa biasa sahaja seperti di mana-mana pejabat lain. Baginda sentiasa, seperti dirinya sewaktu di sekolah dahulu. Dia sentiasa ceria, yakin terhadap diri sendiri, tetapi kebanyakan daripada kami berpendapat dia kurang berbakat dalam perniagaan terutamanya dari segi penerbitan. Dia kelihatan seolah-olah sebenarnya kurang berminat dalam bidang penerbitan kerana sering meninggalkan operasi harian kepada kami. Bayangkan bagaiman terkejutnya kami apabila mengetahui bahawa seorang penganalisis politik yang dikenakan membunuh seorang warganegara Mongolia adalah tidak lain daripada Abdul Razak Baginda? Apa motif mereka? Apabila rakyat mula-mula digemparkan dengan penangkapan dan reman Razak Baginda selama 22 bulan, kami semua berharap bahawa ini hanyalah satu kesilapan dan Baginda akan terlepas dari hukuman gantung. Tetapi liku perbicaraan yang penuh putar belit telah meninggalkan kami dalam keadaan hairan dan kebingungan, apabila akhirnya dua anggota polis didakwa menjadi pembunuhan Altantuya semua berasa lega untuk Baginda, namun terdapat lebih banyak persoalan timbul pula dalam minda kita. Mungkin soalan yang paling jelas dan terbukti telah dikemukakan oleh Encik Karpal Singh, peguam untuk Sharibuu Setev, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga si mangsa: "Apakah motif mereka?" Ini adalah soalan yang tepat dan bermain dalam minda kebanyakan rakyat di Malaysia? Kenapa dua anggota polis yang tidak mengenali Altantuya dan tidak boleh mengecamnya pun mahu membunuh,dengan mengikat kedua-dua tangannya dan meletupkannya dengan bahan letupan? Kenapa mereka bertindak demikian? Ini sememangnya dua lelaki yang sudah tentu tidak gila oleh yang demikian, misteri kematian Altantuya mula menyelubungi Malaysia dengan lebih banyak persoalan yang dan pengakhiran yang tidak masuk akal. Ia telah menjadi saga yang tiada pengakhiran dengan saksi yang menghilangkan diri dan testimoni yang diberi menjadi bertentangan bahkan suatu akuan berkanun telah dibatalkan. Tiada penyelesaian sehingga kebenaran diketahui Sejak berita pembunuhan kejam Altantuya,, minda rakyat Malaysia dicengkam hebat oleh implikasi yang akibat kematian wanita muda Mongolia ini. Walaupun Altantuya tidak pernah menjadi sebahagian masyarakat tempatan, mereka yang terbabit dan dikaitkan dengan pembunuhannya dan skandal rasuah sekitar perolehan kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia merupakan orang ternama di negara ini yang telah memberi rakyat Malaysia perasaan gelisah dan takut. Kematian Altantuya mengerikan dan menyeramkan bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Ia seolah-olah menghantui kita, bahawa negara ini telah ditimpa sumpahan akibat kematian misteri dan mengerikan itu. Ia bukan hanya isu yang bermain dalam perasaan hati dan minda rakyat Malaysia tetapi menjadi tatapan masyarakat antarabangsa. Jawapan kepada persoalan itu ada dan ia seharusnya melibatkan kerjasama pihak dari pelbagai negara yang terlibat iaitu Malaysia, Perancis dan Mongolia dan juga Interpol untuk mendapatkan penyelesaian bagi semua terutama sekali perasaan rakyat Malaysia yang tidak tenteram. Jelas, ini adalah masa untuk mendapatkan keadilan bagi Altantuya dan bagi rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan mereka. Penyelesaian bagi semua pihak mempunyai kepentingan dan hak keatas kematian Altantuya dan memberikannya pengebumian yang wajar dan sempurna. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengambil peranan utama dalam memastikan berlaku keadilan dari kebenaran.Malaysia Chronicle | ||
Isu TALAM: MCA tipu dengan statistik Posted: 21 Jul 2012 12:02 AM PDT William Leong Jee Keen Ketua Pemuda Profesional MCA, Chua Tee Yong telah mengadakan sidang media yang kelimanya semalam, 17 Julai 2012. Sidang akhbar tersebut dilakukan untuk meneruskan lagi tuduhan perlakuan penyelewengan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor ketika menandatangani Perjanjian Penyelesaian bersama Syarikat Talam dua tahun yang lalu. MCA dalam sidang media yang terbaru ini kini mendakwa Kerajaan Selangor mengelak dari menjawab dakwaan-dakwaan Chua Tee Yong. KELEMAHAN DALAM HUJAH-HUJAH MCA MCA dan Chua Tee Yong seharusnya tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan menghina kebijaksanaan rakyat. Chua Tee Yong seharusnya memberhentikan dakwaan-dakwaan palsu mengenai isu ini. Apabila dikaji secara logik, dakwaan-dakwaan palsu ini adalah terlalu nyata untuk tidak mempercayainya. Hujah-hujah palsu selalunya digunapakai oleh mereka yang secara intelek tidak jujur dengan memberikan kesimpulan yang tidak benar yang gagal untuk membuktikan apa-apa, terutamanya apabila penipuan-penipuan tersebut dididedahkan. KENYATAAN SEPARUH BENAR Kenyataan separuh benar ialah falasi kekeliruan dengan memberitahu kebenaran tetapi pada masa yang sama, sengaja menyembunyikan butir-butir penting dengan tujuan untuk memalsukan dan menyokong kesimpulan palsu. Falasi kekeliruan pertama dakwaan-dakwaan MCA ialah penggunaan kenyataan separuh benar, di samping sengaja menyembunyikan fakta-fakta penting berikut: a) MCA gagal mendedahkan hutang-hutang yang ditanggung oleh Kerajaan BN sewaktu mentadbir Kerajaan Selangor; b) Kerajaan Selangor telah bertindak dengan mendapatkan kembali hutang-hutang berjumlah RM392 juta yang dipegang oleh Talam kepada Kumpulan Darul Ehsan, Permodalan Negeri Selangor Berhad dan Yayasan Pendidikan Selangor berhubung beberapa pembangunan hartanah yang dilaksana sepanjang 10 tahun yang lalu; c) Kerajaan Selangor BN telah membenarkan Talam untuk menanggung hutang-hutang ketika 3 orang wakil MCA merupakan ahli EXCO Selangor; d) Kerajaan negeri BN/MCA telah membenarkan syarikat-syarikat GLC negeri dan agensi-agensi berkaitan untuk menandatangani urus-urus niaga yang diragui di mana Talam diberikan tanah sebagai balasan dalam kontrak-kontrak di mana Talam masih belum melaksanakan tanggungjawab mereka; e) Kerajaan negeri BN/MCA gagal mengambil tindakan untuk mendapatkan kembali hutang-hutang Talam sehingga Perakaunan Tahunan Talam 2007 tidak menganggap hutang-hutang tersebut sebagai liabiliti kini tetapi sebaliknya sebagai hutang jangka panjang; f) Kerajaan negeri BN/MCA gagal, mengabaikan dan/atau enggan untuk mengambil apa-apa tindakan atau tindakan sewajarnya untuk mengutip hutang-hutang: · Walaupun selepas Talam telah diisytiharkan sebagai penerbit terjejas mengikut Nota Amalan 17/2005 Syarat-Syarat Penyenaraian Bursa Malaysia pada 1 September 2006; · Walaupun selepas Talam telah mengumpul hutang sebanyak RM446.53 juta, dan sehingga 31 Julai 2008, mengumpul pinjaman sebanyak RM1.184 bilion di mana RM924.8 juta atau 78.1 peratus daripada pinjaman tersebut tidak dibayar; · Walaupun selepas Talam tidak mempunyai keupayaan untuk membayar hutang-hutang terkumpulnya apabila tiba masanya kerana Talam mempunyai hutang dan pemiutang perdagangan lebih daripada RM2 bilion, pada masa yang sama mempunyai penerimaan dan wang tunai kurang daripada RM280 juta; g) Hutang-hutang tersebut tidak dicagar dan dalam situasi penggulungan Talam, pemiutang pilihan dan pemiutang bercagar akan diberikan keutamaan sebelum negeri dan lain-lain pemiutang tidak bercagar; h) Talam pernah mencadangkan penstrukturan semula untuk menyelesaikan hutang-hutang takberbayar dengan mengeluarkan pelbagai bentuk saham keutamaan dan pinjaman stok kepada para peminjam yang mengecualikan GLC dan agensi-agensi negeri; i) Suruhanjaya Sekuriti dalam surat bertarikh 25 September 2007 menolak Rancangan Rombakan Cadangan Talam; dan j) Terdapat pelbagai petisyen difailkan oleh beberapa orang pemiutang untuk menggulungkan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Talam. MCA telah menyembunyikan maklumat-maklumat di atas daripada orang awam dalam sidang media mereka. Ianya terbukti jelas kepada mana-mana pihak yang melakukan pemeriksaan kepada maklumat-maklumat awam seperti pengumuman awam Talam mengenai Perjanjian Penyelesaian tersebut, laporan tahunan Talam dan pekeliling-pekeliling kepada para pemegang saham di mana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak akan mendapat kembali apa-apa wang. Penyelesaian terbaik ialah untuk mengambil kembali 13 bidang tanah kepunyaan Talam. MENIPU MENGGUNAKAN STATISTIK Cara hujahan palsu lazim ialah menipu menggunakan statistik. Ianya ialah penggunaan angka dan bilangan untuk "membuktikan" tuntutan-tuntutan tidak berkaitan. MCA telah menipu menggunakan statistik dengan hanya memfokuskan kepada 1 daripada 13 bidang tanah. MCA mendakwa Kerajaan Negeri memberikan nilai berlebihan sebanyak RM181,082,000.00 bagi tanah di Bestari Jaya di mana nilai di pasarannya ialah RM139,090,000.00. Namun begitu, MCA gagal dalam memahami fakta bahawa Menteri Besar dan Kerajaan Selangor telah mendapatkan kembali 13 bidang tanah yang biarpun nilai pasarannya ialah RM685,230,000.00, tetapi dinilai pada RM676,094,000.00 sebagai balasan. Walau apa-apa pun, MCA tidak mengemukakan dokumen sama yang mendedahkan nilai pasaran dan balasan nilai tanah di Bestari Jaya, di mana nilai bukunya ialah RM215,128,000.00. Oleh itu, Talam telah mengalami kerugian nilai buku sebanyak RM34,046,000.00. Dakwaan MCAbahawa Talam mempunyai kemampuan untuk berunding "urus janji" adalah suatu dakwaan tidak berasas. MEMAINKAN EMOSI Memainkan emosi ialah suatu falasi kekeliruan klasik dengan mengabaikan fakta dan menggunakan emosi semata-mata. MCA mendakwa "bebas hutang" Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) kini dibeban dengan hutang bernilai sebanyak RM230 juta kerana membeli aset-aset Talam, menaikkan emosi sementara mengabaikan fakta bahawa ianya di bawah pentadbiran BN/MCA, GLC-GLCdan agensi-agensi Selangor mula dibeban dengan masalah RM392 juta tersebut. TANGAN BERSIH Ini ialah prinsip terkenal "dia yang datang ke ekuiti, hendaklah datang dengan tangan bersih". MCA dikecualikan dari mempersoalkan usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kembali hutang-hutang Talam tanpa MCA diri sendiri mengambil sebarang tindakan ke atas ahli-ahli EXCO mereka yang membenarkan hutang-hutang tersebut terkumpul dan akhirnya gagal, enggan dan/atau mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendapatkan kembali hutang-hutang tersebut. PENIPUAN BESAR Teknik penipuan besar ini ialah falasi kekeliruan moden dengan mengulang kembali berulang kali penipuan atau penipuan separuh, terutamanya dalam media, sehingga orang awam mempercayainya tanpa memerlukan sebarang bukti. MCA dalam mengulang dakwaan-dakwaan terhadap Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat dalam lima sidang media selepas penjelasan telah diberikan oleh Menteri Besar dan lain-lain sedang mempraktiskan kata-kata Joseph Goebbels: "Jika sesorang memberitahu sebarang penipuan besar dan terus mengulanginya, rakyat akan kelama-lamaan mempercayainya. Penipuan tersebut hanya dapat dikekalkan pada jangka masa yang tertentu kerana Pentadbir Negara mempunyai keupayaan untuk melindungi rakyat dari akibat politik, ekonomi dan/atau tentera penipuan tersebut. Lantas, ia menjadi amat kritikal untuk Pentadbir Negara untuk menggunakan segala kuasanya untuk mengekang sebarang percanggahan pendapat, kerana kebenaran ialah musuh utama penipuan, dan seterusnya, kebenaran menjadi musuh terbesar Negara." Ia juga merupakan suatu kebiasaan falasi kekeliruan yang menimpa sesiapa yang mempercayai penipuan tersebut perlu untuk meneruskan kepercayaan songsang mereka selepas didedahkan kepada mereka kepercayaan songsang tersebut merupakan suatu kesilapan. Ini adalah kerana ketakutan mereka bahawa dengan mengakui kesilapan mereka, akan berlakunya akibat yang tidak dapat dibayangkan ke atas ketua negara. Falasi kekeliruan menggunakan teknik "penipuan besar" dan doktrine Goebbel telah didedahkan pada 19 November 1863 di suatu majlis dedikasi di sebuah tanah perkuburan tentera di Gettysburg, dengan pepatah "seseorang tidak boleh menipu kesemua orang pada semua masa". KEJUJURAN INTELEKTUAL Ia adalah sukar untuk mencari lagi sebuah penghujahan intelektual yang tidak jujur walaupun dalam keadaan politik kini daripada pendakwaan berterusan MCA terhadap Pakatan Rakyat dalam mendapatkan kembali hutang Talam dengan harapan sia-sia untuk menarik sokongan politik di Selangor. Episod ini ialah sebuah petunjuk jelas bahawa MCA tidak berminat untuk berbicara secara jujur dengan rakyat Malaysia. Jika MCA jujur dalam membantu rakyat negeri Selangor, maka mereka seharusnya membantu dalam menukarkan 13 bidang tanah Talam kepada bentuk tunai untuk kepentingan rakyat. Terdapat masa dan situasi di mana ahli politik seharusnya berhenti berusaha untuk meraih mata murah politik dan bertindak demi kepentingan rakyat. Kehilangan aset-aset Negeri Selangor dan kesulitan yang dihadapi untuk mendapat kembali hutang Talam ialah contoh sebuah peristiwa tragis. Jika MCA masih ingin meneruskan lagi dakwaan-dakwaan ini, ianya terpulang kepada rakyat untuk menghakimi pihak mana yang sibuk bermain permainan politk kotor dan pihak mana yang bekerja dalam senyap dalam usaha serius mendapatkan kembali hutang bernilai RM392 juta. *William Leong Jee Keen (gambar kiri) ialah ahli parlimen Selayang. | ||
ISA: Igauan di sebalik "lawak" Hishamuddin Rais Posted: 20 Jul 2012 11:58 PM PDT Mungkin ramai yang terhibur dengan gelagat Hishamuddin Rais yang sentiasa berjenaka, atau dengan sinis memperlekehkan pemerintah, meskipun dirinya pernah diseksa di bawah pemerintahan regim ini. Justeru itu, ramai yang terkejut apabila aktivis yang sering tampil sebagai "pelawak" ini, menangis dalam mahkamah ketika diminta mengisahkan kesan penahanan yang tidak sah itu terhadap dirinya. Dalam forum semalam, secara jujur Hishamuddin Rais (gambar kanan) mengakui, bahawa ramai tahanan yang tidak mahu mengingati kembali pengalaman yang dilalui ketika ditahan di Kem Kamunting. Beliau tidak mahu pengalaman yang depresif itu menakut-nakutkan khalayak ramai atau menjadikan orang pesimis. "Saya secara peribadi tidak mahu lagi mengalami proses itu, mengingati kembali the nightmare (igauan) itu. Kerana itu, saya selalu melakukan lawak. Tapi sebenarnya apa yang terjadi di dalam bilik sulit itu adalah satu pengalaman yang tidak mungkin dapat saya visualkan, tidak dapat saya tuliskan untuk orang di luar ini mengalami," kata Hishamuddin Rais. Seksaan fizikal dan mental Hishamuddin Rais ketika berucap cuba mengelak dari menyentuh penyeksaan yang dilaluinya. Apabila diingatkan moderator Muhammad Afiq, beliau menyebut seksaan yang terbahagi kepada penderaan fizikal dan penderaan mental. Kegagalan menahan salah satu daripadanya akan membuatkan tahanan dibuli pegawai dalam kem. Beliau mengambil contoh bagaimana seorang lelaki Cina, dengan tinggi badan enam kaki dua inci, digelarnya "gangster Old Klang Road", menangis kerana tidak tahan dengan deraan psikologi. Dalam sesi soal jawab, Hishamuddin Rais mengisahkan apa yang terjadi pada dirinya selepas mendengar pengalaman isteri bekas tahanan ISA, Norlaila Othman, dan diajukan soalan dari bawah pentas. Hishamuddin Rais mendakwa dirinya menolak lawatan keluarga ketika ditahan, dan beliau hanya bertemu dengan ahli keluarganya setahun sekali sama ada pada Hari Raya Haji atau Hari Raya Puasa. Beliau tidak mahu orang tuanya datang jauh dari Jelebu ke Kamunting, hanya untuk pertemuan yang singkat. Selain itu, Hishamuddin Rais mengakui dirinya "upset" seandainya dikunjungi kawannya pada hujung minggi, membuatkan hari Isnin-nya terganggu, kerana dirinya akan memikirkan dunia di luar KemTa selepas diziarahi kawannya. Hishamuddin Rais dikurung bersama Tian Chua (gambar kanan) dalam satu sel untuk tempoh satu tahun. "Dia pandang saya, saya pandang dia." Kemudian, kedua-duanya memelihara cicak kobeng, biawak, semut untuk menghilangkan kebosanan. Menurutnya, dua bulan pertama penahanannya tidak dibekalkan suratkhabar. "Kamu ada 24 jam tapi kamu tak ada apa-apa untuk dibuat. Buku bacaan tidak ada," katanya, menyifatkan bahawa masa yang paling panjang dalam hidupnya adalah masa ketika ditahan. Malah, Hishamuddin Rais berkongsi "penemuannya", bahawa terdapat tujuh pintu dari luar KemTa hingga ke dalam selnya. Tidak cukup dengan itu, beliau pernah dikurung dalam "penjara dalam penjara Kamunting" (diberi gelaran bilik roti) kerana melawan pegawai yang membelasah sahabatnya Tian Chua dalam KemTa. Seksaan terhadap keluarga tahanan Sesungguhnya, seksaan ISA tidak terhad kepada tahanan sahaja, tetapi juga ahli keluarga tahanan. Seorang bekas tahanan yang hadir dalam forum semalam, mengisahkan pengalaman pertemuan dengan anaknya yang berusia dua tahun ketika dirinya ditahan. Pada pertemuan kali pertama, beliau dibenarkan bersemuka dengan anaknya, namun pertemuan seterusnya mereka diasingkan dengan kaca. Dalam pertemuan terakhir, sungguhpun mereka dibenarkan bersemuka tanpa kaca, namun anaknya memegang-megang bagaikan ada kaca di antara mereka, katanya sambil menahan sebak. Norlaila Othman, isteri bekas tahanan ISA, Mat Sah, juga berkongsi pengalamannya bagaimana suaminya ditangkap dan kemudian ditahan untuk lebih tujuh tahun. Pada mulanya, Norlaila diberi satu nombor telefon palsu, kononnya beliau boleh hubungi nombor tersebut untuk mendapat tahu keadaan suaminya. Malah, Norlaila juga ditipu bahawa suaminya mendapat layanan yang baik, dengan bilik "lima bintang" dan makanan buffet. Maka bermulalah "marathon" Norlaila sebagai seorang isteri dan ibu untuk menyara hidup keluarganya. Setiap kali perjalanan 3 jam setengah diperlukan dari Kuala Lumpur ke Kamunting, dan masa yang sama diperlukan untuk pulang dari Kamunting - hanya untuk pertemuan selama 45 minit. Norlaila yang bersendirian dengan anaknya, diserang rasa sedih apabila membeli ayam atau biskut di kedai, terkenang suaminya, sehingga bos kedai runcit bertanya mengapa beliau bersedih? Kemudian Norlaila mengisahkan bahawa suaminya ditahan di bawah ISA, dibalas pula "Masih ada lagi ISA kah?" Kawannya cuba mengasingkan diri dari keluarganya sejak Mat Sah ditahan. Padahal Norlaila, malah Mat Sah tidak mengetahui apa-apa tentang sebab dirinya ditahan. Namun akhbar yang menyiarkan berita bahawa Mat Sah ditahan kerana terlibat sebagai anggota KMM, ditukar kepada JI kemudiannya. Norlaila (gambar kanan) berkata, analisis SB (special branch) akan mendapati bahawa penahanan Mat Sah sepanjang tujuh tahun adalah satu kesilapan. Sepanjang tempoh ini, Norlaila giat berkempen untuk menuntut pembebasan suaminya, di pentas PAS mahupun PKR. Norlaila berkata, dirinya berpeluang untuk berucap di kawasan Melayu, termasuk kubu UMNO di Johor dan Pahang, untuk menyedarkan masyarakat Melayu tentang kezaliman ISA. Menurutnya lagi, bekas Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan pernah dua kali melawat suaminya Mat Sah ketika ditahan, dan Norlaila melihat ia membangkitkan semangat Ambiga untuk berjuang mempertahankan hak asasi rakyat Malaysia. Turut hadir sebagai panelis dalam forum "ISA: Penyeksaan yang sempurna", anjuran Lawyers For Liberty (LFL) dan SUARAM ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis, Wan Ji Wan Hussin. Forum ini menarik kira-kira 150 orang hadirin di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam, dipengerusikan Muhammad Afiq, peguam LFL. Kempen "Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA" dilancarkan sebagai salah satu usaha menuntut agar 45 tahanan di Kamunting dibebaskan. *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan