Ahad, 1 Julai 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Perhimpunan Raksaksa Hamidah Di Desa Aman - Kantoi!

Posted: 01 Jul 2012 06:46 AM PDT


Korang tentu akan ketawa bila tengok gambar 700 orang ahli-ahli daripada hampir 40 Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) telah hadir dalam demonstrasi untuk mempertahankan Sekolah Agama Rakyat berlangsung di Taman Desa Aman.

Korang agak masuk akal ke? 40 NGO itu hanya bawa 10 sepanduk sahaja ke perhimpunan tersebut? LOL !

Kalau setiap 40 NGO hantar 10 orang sudah tentu akan ada 400 orang. Korang ingat ada tak sampai 400 orang dalam gambar ini? Jom kita congak-congak seterusnya.

Cer korang tengok longgokan bekas kotak minuman yang ada ini.Ada 6 kotak x 48 =288 gelas. Campur 1 kotak x 24 gelas , jadi jumlah air kotak ialah 312 gelas sahaja. Paling tidak, orang akan minum 2 gelas, betul tak? Korang congak-congaklah sendiri ada masuk akalkaha kalau 700 orang jumlah kehadiran? Ha! ha! ha! Kantoi lah kamu wahai penjilat Hamidah BP!

Seperkara lagi, nak kongsi maklumat dengan korang. mengikut maklumat yang aku terima, jenama ni tak dijual dalam kawasan Taiping....semuanya dieksport keluar dari kawasan Taiping, pasal kalau dijual kat area Taiping...comfirm tak laku...siap orang2 kat sana buang dalam longkang jer...nak tau kenapa, sila baca di sini

Lebih baik korang yang dah minum tu muntahkanlah semula...pergh! Hamidah sudah kasi korang rosak minum air mayat! LOL !

Kemudian, korang sedar tak? Blog penjilat Hamidah ni tidak berani menyiarkan nama-nama NGO yang terlibat. Apa perlu nak rahsiakan? Rupa-rupanya....ah! Korang lihatlah sendiri gambar bawah ni. Macam mana Sekolah Agama Rakyat Sungai Rokam, tempat aku ini boleh terlibat dengan perhimpunan tersebut? Adakah SAR itu pertubuhan NGO? Kantoi lagi!


Besar kemungkinan, Hamidah arahkan sekolah-sekolah agama rakyat datang ke himpunan tersebut.Jelas, Hamidah telah memperalatkan SAR untuk kepentingan politiknya.Maklumat aku memberitahu, tidak ada ibu bapa dari SAR berkenaan yang hadir selain daripada Pakida, Ketua-ketua Kampung dan wakil-wakil SAR DUN Sungai Rapat.LOL !

Korang tengok pula bangunan sekolah SAR yang jadi isu, kononnya mahu dirobohkan oleh Cina Kafir Harbi dengan kerjasama PAS.Bangunan tersebut dibangunkan dengan selamat, sudah hampir siap pun...Gambar ini diambil pukul 11.30 t/hari selepas perhimpunan tadi.


Aku nak tanya korang, ada nampak Pak Jaga tak kat situ? Ada pondok Pak Jagakah disitu? Atau ada tembok penghalang dekat situ? Yang ada cuma tape-plastik keselamatan sahaja, nampak kan kan kan? Maka apa yang kecuh sangat hingga Umno ajak orang Melayu Islam untuk berjihad konon mahu mempertahankan bangunan itu dari dirobohkan oleh Cina Kafir Harbi? Adakah bangunan ini benar-benar terancam? Kalau benar, kenapa bangunan ini dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sesiapa pun yang menjaga keselamatannya?


Ha! ha!ha! inilah pembohongan Umno; konon mahu mempertahankan Sekolah Agama Rakyat ini hingga ke titisan darah yang terakhir, podahlah lu! Akan datang aku akan londehkan malaon ini yang beriya-iya sangat menyeru orang Melayu supaya berjihad. Korang tengok videonya dulu tu, nanti aku akan dedahkan siapa malaon ini yang sebenarnya dalam entri akan datang!

Tiada ulasan: