DIALOG RAKYAT |
- Tiga nama disebut sebagai pengganti Ali Rustam
- Anwar timbang 'bersara' jika Pakatan kalah PRU
- Harga petrol RON97 turun 20 sen lagi
- MB S'gor cabar RPK dedah lagi rakaman video
- PAS arah semua ahli sertai himpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai
- Fasa pertama Lebuhraya Rakyat akan dilaksanakan
- 5 Adun DAP digantung 6 bulan
- PAS dakwa Umno Perak gadai tanah kepada syarikat Cina
- "Ini bukan perang, demonstran akan kembali..."
- Tiada Pertindihan Kuasa Antara Exco Dan Ahli Perbadanan PKNS
- Tiga Juta Pengundi Muda Disaran Tolak Gagasan Mahathirisme
- Fitnah isu Talam, MCA Disaman
- Soi Lek Hina Islam, PAS Minta Umno Nyata Pendirian
- Keganasan politik: Najib berat sebelah, bisu bila pimpinan PR diserang
- Jangan politikkan isu pendidikan percuma – Mahasiswa
- Siapa Perdana Menteri, Rosmah atau Najib?
- Saman NFC: Rafizi sedia jumpa di mahkamah
- Fitnah II bukti Umno BN lemahkan sistem kehakiman
- Serbuan bermotif politik – Cyhthia
- Pasar malam pelbagai kaum terpanjang di Malaysia hasil usaha DAP
- UMNO gunakan PERKASA untuk buat kacau?
- Rumah kenamaan UMNO diceroboh, Malaysia selamat?
- Sekali Lagi MCA Ugut Umno
- Hudud : Akhirnya Perjuangan PAS Ditiru Umno
- 80 Orang Bekas Ahli Umno Masuk PAS Disember Lalu Terima Sijil Keahlian
Tiga nama disebut sebagai pengganti Ali Rustam Posted: 04 Jul 2012 07:30 AM PDT Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron hanya ketawa apabila ditanya sama ada benar beliau merupakan antara individu yang disebut-sebut sebagai pengganti Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai ketua menteri Melaka. "Mana ada...," katanya yang menambah perkara itu tidak benar kerana sesiapa sahaja di bawah kepimpinan Mohd Ali layak menjadi pengganti. "Semua pemimpin yang ada dalam kepimpinan boleh ganti. Datuk Seri yakin dengan kesemua pemimpin yang dilantik dan dididik," katanya sambil diselang seli dengan ketawa. Idris, 45, antara nama yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan tersebut, susulan kenyataan Mohd Ali untuk beralih ke kerajaan persekutuan. Dalam temubual bersama akhbar berbahasa Inggeris The New Sunday Times Ahad lalu, Mohd Ali menyatakan beliau berhasrat sedemikian sekiranya diizinkan perdana menteri. Turut dijangka sebagai pengganti Ali ialah seorang veteran politik Umno Melaka, Datuk Abu Seman Yusop, yang kini merupakan timbalan menteri dalam negeri dan juga seorang exco kerajaan negeri Melaka, Datuk Ghafar Atan. PM ada kriteria sendiri Perkara itu dinyatakan Speaker DUN Melaka Datuk Othman Muhamad ketika ditanya mengenai nama-nama yang layak untuk menggantikan Mohd Ali. "Ada beberapa nama yang disebut. Antaranya Datuk Idris Haron, Datuk Abu Seman Yusop dan Datuk Ghafar Atan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Jelasnya, beliau menjangkakan demikian kerana ketiga-tiga nama berkenaan merupakan ketua Umno bahagian. Idris mengetuai Umno bahagian Tangga Batu dan Abu Seman (kiri) serta Ghafar masing-masing merupakan ketua bahagian Masjid Tanah dan Alor Gajah. "Yang ini semua orang dalam Umno yang sebut, bukan PM yang pilih. PM ada kriteria dia yang sendiri. "Biasanya yang jadi ketua menteri ini ketua bahagian tapi ada juga bukan ketua bahagian yang dipilih," katanya lagi. Harap Ali terus pantau Othman yang berpengalaman berkhidmat selama 18 tahun dengan bekas ketua menteri Melaka, Tun Ghafar Baba berkata, langkah untuk mencari pemimpin yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas untuk jawatan tersebut adalah satu perkara yang sukar. "Itu yang jadi orang Melaka serba salah. Kita serba salah nak lepaskan Datuk Ali. Nak tak nak, untuk memastikan masa depan lebih baik. Susah nak cari pengganti dengan apa yang dia dah buat," katanya yang berpendapat standard kerja Mohd Ali setanding dengan Ghafar Baba. "Saya bekerja dengan Tun Ghafar Baba 18 tahun. Saya rasa Datuk Ali mentadbir selama 12 tahun macam bekerja 20 tahun. Dia memang kuat bekerja. Keluar pagi, balik pagi," kata Othman. Katanya lagi, walaupun berat untuk melepaskan Mohd Ali (kiri), beliau berharap agar penggantinya akan dapat bekerja sekuat ADUN Bukit Baru itu. "Kalau (Datuk Seri) Najib (Abdul Razak) perlu juga (Mohd Ali), kita kena lepaskan. Cuma harapan, pengganti dia nanti dapat buat 70 peratus kerja macam Datuk Ali. "Kalau nak (pemimpin) 100 peratus (seperti Mohd Ali) memang tak dapat. Tapi kalau boleh 70 peratus cara dia bekerja. "Saya juga berharap agar walaupun Datuk Ali sudah berada di kerajaan persekutuan, beliau masih lagi memantau keadaan politik di Melaka dalam jangka masa tertentu," kata Othman lagi. |
Anwar timbang 'bersara' jika Pakatan kalah PRU Posted: 04 Jul 2012 07:26 AM PDT MALAYSIA KINI Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan, beliau mungkin bersara daripada politik sekiranya Pakatan Rakyat tidak berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.Anwar yang sering dirujuk sebagai "perdana menteri dalam penantian" itu berkata, beliau mungkin "kembali mengajar" jika Pakatan tidak berjaya ke arah itu, lapor Financial Times semalam. "Kita persembahkan manifesto, dasar-dasar kita, dan sudah tentu sekiranya diberikan mandat, saya teruskan, atau pun saya akan fikirkan kembali untuk mengajar," beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan akhbar itu. Akhbar yang beroperasi daripada London itu juga memetik Anwar sebagai mengakui, pilihan raya umum ke-13 "mungkin" menjadi peluang terakhirnya untuk menjadi perdana menteri. Dalam masa yang sama, harian yang diedarkan di seluruh dunia itu menulis, Anwar, 65, kelihatan "letih" untuk seseorang yang mencari peluang terbaik mentadbir negara. Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, beliau yakin akan berlaku pertukaran kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang. |
Harga petrol RON97 turun 20 sen lagi Posted: 04 Jul 2012 07:24 AM PDT MALAYSIA KINI Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuatkuasa esok. Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kiri) berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun. Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula esok. Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya. Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas. -Bernama |
MB S'gor cabar RPK dedah lagi rakaman video Posted: 04 Jul 2012 07:21 AM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencabar penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendedahkan lagi rakaman video tersembunyi sewaktu beliau berada di dalam pejabatnya. Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco, Khalid dengan sinis "menggalakkan" penulis blog kontroversi itu "mempamerkannya supaya orang ramai dapat tengok". "Ini adalah permainan yang lucu, jadi teruskanlah. "Saya mendapatinya begitu menjengkelkan, begitu tidak bertanggungjawab. Tetapi sejak ia merupakan satu cara hidup, saya harus menerimanya," kata sambil ketawa. Raja Petra sebelum ini membuat spekulasi bahawa kamera tersembunyi dipasang oleh musuh Khalid untuk merakamkan keadaan mencurigkan beliau bersama dengan seorang pembantunya. Penulis blog itu mendakwa pihak yang rapat dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali memiliki banyak rakaman video yang boleh menjatuhkan Khalid. Pada Ogos 2010, Khalid dilapor berkata beliau mennjumpai video kamera tersembunyi di pejabatnya. |
PAS arah semua ahli sertai himpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai Posted: 04 Jul 2012 07:15 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- PAS secara rasmi mengarahkan semua ahlinya yang berkesempatan agar menyertai perhimpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai ini. Arahan rasmi itu dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu suratnya kepada semua pimpinan dan ahli-ahli PAS. Surat yang bertarikh 29 Jun itu memaklumkan, mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 10 Jun telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Oren Selamatkan Felda. Ia merupakan program kemuncak yang dianjurkan PAS sebagai bantahan rakyat terhadap penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH). "Tujuan utama himpunan ini adalah untuk menyatakan secara aman bantahan kita terhadap penyenaraian FGVH dalam Bursa Saham dan menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung," kata Mustafa daam surat itu. Sehubungan itu, katanya, semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat diarahkan hadir ke himpunan tersebut. Perhimpunan itu akan dimulakan dengan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur mulai jam 2 petang pada hari Sabtu. Sebagai makluman, kata Mustafa, semua peserta digalakkan memakai pakaian warna oren sebagai tanda kebersamaan membantah penyenaraian tersebut. Peserta juga dicadangkan datang lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan daripada tergendalanya perjalanan program ini, tulis Mustafa lagi. Surat yang ditulis Mustafa ini mula dimasukkan ke dalam facebook dan diedarkan kepada semua ahli dan pemimpin PAS. Maklum kepada polis Sementara itu, Mazlan Aliman bersama beberapa orang lagi menyerahkan surat pemakluman Himpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai ini di Ibu Pejabat Polis Sentul di Jinjang, Kuala Lumpur. Turyt serta bersama beliau adalah Dr Rosli Yaakob, Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood dan Fadhil Othman. "Insyaallah, selepas ini surat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong akan menyusul untuk memohon perkenan menyerahkan memo pada 14 Julai ini di Istana Negara," kata Mazlan melalui Facebooknya. -Harakahdaily |
Fasa pertama Lebuhraya Rakyat akan dilaksanakan Posted: 04 Jul 2012 07:13 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KOTA BHARU- Kerajaan Kelantan telah meluluskan (menggezetkan) fasa pertama pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai bermula dari Machang sejauh 29 kilometer dari 73 kilometer keseluruhannya. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, fasa pertama itu telah siap diukur bermula dari Bukit Bakar ke Kuala Krai. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di sini tengahari tadi. Katanya, jajaran berikutnya akan digezetkan apabila ianya siap diukur. "Pembinaan lebuhraya ini akan dimulakan di tanah kerajaan terlebih dahulu dan kemudiannya akan diteruskan pada tanah milik peribadi,"ujarnya. Tambahnya, tanah-tanah individu yang terlibat dengan pengambilan untuk pembinaan lebuhraya itu akan dibekukan kegiatannya. Pada masa yang sama Husam memberitahu kerajaan negeri akan membuka satu akaun khas bagi memungut sumbangan daripada orang ramai untuk pembinaan lebuhraya di Islamic Maybank dan Bank al-Rajhi. "Apabila kita mendapat nombor akaun ini kita akan membuat hebahan secara umum bagi membolehkan masyarakat di negara ini khususnya Kelantan menderma,"ujarnya. Katanya, sebelum ini akaun ini dibuka di Bank Muamalat di bawah seliaan syarikat Baldah Toyyobah sebagai perantara untuk disalurkan dana kepada kerajaan. Sambungnya, petugas khas atau agen bakal dilantik di seluruh negara untuk memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan atau menyalurkan terus kepada Maybank dan Al-Rajhi. Katanya, sehingga kini sumbangan sebanyak RM430,000 diterima dari orang ramai di seluruh negara termasuk penderma di seluruh negara. Tidak cerdik Sementara itu, ketika menjawab tuduhan tidak bertanggugjawab oleh bloger Umno yang mengkritik tindakannya memegang jawatan dalam pembinaan lebuhraya itu sebagai pengerusi, Husam berkata, ia tidak cerdik. Husam mendakwa jawatan yang disandangnya sebagai pengerusi tidak bersalahan dengan undang-undang walaupun beliau seorang anggota exco kerajaan negeri. Menurutnya, amalan itu diterima pakai sejak sekian lama sebagai contohnya Menteri Besar Kelantan sendiri mempengerusikan PKINK. "Saya sendiripun sebagai Pengerusi Tunjung Development termasuk anggota exco kerajaan negeri yang lain turut mempengerusikan anak syarikat kerajaan negeri yang lain,"ujarnya. Katanya, tidak perlu mempertikaikan beliau diberi tanggungjawab mempengerusikan pembinaan lebuhraya kerana ianya tidak menjadi kesalahan. "Jadi saya fikir keluarga Umno ni tidak memahami perkara itu, kecuali jawatan eksekutif itu yang tidak boleh dipegang oleh anggota exco kerajaan negeri, namun sebagai ahli lembaga pengarah pula tidak menjadi kesalahan,"ujarnya. Beliau turut menyindir blogger Umno yang tidak mengetahui perkara itu mempelajarinya dari pihak yang lebih tahu sebelum memuatkan perkara yang mereka tidak ketahui.-harakahdaily |
Posted: 04 Jul 2012 07:00 AM PDT Ia bermula apabila Betty Chew meminta Datuk Gan untuk menarik balik kenyataan yang disifatkan peribadi oleh Gan terhadapnya. Sekitar Dun Melaka MELAKA: Lima anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) wakil DAP, digantung daripada menghadiri sidang Dun Melaka, selama enam bulan kerana mengingkari dan menimbulkan kekecohan pada persidangan dewan hari ini. Speaker Dun Melaka Datuk Wira Othman Muhamad membuat keputusan penggantungan itu terhadap Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana); Goh Leong San (Kesidang); Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh); Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Lim Jak Wong (Bachang) berkuatkuasa hari ini. Ia berikutan kekecohan yang ditimbulkan pada persidangan hari ini yang bermula dengan Betty Chew, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta Adun Duyung yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Gan Tian Loo untuk menarik balik kenyataan yang disifatkan peribadi oleh Gan terhadapnya. Sejurus persidangan bermula pada kira-kira pukul 9.30 pagi, selepas doa, ucapan aluan dan agenda persidangan yang memasuki hari ketiga, Betty Chew bangun menyatakan bahawa tohmahan telah dibuat oleh Gan berhubung isu seorang wanita yang dikaitkan dengan suaminya. "Atas kenyataan Adun Duyung pada persidangan dewan pada Isnin lepas, saya rasa beliau (Gan) melakukan fitnah dan tuduhan peribadi ke atas saya dan suami saya. Saya meminta beliau (Gan) menarik balik tuduhan itu," katanya. Sekadar pertanyaan Othman berkata beliau telah meneliti kenyataan Gan itu dan mengganggap ia sekadar pertanyaan Gan kepada Betty Chew sama ada mengenali individu itu. "Ia bukan "statement" (pernyataan), ianya pertanyaan, jawapannya ya atau tidak, kenal atau tidak, ia bukan tuduhan. Kalau tidak…nafikan, tidak timbul fitnah," kata Othman kepada Betty Chew. Betty Chew yang tidak berpuas hati dengan jawapan Othman, menempelak Speaker dengan berkata: "Malu ke atas awak (shame on you) Datuk Speaker,". Sejurus selepas itu, dua Adun DAP, Khoo dan Lim bangun sambil merentangkan kain pemidang tertulis perkataan dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris "Shame on you Gan Tian Loo". Beberapa Adun Barisan Nasional bangun mempertahankan Speaker dan berteriak "Shame on Betty" sambil berkata kain pemidang itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke dewan persidangan. Konspirasi pembangkang Kedua-dua pihak berbalas cakap sebelum Speaker meminta Adun Ayer Keroh dan Bachang meninggalkan dewan kerana membawa sepanduk tetapi kedua-dua wakil DAP itu ingkar. Sebaik dewan berhenti rehat dan bersidang semula pada pukul 10.10 pagi, Ketua Whip Datuk Yaakub Md Amin membacakan usul supaya kelima-lima Adun DAP itu digantung enam bulan kerana mengingkari sidang dewan. Othman selepas itu membuat keputusan menggantung kesemu Adun DAP itu serta menangguhkan persidangan dewan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan. Pada sidang akhbar kemudiannya, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata tindakan lima Adun DAP itu menunjukkan konspirasi wakil pembangkang untuk mengalihkan isu apabila terpalit ke atas mereka. "Ini semua taktik kotor DAP yang tidak demokratik, malahan mereka bawa banner ke dalam dewan yang biasanya dilakukan semasa demonstrasi jalan raya. Ini cara mereka sehingga membawa sepanduk ke dalam sidang dewan," katanya yang kesal dengan cara dan tindakan pembangkang itu. Othman ketika ditemui pemberita berkata penggantungan kelima-lima Adun DAP itu mengikut Perkara 34.(1),(2),(3),(4) sebagaimana tatatertib dalam persidangan dewan. "Mereka berlaku degil arahan supaya diminta keluar dewan tetapi tidak dipatuhi, tak mahu ikut peraturan, ingkar arahan speaker dan tidak menghormati persidangan dewan," kata Othman. Semalam, sewaktu persidangan hari kedua, kelima-lima Adun DAP itu bertindak keluar daripada persidangan berhubung isu seorang wanita yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng.- Bernama |
PAS dakwa Umno Perak gadai tanah kepada syarikat Cina Posted: 04 Jul 2012 06:57 AM PDT Tanah seluas 511, 43 ekar itu dijual dengan harga RM68, 000 seekar berbanding harga semasa pasaran kira-kira RM200, 000 seekar. IPOH: PAS Perak mendakwa sebuah anak syarikat kerajaan negeri menggadai tanah seluas 511.43 ekar kepada sebuah syarikat bukan Bumiputera – Melayu. Jurucakap Jawatankuasa Strategik, Salman Saleh berkata, Syarikat Maju Perak Berhad menggadai tanah yang terletak di Batu Gajah berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM). "PAS Perak kesal tindakan Syarikat Maju Perak Berhad yang menggadai tanah kepada syarikat Extreme News Sdn Bhd dengan harga yang terlalu murah," katanya dalam sidang media di pejabat PAS Perak, dekat sini. Salman berkata, tanah yang terletak di lokasi yang strategik itu dijual dengan harga RM68, 000 seekar berbanding harga semasa pasaran kira-kira RM200, 000 seekar. "Kami menganggapnya sebagai satu keputusan yang amat pelik bagi tujuan apa kaedah sekalipun dan adakah kerajaan negeri maklum akan salahlaku ini?," katanya. Menurut Salman, kerajaan negeri gagal menguruskan Syarikat Maju Perak Bhd yang sepatutnya berperanan sebagai untuk memajukan tanah hak milik Melayu dan membuat keuntungan kembali kepada kerajaan negeri. Katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Zambry sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan negeri Perak (PKNP) mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan anak-anak syarikatnya terutamanya dalam menjaga kepentingan orang Melayu didalam kurniaan tanah kepada GLC negeri. "Tindakan tersebut dibimbangi ada berlaku serta melibatkan unsur rasuah dan penyelewengan yang melibatkan urusan perniagaan diluar kebiasaan tersebut yang mungkin berlaku," soalnya lagi. Minta ZMB jelaskan PAS Perak, kata Salman memberi tempoh tujuh hari kepada Zambry untuk memperjelaskan isu ini kepada umum. "Kami mendesak agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas yang bukan di bawah (Jawatankusa Kira-kira Awam) PAC untuk menyiasat isu ini secara telus dan terbuka. "Kami juga mendesak agar dibatalkan perjanjian dengan Extreme News Sdn Bhd jika benar adanya perjanjian tersebut dimeterai. Justeru, PAS Perak menuntut Umno negeri bertanggungjawab dalam isu ini dan melaksanakan tuntutan ini dengan segera atau tindakan selanjutnya akan diambil. Dua anggota Jawatankuasa Strategik PA negeri, Safarizal Saleh dan Hafez Sabri hadir sama dalam seidang media tersebut. |
"Ini bukan perang, demonstran akan kembali..." Posted: 04 Jul 2012 06:50 AM PDT "Menyuraikan perhimpunan adalah pilihan terakhir. Semestinya ada orang yang enggan pulang ke rumah selepas anda menyuraikan perhimpunan itu. Jadi, mereka akan singgah di jalan raya, dan masalah tetap kekal berada di jalan raya... Ini bukan perang. Jikapun demonstran pulang ke rumah, mereka akan kembali ke jalan raya beberapa hari kemudian. Anda perlu berdepan dengan mereka juga. Masalah berulang tanpa penghujungnya." Pandangan ini diungkapkan bukan dari mulut aktivis hak asasi, tetapi Ketua Bahagian Jenayah di Berlin, Oliver Tolle (gambar kiri). Menurut Oliver Tolle, polis di Berlin mengambil masa 10 hingga 15 tahun, untuk beranjak dari mentaliti "polis bersetentang dengan demonstran" (we are against the protestor) kepada bekerjasama dengan demonstran. Polis perlu mencari penyelesaian bersama penganjur demonstrasi. Tekad politik dan pengalaman polis menjadi faktor yang menjurus kepada perubahan tersebut. Demikianlah luahan seorang anggota polis yang diundang untuk menghadiri satu sesi perbincangan, berjudul "Kebebasan berhimpun: Hak asasi di Jerman". Forum ini antara aktiviti dalam program "Anjakan Paradigma: Kebebasan berhimpun dan penyertaan warga negara", dianjurkan oleh International Media Alliance (IMA), berlangsung dari 6 hingga 11 Jun 2012, di Berlin. Wartawan MerdekaReview antara peserta dalam rombongan itu, yang juga disertai pengamal media dari Myanmar, Pakistan, Indonesia, Filipina dan Bangladesh. Salah seorang pengamal media Jerman turut berkongsi pengamatan beliau ketika sesi jamuan sambil berinteraksi. Beliau berkata, jika zaman dahulu anda dihentikan polis kerana disyaki melanggar undang-undang jalan raya, dan anda tanya kepada polis, mengapa harus saya patuh kepada arahan anda? Polis itu hanya perlu menuding kepada pistolnya pada bahagian pinggang. Zaman sekarang, sambungnya, apabila anda berjalan kaki dan melanggar lampu merah, polis akan menjerit di belakang anda, "Hati-hati, bahaya!" Polis Jerman kini mengakur dengan realiti bahawa zaman untuk polis menggunakan kekerasan telah berakhir. Polis perlu belajar untuk menggunakan hujah, rasional ketika berdepan dengan orang awam. Dan lebih penting, polis Jerman kini mengambil peduli imejnya di depan khalayak ramai, kata pengamal media Jerman. Cara mengendali perhimpunan Barangkali sikap "bermuhasabah diri" menyumbang kepada penambahbaikan cara pengendalian perhimpunan oleh polis. Pengalaman mengendali perhimpunan tidak hanya disimpulkan dengan "lebih kekerasan diperlukan untuk berdepan dengan demonstran", sebaliknya polis memperbaiki pendekatan dirinya untuk menangani situasi sekiranya pertembungan fizikal berlaku. Misalnya, apabila tunjuk perasaan berlaku, semestinya terdapat peserta yang gagal mengawal emosinya, yang mungkin disusuli dengan bertindak ganas. Namun, adalah tidak adil untuk mencabul hak asasi berhimpun orang lain hanya kerana tingkahlaku beberapa individu yang hilang kawal. Maka, pendekatannya adalah mengenalpasti, menangkap dan mengasingkan sesiapa yang bertindak ganas dari kelompok manusia. Menurut Oliver Tolle, seandainya sekumpulan besar polis menyerbu ke dalam kelompok manusia, maka ia bakal menimbulkan ketegangan, lantas memburukkan keadaan. Pendekatan yang diambil oleh polis adalah dengan menempatkan beberapa orang polis yang terlatih untuk berada di sekitar peserta demonstrasi, dan hanya bertindak apabila peserta mengganas. Ceritanya tidak berakhir di situ. Pengamal media Jerman dalam forum itu menambah, polis yang menangkap peserta tertentu, wajib memberi bukti yang mencukupi untuk menyokong penangkapan tersebut. Misalnya, mahkamah tidak akan berpuas hati dengan jawapan sekadar "saya nampak peserta yang berbaju putih ini melontar batu", tetapi akan menyusuli dengan meminta polis berkenaan menyifatkan lebih terperinci ciri-ciri yang ada pada tertuduh, misalnya hakim akan bertanya, "Mengapa anda (polis) pasti tertuduh ini yang melontar batu, sedangkan terdapat peserta berbaju putih yang lain di situ? Bolehkah anda huraikan lebih terperinci apa yang berlaku ketika itu?" Polis dilarang mengambil video Dalam satu pertemuan dengan penganjur demonstrasi Anti-ACTA (ACTA-Perjanjian Perdagangan Anti-Pemalsuan), aktivis yang terlibat memberitahu kami bahawa polis dilarang mengambil video terhadap peserta perhimpunan, sehingga saat apabila keganasan berlaku. "Hak kebebasan berhimpun termaktub dalam perlembagaan. Merakamkan video terhadap orang ramai dilihat sebagai ugutan untuk menakut-nakutkan orang yang berhimpun," jelas salah seorang aktivis. Oleh kerana kami telah dimaklumkan bahawa polis memerlukan bukti yang terperinci untuk dikemukakan di mahkamah, maka soalan diajukan, "Seandainya rakaman tidak dibenarkan, bagaimana polis menunjukkan bukti siapa yang mulakan keganasan, seandainya ia berlaku?" "Bukan kesemua soalan ada jawapannya," jawab seorang aktivis dari Pirate Party. Di sini memperlihatkan sejauh manakah tekad sesebuah masyarakat untuk mempertahankan hak kebebasan berhimpunnya. Setelah hak kebebasan berhimpun ini diiktiraf, maka segala persoalan yang timbul kemudiannya akan cuba diselesaikan sedaya upaya. (Bahagian pertama, bersambung) *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview (edisi Bahasa Malaysia), mengambil bahagian dalam program "Anjakan Paradigma: Kebebasan berhimpun dan penyertaan warga negara", dianjurkan oleh International Media Alliance (IMA), berlangsung dari 6 hingga 11 Jun 2012, di Berlin. Gambar Oliver Tolle dan ketika sesi perbincangan berlangsung disumbangkan oleh Wolfgang Müller, jurugambar IMA. |
Tiada Pertindihan Kuasa Antara Exco Dan Ahli Perbadanan PKNS Posted: 04 Jul 2012 06:47 AM PDT SHAH ALAM : Tidak wujud pertindihan kuasa antara jawatankuasa Exco dan Ahli Perbadanan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), tegas Ketua Pegawai Integriti PKNS, Norita Mohd Sidek. Norita berkata, PKNS diterajui oleh Ahli Perbadanan yang dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Enakmen PKNS. Ahli-ahli jawatankuasa Perbadanan adalah seimbang dengan wakil-wakil daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. "Penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sekarang ialah melantik Ahli Perbadanan Bebas yang profesional bagi memastikan proses membuat keputusan dibuat secara profesional. "Manakala wakil Kerajaan Pusat pula terdiri daripada dua orang wakil yang dilantik oleh Kementerian Kewangan dan seorang wakil yang dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri," kata Norita dalan kenyataan media. Tambah Norita, bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran PKNS, Ahli-ahli Perbadanan telah menubuhkan beberapa jawatankuasa peringkat Perbadanan. Ia meliputi Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Tender, Jawatankuasa Perjawatan dan Tatatertib, Jawatankuasa Exco, Jawatankuasa Audit serta Jawatankuasa Tadbir Urus dan Integriti. "Jawatankuasa Audit dipengerusikan oleh mantan Ketua Akauntan Negara dan Jawatankuasa Tadbir Urus dan Integriti pula dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor," katanya. Kesemua jawatankuasa ini mempunyai bidang kuasa masing-masing namun semua keputusan yang dibuat di peringkat jawatankuasa perlu diluluskan di dalam Mesyuarat Ahli Perbadanan PKNS dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah Pengerusi Ahli Perbadanan. |
Tiga Juta Pengundi Muda Disaran Tolak Gagasan Mahathirisme Posted: 04 Jul 2012 06:46 AM PDT SHAH ALAM : Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengingatkan pengundi-pengundi baru agar menolak gagasan 'Mahathirisme' seterusnya mengakhiri pemerintahan 55 tahun Umno-BN yang sarat dengan korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa. Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamed baru-baru ini bahawa pengundi Cina adalah faktor penentu Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU13) selain dakwaan PRU13 akan didalangi isu perkauman hanya menyerlahkan lagi ketakutan bekas Perdana Menteri keempat itu akan kebangkitan majoriti 3 juta pengundi baru bakal menolak Umno-BN, ulas Kit Siang. "Hari ini kita dapat lihat kebangkitan rakyat menentang gaya politik lama bermula dari Gerakan Reformasi 1998 hingga kepada tsunami politik 2008 yang menyaksikan negeri-negeri Umno-BN jatuh ke tangan Pakatan Rakyat(PR), seterusnya menafikan majoriti dua pertiga mereka di parlimen. "Kejayaan Bersih 3.0 juga membuat Mahathir begitu gusar akan kehilangan kuasa di Putrajaya hingga mendesak beliau menghidupkan taktik Mahathirisme; pecah dan tawan selain mencetuskan konflik perkauman," jelas beliau dalam satu kenyataan medianya. Kit Siang juga yakin kewujudan 3 juta pengundi baru iaitu lebih kurang satu perempat daripada 13 juta dalam senarai daftar pemilih juga adalah dimotivasikan oleh keperluan rakyat untuk melakukan perubahan politik dalam pilihanraya yang akan datang. "Jika 65 peratus daripada pengundi baru ini membuang undi menolak kerajaan BN, PR akan memenangi 110 kerusi, 2 kerusi kurang daripada majoriti keseluruhan. "Jika 70 peratus daripada pengundi baru ini menolak BN, maka Pakatan akan meraih 123 kerusi parlimen dan cukup untuk membentuk kerajaan baru di Putrajaya," jelas beliau sambil menyifatkan kemungkinan itu sebagai mimpi ngeri bagi Dr Mahathir dan Umno-BN. Sehubungan itu, Kit Siang menyeru agar pengundi-pengundi baru ini mengetuai perubahan untuk menentang politik Mahathirisme yang berkonsepkan "pecah dan tawan". "Watak yang pengundi-pengundi baru mainkan juga adalah lebih signifikan lebih-lebih lagi dengan kewujudan "pengundi hantu" dalam senarai daftar pengundi yang mana dijangkakan PRU akan datang bakal menjadi pilihanraya paling kotor dalam sejarah Negara ini. "Saya harap pengundi-pengundi baru dapat membuang undi untuk masa depan yang cerah selain mengakhiri era pemerintahan selama ini yang penuh kronisme, korupsi dan penyalahgunaan kuasa," tegasnya. |
Posted: 04 Jul 2012 06:44 AM PDT SHAH ALAM : Tindakan tidak berasas MCA bahawa Kerajaan Negeri melakukan penyelewengan RM1 bilion berhubung isu Talam Corporation Bhd(Talam) menyebabkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap parti itu. Menyifatkan tuduhan bukan sahaja tidak benar, berat dan serius malah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia mencemar nama baik Kerajaan Negeri yang menyebabkan keputusan mengambil tindakan undang-undang ini. "Kita akan memfailkan saman tersebut dalam masa terdekat. Sehubungan itu, kita tidak akan membuat apa-apa ulasan buat masa ini demi untuk tidak mengganggu proses perundangan kelak," katanya dalam sidang media di Bangunan SUK di sini. Abdul Khalid sekali lagi turut menegaskan akan membentangkan laporan penuh atau 'kertas putih' berhubung penstrukturan semula hutang Talam ketika pembentangan Bajet Selangor 2013, dijangka November ini. Katanya, kertas putih ini akan dijadikan salah satu laporan dalam Bajet 2013 untuk memudahkan orang ramai meneliti penyusunan hutang Talam. Usaha ini dilakukan kerana masih ada pihak-pihak yang tidak faham dengan proses penyusunan semula hutang Talam. Mengulas dakwaan MCA bahawa Kerajaan Selangor menggunakan RM260 juta untuk menyelamatkan Talam, Menteri Besar berkata beliau tidak faham mengapa angka itu berubah-ubah kerana sebelum ini MCA mendakwa jumlahnya RM1 bilion. "Ini menunjukkan MCA tidak faham dengan proses penyusunan semula hutang ini. Mungkin kita perlukan rakan kita dari DAP mengajar MCA tentang cara-cara penyusunan hutang ini dilakukan," katanya. Kelmarin, Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong mendakwa kononnya Kerajaan Negeri Selangor menggunakan sejumlah wang untuk menyelamatkan syarikat pembinaan Talam. Namun, pada hari sama Tee Yong turut menyatakan bahawa Selangor menggunakan lebih RM260 juta untuk menyelamatkan syarikat itu melalui proses perakaunan rumit. Beliau mendakwa, Pakatan Rakyat tidak menjelaskan perkara sebenar berhubung usaha memungut hutang melibatkan Talam sebelum ini. |
Soi Lek Hina Islam, PAS Minta Umno Nyata Pendirian Posted: 04 Jul 2012 06:42 AM PDT SHAH ALAM : PAS hari ini mengesa Umo tampil menyatakan pendirian berhubung kenyataan rakan kongsinya dalam BN didakwa menghina Islam. Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek kelmarin menerusi laman twitternya membidas cadangan Adun Kemelah(Umno-BN), Datuk Ayub Rahmat yang mahu Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud sebagai suatu perkara yang hilang akal. Oleh itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini mengesa agar Umno tampil menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan berkenaan. "Selama ini Umno menuduh DAP menghina Islam, pelbagai gesaan yang mereka suruh kita (Pakatan Rakyat) lakukan terhadap DAP. "Kini terbukti, MCA menghina dan menolak hukum Islam itu (Hudud) dan Umno perlu dalam kadar segera menyatakan pendirian mereka kerana ini bukan soal politik tetapi soal agama," jelasnya yang mesra dikenali dengan panggilan Mat Sabu. Ayub Rahmat juga menyatakan hudud di Johor akan turut dipraktikan ke atas bukan Muslim, sekaligus berbeza dari hudud yang ditawarkan PAS. Adun Kemelah itu mendakwa, hudud sebenar turut merangkumi masyarakat bukan Islam berbeza dengan hudud PAS yang beliau anggap sebagai bermain politik semata-mata. Dalam twitter itu juga, Soi Lek mempersoalkan di mana keris tajam Umno yang sering dijulang ke udara dengan penuh semangat perwira mempertahankan maruah Melayu itu. "Sudah tumpul berkarat atau hilang kudrat untuk dijulang lagi?" terjah beliau. Mengulas lanjut, Mat Sabu mencabar Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (Pekida) menyuarakan kelantangan suara mereka dalam perkara ini. "Kita lihat apakah tindakan NGO-NGO pro-Umno ini dalam menangani perkara ini, kita juga mahu lihat bagaimana caranya mereka memberi pemahaman berhubung hukum hudud kepada rakan MCA mereka,"ujarnya. |
Keganasan politik: Najib berat sebelah, bisu bila pimpinan PR diserang Posted: 04 Jul 2012 06:35 AM PDT Oleh Masdar Wahid SUBANG JAYA: Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bersungguh-sungguh mendakwa pimpinan Pakatan berhubung himpunan Bersih 3.0 sangat berat sebelah. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru itu berkata, sehingga kini, pentadbiran Najib kekal membisu berhubung keganasan politik oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pro Umno terhadap pimpinan Pakatan. "Sebagai contoh, sudah tujuh laporan diterima Ketua Polis Daerah Barat Daya, Mohd Hatta Mohd Zain mengenai keganasan politik dilakukan Perkasa (Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia) terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, namun sehingga kini tiada tindakan. "Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga membisu berhubung keganasan politik NGO pro Umno itu," katanya pada sidang media dekat sini hari ini. Turut hadir, lain-lain Adun dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Selangor. Selain Guan Eng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Seri Azizan Razak (Kedah), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Kelantan) turut diserang NGO pro Umno dari pelbagai sudut. Semalam pula, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin didakwa bersubahat memecah sekatan ketika himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. Dakwaan itu merupakan tuduhan ketiga dihadapi mereka yang sebelum ini didakwa atas tuduhan menyertai himpunan itu dan melanggar perintah mahkamah, sekaligus antara terawal didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman. Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas dakwaan itu, malah Anwar menyifatkannya sebagai satu lagi penganiayaan politik pentadbiran Najib terhadap Pakatan menjelang pilihan raya umum akan datang. |
Jangan politikkan isu pendidikan percuma – Mahasiswa Posted: 04 Jul 2012 06:30 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengecam pemberian kad diskaun kepada pelajar dan menyifatkan ia sebagai gula-gula politik Umno untuk memancing undi golongan muda. Mewakili suara mahasiswa, Pengerusinya, Safwan Anang menegaskan, mereka menolak tawaran itu tetapi menekankan isu pendidikan percuma yang dipandang enteng kerajaan. "Kami menolak pengumuman seperti itu dan tetap dengan tuntutan pendidikan percuma yang memang sepatutnya disediakan kerajaan," katanya. Beliau mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin kononnya 1.5 juta mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) seluruh negara akan mendapat manfaat dari pelancaran Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Safwan berkata, pemberian kad diskaun itu hanya bertujuan menarik sokongan anak muda ketika mereka tahu mahasiswa kini tidak boleh diperalatkan untuk kepentingan politik Umno BN. "Itu hanyalah agenda Umno untuk mengumpan anak muda terutama golongan mahasiswa, percayalah kami tidak akan terpedaya," tegasnya. |
Siapa Perdana Menteri, Rosmah atau Najib? Posted: 04 Jul 2012 06:23 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi memberi gambaran negatif terhadap suaminya, Datuk Seri Najib Razak yang sememangnya dianggap lemah kerana dikuasai isteri, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa. "Najib dilihat gagal melaksanakan tenggungjawab selama ini kerana isterinya acap kali dilihat mengambil alih tugas dan menghadiri majlis-majlis bersama rakyat," katanya. Semalam, Rosmah muncul dalam satu wawancara bertajuk "Ekspresi Remaja bersama Perdana Menteri" kelolaan rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM1. Penampilan beliau itu menimbulkan tanda tanya kepada rakyat khususnya golongan remaja siapa Perdana Menteri sebenarnya, adakah Rosmah atau Najib. Sebelum ini, Rosmah beberapa kali mewakili suaminya menghadiri majlis seperti Karnival Deepavali 1Malaysia di Little India dekat Brickfields serta Program Mesra Bersama Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu 2, Mac lalu. Mengulas lanjut, Fariz berkata, tindakan Rosmah itu seperti menidakkan tugas Timbalan Perdana Menteri serta menteri lain yang sepatutnya menjadi pemangku di waktu ketiadaan Najib. "Rosmah kelihatan lebih menguasai pentadbiran dan urusan kerajaan," kata Fariz yang juga Ketua Koordinasi Jingga 13. Beliau turut menyifatkan tindakan Rosmah yang sering muncul dalam kebanyakan program tidak ubah seperti 'kaduk naik junjung'. "Perkara begini tidak pernah berlaku sebelum ini. Jika kita lihat isteri lima Perdana Menteri sebelum ini semua bersifat 'low profile'," jelasnya. "Kejadian seperti ini boleh disifatkan agak luar biasa yang hanya pernah dilakukan Rosmah," kata Fariz lagi. |
Saman NFC: Rafizi sedia jumpa di mahkamah Posted: 04 Jul 2012 04:26 AM PDT Oleh Masdar Wahid KUALA LUMPUR : "Saya tidak akan minta maaf dan bersedia untuk berdepan saman National Feedlot Corporation (NFC) di mahkamah," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Beliau mengulas surat tuntutan yang diterimanya hari ini dari NFC yang meminta beliau memohon maaf dalam tempoh tujuh hari, membayar ganti rugi RM300 juta dan menarik semua dakwaan terhadap syarikat itu atau berhadapan saman pada 10 Julai ini. "Saya tidak akan minta maaf dan bersedia menjawabnya di mahkamah kerana ini peluang terbaik untuk mendedahkan segala-galanya dan jika dakwaan saya tidak benar, mengapa Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan sebagai Menteri? "Tindakan saman ini jelas satu ugutan penghinaan dan tindakan melepas geram mereka mengenai apa yang KEADILAN dedahkan selama ini," katanya dihubungi Keadilan Daily. Surat tuntutan itu dihantar kepada Rafizi dan Mkini Dot Com Sdn Bhd pagi tadi melalui pos berdaftar oleh firma guaman Wan Shahrizal Hari & Co. Ia menyatakan bahawa laporan-laporan itu memfitnah NFC dan Pengerusinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail serta syarikat induk NFC, Agroscience Industries Sdn Bhd selain menjejaskan Real Food Company Sdn Bhd milik keluarga Salleh. Malaysiakini tutut didesak memohon maaf, menarik balik bahawa penerbitan itu tidak diulangi dan membayar RM200 juta. Surat tuntutan itu merujuk tulisan blog Rafizi 7 Mac lalu bertajuk "Skandal NFC: Bukti bagaimana dana awam untuk projek fidlot telah digunakan sebagai 'jaminan' pinjaman peribadi untuk membeli 8 unit hartanah mewah di KL Eco City, Bangsar". Surat itu juga merujuk rakaman video Malaysiakini.tv mengenai sidang media Rafizi pada tarikh sama bertajuk "More properties in Bangsar bought by NFC directors." Skandal NFC pertama kali didedah pada Oktober tahun lalu melalui Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang diedar di Parlimen bahawa projek berkaitan lembu itu di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menghadapi masalah. NFC yang mendapat pinjaman mudah RM250 juta dari kerajaan juga mengheret pemimpin besar Umno termasuk Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar. Najib ialah pengerusi projek berimpak tinggi dengan NFC terletak di bawahnya, Muhyiddin ialah bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Khairy ialah pemimpin berkuasa semasa projek itu dilulus pada 2007 dan Noh ialah Menteri Pertanian sekarang. |
Fitnah II bukti Umno BN lemahkan sistem kehakiman Posted: 04 Jul 2012 04:22 AM PDT Oleh Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR : Pendedahan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah mengenai wujudnya niat memalsukan bukti dalam kes Fitnah II melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti Umno BN cuba melemahkan sistem kehakiman. Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, Zabidin ketika membacakan penghakiman bertulis semalam menyatakan, beg sampel penting telah dibuka oleh pegawai penyiasat walaupun tiada keperluan berbuat demikian. "Polis telah menyalahguna bukti dengan memberi arahan kepada pegawai penyiasat untuk memalsukan sampel," katanya dalam satu kenyataan. Dalam penghakiman itu, Zabidin berkata, mahkamah tidak boleh menerima bukti DNA kerana tidak menyokong bukti yang dinyatakan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mengenai kejadian sodomi tersebut. Zabidin berkata, mahkamah meragui integriti sampel yang diambil dari Saiful untuk analisis oleh Pakar DNA Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong. Mengulas lanjut, Surendran berkata, kaedah memalsukan bukti pada kes Fitnah II sama seperti pemalsuan keterangan dalam perbicaraan Fitnah I pada 1998. Menurut beliau, perkara itu diakui bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim yang mengatakan sampel darah Anwar diambil dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 15 Oktober 1998 untuk pemalsuan DNA. "Ini jejak penipuan dibawa kembali kepada Umno dan pemimpin-pemimpin BN. Penganiayaan tidak dapat dilakukan tanpa restu Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin Umno lain," katanya. Justeru, Surendran mendesak Perdana Menteri hentikan pura-pura kononnya tidak mempunyai kaitan terhadap tuduhan berkenaan. Katanya, Najib dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail mesti menggugurkan pendakwaan sementara menunggu rayuan terhadap pembebasan Anwar. Penyiasatan secara menyeluruh dan saksama juga perlu dilakukan terhadap pemalsuan keterangan seperti yang didedahkan oleh Mat Zain, kata Surendran lagi. |
Serbuan bermotif politik – Cyhthia Posted: 04 Jul 2012 04:21 AM PDT Oleh Sidiqin Omar KUALA LUMPUR: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel mempersoal serbuan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke pejabat NGO itu semalam, sedangkan siasatan sepatutnya dijalankan ke atas syarikat Perimekar dan Terasasi. "SSM salah meletak keutamaan dalam tindakan. Mereka sepatutnya siasat dan persoal aktiviti syarikat Perimekar dan Terasasi. "Sedangkan Suaram hanya mendedah skandal Scorpene yang melibatkan wang komisen RM500 juta milik pembayar cukai Malaysia," katanya dalam satu kenyataan. Jelas Cynthia, tindakan ini menunjukkan seolah-olah SSM baru bangun dari tidur dan hanya menyedari kewujudan Suaram, walhal NGO yang berdaftar atas nama Suara Inisiatif Sdn Bhd itu telah bergerak selama 23 tahun. "Tiada apa yang nak disembunyikan. Kami memenuhi syarat yang ditentukan undang-undang termasuk menghantar laporan audit penuh (kepada SSM). "Pendaftaran Suaram dengan SSM adalah sejak 2002 akibat kekangan kerajaan untuk membenarkan NGO hak asasi berpersatuan. Untuk makluman, Suaram telah menerima kurnia penghargaan dari Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia)," jelas beliau. Beliau tidak menolak kemungkinan serbuan dibuat akibat laporan polis oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM), 2 Julai lalu. "Serbuan ini bermotif politik. Ketika mereka datang, SSM gagal menyatakan alasan," kata Cynthia lagi. |
Pasar malam pelbagai kaum terpanjang di Malaysia hasil usaha DAP Posted: 04 Jul 2012 04:14 AM PDT Roketkini.com Boleh saudara perkenalkan diri saudara? Nama saya Fariz Abdullah. Saya merupakan Pengerusi Persatuan Penjaja-Penjaja Setia Alam. Dalam parti saya merupakan Naib Pengerusi DAP cawangan Setia Alam. Bagaimana timbulnya idea untuk memberi peluang perniagaan kepada masyarakat berniaga? Saya menyertai DAP apabila saya berpindah ke Setia Alam dan diperkenalkan kepada Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Ang Leng Kiat. Idea ini sendiri dari saudara Ang. Dia kata macam mana kalau kita naikkan tempat ini. Sebab dulu masa dia berpindah ke sini (Setia Alam) tempat ini sunyi, lagi pun kawasan ini kawasan perumahan baru. Memang sunyi, cuma ada kedai saja. Jadi, saudara Ang mencadangkan bagaimana kalau kita mulakan sesuatu seperti pasar malam. Jadi kita mulakan dengan kecil-kecilan. Permulaannya saya boleh kata kita berhadapan dengan banyak cabaran terutamanya dari luar seperti ada orang yang bagi masalah. Tetapi semuanya dapat diselesaikan. Dalam dua tahun kebelakangan ini, kita bergerak agak pantas dalam satu pasukan. Sejujurnya saya katakan seperti tadi memang banyak cabaran dan perlahan-lahan kita bangun. Dan tahun lepas kita berjaya mencatatkan rekod sebagai Pasar Malam Terpanjang di Malaysia dalam Malaysia Book of Record dengan mencatatkan 2.4 km panjang dan memulakan operasi seawal 4.30 petang hingga 10.30 malam. Kita memang bangga. Bangga sebagai penduduk, bangga sebagai ahli parti, kerana pasar Malam ini berjaya samada kepada peniaga mahu pun masyarakat sekitar. Kita pegang kepada tiga prinsip utama, iaitu keselamatan, peningkatan sosio-ekonomi dan pendidikan. Ini adalah tiga garis panduan yang ditekankan oleh pencetus idea pasar malam ini saudara Ang sendiri. Dari sudut keselamatan kita ada 10 anggota Rela yang jaga, sosio-ekonomi pula kita bawa ramai peniaga di sini terutama dari kalangan peniaga di sekitar kawasan kita ini, dalam konteks pendidikan, kita memberi penekanan kepada masyarakat bagaimana untuk melakukan perniagaan yang beretika, bagaimana untuk pastikan petak niaga mereka bersih, kita sedarkan peniaga bagaimana dengan menjalankan perniagaan yang beretika dan bersih akan meningkatkan pulangan pendapatan. Rancangan yang kita nak buat ialah, dana yang kita kumpul melalui tiket sewaan kepada peniaga kita akan pulangkan kembali kepada penjaja dalam bentuk dana pendidikan. Kita kutip satu petak RM4 sahaja dari penjaja. Buat masa ini semua petak kita penuh dan kita mempunyai ramai lagi senarai nama penjaja yang sedang menunggu untuk menyertai pasar malam di sini. Puasa semakin hampir, bagaimana masa bulan Ramadhan nanti? Ya. Kita akan anjurkan juga bazar Ramadhan. Peringkat permulaan rancangan kita, kita akan sediakan 40 petak. Masa bulan puasa, pasar malam ini tetap beroperasi seperti biasa. Berapa ramai jumlah penjaja di sini? Setakat ini kita ada sekitar 900 hingga 1000 petak dan mempunyai sekitar 700 hingga 800 peniaga. Buat masa ini sambutan yang diberikan penjaja sangat baik. Kita ada dalam 35 peratus penjaja Melayu, 60 peratus penjaja Cina dan 5 peratus penjaja India. Untuk jadikan pasar malam ini lebih unik dan berkembang, apa rancangan persatuan untuk tahun-tahun yang mendatang? Kita dalam proses untuk ISO. Jadi ini akan jadi pasar malam pertama di Malaysia yang ada ISO. Kita ada sistem. Latar belakang saya adalah konsultan pengurusan. Buat masa ini kita kena tegas dan pastikan kita punya sistem yang baik. Kita juga tak mahu wujud monkey business. Tak ada lesen tak boleh masuk berniaga. Kena jaga kebersihan, pakai topi dan apron kalau jual makanan di sini. Datuk Bandar juga sangat gembira dengan kita. Kita nak jadikan ini semua sebagai model. InsyaAllah, pasar malam ini akan menjadi ukuran bagi pasar malam lain untuk dicontohi. Makanan di sini halal? Kita tak benarkan penjaja di sini menjual babi. Buat masa ini kita sedang cuba dapatkan mereka yang boleh jual makanan dari Sabah dan Sarawak. Termasuk makanan masyarakat peribumi. Kalau ada kawan boleh jemput mereka untuk jual. Jadi bila semua ini ada ia menggambarkan imej Malaysia dan boleh tari ramai pelancong. Saya juga sedang cuba bincangkan dengan agensi pelancongan untuk membawa pelancong datang. Bila pelancong datang, kita akan pergi ke peringkat yang lain macam Petaling Street. Tetapi kita akan pastikan peniaga kita juga seratus peratus orang Malaysia dan dari Selangor sahaja. Tak macam sesetengah tempat yang lain. Kita dapat sokongan padu terutamanya dari kalangan penjaja. MBSA juga sangat-sangat menyokong kita, terutamanya melibatkan perlesenan, permohonan dan sebagainya, MBSA memang sangat membantu. Jika berlaku perubahan kerajaan di Selangor? Seperti yang saya katakan tadi, kita tidak mahu mempolitikkan pasar malam ini. Lagi pun para penjaja tahu yang pasar malam ini diusahakan oleh DAP. Sebab itu kita ada persatuan penjaja yang akan menjaga dan membela nasib penjaja. – Roketkini.com |
UMNO gunakan PERKASA untuk buat kacau? Posted: 04 Jul 2012 04:09 AM PDT |
Rumah kenamaan UMNO diceroboh, Malaysia selamat? Posted: 04 Jul 2012 04:05 AM PDT Roketkini.com Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, laporan berita telah menyiarkan isu pencerobohan kediaman bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik di Kuala Lumpur yang menyebabkan kehilangan wang tunai dan sepucuk pistol. "Sekiranya orang kenamaan pun tidak selamat, bagaimanakah rakyat boleh selamat?" soal beliau. Menurutnya, DAP mahu kerajaan persekutuan memberi peruntukan bagi menjamin keselamatan awam dengan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan menyokong usaha-usaha peronda komuniti serta meletakkan lebih ramai anggota polis di kawasan-kawasan bermasalah. Tambah beliau, DAP juga mengkritik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kerana dilihat tidak endah terhadap laporan-laporan jenayah yang berlaku dalam media, malah menganggap kejadian yang berlaku sengaja di sensasikan. Menurutnya, sikap Hishammuddin itu jelas tidak bertanggungjawab dan menunjukkan bahawa beliau tidak sensitif bukan sahaja kepada penderitaan mangsa tetapi juga kepada kebimbangan awam. "Sikap Hishamuddin yang bergantung semata-mata kepada perangkaan boleh dianggap sebagai sikap yang malas dan salah. Beliau harus memahami bahawa fakta dan angka tidak menunjukkan sisi sebenar mengenai kerugian maupun kecederaan yang terpaksa dialami mangsa," tegas beliau. Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kejadian rompakan rumah Rahim Tamby Chik tambah melahirkan kebimbangan mengenai situasi keselamatan awam yang semakin merosot. Beliau turut berkata Hishamuddin harus menarik balik kenyataannya dan memberi perhatian terhadap situasi jenayah yang makin teruk sebelum ia menjadi krisis yang lebih besar. Beliau juga memperingatkan bahawa pihak polis seharusnya memberi tumpuan kepada tanggungjawab mereka untuk menangani jenayah dan bukannya menurut arahan-arahan politik. "Jangan lupa tentang kes ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Dr Wong Chin Huat yang diserang dan dicederakan semasa berjoging, sementara seorang guru, Teoh Soo Kim berumur 51 tahun pula telah cedera parah selepas diculik. "Kita juga masih ingat kepada kejadian yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak 12 tahun di Ipoh dan seorang yang berumur 20-an di Mutiara Damansara Petaling Jaya pula hampir diculik pada bulan lepas, selain penculikan berprofil tinggi seorang kanak-kanak 12 tahun berbangsa Belanda, Nayati Moodliar, yang telah mendapat liputan media antarabangsa," katanya. – Roketkini.com |
Posted: 04 Jul 2012 03:58 AM PDT SEditor Buletin ekali lagi, Persatuan Cina Malaysia (MCA) mengugut akan meninggalkan perikatan Barisan Nasional (BN) sekiranya Umno membenarkan usul seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengenai pelaksanaan hukum hudud di Johor ke atas semua bangsa. 'Bapa borek anak rintik' begitulah yang sesuai diperkatakan apabila kali ini ugutan tersebut keluar dari mulut anak Presiden MCA Datuk Chua Tee Yong "MCA sangat jelas. Kami telah nyatakan dengan jelas bahawa jika hudud dilaksanakan, kami akan keluar daripada BN," kata pengerusi Biro Karyawan Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong Bahkan, Datuk Chua memperlekehkan kenyataan pemimpin Umno Johor yang mengusulkan perlaksanaan Hudud itu, sebagai tidak penting dan menyatakan ia hanyalah ulasan seorang Adun Umno, "bukan perdana menteri atau timbalannya". "Kenyataan yang penting ialah kenyataan yang dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan (Mursyidul Am) Nik Abdul Aziz (Nik Mat)..., mereka telah menyatakan sokongan mereka terhadap hukum hudud berulang kali," kata Datuk Chua. Sebelum ini Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, pernah mengugut Umno akan mengambil tindakan yang sama seperti kenyataan anaknya. Pada kali ini, Chua Soi Lek sekali lagi menyatakan bahawa partinya tidak akan bersetuju sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud terhadap individu bukan Islam setelah usul Encik Ayub itu didedahkan. "Adun Umno Johor itu telah kehabisan idea dan tidak waras kerana mengusulkan hudud di Johor, termasuk terhadap bukan Islam. MCA tentu akan membantah," kata Dr Datuk Seri Chua melalui akaun laman rangkaian sosial, Twitter, beliau. Ayub Rahmat ADUN Kemelah, membuat saranan itu semasa sidang perhimpunan Dewan Perundangan Johor pada 20 Jun lalu. Beliau berkata beliau akan membantu golongan bukan Islam memahami pelaksanaan undang-undang hudud, sambil menuduh PAS gagal berbuat demikian. Ayub Rahmat turut berkata beliau berharap dapat melihat negeri Johor menjadi negeri yang pertama melaksanakan hukum hudud sebenar, yang menurut beliau berbeza daripada undang-undang hudud yang ditafsir Parti Islam SeMalaysia (PAS). Menurut Encik Ayub, interpretasinya mengenai hukum hudud tidak akan membezakan sesiapa sahaja kerana penganut semua agama di Johor akan dikenakan hukuman yang sama. |
Hudud : Akhirnya Perjuangan PAS Ditiru Umno Posted: 04 Jul 2012 03:57 AM PDT Editor Buletin Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Johor dari UMNO Datuk Ayub Rahmat untuk menjadikan Johor sebagai sebuah negeri pertama yang melaksanakan hukum hudud membuktikan bahawa perjuangan PAS selama ini terbukti benar. Menurut Ketua Penerangannya Ustaz Riduan Mohd Noor, DPPM melihat cadangan Datuk Ayub Rahmat ini adalah cadangan yang baik dan wajar disahut oleh semua umat Islam. "Seharusnya Datuk Ayub sedari bahawa cadangan beliau adalah usaha perjuangan PAS sejak awal penubuhannya. Mungkin baru hari ini beliau faham bahawa perjuangan menegakkan syariat Islam adalah kewajipan setiap pemerintahan Islam untuk laksanakannya, "dan ia bukan isu politik kepartian semata-mata. Mungkin juga beliau baru menyedari bahawa dengan usaha inilah PAS semakin diterima baik oleh segenap masyarakat tanpa mengira kaum sehingga bukan Islam turut menerima dan menghormati pendirian PAS,"katanya, dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak media Beliau berkata, inilah masanya UMNO pula membuktikan perjuangan Islam mengikut syariat Islam yang sebenar, sekiranya Umno mendakwa selama ini bahawa PAS berjuang menegakkan syariat Islam secara 'versi PAS'. Katanya, inilah masa yang sesuai untuk UMNO pula membuktikan perjuangan Islam mengikut syariat Islam yang sebenar. "Elok juga UMNO tunjukkan bagaimana syariat Islam mengikut Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW supaya PAS boleh jadikan panduan kerana PAS sentiasa bersedia menerima teguran jika ada kaedah sebenar pelaksanaannya tidak tepat sebagaimana dakwaan UMNO,"katanya lagi Sehubungan itu, beliau berkata kenyataan Datuk Ayub itu juga membuktikan dakwah PAS sudah sampai sehingga ke jantung hati, ahli dan pemimpin UMNO. Beliau berkata, apabila pemimpin UMNO juga sudah mula bercakap soal hudud, terbukti, perjuangan mendaulatkan Islam yang diperjuangkan oleh PAS bukan omongan kosong dan sia-sia. Bahkan, beliau yakin syariat Islam pasti akan diberi kemenangan oleh Allah SWT meskipun pelbagai halangan yang telah dan sedang menimpa. Justeru itu, kata Ustaz Riduan, DPPM bergembira kerana Datuk Ayub sedar bahawa perjuangan menegakkan Islam sedang meniti kejayaan di mana-mana negara termasuk di negara ini, dan DPPM bersedia memberikan kerjasama sekiranya benar cadangan ini untuk dilaksanakan. "Adalah diharapkan ucapan Datuk Ayub ini adalah lahir dari nuraninya sendiri yang ikhlas dan insaf dengan melihat syariat Islam sebagai penyelesai masalah kebejatan sosial serta jenayah yang semakin berleluasa di negara ini. "Ucapan ini diharapkan bukan bermotif politik sempit semata-mata yang merasakan UMNO sudah kehilangan sokongan rakyat, justeru terpaksa beralih kepada isu tertentu bagi meraih simpati orang Melayu dan umat Islam di negara ini,"katanya. Soalnya, tambah beliau, adakah cadangan ini pula akan disambut baik oleh kepemimpinan tertinggi UMNO atau hanya sekadar satu lagi ilusi yang akhirnya akan dibakul sampahkan kelak. |
80 Orang Bekas Ahli Umno Masuk PAS Disember Lalu Terima Sijil Keahlian Posted: 04 Jul 2012 03:53 AM PDT Haji Wahid Dedah Belanja Bina Lapangan Terbang Hampir 1 Bilion Wartawan Buletin KUALA NERUS – Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyerahkan sijil keahlian PAS kepada Ketua PAS Cawangan Kampung Banggol Donas, Ustaz Mohd Zahib Mohad Zain, dalam satu majlis ceramah sempena meraikan penerimaan sijil tersebut di kampung terbabit pada Isnin 2 Julai. Mereka yang menerima sijil itu, diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas, Haji Salleh Embong, yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus bersama 80 orang lain, telah mengisytiharkan keluar dari parti itu pada 9 Disember lalu. Diantaranya ialah bekas Ketua Umno Kampung tersebut Puan Rusni Hassan yang menyertai PAS kerana tidak yakin lagi dengan kepimpinan Umno yang semakin lemah. Dalam ucapannya, Haji Wahid mendedahkan ada projek pembangunan yang dibuat negeri Terengganu, yang sudah siap tetapi tuntutan masih dibuat menyebabkan kos projek tersebut terus melambung. Antaranya, kata beliau adalah projek pembesaran lapangan terbang Sultan Mahmud. "hok siap doh tapi baham pitih lagi, yang siap dah tapi masih buat kerja 'kononya' masih buat 'variaton order' (VO) lepas tu duk baham pitih lagi, antaranya projek lapangan terbang Sultan Mahmud, "mula-mula saya tanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri dia kata (jawab) RM660 juta, kemudian saya tanya (sekali lagi) di Parlimen dia jawab RM882 juta, berbeza RM222 juta,"jelasnya. Namun begitu katanya, beliau tidak puas hati dengan jawapan tersebut dan telah berpakat dengan Ahli Parlimen Taiping YB Ngar Kor Meng untuk menanyakan soalan berkaitan pembinaan lapangan terbang tersebut secara terperinci. "saya berpakat dengan Ahli Parlimen Taipig Ngar Kor Meng Tanya minta Menteri Kerja Raya tanya sebutir-sebutir, tanya secara terperinci butir-butir syarikat, berapa jumlah kos pembinaan, kos dan variation order yang terlibat, "dalam sidang yang baru ini, dia (parlimen) jawab (jumlahnya) RM949 juta, dekat RM1 bilion,"tegasnya. Menurutnya, pembinaan lapangan terbang Sultan Mahmud adalah satu projek kerajaan pusat yang dibiayai melalui wang kerajaan negeri. Namun begitu, kerajaan negeri yang membelanjakan sehingga RM949 juta bagi mengongkosi projek menaiktaraf lapangan terbang itu tidak mendapat sebarang hasil pulangan. "Terengganu (adalah) satu-satunya negeri buat lapangan terbang hak (milik) pusat guna duit negeri (tetapi) hasilnya boleh ke orang (pusat), 'airport tax' (cukai lapangan terbang) siapa yang dapat? "kerajaan pusat yang dapat, Terengganu tidak dapat apa!,"ujarnya. Beliau menyifatkan tindakan pemimpin Umno negeri Terengganu adalah satu tindakan yang 'bodoh' kerana membelanjakan wang milik rakyat Terengganu, tanpa mendapat sebarang faedah, kembali kepada rakyat Terengganu. Turut hadir dan menyampaikan ucapan adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Teerengganu Ustaz Ridwan Hashim yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus serta bekass Ketua Peneranga Umno Bahagian Pekan Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan