Selasa, 31 Julai 2012

Biaqpila

Biaqpila


PKR: Duti eksais kereta akan dihapuskan berperingkat

Posted: 31 Jul 2012 03:00 PM PDT



PKR hari ini menjelaskan bahawa rancangannya untuk menghapuskan duti eksais kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat bagi megurangkan kesan ke atas pasaran kereta terpakai.

Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata penghapusan duti eksais itu perlu dilakukan secara demikian untuk memastikan nilai kereta terpakai juga turut berperingkat-peringkat.

Katanya, penurunan harga kereta tidak akan menyebabkan peningkatan jumlah kereta di jalan raya dan menyebakan kesesakan.

Jelasnya, harga kereta tidak naik turun dengan mudah kerana ia bukannya seperti baranga keperluan harian.

Perubahan harga tidak akan memberi impak segera ke atas jumlah kereta yang dibeli, katanya.

"Kereta adalah kenderaan, bkn barang harian. Jika rakyat ada wang lebih, mereka naiktaraf kereta lei baik, bukan beli lebih banyak kereta," katanya yang menambah, jualan kereta menjunam pada 2006 dan 2007 walaupun harga jatuh pada 2006.

Untuk menaiktaraf, pengguna perlu menjual kereta sedia ada terlebih dahulu dan pengguna akan menunggu masa sesuai untuk menjual kereta tersebut, jelasnya.

"Bila harga terpakai akan turun, pengguna akan tunggu masa yang nilainya berbaloi untuk dijual berbanding baki pinjaman.

"Sebab (itu) pengguna tak akan jual kereta sedia ada serentak, maka pembelian kereta baru pun berperingkat, jadi bukannya tiba-tiba semua beli kereta baru.

"Sebab itu penghapusan cukai eksais perlu beperingkat supaya nilai terpakai kereta sedia ada turun beransur-ansur. Ini perlu seimbang," katanya.

MK

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

MAJLIS BERBUKA PUASA TERLAMPAU

Posted: 31 Jul 2012 08:26 AM PDT



DEY MACHA!!!
INILAH AKIBATNYA TAK DAK EDUCATION
INILAH PENTINGNYA EDUCATION
KAH! KAH! KAH!

SETELAH SEHARIAN MENAHAN HAWA NAFSU
LEPAS BERBUKA LAYAN NAFSU PULAK
KAH! KAH! KAH!

MOHON ASAN ALI SIASAT AKIDAH PUAK2 NI
KAH! KAH! KAH!


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Apa yang serupa di antara UMNO dan PAP?

Posted: 30 Jul 2012 06:00 PM PDT



Oleh Mazir Ibrahim

Setelah Tunku Abd Rahman ditekan kuat oleh ultra Melayu UMNO dan elit-elit politik Perikatan pada pertengahan 1960-an, maka Singapura ditendang keluar dari Malaysia.

Apabila Singapura bukan lagi sebuah entiti yang sah dalam Persekutuan Malaysia, maka secara automatiknya Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang menerajui negeri/negara itu tidak boleh bergiat aktif lagi dalam Malaysia. Jika ada, maka ia dianggap seperti pertubuhan haram sama seperti Parti Komunis Malaya (PKM) atau Angkatan Pemuda Insaf (API) yang telah dilarang wujud oleh penjajah British dan dipersetujui kemudiannya oleh kerajaan Perikatan.

Selepas Singapura dipecat keluar dari Malaysia melalui undi Parlimen, sebuah parti baru ditubuhkan pada 1966 yang dinamakan Parti Tindakan Demokrasi atau DAP.

Maka bertolak dari idea inilah, UMNO mendakwa DAP adalah ejen PAP di Malaysia. Sehingga hari ini fitnah ini terus disebarkan oleh sesetengah pemimpin UMNO dan para pecacai mereka.

Sedangkan realiti hari ini amat berbeza kerana jika dibandingkan dalam segala aspek, UMNO di Malaysia adalah hampir sama dengan PAP di Singapura, walau gayanya sedikit berlainan.

Persamaan di antara PAP dan UMNO

Di Malaysia, UMNO suka memenjarakan musuh politiknya tanpa bicara melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Undang-undang zalim itu digunakan untuk menutup mulut pengkritik kerajaan. PAP di Singpura juga memenjarakan musuh politiknya dengan ISA dan kemudian memanipulasikan undang-undang dengan cara saman bankrap hingga lawannya hanya tinggal sehelai sepinggang – tak mampu dan tak layak bertanding buat selama-lamanya. Pimpinan Singapura dan Malaysia sama-sama kekalkan akta drakonian, iaitu ISA. Ada beza?

Di Malaysia, UMNO dan Barisan Nasional mengawal media massa arus perdana, termasuk TV dan radio. Kerajaan PAP Singapura juga melakukan cengkaman yang sama.

Dalam erti kata yang lain, kebebasan bersuara dan tuntutan hak tidak mempunyai banyak ruang akibat pemerintahan autokratik di kedua-dua negara.

Jadi apa pula persamaan di antara DAP dan PAP?

Dakwaan DAP ejen PAP sangat melucukan. Ia tidak berbangkit sama sekali kecuali dalam minda manusia yang bencikan kaum lain. Kebencian terhadap DAP dan PAP bukan kerana ideologi tetapi ia adalah hasad dengki terhadap kaum yang menjadi ahli terbanyak dalam parti-parti tersebut.

Sebenarnya, jika mahu dikatakan ada persamaan di antara DAP dan PAP, ia boleh dilihat dari satu sudut sahaja, yakni PAP dan DAP yang menekankan kecekapan dan ketelusan dalam bidang ekonomi seperti pengurusan kewangan, tender terbuka dan amalan berasaskan merit.

Malah Pulau Pinang yang diterajui DAP lebih baik daripada PAP di Singapura kerana merit yang ditambah pula dengan amalan bantuan kepada golongan yang memerlukan, khususnya kepada kaum Bumiputera yang berpendapatan rendah. Justeru, Pulau Pinang bukan sahaja meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan pelaksanaan yang lebih adil dan telus berbanding UMNO-BN yang dilihat lebih mementingkan kroni daripada usahawan Melayu yang layak.

DAP yang menerajui kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang mendapat pujian oleh Jabatan Audit Negara kerana pengurusan kewangan yang bagus. Transparency International dua kali berturut-turut memuji dasar tender terbuka di Pulau Pinang.

Di Singapura pula, walaupun PAP berperangai seperti UMNO dalam soal demokrasi dan hak asasi serta kebebasan, ekonominya adalah antara yang terbaik di dunia kerana kecekapan pengurusan ekonomi serta ketegasan membanteras rasuah.

Inilah persamaan yang ada di antara DAP dan PAP, iaitu dalam soal pentadbiran awam dan kewangan yang bersih, telus serta anti-rasuah. Dalam soal politik, tentunya DAP bertentangan dengan PAP kerana DAP mahu kepada demokrasi yang bersih, kebebasan dan hak asasi dijamin.

Bagaimana membezakan di antara DAP, UMNO dan PAP?

Justeru, dalam soal demokrasi dan kebebasan, PAP adalah seperti adik kepada UMNO. Yang serupa di antara UMNO dan PAP ialah undang-undang zalim dan amalan mengekang kebebasan dan hak asasi, antaranya media yang tidak bebas dan tindakan undang-undang untuk memastikan pembangkang tidak ada ruang bersuara.

Sebaliknya, yang ada persamaan di antara DAP dan PAP pula adalah dasar pentadbiran yang anti- rasuah. DAP amalkan tender terbuka manakala PAP tidak memberi muka langsung kepada mereka yang melakukan rasuah, walaupun undang-undang anti-rasuah di antara Singapura dan Malaysia hampir sama. Yang berbeza ialah penguatkuasaannya.

DAP dan Pakatan Rakyat berjaya mengurus semua aset yang terhad hingga berjaya menambah hasil negeri dan menjelaskan hutang kepada kerajaan persekutuan. PAP pula berjaya menjadikan Singapura sebagai kuasa ekonomi dunia walaupun tidak mempunyai hasil sumber alam.

Hanya jauhari mengenal manikam

Jadi berdasarkan perbandingan secara objektif ini, kita sebagai rakyat Malaysia yang berakal dan berhati budi, termasuk umat Islam yang diajar supaya jujur, amanah dan beriman, pastinya boleh menilai kembali segala dakwaan dan fitnah UMNO kepada DAP.

Bagi mereka yang sedar bahawa dakwaan UMNO adalah fitnah tetapi tetap menerima dan menyebarkannya, maka jelaslah bahawa semangat assabiyah yang dibajai oleh UMNO ini telah melumpuhkan akal waras yang telah Tuhan kurniakan kepada kita. Ini adalah tragedi yang memilukan.

Kini, kita harus memilih sama ada mahu mempercayai pembohongan atau memerima hakikat sebenar. – Roketkini.com


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: