Ahad, 1 Julai 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


RM1.17 juta dalam empat mesin ATM lesap

Posted: 01 Jul 2012 04:19 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA LUMPUR— Wang tunai berjumlah RM1.17 juta di dalam empat mesin juruwang automatik (ATM) di aras 1 pasar raya Carrefour, Wangsa Maju di sini, dilarikan penjenayah awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata kejadian disedari seorang pengawal keselamatan pada pukul 7 pagi semasa membuat rondaan dan mendapati kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan mesin ATM itu telah dialihkan.

Melihat kesan tebukan pada keempat-empat mesin ATM berkenaan, pengawal keselamatan itu bertindak melaporkan kepada polis.

Othman berkata berdasarkan siasatan awal rakaman CCTV, kejadian pada pukul 3.06 pagi itu dilakukan sekumpulan penjenayah yang memakai topeng muka dan menggunakan alat pencair besi (oxy-gas) bagi menebuk keempat-empat mesin ATM itu.

"Kami percaya ia dilakukan sekumpulan penjenayah yang cukup profesional dan perancangan mereka amat rapi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Othman berkata polis kini memburu kumpulan penjenayah terbabit berdasarkan rakaman CCTV di tempat kejadian.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat segera menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. — Bernama

30 individu buat laporan polis terhadap Uncle Seekers

Posted: 01 Jul 2012 04:16 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


JOHOR BAHARU— Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari di Balai PolisSentral, di sini, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.

"Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya," katanya. — Bernama

Marina dan Ambiga ‘bertambat bulu’, Dr M susah hati — Aspan Alias

Posted: 01 Jul 2012 04:13 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


Dalam politik anak dan bapa juga ada yang tidak sehaluan. Dalam interview Dr Mahathir Mohamad dengan MobTV, beliau telah menegur anaknya Marina supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya (Marina) kerana tindak tanduk Marina itu akan menjejaskan parti pemerintah iaitu Umno serta menjejaskan juga politik ahli keluarga beliau.

Dr Mahathir begitu sangsi yang tindakan Marina bergiat dan menyokong Bersih 3.0 dan Bersih yang sebelumnya itu akan menjejaskan politik adiknya Muhkriz.

Pandangan Dr Mahathir terhadap anaknya itu ada benar dan salahnya. Jika Dr Mahathir lebih memikirkan politik peribadi dan keluarga beliau maka kata-kata beliau itu benar dan betul seratus peratus.

Memang banyak pun yang memberi pandangan yang Dr Mahathir ini tidak payah diambil pusing nasihat dan kata-katanya kerana anak beliau sendiri telah menunjukkan sikap "anti establishment" dan Marina telah menunjukkan banyak contoh sikap tidak sehaluan dengan kerajaan Barisan Nasional sekarang ini.

Tetapi jika Dr Mahathir mampu memandang dari sudut lain, iaitu sudut memperjuangkan kebenaran, apa yang dilakukan oleh Marina itu patut direstui oleh Dr Mahathir kerana beliau sepatunya faham yang Marina itu adalah pejuang kepada tuntutan yang di perjuangkan oleh Bersih dan banyak NGO-NGO yang lain. Dr Mahathir sepatutnya merasa bangga dengan ketegasan anak perempuannya itu jika beliau (Dr Mahathir) mengakui kebenaran yang diperjuangkan oleh Marina itu.

Tetapi nampaknya Dr Mahathir lebih cenderung untuk menjaga kepentingan politik anak lelakinya, Mukhriz dan beliau tidak pertimbangkan kebenaran yang diperjuangkan oleh Marina yang mendapat perhatian banyak pihak sambil memberikan sokongan kepada pejuang reformasi pilihanraya itu.

Bagi Dr Mahathir kebenaran dalam isu ini ialah menjadikan Mukhriz sebagai pemimpin politik besar dan sebesar mana pun kebenaran yang diperjuangkan oleh anak perempuannya Marina itu tidak mendapat perhatian beliau.

Bagi Dr Mahathir kebenaran itu ialah kuasa dan tidak yang lain. Mahathir semalam mengakui yang beliau akan menyokong Mukhriz jika Umno menurunkan anak emasnya itu bertanding disalah satu kawasan DUN di Kedah untuk menjadi Menteri Besar Negeri Jelapang Padi itu.

Niat Dr Mahathir untuk meninggalkan warisnya dalam politik tanah air itu sememangnya telah dihidu oleh semua orang dan pengakuan beliau itu tidak mengejutkan sesiapa. Malahan mata Dr Mahathir akan tertutup rapat jika beliau meninggal dunia selepas melihat anaknya itu menjadi orang besar negara seperti beliau. Tuduhan ramai terhadap Dr Mahathir yang beliau membuat "bising" sekarang ini adalah untuk kepentigan keluarga beliau.

Dr Mahathir tentunya mahukan anaknya menjadi seperti Najib dan Hishamuddin yang kedua-duanya adalah anak-anak kepada bekas Perdana Menteri negara. Jika Dr Mahathir berjaya untuk menjadikan anaknya itu pemimpin besar dan akhirnya menjadi Perdana Menteri maka beliau akan berjaya untuk menyambung tradisi yang pemimpin-pemimpin yang akan datang mesti datang dari keluarga bekas-bekas Perdana Menteri.

Itulah sebabnya Dr Mahathir begitu marah apabila Mukhriz mendapat nombor tercorot dalam pemilihan Ketua Pemuda Malaysia apabila undi beliau jauh kebelakang dari undi-undi yang diperolehi oleh Khairy dan Khir Toyo dalam pertandingan itu. Yang Dr Mahathir marah sekali ialah terhadap menantu Pak Lah yang telah berjaya mendapatkan undi tertinggi dalam pemilihan Ketua Pemuda itu.

Akhirnya Marina sendirilah yang berhak untuk memilih diantara kebenaran atau politik adik beradik dalam isu ini. Jika Marina memilih untuk mencari kebenaran maka tindakan beliau sekarang amatlah benar dan betul.

Tetapi jika Marina memilih untuk mementingkan politik bapanya dan adik beradiknya eloklah beliau (Marina) mengikut sahaja kata-kata ayahanda beliau itu. Tetapi saya yakin Marina akan terus memilih kebenaran kerana saya rasa beliau tahu yang kebenaran itu akan timbul akhirnya.

Tetapi jika Marina mengikut kehendak bapanya itu janganlah putuskan hubungan baik dengan Ambiga Sreenevasan yang telah terjalin begitu rapat selama ini. Marina dan Ambiga itu bersahabat baik. Baiknya Ambiga dengan Marina itu seperti orang "bertambat bulu". Itu kata orang tua-tua dahulu.
— aspanaliasnet.blogspot.com

Posted: 01 Jul 2012 04:05 AM PDT

Kepesatan pembangunan punca Sg Klang tercemar

FREE MALAYSIA TODAY

Keadaan ini telah memberi cabaran besar kepada kerajaan untuk menguruskan masalah yang dihadapi penduduk ekoran berlakunya pencemaran sungai termasuk dari sudut kawalan banjir.




SHAH ALAM: Kepesatan pembangunan dan jumlah penduduk yang ramai di kawasan Lembah Klang merupakan faktor penyumbang terhadap pencemaran Sungai Klang, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata faktor itu telah memberi cabaran besar kepada kerajaan untuk menguruskan masalah yang dihadapi penduduk ekoran berlakunya pencemaran sungai termasuk dari sudut kawalan banjir.

"Kepesatan penduduk yang melebihi empat juta orang di bandar-bandar sekitar Sungai Klang termasuk Ampang dan Shah Alam telah menyebabkan pencemaran Sungai Klang ketika ini berada di kelas III dan IV yang mana ia dikategorikan oleh Jabatan Alam Sekitar sebagai tercemar," katanya di dalam ucapan yang dibacakan pada majlis pelancaran Ekspedisi Sungai Klang Bersama Media di sini hari ini.

Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor.

Uggah berkata melalui pelbagai kempen kesedaran yang dilaksanakan kerajaan seperti 'Cintailah Sungai Kita' serta penempatan semula setinggan, kadar sampah yang memasuki sistem sungai di lembangan Sungai Klang berjaya dikurangkan.

"Kadar sampah di Sungai Klang yang dicatatkan pada masa kini ialah 77,000 tan setahun dan kita jangkakan dengan projek River of Life (RoL) yang dilancarkan Julai tahun lepas, kita akan dapat mengurangkan lagi kadar ini iaitu sebanyak 50,000 tan setahun melalui pelbagai langkah termasuk pemasangan perangkap sampah selain program kesedaran awam," tambahnya.

Menurut Uggah, media turut memainkan peranan yang penting bagi membantu kerajaan mengubah dan membentuk masyarakat ke arah pengurusan alam sekitar yang mapan khususnya membabitkan isu pengurusan sungai.

"Selain melaporkan apa yang terjadi kepada sumber alam, media massa juga berperanan membantu kerajaan mentranformasikan Sungai Klang kepada sungai yang bersih.

"Atas sebab itu kita mengadakan program Ekspedisi Sungai Klang Bersama Media dengan tujuan bagi mendapatkan kerjasama dan komitmen media dalam menyebarkan maklumat terkini mengenai alam sekitar khususnya berhubung isu menguruskan sungai," katanya.

Uggah turut berharap masyarakat setempat lebih peka dalam aspek penjagaan sungai dan dapat bekerjasama dengan kerajaan dalam membendung pencemaran sungai.

Terdahulu, kumpulan media telah dibawa memudiki Sungai Klang dengan menaiki bot dalam perjalanan selama 1 jam bermula di Royal Selangor Yatch Club, Pelabuhan Klang dan berakhir di Seksyen 24 di sini. Bernama

'Demi Islam, Saya Tidak Takut Digam TV' - Abby Abadi

Posted: 01 Jul 2012 04:02 AM PDT


KELAB GREENBOC


Kuala Kedah: "Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah.

Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen ... tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya."

Demikian luahan Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali Abby Abadi, pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza, yang menyampaikan perkongsian pengalaman penghijrahannya dekat sini dalam majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, 26 Jun lalu.

Mendengar penuh tekun ceritanya selain masyarakat setempat yang memenuhi pekarangan Pasar Besar ialah Adun Kubang Rotan, Nasir Mustafa, Ketua Penerangan Kuala Kedah, Ustaz Ridwan Abu Bakar dan Ketua Pemuda Kawasan, Azizi Abdullah.

Abby menyampaikannya penuh santai dan format majlis berbentuk forum, terdiri dua panelis termasuk Nasir dan dikendalikan moderator Solehah Mariam Shaari daripada TV al-Hijrah.

Abby berkata, tidak salah berada dalam majlis anjuran PAS dan mendekatkan diri melalui majlis ilmu kerana cara itu berpeluang berkongsi ilmu agama dengan ustaz, ustazah termasuk ilmuan.

"Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

"PAS yang banyak menjemput saya, untuk berkongsi pengalaman sekaligus dapat memberikan sedikit kesedaran kepada di luar sana khususnya artis betapa pentingnya mendekatkan diri kepada agama Allah," katanya.

Kata Abby, selain pentas PAS untuk berkongsi pengalaman, beliau juga mendapat jemputan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

"Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini," katanya.

Perjuangan sebenar, ujar Abby, ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada Allah dan akan terus bersama platform PAS dan NGO Islam yang lain demi memperjuangkan Islam.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana mendapat banyak ilmu agama, selepas mendekati kuliah-kuliah dan bersama gerakan Islam yang tidak jemu-jemu membimbingnya.

"Sebelum masuk ke majlis seperti ini, orang cakap macam-macam, cakap tak sedar diri, dulu dalam bidang seni sekarang baru berubah.

"Namun bila bersama mereka tidak pernah memburukkan sesiapa sebaliknya perkongsian sering berkisarkan agama, fardu ain, tentang kematian," katanya.

Menurut Abby, untuk sementara waktu beliau masih mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.

"Bukan saya tak nak jadi ahli PAS atau nak mengelakkan tetapi masih ramai di luar sana tidak faham agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

"Nak tarik orang masuk parti bukan senang, kena perlahan-lahan ... sebab itu saya masih belum lagi mendaftar sebagai ahli PAS dan apabila saya betul-betul faham baru akan sertai ... bukan tak nak masuk, sabar ya," katanya.

Selain jemputan ke majlis dan pentas ceramah, Abby turut berkongsi pengalaman dan berdakwah melalui laman facebook untuk memberi sedikit kesedaran kepada peminat dan rakan-rakan artis yang lain supaya kembali ke ajaran agama.

"Bila dah belajar, saya rasa malu, dulu tak bertudung...dan kini alhamdullilah saya sudah berhijrah dan mudah-mudahan kekal berterusan.

"Ramai yang tidak faham, isunya bukan tudung tetapi aurat wanita yang kita kena jaga keseluruhannya," katanya.

Kini beliau merasa semakin tenang setelah berhijrah dan semakin sibuk memenuhi pelbagai jemputan dari pelosok negara.

Sungguhpun begitu, beliau mengakui melalui pelbagai pengalaman dan cabaran yang banyak di samping mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.

"Allah memberi peluang kedua kepada saya, yang banyak kelemahan dan melakukan pelbagai dosa selama ini.

"Saya terharu dan syukur, walaupun saya serba kekurangan, Tuhan memberikan layanan yang amat baik kepada saya untuk berhijrah," katanya sambil beliau sesekali mengucapkan kalimah 'takbir' yang disambut serentak hadirin.

Selepas forum itu, Abby turut dijemput ke majlis dialog sempena pelancaran Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Pas Kawasan Kuala Kedah di Kompleks PAS Batu 9, Kota Sarang Semut pada sebelah malamnya dan bertolak esoknya ke Kelantan, bertemu Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat. -Azamin Amin

BERGAMBAR] Insiden Serang Guan Eng, Polis Masih Biarkan PERKASA & UMNO

Posted: 01 Jul 2012 03:52 AM PDT


 
KELAB GREENBOC
Tiba-tiba ahli Perkasa menyerang saya – Guan Eng

GERORGE TOWN: Polis harus menimbang semula sikap tidak peduli terhadap Perkasa untuk mengelak persepsi awam bahawa mereka membenarkan taktik ganas Perkasa untuk mengugut pemimpin PR.

Justeru, Lim Guan Eng berkata kegagalan pihak polis untuk segera menahan ahli-ahli Perkasa yang terlibat dalam keganasan bukan sahaja terhadap orang awam dan wartawan tetapi juga terhadap keselamatan peribadi beliau hanya mengesahkan kebimbangan bahawa tingkah laku Perkasa mendapat sokongan Umno dan BN.

Katanya, kejadian semalam di pasar Teluk Bahang, di mana sekumpulan ahli Perkasa telah dibenarkan untuk berdemo dan melempar poster-poster anti-Lim Guan Eng berdekatan dengannya, membuktikan bahawa pihak polis tidak akan mengambil tindakan walaupun kejadian berlaku di depan mata mereka.

"Sikap tidak peduli ini mungkin telah memberanikan seorang ahli Perkasa yang tiba-tiba menyerang saya dari belakang dan berjaya menolak saya.


"Walaupun ahli Perkasa itu sempat menolak saya, saya tidak dicederakan hasil usaha seorang pemimin PR tempatan yang telah mengheret keluar ahli Perkasa itu," ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Tambahnya, tugas untuk mengheret ahli Perkasa itu sepatutnya tanggungjawab polis dan bukan pemimpin PR.Katanya, kegagalan polis untuk memberi perlindungan yang sewajarnya telah diikuti pula dengan kegagalan polis untuk segera menahan ahli Perkasa yang terbabit.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sekiranya serangan itu telah berlaku ke atas Perdana Menteri dan bukan seorang Ketua Menteri PR, bayangkan sahaja bagaimana reaksi polis.

"Insiden yang malang ini telah berlaku walaupun Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain sudah pun memaklumkan pihak polis mengenai demonstrasi Perkasa dan telah meminta perlindungan yang sewajarnya serta tindakan yang tegas," ujarnya.

Pun begitu, ujar beliau walaupun Perkasa mempunyai rekod keganasan bersiri terhadap orang awam, wartawan dan pemimpin PR, mereka masih lagi dibenarkan untuk bertindak ganas tanpa dihukum.

Menurutnya, sungguhpun mencatatkan pengurangan dalam indeks jenayah yang kedua paling ketara setakat Mei 2012 (pengurangan 23%), pihak polis sedang diteliti dengan rapi di Pulau Pinang akibat beberapa insiden jenayah di kawasan-kawasan warisan, pelancongan dan perumahan.

"Kegagalan untuk melindungi Ketua Menteri hari ini tidak akan meyakinkan pihak awam tentang keupayaan pihak polis untuk memastikan keselamatan awam apabila mereka tidak bertindak dengan segera terhadap mereka yang mengancam keselamatan Ketua Menteri," katanya. -HD

Program santai Ketua Menteri Pulau Pinang dicemari insiden kekecohan


GEORGE TOWN, 30 Jun – Program santai Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama penduduk di Teluk Bahang, dekat sini hari ini dicemari dengan insiden kekecohan melibatkan pengiring pemimpin itu dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Dalam kejadian pukul 10.15 pagi itu, kekecohan mula tercetus apabila Perkasa yang secara kebetulan mengadakan perhimpunan aman di pekarangan pasar Teluk Bahang bertembung dengan rombongan Lim yang turut mengadakan lawatan di kawasan tersebut.

Jurucakap polis berkata pada perhimpunan yang dihadiri lebih 50 orang termasuk penduduk di kawasan berkenaan, peserta perhimpunan itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran ketua menteri.

"Berdasarkan laporan yang diterima, seorang lelaki yang merupakan anggota Perkasa mendakwa tangannya dikilas daripada belakang dan dipukul salah seorang pengiring ketua menteri ketika dia mendekati rombongan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata adegan tolak-menolak dan pergelutan antara kedua-dua kumpulan itu berlangsung beberapa minit namun berjaya disuraikan anggota polis yang bertugas.

Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata kekecohan itu sengaja dirancang sekaligus menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap Perkasa dan melabelkan pertubuhan itu sebagai pencetus kekecohan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
– Bernama







Ulasan GB

UMNO=PERKASA=BERNAMA=UTUSAN

Mereka saban waktu menyerang Lim Guan Eng. Mereka yang rasis tetapi yang dituduhnya Guan Eng.

Mereka menggunakan "rasisma" sebagai talian hayat terakhir mereka tatkala nazak.

Mendukacitakan tindakan-tindakan mereka didiamkan oleh pihak polis seolah-olah merestui hal tersebut terjadi.

Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Yang bersalah PASTI akan menerima akibat dan hukuman setimpal.

SPRM Digesa Siasat Dakwaan Tawaran RM5 juta Lompat Parti

Posted: 01 Jul 2012 03:44 AM PDT





SHAH ALAM 30 JUN : Pemuda PAS mengesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail bahawa beliau pernah ditawarkan RM5 juta untuk lompat ke BN pada tahun 2010.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor berkata, rasuah membeli Ahli Parlimen adalah permainan politik paling jijik yang dilakukan oleh golongan yang terdesak untuk mendapat kuasa dengan cara yang tidak bermaruah.

"Meskipun beliau (Azan) mendedahkan isu ini setelah dua tahun peristiwa ini berlaku, namun implikasinya amat besar terhadap insititusi parlimen sebagai badan tertinggi yang menggubal dasar negara," kata Riduan dalam kenyataan medianya.

Menurut Riduan, tugas sebagai Ahli Parlimen adalah bersuara dengan membela rakyat, khususnya untuk pengundi di kawasannya, bukan untuk diperdagangkan menurut kemahuan nafsu segelintir elit semata-mata.

"Adakah ia arahan pemimpin-pemimpin tertentu yang berkepentingan serta mempunyai kuasa dalam negara ini.

"Ia perlu didedahkan supaya petualang-petualang ini mendapat pengajaran dan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan," katanya.

Justeru, siasatan menyeluruh perlu dilakukan termasuk senarai di antara yang menerima tawaran tersebut dan menerimanya atau sebaliknya.

"Tidak ada kemaafan bagi mereka yang cuba menghancurkan integriti negara dan merosakkan masyarakat dengan jenayah rasuah seperti ini," ujarnya.

MB: Isu 500,000 Pengundi Baru Akan Dibawa Ke SPR Bulan Depan

Posted: 01 Jul 2012 03:40 AM PDT





SHAH ALAM: Pertambahan 500,000 pengundi baru di Selangor akan dibawa ke perjumpaan bersama Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bulan depan bagi memastikan mereka adalah pemilih yang layak mengundi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri sudah mengenalpasti jumlah pertambahan pengundi baru di Selangor dan akan dibentangkannya pada perjumpaan tersebut.

"Perjumpaan saya dengan SPR bulan depan adalah mengenai hasil kajian yang dilakukan dalam mengenalpasti pengundi-pengundi baru dalam senarai yang dikeluarkan SPR sejak 2008," katanya dalam media Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.

Semalam, dilaporkan bahawa SPR mengumumkan akan berjumpa semua parti politik di peringkat nasional dan negeri sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menyebut, langkah itu diambil selepas sesi taklimat dan latihan kepada semua pengurus pilihanraya.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, hasil laporan penuh kajian pengundi akan diperolehi minggu hadapan dan senarai nama pengundi baru itu akan dianalisis.

"Pertambahan pengundi baru di 56 kawasan DUN di Selangor akan didekati dan dikenalpasti sama ada mereka berada di alamat yang dicatatkan dalam maklumat yang diberikan oleh SPR," katanya yang juga Adun Ijok.

Pada bulan April, Kerajaan Selangor melancarkan kempen "Selangorku Bersih" bagi mengenalpasti pertambahan mendadak pengundi baru di seluruh negeri yang meragukan.

Keraguan tersebut timbul kerana, seperti Abdul Khalid dedahkan hari ini, sesetangah kawasan seperti Sri Serdang merekodkan pertambahan pengundi baru seramai 21,000 orang.

Pelajar Pinjaman Selangor Dapat Biasiswa Jika CGPA 3.75

Posted: 01 Jul 2012 03:38 AM PDT





SHAH ALAM:  Pelajar yang mendapat pinjaman pelajaran Selangor berpeluang menukar status pinjaman kepada biasiswa sekiranya berjaya mendapat CGPA 3.75 dan ke atas selepas tamat pengajian.

Manakala mereka yang memperoleh CGPA antara 3.5 hingga 3.75 hanya perlu membayar 75 peratus dari nilai pinjaman.

Berita baik ini diumumkan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali pada majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pelajaran Kerajaan Selangor.

Menurut Halimah, ini bagi menggalakkan pelajar supaya belajar dengan lebih tekun dan memberikan sepenuh perhatian kepada pengajian.

Pinjaman yang diberikan ini merupakan pinjaman tanpa faedah yang dapat meringankan beban peminjam dalam membuat bayaran semula selepas tamat pengajian.

"Kita cuba galakkan pelajar mencapai CGPA 3.75 kerana kerajaan Selangor bukan sahaja tidak mahu adik-adik membayar (semula) bahkan menukar semula pinjaman itu tadi kepada biasiswa. CGPA 3.75 tidak perlu bayar langsung.

"Kalau 3.50 hingga 3.75 bayar 75 peratus sahaja. Cuba capai CGPA sehingga  adik-adik tidak perlu bayar pinjaman ini," katanya.

Sejak tahun 1987 sehingga kini, sebanyak RM140,080,168 juta telah diberikan kepada 15, 580 peminjam. Untuk tahun 2012, kuota penerima ditingkatkan kepada 2,000 orang.

Sesi pertama menyaksikan RM4,382,300 juta diagihkan kepada 737 orang peminjam manakala sesi
kedua akan diadakan pada bulan Ogos.




Dalam pada itu, raut gembira terpancar pada wajah penerima pinjaman yang melahirkan rasa terima kasih ke atas keprihatinan Kerajaan Selangor.

Peljar Unversiti Selangor (Unisel), Muhammad Shazril Ahmad Shukri melihat perkara ini sebagai satu inisiatif yang baik memandang sebelum ini Unisel terlibat dengan kontroversi pemberian pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar.

Katanya, kadar faedah yang tinggi seperti yang dikenakan oleh PTPTN nyata membebankan pelajar.
"Ini merupakan kali kedua saya mendapat pinjaman yang sama. Sebelum ini saya mendapat pinjaman pada peringkat diploma," katanya.

agi penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM),  Afifah Aqilah Alias Khosnan, 20, pemberian pinjaman ini merupakan satu langkah yang baik dan beliau tidak perlu membuat pinjaman dari PTPTN yang mengenakan faedah yang tinggi.

Lo Sue Ann, 20, yang melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian di Kolej Universiti SEGI gembira apabila beliau terpilih untuk menerima pinjaman  daripada Kerajaan Negeri.

"Saya gembira mendapat pinjaman daripada Kerajaan Negeri dan ia akan meringankan beban ibu bapa saya kerana kos pengajian pergigian sangat tinggi," katanya.



Sementara itu, ibu bapa turut menyokong dan melihat inisiatif ini sebagai satu langkah pembiayaan prihatin Kerajaan Negeri kepada rakyat Selangor.

Adnan Yahaya, 50 yang mewakili anaknya, Muhammad Hilman gembira apabila anaknya yang sedang menuntut di Universiti Tun Hussein Onn, Johor mendapat pinjaman berkenaan.

Katanya, pinjaman tersebut meringankan perbelanjaannya kerana pinjaman itu tanpa faedah.

Dr Halimah: Tuisyen Rakyat 1Malaysia Tidak Tepati Sasaran

Posted: 01 Jul 2012 03:35 AM PDT





SHAH ALAM: Program interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk penduduk Selangor gagal menepati sasaran.

Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, program tersebut seakan meniru inisiatif Pakatan Rakyat Selangor yang memperkenalkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang telah berjalan dari 2009.

Tindakan Kerajaan Pusat Umno-BN jelas menunjukkan program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri mendapat sambutan positif oleh rakyat Selangor.

"Mengapa PM pilih Selangor? Sedangkan beliau mengetahui Kerajaan Negeri dah lama ada Program Tuisyen Rakyat Selangor untuk pelajar negeri ini.

"Sepatutnya PM boleh salurkan kepada negeri-negeri lain terutama negeri yang memiliki paras kemiskinan yang tinggi yang belum ada program seumpama ini," Dr Halimah berkata.

Beliau bercakap pada sidang media selepas melancarkan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) di Shah Alam Convention Centre di sini hari ini.

Di bawah PTRS, pelajar daripada keluarga miskin yang prestasi akademiknya sederhana diberi peluang menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Setakat ini PTRS telah memberi manfaat kepada lebih 20,000 pelajar Selangor.

Dr Halimah berkata tindakan kerajaan pusat yang hanya menyalurkan program itu ke Selangor menggambarkan niat sebenar BN yang tidak ikhlas, iaitu untuk merampas Selangor kembali dalam pilihanraya umum.

NFC: Umno heret Shamsulbahrin untuk lindungi suami Shahrizat

Posted: 01 Jul 2012 03:29 AM PDT

Oleh Norutul Ilham


PETALING JAYA : Tuduhan ke atas Datuk Shamsulbahrin Ismail adalah taktik konsisten Umno bagi melindungi suami Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Shamsulbahrin

Katanya, Umno mencari helah dengan menjadikan ahli perniagaan itu 'kambing hitam' dalam skandal ini.

"Shamsulbahrin tidak bersalah kerana dari awal lagi kita lihat ada cubaan sistematik oleh pihak berkuasa untuk melindungi suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail yang terlibat dalam skandal NFC.

"Dari awalnya mereka cari kambing hitam dan Shamsulbahrin adalah kambing hitam dalam kes ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Shamsulbahrin.

Mohamad Salleh selaku Pengerusi Eksekutif NFC didakwa cuba merasuah pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis.

Beliau merupakan individu penting yang bertanggungjawab dalam isu penyelewengan dana NFC berjumlah RM250 juta.

Pada 30 Disember lalu, pihak berkuasa mendakwa Shamsubahrin, atas tuduhan menipu Mohamad Salleh sebanyak RM1.755 juta.

"Apa yang berlaku baru-baru ini adalah salahguna kuasa pihak peguam negara yang membawa tuduhan tidak berasas ke atas Shamsulbahrin manakala Datuk Salleh diberikan imuniti VIP.

"Malah Shamsulbahrin direman dan diarah melaporkan kepada pihak berkuasa kerana beliau mendedahkan skandal yang melibatkan Umno BN.

"Tindakan ini sesuatu yang mengejutkan. Pada mulanya, tuduhan ke atas beliau adalah menipu Datuk Salleh mengenai RM1.755 juta, kemudian pada 12 Jun lalu, dia dikenakan pula empat tuduhan baru," katanya.

Sementara itu, Zuraida menyifatkan tuduhan ke atas Shamsulbahrin adalah helah untuk memutar belitkan fakta sebenar.

"Bagaimana kerajaan BN sanggup melindungi mereka yang bersalah sehingga memutar belitkan dakwaan ini ke peringkat yang tidak masuk akal yang pernah terjadi di negara kita.

"PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) baru-baru ini menyalahkan kakitangan kerajaan dalam siasatan skandal NFC. Ini menunjukkan dengan jelas ada orang-orang tertentu yang BN ingin lindungi dan sebaliknya cuba menganiayai Shamsulbahrin dan pegawai-pegawai yang mengendalikan projek NFC," kata Ahli Parlimen Ampang itu lagi.

Scorpene: Keenganan Najib ke Perancis timbulkan prejudis- Anwar

Posted: 01 Jul 2012 03:24 AM PDT

Oleh: Nazar Hashim

KULIM 30 Jun: Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi saksi dalam kes Scorpene di Mahkamah Perancis menimbulkan prejudis di kalangan rakyat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, Najib sepatutnya mempunyai keberanian untuk hadir pada perbicaraan itu bagi membersihkan namanya sejak didakwa terlibat dengan skandal berkenaan.



 "Keengganan beliau hadir bukan saja menimbulkan prejudis dan prasangka di kalangan rakyat, sebaliknya dunia juga sedang melihat setakat mana keberanian  dan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh beliau,

"Sedangkan lebih dari 100 dokumen yang menjurus ke arah pembabitan tersebut telah diperolehi oleh Mahkamah Perancis," ujarnya ketika berucap di Stadium Keladi, Kulim semalam.

Bercakap kepada lebih 15,000 hadirin, Anwar turut membidas media arus perdana yang cuba menyembunyikan kes melibatkan rasuah jutaan ringgit itu.

"Jangan kita harapkan keadilan media jika membabitkan kepimpinan Umno-BN walaupun jelas Najib mesti hadir ke sana," tegasnya disambut sorakan hadirin yang mahu Najib segera menjawab cabaran tersebut.

Hadir sama dalam majlis itu Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Exco Kerajaan Kedah, Datuk S.Manikumar dan barisan kepimpinan PR Kedah.

Baru-baru ini, laman web Asia Sentinel memuatnaik 153 dokumen siasatan polis Perancis, yang mendedahkan urusniaga Scorpene membabitkan kerajaan Malaysia dan syarikat pertahanan Perancis, DCNS.

Ia susulan penafian menteri pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan tiada maklumat mengenai jualan rahsia pertahanan negara dan transaksi Scorpene dibuat mengikut peraturan.
Kes Scorpene melibatkan komisen ratusan juta ringgit itu difailkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan memasuki peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) sejak Mac lalu.

Siapa ancam Melayu dan Islam?

Posted: 01 Jul 2012 03:21 AM PDT

Oleh Hafiz Zainuddin
Gambar ehsan Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang




Malaysia dibangunkan hasil dari persepsi yang kabur dan negatif. Dari ketakutan yang dicerna, dari aspirasi palsu yang disengajakan. Semua ini demi survival parti yang memerintah.

Lihat bagaimana kita, ibu bapa, isteri suami, anak-anak, teman dan taulan mungkin pernah dipisahkan untuk bersama dengan kaum lain di kawasan perumahan, di sekolah, di tempat kerja, di universiti tempatan akibat rasa terancam dan penelitian yang buruk sangka.

Kita harus ingat bagaimana suara-suara demokrasi dibungkam dengan pelbagai akta zalim. Para aktivis dan pejuang disumbat ke penjara serta ditohmah sebagai pengkhianat negara dan ejen asing. Semua itu bohong tapi sehingga kini masih terus kedengaran.

Kerajaan UMNO-Barisan Nasional mencipta persepsi dan ada kalangan rakyat yang percaya telah khayal dengan dongeng mereka melalui media arus perdana. Ia disebarkan pula dengan sembang kedai kopi, gosip pejabat dan sikap segolongan penguasa yang tidak selesa untuk bersama dengan kaum-kaum lain.
Semua persepsi negatif ini telah membuahkan rasa takut, terancam, bebal, sedih, marah tanpa perlu berlandas pada kebenaran.

Oposisi digelar 'syaitan'

Saya masih ingat lagi komedi bersiri RTM Hikayat Hang Setia awal tahun 1990-an. Saya masih kecil dan ini siri kesukaan saya. Sehingga sekarang lagu temanya masih tersemat dihati. Antara lain ia berbunyi "Hantu jembalang aaaa, banyak berkeliaran, dia cuba menghasut, perpaduan rakyat, rupanya macam manusia, perangai macam syaitan…dalam hikayaaaat haaang seeetiaaaa….!"

Saya tidak faham apa maksud lirik tersebut sehinggalah mendapat pencerahan dua puluh tahun kemudian. Saya bersyukur saya masih mengingatinya. Sitkom bersiri terbitan RTM ini berlatarbelakangkan masyarakat pelbagai kaum yang cuba mencipta persepsi yang kalau tidak salah saya bermesejkan: "Hey oposisi, kau jangan ganggu rakyat!"

Penerbitan sitcom ini boleh dikaitkan dengan penubuhan parti Semangat 46 oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang kemudiannya bergabung dengan PAS, BERJASA, HAMIM dan KIMMA untuk membentuk Angkatan Perpaduan UMMAH serta Gagasan Rakyat bersama DAP dan PBS untuk pilihan raya umum tahun 1990.

Makanya, sitcom Hang Setia terbitan RTM ini cuba menggambarkan kepada rakyat bahawa gabungan oposisi sebagai 'syaitan', jahat, penghasut dan sebagainya.

Di sebalik persepsi terhadap DAP

Sebab ikon DAP bernama Lim Kit Siang, orang yang tidak kisah mengenai wabak rasuah yang membusuk di negara ini, orang yang tidak peduli pada masalah jenayah yang menghampiri klimaks, orang yang tidak ambil tahu perihal politik dan kezaliman yang berlaku, bila ditanya pendapat mereka mengenai DAP, mereka berkata bahawa DAP itu anti-Melayu dan anti-Islam.

Bagi golongan ini, mereka beranggapan sedemikian bukan kerana DAP itu parti pelbagai kaum, bukan kerana DAP parti yang sah di sisi undang-undang dan bukan kerana DAP akur kepada Perlembagaan Persekutuan.

Mereka berkata DAP anti-Melayu, anti-Islam semata-mata kerana melihat wajah-wajah pemimpin dari kalangan orang Cina.

Ini semua pandangan stereotaip, kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr. Maszlee Malik. Ia yang wujud semata-mata akibat persepsi yang disuap setiap hari oleh Utusan Malaysia dan TV3.

Kalau begitulah kiranya percaturan pada akal budi kita, bagaimana pula dengan Lim Guan Eng yang dipenjarakan akibat membela seorang gadis Melayu dan keluarganya di Melaka suatu masa dahulu? Bukankah gadis itu dikatakan menjadi mangsa kerakusan seorang pemimpin Melayu?

Ini kerana persepsi tidak perlu mempunyai bentuk dan struktur seperti fakta. Persepsi lebih mudah dicerna dan dihadam. Ia mudah ditelan begitu sahaja sama seperti kisah tragedi 13 Mei 1969 yang meletakkan negara dalam darurat.

Masih ramai orang Melayu percaya bulat-bulat cerita 'Cina nak halau Melayu' tanpa baca terlebih dulu catatan Tunku Abdul Rahman yang menjadi saksi sewaktu almarhum sebagai Perdana Menteri ketika itu. Pun ramai yang percaya Lim Kit Siang terlibat walau beliau berada jauh di Sabah sewaktu kejadian berlaku. Malah, hari ini, ada manusia kurang cerdik yang mahu melibatkan Lim Guan Eng, yang berusia 8 tahun pada 1969, semata-mata kerana mahu menabur fitnah benci pada DAP.

Benarkah Islam ganas?

Mungkin ada antara kita yang tidak sedar bahawa persepsi wujud dalam dua keadaan yang berbeza. Itu berlaku dalam keadaan timbal-balik. Tumbangnya menara World Trade Centre di Amerika Syarikat pada 2001 menimbulkan dua persepsi yang bertentangan.

Dari satu sudut, ia dijustifikasikan sebagai gelombang kebangkitan Islam oleh sekelompok Muslim konservatif yang melihat keganasan sebagai jalan keluar. Seolah-olah runtuhnya WTC menyembah bumi dilihat sebagai kebangkitan ummah. Mereka tidak peduli sama ada ratusan juta umat Islam lain tidak menyokong kekejaman tersebut.

Dari sudut lain pula, peristiwa pada 11 September itu dijadikan alasan untuk kelompok konservatif Barat, termasuk segelintir Kristian, untuk menuduh Islam sebagai agama yang ganas, bengis dan menakutkan. Apalagi Amerika Syarikat ketika itu di bawah pentadbiran George W. Bush yang memang dibayangi dosa korban rakyat Iraq serta jambang dan serban Osama Bin Laden.

Tragedi 911 memaparkan bukti berlakunya perubahan pemikiran (mutasi) hasil dari persoalan 'apa itu Islam' yang timbul akibat publisiti yang ekstrem terhadap pengganas yang ekstrem. Walau pun masih ada masyarakat Barat yang benci Islam, makin ramai pula yang kini berlumba-lumba untuk mengenali lebih dekat kepada Islam setelah menyedari persepsi negatif maha dahsyat terhasil akibat serangan tersebut telah menimbulkan ketegangan di antara Muslim dan bukan Muslim.

Ramai di Barat semakin menyedari Islam itu memperjuangkan keadilan, mempertahankan hak asasi, dan dalam konteks hari ini, tidak menentang, malah banyak persamaan dengan demokrasi, kedaulatan undang-undang (rule of law) dan urus tadbir baik (good governance). Malah ramai sudah sedar Islam menentang rasuah, korupsi, salah guna kuasa dan perkauman (assibiyah).

Apa yang UMNO-BN lakukan untuk Islam?

Adakah persepsi mengenai Islam yang sebegini difahami di Malaysia? Atau tindak-tanduk manusia penguasa atas nama Islam telah menimbulkan persepsi Islam terhadap umat Islam dan mereka yang berlainan agama?

Yang menjadi masalah bukan soal agama, bukan Islam itu sendiri yang menjadi persoalan. Yang menimbulkan persepsi ialah orang Islam yang diberi amanah untuk mentadbir. Di Malaysia hari ini, walau pun ramai umat Islam bersifat dan bersikap amanah, jujur, ikhlas dan baik hati, ada pula yang menggunakan kuasa yang diberi kepada mereka untuk menghalang kebebasan, menyekat hak dan mengamalkan rasuah.

Tuduhan korupsi, termasuk yang telah dihadapkan ke mahkamah dan yang telah terbukti bersalah, turut membabitkan pemimpin yang beragama Islam. Mereka yang berkuasa juga telah menggunakan amanah itu untuk mengharamkan perhimpunan aman BERSIH, mengharamkan buku-buku, mengharamkan tokoh agama memberi ceramah.

Juga pengharaman UiTM terhadap penggunaan perkataan 'Islam' kepada persatuan-persatuan mahasiswa sekitar tahun 2000, perobohan surau-surau di Terengganu, pemindahan guru-guru agama yang pro-oposisi ke negeri lain, penarikan bantuan dan peruntukan kewangan Sekolah Agama Rakyat, pemansuhan tulisan Jawi dan sebagainya yang tidak melambangkan kesyumulan Islam.

Malah, kuasa yang diberi bukan sahaja digunakan untuk mengekang dan memangsakan umat Islam tetapi juga rakyat Malaysia pelbagai kaum dan kepercayaan. Sejak sekian lamanya rakyat Malaysia yang menuntut hak dan memperjuangkan keadilan ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Sehingga hari ini tidak ada seorang pun tahanan ISA dihadapkan ke mahkamah.

Persoalannya jelas, Islam tidak mengancam manusia tetapi ada orang beragama Islam yang telah menyalahgunakan amanah dan kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Ini kebenarannya tetapi ia telah dikaburkan dengan persepsi akibat sikap manusia-manusia tertentu yang kemaruk kuasa.

Adakah DAP ancaman kepada Melayu, Islam?

Justeru, persoalan sama ada DAP mengancam Islam memang tidak timbul sama sekali. DAP menghormati hak asasi dan kebebasan agama, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta menjadi amalan global hari ini.

Aqidah tetap kukuh pada jiwa setiap Muslim. Pelaksanaan Islam dalam kerangka masyarakat dan negeri kita boleh lihat seperti di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan walau pun yang mentadbir negeri-negeri tersebut bukan UMNO-BN.

Kerajaan negeri Pakatan Rakayat sentiasa berusaha semaksima mungkin dalam memberi pilihan dan khidmat yang yang lebih baik terhadap umat Islam dan seluruhnya walau pun dalam ruang bidang kuasa yang sangat terhad.

Pulau Pinang telah menjadi contoh di mana Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri telah memastikan umat Islam negeri mendapat pembelaan wajar melalui pelbagai usaha termasuk menambah peruntukan kewangan berkali ganda berbanding pemerintahan BN, menghargai guru-guru KAFA serta para huffaz, memberi peruntukan dan membela Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan melaksanakan tender terbuka yang telah membolehkan kontraktor Melayu Islam yang layak memenangi projek tanpa perlu kabel politik. Dan ini semua dilakukan tanpa meminggirkan kaum dan agama lain.

Terpulanglah sama ada kebenaran mahu diterima atau persepsi palsu mahu dijadikan anutan. Jika kita tidak suka apa yang kita percaya disalahertikan atau ditohmah orang lain, maka tepuk dada tanya selera. – Roketkini.com

Kerajaan Umno-BN Sudah Hilang Kasih Sayang Kepada Rakyat Sendiri!

Posted: 01 Jul 2012 03:12 AM PDT

Editor Buletin


Pembinaan Jalan baru yang dibuat dari Kampung Belao sejauh 10 km ke Gunung Bongsu telah melibatkan dan 'merampas' tanah yang diteroka oleh seramai 20 orang penduduk sekitar kawasan tersebut.

Pak Da Kori kesal kerana sebanyak 1350 pohon, pokok getah berumur 3 tahun di cabut tanpa apa-apa bayaran.  Sudah lama beliau memohon tanah tersebut tetapi tidak diluluskan oleh kerajaan.

Manakala Zaharah Che Amah, melibatkan tanah seluas lebih kurang 2 ekar dan sebuah rumah yang dibeli daripada penduduk tempatan beberapa tahun dulu dengan harga RM30,000.00,  diambil tanpa apa-apa bayaran.

Walaupun tanpa geran, sepatutnya kerajaan membayar kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penduduk tersebut yang melibatkan jumlah yang banyak. Cuba bayangkan harga anak getah sekarang RM5 sepokok.  Kalau 1350 pokok harganya RM6750.  Ini tidak termasuk harga baja, racun dan upah selama 3 tahun tersebut.

Begitu juga Zaharah, yang telah mendiami rumah dan menduduki tanah tersebut lebih 20 tahun terpaksa mencari rumah untuk disewa kerana tidak mempunyai tanah untuk dijadikan tempat tinggal.

Tindakan kerajaan tidak menggambarkan slogan yang digembar gemburkan Rakyat didahulukan sebaliknya rakyat yang kena dahulu.

Sepatutnya kerajaan tidak bertindak zalim kepada orang-orang Melayu yang tidak bertanah sebaliknya dalam melaksanakan pembangunan harus mengambil kira nasib rakyat sekeliling.

Ini bukan pertama kali kali kerana sebelum ini berpuloh-puloh rakyat di Hulu Besut terpaksa menanggung kerugian beratus ribu ringgit apabila kerajaan membina ampangan Paya Beda di Kampung Padang Bual Hulu Besut.

Beribu-ribu tanaman penduduk dimusnahkan tanpa apa pampas an sehingga ke hari ini. Walaupun sebelum ini ada bancian dibuat pihak tertentu tetapi penduduk masih menunggu bayaran yang tak tahu bila akan dapat.

Sikap kerajaan Umno-BN yang tidak kasihan kepada rakyat sendiri menunjukkan mereka mementingkan politik semata-mata apabila hampir pilihanraya.

Shalahuddin Jaafar (Cikgu Solah)
Pengerusi Majlis Tindakan DUN Hulu Besut
Merangkap Timbalan Yang DiPertua PAS Besut

Tiga Bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Tekad Bersama PAS Gantikan Umno di Putrajaya

Posted: 01 Jul 2012 03:02 AM PDT

Skuad BO  


MARANG – Tiga bekas pegawai tinggi kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) ditemukan dan berceramah diatas satu pentas pada program 'PAS Ganti Umno' Kali Ke-4 dan Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang diadakan di Kampung Padang Mengkuasng dekat sini Jumaat malam 29 Jun.

Ketiga-tiga mereka adalah Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Fauzi Shaari, Bekas Ketua Setiausaha Negara Datuk Ismail Yahya dan Bekas Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peldang Tuan Haji Abdul Rahman Taib .

Mereka yang telah pun menjadi ahli PAS, melahirkan tekad dan keazaman bersama dengan PAS bagi menggantikan Umno menuju Purajaya bagi menggantikan Umno sebagai pemerintah.

Haji Abdul Rahman Taib (gambar atas) yang sebelum ini pernah berucap pada program Selamat Tinggal Umno di Chukai Kemaman berkata, Umno mesti digantikan kerana parti itu bukan sahaja tidak lagi relevan, bahkan ia dalam keadaaan yang bercelaru.

Datuk Ismail Yahya (gambar tengah) pula mendedahkan, beliau telah menjadi ahli PAS sejak lama dulu bahkan ketika mememegang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik dibawah mantan Perdana Malaysia, Tun Dr Mahathir, beliau terus memegang prinsip tidak bersetuju dengan beberapa tindakan yang diambil oleh kerajaan.

Manakala, Datuk Fauzi Shaari (gambar bawah)memberi peringatan kepada kerajaan walaupun beliau terikat dengan etika sebagai seorang bekas pegawai, namun beliau akan mendedahkan 'kebobrokan' kerajaan Umno-BN apabila tiba waktunya.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut menyampaikan ucapan, kehadiran ketiga-tiga bekas pegawai  kanan kerajaan itu sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat, perubahan mesti dibuat pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Turut hadir adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, timbalan-timbalan Pesuruhjaya dan semua pimpinan PAS peringkat Perhubungan Negeri.

Dengar dan lihat ucapan-ucapan malam pertama PGU04 & Himpunan Hijau Terengganu di Buletinonline Channel dan Kembali ke Buletinonline.net Untuk Berita Lanjut

Tidak Boleh Guna Kad Kredit Bayar Cukai Pendapatan

Posted: 01 Jul 2012 02:57 AM PDT




PETALING JAYA: Orang ramai tidak boleh membayar cukai pendapatan mereka menggunakan kad kredit pada masa ini berikutahn Kementerian Kewangan telah menolak cadangan untuk membenarkannya.

Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Masrun Maslin berkata, bagaimanapun, LHDN berharap supaya cadangan itu boleh dilaksanakan pada masa akan datang.
Beliau berkata, sebab penolakan itu kerana kementerian tidak orang ramai membuat pinjaman untuk membayar hutang yang lain.

"Kami tidak mempunyai masalah untuk membenarkan orang ramai untuk membayar cukai menggunakan kad kredit tetapi ia terpulang kepada Kerajaan untuk meluluaskan cadangan itu.

"Sebagai agensi pelaksana, kita mahu membantu meringankan beban pembayar cukai," katanya.

"Jika membayar dengan kad kredit boleh meringankan beban mereka, kenapa tidak," katanya pada Sabtu.

Masrun berkata, salaj satu faedah membayar untuk barangan dan perkhidmatan menggunakan kad kredit adalah pengguna boleh mengumpul mata dan menebusnya sebagai hadiah.

Beliau berkata, LHDN menerima banyak cadangan daripada orang ramai melalui surat, emel serta maklum balas daripada seminar yang meminta Kerajaan untuk membenarkan cukai yang perlu dibayar menggunakan kad kredit.

"Sehingga hari ini, kita masih mendapat jawapan daripada mereka yang mencadangkan langkah itu.
"Pandangan peribadi saya adalah kita seharusnya mengkaji kebaikan dan keburukan yang membolehkan pilihan pembayaran sedemikian," katanya.

Dilaporkan bahawa LHDN menerima 2.1 juta borang secara e-Filing pada tahun ini berbanding 1.8 juta bagi medium tersebut dalam tempoh yang sama tahun lepas.

LHDN bermatlamat untuk mengumpul RM110 bilion cukai tahun ini.

Salahuddin bukan calon MB Johor

Posted: 30 Jun 2012 10:55 PM PDT


MOHD AZLIM ZAINURY

Salahuddin bukan calon MB Johor    
Nik Aziz ketika menyempurnakan penyerahan Salahuddin kepada pimpinan Pas Johor, kelmarin.
 
 
MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang dikatakan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bukan calon Menteri Besar.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas belum lagi mencalonkan mana-mana pemimpin daripada parti itu untuk jawatan tersebut, sebaliknya lebih menumpukan gerak kerja untuk merampas negeri itu daripada Barisan Nasional (BN).

"Kita belum calon sesiapa untuk menjadi Menteri Besar. Kita hendak menang dahulu," katanya menjawab spekulasi Salahuddin sebagai bakal calon Menteri Besar jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai negeri itu pada PRU13.
Salahuddin yang lahir di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian pada PRU12 dan mengekalkan kerusi Naib Presiden Pas pada pemilihan parti itu pada Jun tahun lalu.

Selain namanya disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor, beliau sebelum ini juga dikatakan dirisik agar bertanding Parlimen Pasir Mas di Kelantan, Titiwangsa (Wilayah Persekutuan) selain Dun di Johor bagi menghadapi PRU13.

"Saya boleh kata (sokongan) meningkat, kita dah dapat dua kerusi di Johor, kerusi kita dah meningkat, nak tawan pun tidak mustahil tetapi tidak mudah. Umno (pasti) akan pertahankannya habis-habisan tetapi tidak mustahil kita boleh menang," katanya pada Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Kampung Batu 10, Bukit Payong yang turut dihadiri Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut di sini, semalam.

Dalam pada itu, Salahuddin diserahkan secara rasmi kepada pimpinan Pas Johor pada Himpunan Hijau ke Putrajaya di Dataran Dahlia, Johor Bharu, Johor, malam kelmarin.

Penyerahan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu kepada Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed disempurnakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Husam dalam ucapannya menyeru kepada rakyat supaya memberi peluang kepada PR untuk menawan Putrajaya bagi membolehkan pakatan pembangkang membuktikan kebolehan dalam mentadbir kerajaan.

"Rakyat perlu beri peluang kepada PR untuk ke Putrajaya bagi membolehkan kami membuktikan kemampuan kami, Jika tidak OK, tuan puan boleh menyerah balik mandat kepada Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. Itu pun jika Umno ada lagi.

"Perjuangan kita untuk Islam dan kita mahu bela rakyat. Negara kita kaya, tapi hanya beberapa kerat sahaja yang kaya. Ketidakseimbangan ini ditentang Islam. Sebab itu dalam manifesto PR nanti, kita akan tekankan kepada agenda bela rakyat seperti menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang membebankan rakyat," katanya.

Selain itu, Husam yang juga Naib Presiden Pas berharap rakyat di Johor dapat memberi peluang kepada rakan seperjuangannya, Salahuddin untuk berbakti kepada negeri kelahiran sendiri.

Nik Aziz dalam ucapan ceramahnya pula berkata, Pas satu ketika dahulu ditubuhkan berikutan ulama Umno yang melihat sendiri perjuangan Umno semakin lari dari ajaran Islam.

"Umno ni kata agama lain dan politik lain. Padahal kita selalu diajar bahawa Islam ini adalah menyeluruh meliputi pelbagai cabang. Masa solat Jumaat pun kita disarankan supaya berasa gerun dan takut kepada ALLAH walau siapa pun kita, sekali gus wajib mempraktikkan ajaran al-Quran dan Sunnah.

"Sebab itu, Pas berjuang untuk daulatkan Islam. Pas ini bukan siapa-siapa yang buat. Ia ditubuhkan oleh Umno juga. Oleh ulama Umno sendiri yang lihat
perjuangan Umno semakin lari dari ajaran Islam.

"Kita mahu ikut dan mencontohi Nabi Muhammad SAW dalam membina negara Islam," katanya.

Kenalkah wanita ini terhangat minggu ke-26

Posted: 30 Jun 2012 10:52 PM PDT

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Kisah Dr. Aafia Siddiqui dari Pakistan yang ditangkap oleh Amerika dengan bantuan daripada kerajaan Pakistan sendiri di blog http://greenboc.blogspot.com merupakan artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 26.


Di tangga kedua, ialah artikel blog http://aiyangdisayang.blogspot.com yang menyindir perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang tersilap siapa perdana menteri negara ketika pilihan raya 1986 yang diadakan di musim haji.

Artikel blog http://karatijau.blogspot.com mengenai seorang Cina yang menghadiri kuliah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di  Dataran Ilmu Kota Bharu pula menduduki tangga ketiga.

Di tangga keempat, ialah berita mengenai pelakon yang popular dengan siri drama kepolisan Gerak Khas Abby Abadi melahirkan rasa kecewa beliau terhadap pihak tertentu yang mempersoalkan beliau mendekati PAS.

Di tangga kelima pula ialah berita mengenai tragedi berdarah dalam perhimpunan aman 'R' di mana gambar pemukul dan pencetus kacau bilau dikenal pasti.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 24 Jun hingga 30 Jun, 2012.

1
Kenalkah Anda Wanita Ini?
2
PM buta sejarah? Kesian beliau jadi bahan ketawa
3
Siapa kenal mamat ni...
4
Bila PAS rai, macam-macam timbul – Abby Abadi
5
Himpunan R: Gambar 'tukang pukul' diedarkan
6
Sibuk layan 'Inspektor Aliza'...jom terjah
7
Gambar TGNA, PAS dan PR difitnah teruk..
8
Cemas!!? Peserta konvoi PAS dikejar oleh pemuda India
9
Transformasi Umno hahahaha (gambar)
10
Rakyat Mesir kagum TG Nik Aziz, kongsi dalam Facebook

Bersih 3.0: Siasatan awam Suhakam bermula 5 Julai

Posted: 30 Jun 2012 10:50 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangan terkini Siasatan Awam yang dicadangkan dalam insiden semasa dan selepas perhimpunan awam pada 28 April lalu.

Setiausaha Suhakam, Rodziah Abdul berkata, pihaknya telah memutuskan bahawa siasatan awam tersebut diadakan bermula pada 5 Julai ini.

"Sehingga 21 Jun 2012, Suruhanjaya telah selesai menjalankan semakan ke atas penghujahan awam yang telah diterima daripada orang ramai dalam bentuk dokumen, kenyataan dan rakaman video dan telah mengenal pasti saksi-saksi," ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, Suhakam sedang menunggu maklumbalas dari pihak polis atas permohonannya, dan peringatan seterusnya telah dikemukakan berhubung tujuan untuk menemubual personel polis yang bertugas semasa perhimpunan awam 28 April.

"Keputusan suruhanjaya untuk menjalankan siasatan awam terhadap dakwaan penggunaan kekerasan oleh pihak berkuasa semasa dan selepas perhimpunan awam 28 April 2012 setelah mengambil kira pemantauan Suruhanjaya dan beberapa faktor lain yang berkaitan, termasuk penyerahan aduan, laporan dan memorandum daripada orang awam, kumpulan hak asasi manusia dan profesional serta kumpulan masyarakat sivil yang lain kepada Suruhanjaya berhubung perkara tersebut yang menggesa agar satu siasatan bebas dijalankan ke atas kejadian tersebut," ujarnya lagi.

Menurutnya, panel siasatan akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.


Jelasnya, terma rujukan untuk siasatan awam itu adalah untuk menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak semasa dan selepas perhimpunan pada 28 April itu.

"Jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, untuk menentukan bagaimana pelanggaran itu terjadi; apakah arahan pentadbiran dan prosedur, atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut; dan individu atau agensi yang bertanggungjawab untuk pelanggaran tersebut," katanya.

Katanya, ia untuk mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran tersebut tidak akan berulang.

Najib menjadi sibuk hari ini, kenapa?

Posted: 30 Jun 2012 10:47 PM PDT

Mohd Sayuti Omar,


Malam ini Ha Najib Razak bersama isteri dan beberapa menteri kabinet menjadi tetamu agung kepada majlis perkahwinan anak seorang korporat terkemuka di Selangor. Turut sama menjadi tetamu ialah beberapa orang sultan termasuk Yang di-Pertua Agong, Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perlis, Sultan Kelantan dan lain-lain.

Kalau mengikut hukum Najib bukan lagi harus tetapi wajib kena menghadirinya kerana tidak manis majlis dihadiri raja-raja Najib 'pulaukan'. Tetapi entah kenapa, bala apa yang menimpa dan musibah apa yang hendak datang, Najib membatalkan kehadirannya di saat-saat akhir. Katanya malam tadi beliau memaklumkan kepada tuan rumah tidak dapat hadir.

Beliau menyerahkan kepada isterinya untuk menjadi pengganti. Dalam kata lain Rosmah memangku kedudukannya sebagai tetamu berstatus perdana menteri majlis itu malam ini. Pembatalan ini satu kemujuran kepada Rosmah kerana sudah pasti dia akan berada di kiri agung dalam majlis itu nanti.

Menteri-menteri lain yang turut menjadi tetamu juga ikut sama mengambil tindakan serupa. Rais Yatim sebaik mendapat tahu Najib membatalkan kehadiran, dia adalah menteri pertama berbuat demikian. Kemudian diikuti oleh Husni Hanadzlah, Shafei Apdal dan beberapa yang lain. Sehingga catatan ini dipostkan Ismail Sabri Yaacob yang juga diundang masih belum membatalkan notis kehadirannya di majlis berkenaan.

Ekoran tindakan mengejut Najib itu, tuan rumah katanya menjadi kelam kabut. Pejabat korporat berkenaan kini sedang bertungkus lumus berusaha untuk mengatasi masalah. Para pengurus dan pegawai korporat berkenaan sedang mengenal pasti VVIP untuk menjadi pengganti kekosongan ditinggalkan Najib dan menteri. Beberapa VVIP lain yang sebelum ini dicicirkan dari jemputan ekseklusif itu dikatakan dikenal pasti untuk menjadi 'kuda terbang' memenuhi kerusi-kerusi VVIP termasuk Najib yang tidak dapat hadir nanti.

Ke mana Najib dan mengapa? Tentulah ada sebab besar maka beliau terpaksa mengambil tindakan itu. Kalau tidak besar Najib tidak akan tergamak memonteng majlis bertaraf 10 star itu yang mana di dalamnya hadir sama beberapa orang raja dan sultan. Tentu masalahnya besar. Najib seeloknya tunda dari tidak hadir majlis itu. Tetapi kalau malam ini Najib tetap juga tidak hadir tentulah beliau kini dalam keadaan gundah gulana bak orang kata sudah tercabut kain di badan.

Satu sumber yang memberi tahu saya di hujung Subuh tadi, malam ini Najib kena bergegas ke Sabah. Negeri Bawah Bayu itu kini tidak nyaman dan dingin lagi. Arus politiknya semakin panas dan keadaan itulah menggelegakkan diri Najib. Mungkin Najib sudah pun menggeletar.

Khabarnya malam ini Najib bersama menteri kabinet akan mengadakan pertemuan dengan Umno Sabah yang diketuai Musa Aman. Pertemuan malam ini sangat penting bagi menentukan nasib dan masa depan Umno. Umno Sabah yang sebelum ini dalam keadaan retak menunggu belah, katanya sudah hendak terbelah dan karam.

Puak-puak yang anti Musa Aman dan tidak suka dengan politik Ketua Menteri itu yang menggunakan wang untuk memonopoli kuasa katanya akan bertindak keluar dari Umno sekiranya isu Musa Aman ini tidak dapat diselesaikan. Mereka sudah memberi kata dua kepada Najib selaku presiden. Sekiranya Najib masih akur atau berkeadaan impotem - mati pucuk dengan Musa Aman mereka akan bertindak keluar parti beramai-ramai.

(Saya masih belum mendapat maklumat dari Sabah berapa ramai ahli Umno bertaraf pemimpin akan keluar parti).

Masalah atau isu besar kenapa Musa ditentang di Sabah ialah apabila Musa telah menyenaraikan 26 orang orang-orangnya untuk menjadi calon. Musa mahu memastikan selepas pilihan nanti kalau UBN menang dia terus menjadi Ketua Menteri. Katanya sekiranya Najib akur dengan nama-nama yang disenaraikan secara peribadi, Musa akan menanggung semua kos pilihan raya di Sabah dan termasuk sebahagian perbelanjaan untuk Semenanjung.

Inilah masalah yang membelenggu Najib. Walaupun notis ini sudah lama diberikan Musa tetapi Najib tidak mampu membuat keputusan dan berkata tegas dalam hal ini. Pasti dalam pertemuan tertutup malam ini ia akan menentukan apakah tawaran Musa itu diterima atau ditolak. Bagi Najib keadaan ini sungguh mengganggu fikirannnya. Kalau ia menerima tawaran Musa, beliau akan menyaksikan perpecahan hebat dalam Umno Sabah. Sebaliknya kalau beliau mengenepikan Musa, masalah dan celaka yang sama juga akan menerpa ke atas kepalanya.

Sehubungan itu pertemuan Najib dengan pemimpin Umno di Sabah malam ini juga ada kena mengena dengan pembubaran Parlimen.

Laporan lanjut akan menyusul. [wm.kl.10:45 am 01/07/12] - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Takut panggil PRU, kemenangan moral buat Pakatan

Posted: 30 Jun 2012 10:44 PM PDT


Nazri Abdullah,

 


SHAH ALAM: 'Ketakutan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum berani untuk mengumumkan pembubaran parlimen adalah satu kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, alasan Najib kononnya untuk menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-13 menggambarkan 'ada sesuatu' yang belum meyakinkan presiden Umno itu.

"Satu daripada kemenangan moral kita ialah bila Umno tak berani nak bubar parlimen.

"Lepas sehari, sehari ditangguh. Tentu ada sesuatu. Masalah apa kita tak tahu, yang pasti dia (Najib) 'serabut perut'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Temu Mata Anak Rantau Panjang D'Perantauan yang diadakan di dewan Wisma PKPS di sini semalam.

Selepas pelbagai spekulasi timbul mengenai tarik PRU-13, dan desakan tidak henti-henti dari Pakatan Rakyat, Najib semalam tampil dengan kenyataan membayangkan pilihan raya tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Beliau memberi alasan kononnya mahu menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan pilihan raya umum kali ini.

Mengulas lanjut 'ketakutan' Najib itu, Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan tidak menolak kemungkinan ianya disebabkan kebangkitan rakyat yang kini semakin ramai menyokong Pakatan Rakyat.

"Semalam di Johor, tak pernah lagi sebegitu ramai.

"Ini membuktikan kesedaran dan gelombang perubahan itu wujud," katanya.

Sementara itu, hadir sama dalam program itu Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof, Adun Gual Periok Ustaz Mohamad Awang, Adun Meranti Nusuruddin Daud dan Adun Bukit Tuku Abd Fatah Haron.

Lebih 200 anak Rantau Panjang turut hadir dalam majlis itu.

Bersih 3.0: Malaysia respons surat Straits Times Singapura

Posted: 30 Jun 2012 10:37 PM PDT

SINAR HARIAN
 
SINGAPURA - Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura telah memberi respons terhadap surat yang tersiar dalam akhbar The Straits Times Khamis lepas berhubung dakwaan kehadiran tiga diplomat republik ini pada perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April.

Dalam jawapan itu,, Kaunselor (Politik) Nik Ady Arman memulakan tulisannya dengan menegaskan tentang pentingnya mengenal pasti perbezaan antara tindakan yang diambil Kerajaan Malaysia dan tindakan NGO serta kumpulan tertentu yang berkepentingan.

Kata beliau, walaupun kerajaan Malaysia telah meminta Pesuruhjaya Tinggi Singapura menangani isu ini secara diplomatik, tetapi tidaklah memeranjatkan apabila NGO dan kumpulan lain yang berkepentingan, menunjukkan reaksi masing-masing berhubung isu berkenaan berdasarkan sentimen yang tercetus daripadanya.

Seperti yang diduga, begitu jugalah yang dilakukan para pembaca dalam surat mereka kepada The Straits Times.

Kedua, kata Nik Ady, perkara yang perlu juga diambil kira ialah tentang perbezaan kecil, tetapi tidak kurang pentingnya, antara kehadiran diplomat pada perhimpunan itu dan perhimpunan haram.

Nik Ady berkata, sebagai negara demokrasi, Malaysia tidak pernah mengehadkan atau menghalang sesiapa daripada menyertai mana-mana perhimpunan yang sah di sisi undang-undang, tetapi beliau menegaskan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu perhimpunan haram.

"Penyertaan warga asing dalam perhimpunan haram tempatan bukan saja boleh mencetuskan spekulasi tentang motif pembabitan mereka, tetapi kerajaan tuan rumah juga akan dipertanggungjawabkan sekiranya diplomat terbabit menjadi mangsa tindakan ganas dalam demonstrasi itu," katanya.

Nik Ady berkata, atas alasan inilah diplomat Malaysia sentiasa diperingatkan agar tidak menyertai kegiatan haram ketika berkhidmat di luar negara.

Ketiga, kata beliau, Malaysia menghargai keputusan kerajaan Singapura menolak permohonan kumpulan tertentu yang menyokong Bersih 3.0 di Singapura, yang jelas beliau, merupakan suatu tanda persahabatan, yang astinya turut memberi kebaikan besar kepada Singapura sendiri.

"Keempat, adalah tidak benar wujudnya pemikiran bahawa rakyat Malaysia masih menganggap Singapura sebagai 'adik'. Ramai rakyat Malaysia dilahirkan selepas atau mempunyai pengalaman yang amat sedikit tentang pemisahan (antara Malaysia dan Singapura pada 1965).

Bagi mereka, kata Nik Ady, Singapura adalah sebuah negara yang berasingan dan bebas daripada Malaysia.

Beliau seterusnya berkata, kejayaan jiran terdekatnya adalah penting bagi Malaysia, kerana "kami amat sedar bahawa kemakmuran hanya boleh dikecapi apabila jiran kami juga berjaya".

Nik Ady berkata, perdana menteri kedua-dua negara berpandangan jauh apabila mereka tidak mengungkit sejarah lampau dan ini terbukti melalui kemajuan yang dicapai dalam kerjasama dua hala yang begitu memberangsangkan.

Pada 22 Jun, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Ong Keng Yong untuk menyatakan kepada beliau bahawa "penyertaan secara langsung diplomat berkenaan dalam perhimpunan haram itu adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan".

Suruhanjaya Tinggi Singapura menafikan diplomat republik ini menyertai perhimpunan itu dan menjelaskan bahawa mereka hadir sebagai pemerhati, yang merupakan sebahagian daripada "tugas diplomatik mereka". - Bernama

KJ: Rombak Pemuda Umno bukan kerana berpecah

Posted: 30 Jun 2012 10:35 PM PDT

SINAR HARIAN

Khairy Jamaluddin
 
 
PASIR GUDANG - Pergerakan Pemuda Umno akan merombak kepemimpinan peringkat negeri dalam masa terdekat sebagai usaha untuk memantapkan lagi jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata rombakan itu bukan perkara luar biasa, malah sudah dilakukan di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sabah.

"Bagi negeri lain termasuk Johor, saya masih pantau sama ada perlu atau tidak rombakan pemimpin negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang di kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Bandar Seri Alam, dekat sini, hari ini.

Khairy menafikan rombakan itu dilakukan berikutan wujud perpecahan di kalangan ahli pergerakan itu atau kepimpinan negeri yang tidak diterima peringkat akar umbi.

Beliau berkata demikian sebagai menolak desas desus mengenai Ketua Pemuda Johor, Mohd Fadzil Muskon yang dikatakan tidak diterima oleh segelintir Ketua Pemuda bahagian.
 
Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat, dilaporkan mendakwa terdapat 16 Ketua Pemuda Umno bahagian yang tidak menyenangi Mohd Fadzil kerana beliau dari kem Khairy, telah bermesyuarat di sebuah hotel di ibu negara Khamis lalu bagi mencapai kata sepakat untuk mendesaknya meletak jawatan.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Syahrin Jamaludin yang merupakan salah seorang daripada kumpulan 16 itu dilapor menafikan perkara tersebut dan menyifatkan PAS sebagai merepek dan sudah tiada isu untuk diperkatakan.

Ketua Pemuda Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed yang turut dikatakan terlibat menafikan perkara itu dan berkata Pemuda PAS hanya pandai mereka cerita dan meminta mereka menjaga hal dalam kain mereka sendiri.

"Laporan itu tidak tepat (kerana) kalau sekira ada apa-apa perubahan, ia berkisar kepada persiapan kita untuk menghadapi PRU.

"Saya membuat perubahan kepemimpinan negeri bukan saja di Johor tetapi juga di negeri lain daripada semasa ke semasa untuk kita memantapkan lagi jentera serta barisan pemimpin kita," kata Khairy.
 
Beliau berkata dakwaan itu adalah usaha pembangkang untuk menutup kelemahan mereka walaupun sebenarnya banyak perkara lain yang mereka tidak jawab.

Katanya Pemuda Umno termasuk di Johor bersikap terbuka untuk menerima teguran, malah beliau sendiri mendapat teguran daripada peringkat akar umbi yang boleh menjadi antara usaha untuk memperbaiki lagi pergerakan berkenaan.

"Sedikit sebanyak masalah boleh ditangani secara berhemah. Jadi bagi saya kalau ada teguran, jangan terus kata krisis politik kerana setiap kali kita mendapat teguran ia dianggap krisis, jadi kita tidak boleh menjadi pemimpin.

"Apa yang penting saya berpuas hati dengan persiapan Pemuda Umno Johor untuk menghadapi pilihan raya umum," katanya.- Bernama

Tiada ulasan: