Jumaat, 27 Julai 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Orang Umno Memang Bodoh-Bodoh Belaka..

Posted: 26 Jul 2012 09:05 PM PDT

MUAR – Seorang ketua UMNO peringkat cawangan di Lenga dekat sini didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana cuba membakar rumahnya sendiri selepas permintaan untuk berkahwin lagi pada 17 Julai lalu tidak dibenarkan isterinya.

Majistret Suzana Mokhtar memerintahkan Ithnin Misdani, 50, dari Kampung Sawah, Tulang Gajah, Lenga membayar denda berkenaan atau dipenjara sebulan apabila tertuduh mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Ithnin pada pukul 10.10 pagi 17 Julai lalu telah mengambil tong berisi petrol serta tong gas dan meletakkannya di ruang tengah rumah sambil mengugut untuk membakar rumah berkenaan di depan isterinya, Siti Musliha Selamat.


Tertuduh dikatakan bertindak demikian selepas berang apabila isteri pertamanya dikatakan tidak mengikuti kehendaknya untuk beristeri lain.

Berikutan itu, Ithnin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

- Kosmo


Mahkamah tolak permohonan Utusan batal saman RM10j

Posted: 26 Jul 2012 08:57 PM PDT

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak untuk membatalkan saman fitnah berjumlah RM10 juta yang difailkan Senator Dr Syed Husin Ali.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan supaya kes itu dibicarakan selama dua hari bermula 29 Ogos.

Beliau membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam N Surendran yang mewakili Syed Husin, peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Utusan Melayu dan Abdul Aziz serta peguam Farah Mazlan mewakili anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin.


Pada Mei lepas, Zulkifli turut membuat permohonan yang sama (batalkan saman) tetapi menarik balik hari ini.

Surendran memberitahu pemberita bahawa Vazeer juga membuat keputusan membenarkan Syed Husin meminda writ saman dan penyata tuntutan serta menetapkan 15 Ogos untuk pengurusan kes.

Syed Husin, 76, bekas timbalan presiden PKR memfail saman itu pada 27 Jan lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif lain serta satu perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah yang sama terhadapnya.

Dalam pernyataan tuntutan, Syed Husin mendakwa Utusan Melayu dan Abdul Aziz telah secara palsu dan dengan niat jahat mencetak dan menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya dalam artikel di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 November tahun lepas, berjudul 'Zul Noordin Nafi Dakwaan Syed Husin'.

Syed Husin berkata Zulkifli, dalam laman web peribadinya, menerbitkan semula artikel yang sama tetapi atas tajuk yang lain iaitu 'Anjing-anjing Pencen'.

Sementara itu, menerusi pernyataan pembelaan Utusan Melayu dan Abdul Aziz yang difailkan pada 29 Feb lepas, kedua-duanya menafikan dakwaan Syed Husin dan mereka hanya menerbitkan semula apa yang disiarkan Zulkifli dalam blognya.

Mereka juga mendakwa artikel itu diterbitkan semula dengan niat baik supaya dapat memberi maklumat kepada masyarakat awam.

Zulkifli, yang memfail pernyataan pembelaan pada 28 Feb, pula berkata artikel di laman web peribadinya merupakan komen berpatutan dan melibatkan kepentingan awam.

- Bernama


SUK Selangor: Dakwaan Krisis Air TIDAK BENAR

Posted: 26 Jul 2012 07:12 PM PDT

SHAH ALAM – Masalah kekurangan bekalan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak berlaku seperti yang digambarkan beberapa pihak sebelum ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi berkata, hasil pemantauan Jawatankuasa Pemantauan Air mendapati hanya beberapa kawasan di Cheras manakala tempat lain tidak mengalami gangguan bekalan air.


"Makluman daripada empat mesyuarat yang dijalankan bersama Syabas dan semua pihak terlibat, daripada maklumat, jumlah dan data yang diperoleh daripada Syabas dan semakan di loji-loji berkenaan kita dapati masalah yang dikatakan sebenarnya tidak berlaku sebagaimana yang didakwa.

"Cuma kami dapati hanya beberapa tempat di Cheras yang menerima bekalan air dari Loji Sungai Langat mengalami masalah kekurangan bekalan air," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.


Kelab Taat Suami Tolak Hukum Hudud

Posted: 26 Jul 2012 06:49 PM PDT

Kelab Taat Suami (KTS) menolak undang-undang hudud sebagai penyelesaian kepada masalah sosial dalam negara ini.

Menurut presidennya, Fauziah Ariffin, penguatkuasaan undang-undang juga tidak akan dapat menangani masalah seperti seks luar nikah, pembuangan bayi, dan juga hubungan sejenis.

Beliau percaya hukum hudud merupakan langkah terakhir untuk menghukum mereka yang terlibat dalam masalah sosial seperti seks luar nikah.


Menurutnya, hukum hudud antara lainnya memperuntukkan saksi yang disyaratkan sebagai individu yang tidak meninggalkan solat dan bukan seorang fasik.

Namun, individu seperti itu sukar dicari pada masa ini, katanya.

"Kalau dalam hukum hudud pun, kita kena datangkan empat saksi. Senang ke nak datangkan saksi itu, saksi yang tak tinggalkan sembahyang, saksi yang tidak fasik.

"Kalau kita jalan, tengok benda yang haram, dah jatuh fasik. Kalau tak istighfar, dah kekal fasik.

"Senangkah hendak dapat saksi begitu di zaman ini? Sebab itu kalau sudah dapat empat itu baru boleh dapat hukum hudud.

"Hendak dapatkan empat itu baru boleh jatuh hukum hudud, kalau tidak, tak sah hukum itu," katanya.

Pada masa sama, Fauziah percaya pelaksanaan undang-undang tidak akan mampu menangani masalah sosial.

Beliau memberikan contoh undang-undang berkaitan pengedaran dadah yang ketat di negara ini tetapi masih tidak mampu mengekang jenayah tersebut.

"Pada kamilah, kalau kita letak mendahulukan hukum, orang takkan dapat (ikut). Jangan cakap hukum Islam, kalau sebut dadah, banyak juga orang kena gantung kerana dadah sebab orang tidak takut," katanya.

Pada masa sama katanya, institusi-institusi yang didirikan bertujuan untuk menangani masalah tersebut juga gagal memenuhi tujuan asal penubuhannya.

"Kita lihat, tidak berlaku apa-apa perubahan pun. Malah, makin bercambah-cambahlah anak-anak luar nikah ini dilahirkan dan rumah-rumah urut juga tidak pernah berkurang pun," katanya.

Beliau sebaliknya menganjurkan pendekatan mendidik masyarakat seperti dilakukan Nabi Muhammad sewaktu memimpin golongan awal penganut Islam di Mekah.

Menurutnya, Rasulullah sendiri sewaktu mula mendidik umat Islam juga mengambil pendekatan mengenal dan mencintai Tuhan dan bukan pendekatan menghukum.

"Sebab itu Rasulullah masa di Mekah dahulu pada peringkat awalnya memperkenalkan masyarakat dia agar menyembah Allah.

"Kemudian diceritakan tentang syurga supaya manusia mahu ke syurga dan kemudian cerita tentang neraka.

"Itulah dakwah pertama Rasulullah selama 13 tahun menceritakan hal itu sampai di Madinah barulah cerita tentang syariat," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/204738


Populariti Najib Razak Terus Jatuh

Posted: 26 Jul 2012 08:20 AM PDT

SHAH ALAM 26 JULAI : Tahap populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kalangan pengundi di Semenanjung berada pada paras 64 peratus berbanding 65 peratus pada Mei lalu.

Penemuan ini hasil kendalian Merdeka Center yang diumumkan pada hari ini.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa paras rasa puas hati terhadap prestasi Perdana Menteri di kalangan pengundi Melayu dan India masing-masing menurun daripada paras 79 peratus kepada 75 peratus dan 72 peratus kepada 69 peratus.


Bagaimanapun sokongan pengundi Cina telah meningkat daripada 37 peratus pada Mei lalu kepada 42 peratus bulan lalu.

"Meskipun mengalami penurunan di kalangan pengundi kaum India dan Melayu, paras yang direkodkan masih tinggi. Cuma ada perubahan sedikit di kalangan pengundi-pengundi Cina," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian dalam kenyataan media.

Ujar beliau, pendirian komuniti-komuniti itu kemungkinan dipengaruhi oleh kebimbangan mereka tentang ekonomi negara khususnya di kalangan responden India.

"Ia juga ada kaitan dengan rasa tidak puas hati berhubung kenyataan berkaitan dengan aktivis (Pengerusi Bersama) Datuk S. Ambiga," kata beliau lagi.

Kaji selidik itu menunjukkan pandangan pengundi kerajaan terus merosot dengan 42 peratus daripada responden melaporkan bahawa "mereka gembira dengan kerajaan", penurunan sebanyak enam peratus berbanding kajian yang dijalankan pada pertengahan Mei 2012.

Pungutan suara itu berkata penurunan itu amat ketara di kalangan pengundi Melayu, di mana jawapan dari orang-orang yang berkata 'gembira' dengan kerajaan menurun dari 65 peratus Mei kepada 58 peratus pada Jun 2012.

"Pada pandangan kami, penurunan itu mungkin mempunyai kurang kaitan dengan politik atau persepsi mereka terhadap Perdana Menteri tetapi dengan bagaimana pengundi melihat ekonomi, melaksanakan dan kesannya terhadap kehidupan mereka," katanya.

Kajian yang sama mendapati bahawa kebimbangan terhadap isu-isu ekonomi, terutamanya kos sara hidup dan gaji, adalah teratas di minda pengundi, 39 peratus daripada mereka berbanding dengan 33 peratus Mei 2012.

Ini diikuti oleh kebimbangan terhadap jenayah dan masalah sosial di 12 satu isu peratus dan politik pada lapan peratus.

Kaji selidik itu mendapati bahawa peningkatan kebimbangan terhadap ekonomi mungkin juga menjejaskan prospek negara dengan 54 peratus menyatakan negara ini diketuai di landasan yang betul berbanding 58 peratus pada April 2012.

Kaji selidik yang telah dijalankan oleh Merdeka Center antara 22 dan 29 Jun di kalangan 1010 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus responden berbangsa India yang telah ditemubual melalui telefon.

http://www.selangorku.com/?p=11998


Umno Kedah Tolak Mukhriz.. Cari La Yang Beragama Sikit..!

Posted: 26 Jul 2012 06:06 AM PDT


Tak sampai 24 jam selepas spekulasi bertiup kencang di Kedah berkenaan isu siapa yang paling layak jadi Menteri Besar, rupanya jadi bukti Umno-APCO terus bergolak!Bukan semua ahli dan penyokong Umno di Kedah yang mahu anak mantan Perdana Menteri iaitu Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum 13.

Tinjauan ringkas mendapati ada pemimpin Umno di bahagian yang menentang pemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. Ini mengesahkan lagi dalam Umno terdapat 4 Kem, 1 kem Najib,Kem Mahatir, Kem Mahyuddin juga Kem Ketua Bahagian.


"Mukhriz tidak sesuai kerana orang Kedah macam orang Kelantan mahu yang lebih beragama sedikit.

"Kalau isterinya masuk kampung dengan rambut merah dan tidak bertudung, orang tidak suka," kata seorang pemimpin Umno bahagian.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan terbaru oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) bahawa ramai yang mahu Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah.

Kajian itu menunjukkan Mukhriz lebih popular berbanding tiga pemimpin BN lain iaitu Ketua Perhubungan, Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Penerangan, Jamil Khir Baharom dan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Mahadzir Khalid.

Ketua Umno bahagian Langkawi, Nawawi Ahmad berkata, bercakap terlalu awal bahawa pemimpin tertentu akan menjadi Menteri Besar tidak baik kepada parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13.

"Kita menyebut Mukhriz akan menjadi Menteri Besar Kedah, apa akan jadi dengan Ahmad Bashah?

"Kedua-dua mereka pemimpin utama Umno Kedah. Jadi yang lebih baik jangan bercakap orang ini atau orang itu akan menjadi Menteri Besar.

"Biar kita (Umno) menang dulu dalam pilihan raya baru berbincang untuk memilih Menteri Besar," kata Nawawi yang juga ADUN Kuah di Parlimen Langkawi.


Seorang pemimpin lain berkata, untuk menjadi Menteri Besar Kedah seseorang itu perlu mempunyai empat kriteria iaitu baik dengan Sultan; baik dengan pegawai kerajaan negeri; baik dengan ketua bahagian Umno dan banyak wang.

Katanya, Mukhriz telah mempunyai kira-kira 50 peratus untuk menjadi Menteri Besar Kedah.

"Di kalangan pemimpin Umno Kedah yang ada sekarang, Mukhriz yang terbaik. Malangnya Kedah tidak mempunyai pemimpin muda yang ramai seperti Johor," katanya lagi.

Semalam, Malaysiakini melaporkan satu kajian yang dibuat oleh Universiti Utara Malaysia menyatakan bahawa anak kepada bekas perdana menteri, Mukhriz Mahathir merupakan pilihan ramai sebagai bakal calon menteri besar Kedah.

Kajian yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Rohana Yusof itu dari UUM juga menyatakan bahawa BN
lebih berpeluang untuk merampas Kedah dari tangan PAS dalam pilihan raya umum akan datang."Rakyat Kedah inginkan seorang menteri besar yang mempau menyelesaikan masalah mereka dan pada masa yang sama rajin menemui rakyat.

"Nada ini secara tidak langsung memberi gambaran ketidakupayaan menteri besar dari kerajaan PAS melaksanakan tanggungjawab yang diharap oleh pengundi," kata Rohana dalam slaid pembentangan kajiannya.

Kajian itu dijalankan ke atas 10,800 orang rakyat Kedah di 36 DUN, yang sebahagian besarnya berusia antara 21 hingga 34 tahun.

Ia membandingkan peluang Mukhriz berbanding tiga lagi pemimpin Umno Kedah – ketua
perhubungannya Ahmad Bashah Md Hanipah, ketua penerangan Jamil Khir Baharom dan ketua pembangkang DUN Kedah, Mahdzir Khalid.

Seramai 67 peratus responden Melayu, 78 peratus responden Cina dan 71 peratus responden Melayu memilih Mukhriz, manakala Ahmad Bashah mendapat peratusan kedua terbanyak, masing-masing 13, 11 dan 14 peratus dari setiap kumpulan kaum.

Rohana membentangkan kajiannya itu di program perbincangan anjuran Majlis Profesor Negara di Kuala Lumpur.

Turut membentangkan kajian di sesi pagi pada program tersebut ialah rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid.


Awang Adek dimalukan dengan isu KGT

Posted: 26 Jul 2012 05:24 AM PDT

KOTA BHARU: Percubaan Umno Kelantan bertenggek di atas isu Kelantan Golden Trade (KGT) akhirnya terlodeh apabila polis menjelaskan tiada sebarang penyeleweng terhadap urus tadbir agensi terbabit.

Sedangkan sebelum ini Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein memberi tempoh 21 hari supaya kerajaan negeri menyiasat dakwaan penyelewengan KGT.

"Hari ini, KGT disahkan bersih, sedangkan Awang Adek yang dikaitkan dengan pelbagai dakwaan salah guna kuasa sejak akhir-akhir ini masih belum terbukti tidak bersalah.


"Sepatutnya beliau merasa malu dengan kenyataannya sebelum ini kerana mengutip maklumat di tepi jalan bagi memburukkan kerajaan negeri," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Semalam Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam satu kenyataan media mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dalam isu penyelewengan KGT.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Kelantan melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Umno dan NGO tajaan mereka yang melontarkan pelbagai tuduhan dan tohmahan terhadap KGT.

Kata beliau juga sepatutnya Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad dan beberapa NGO Umno merasa aib di atas tindak tanduk mereka selama ini.

"Sewajarnya Wan Khairul Ihsan yang baru menyertai Umno April 2010 menumpukan kepada skandal pemimpin parti itu yang masih belum dibersihkan mana-mana pihak," ujarnya.

Katanya, sebagai "orang baru" dalam Umno Wan Khairul masih belum mampu membantu parti itu biar pun pelbagai tindakan dilakukan termasuk menyertai demontrasi di hadapan Kota Darulnaim.

"Mungkinkah Wan Khairul ingin membuktikan kepada pimpinan Umno bahawa beliau layak diketengahkan sebagai calon pilihanraya dengan mengenepikan tokoh-tokoh lebih senior," tambahnya.

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11965-awang-adek-dimalukan-dengan-isu-kgt


Tiada ulasan: