Ahad, 29 Julai 2012

Biaqpila

Biaqpila


MP Tuaran keluar BN, sokong Pakatan

Posted: 29 Jul 2012 03:00 PM PDT


MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan seterusnya menyokong Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran.

"Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN," katanya.

Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab.

Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian.

MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Bila Perempuan Tak Hargai Daranya

Posted: 29 Jul 2012 05:28 AM PDT



Aku pelik la dengan sesetengah remaja perempuan zaman sekarang ne..siap berbangga lagi bila diri tu tiada dara. Budak sekolah pun tak terkecuali. Memalukan betul. Kenapa la senang sangat bagi dara korang tu pada kaum lelaki a.k.a BOYFRIEND? Ada pendapat mengatakan seks itu perlu sebagai bukti kasih sayang dan cinta diorang, so tak hairanlah berapa ramai anak gadis hilang dara sebelum kahwin.

Bagi kaum lelaki kalau dah dapat..eerm..habis madu sepah dibuang. Tapi bagi kaum perempuan, apa yang diorang buktikan kepada kononnya bakal suami mereka..tak ke semua tu akan mengundang masalah besar! Kat facebook pun benda macam ni dah jadi perkara biasa.




Masalah hilang dara sebelum bernikah banyak dah berlaku. Hilang dara pun banyak sebab. Mungkin sebab terjatuh, aktiviti lasak, kena rogol dan sebagainya. Kalau kes macam ne semua orang faham. Bukan salah perempuan. Tapi bagi yang hilang dara pada jantan memang akan dipandang serong.



Sebenarnya rasa kesian jugak dengan perempuan kerana penderitaan yang diorang tanggung lebih banyak berbanding lelaki yang membuatnya ,sedangkan si jantan yang mengaku mahu bertanggungjawab ghaib entah kemana dah. Nasi dah jadi bubur,telan je lah bubur tu. Lebih malang lagi jika perempuan tu mengandung...jika anak itu lahir, lelaki mana yang nak pelihara anak tak sah tarafnya tu? kalau ada pun, lelaki yang terlalu baik sampai sanggup berkahwin dengannya.

So, hargai la di atas apa yang telah Tuhan anugerahkan pada diri kita...jangan mudah menyerahkan sesuatu yang berharga pada mereka yang tak sepatutnya.Seronok kejap je merana seumur hidup.

btmmari

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Lagu Tema Janji Ditepati Ciplak Ke Bhai?

Posted: 28 Jul 2012 09:00 PM PDT





Cuba dengar dan hayati dua lagu dibawah ni. Adakah kedua-dua lagu di bawah ada persamaan? Adakah ianya satu kebetulan? Jika sebelum ini Kementerian Rais pernah di tuduh MENCIPLAK lagu dan Budaya Negara Jiran, adakah kali ini lagu tema Hari Merdeka pun diciplak dari negara jiran?


















 .


laksamanabukitbintang


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: PAK PANDIR UJI ANAK

Posted: 28 Jul 2012 06:00 PM PDT


Pak Pandir dan Mak Andir risau kerana anak mereka,Ondeh,walaupun sudah berumur 18 tahun,tetapi masih tidak bekerja. Sekejap hendak jadi businessman, sekejap hendak jadi guru,sekejap hendak jadi petani,tapi Cuma cakap saja,usahanya tidak.

Jadi,Pak Pandir dan Mak Andeh merancang untuk menguji anak mereka itu.

Suatu pagi,Pak Pandir dan Mak Andeh tinggalkan sekeping nota di atas meja di ruang tamu. Pada nota itu tertulis perkataan,"Ayah dan mak pergi pekan,petang baru balik."

Di tepi nota itu mereka tinggalkan wang kertas RM50,sebuah kitab agama dan sebotol arak. Pak pandir dan Mak Andeh kemudiannya menyorok dalam bilik kecil tidak jauh dari meja tersebut.

Kata Pak Pandir,"Kalau Ondeh ambil duit,maknanya dia akan jadi businessman.

Kalau dia ambil kitab, maknanya dia akan jadi tok guru.Tapi kalau dia pilih arak,dia akan jadi manusia yang paling tidak berguna di dunia ini."

Pak Pandir dan Mak Andir terus mengintai dari celah pintu.Sejam kemudian mereka ternampak Ondeh balik,lalu mencapai nota di atas meja.Selepas membacanya,Ondeh mengambil not RM50,lalu membelek-beleknya depan belakang,kemudian masukkan kedalam poket.

Setelah itu Pak Pandir dan Mak Andir lihat Ondeh ambil kitab, kepit di celah ketiaknya.Akhir sekali,Ondeh mencapai botol arak dan menogoknya.Setelah itu,Ondeh keluar semula dengan membawa ketiga-tiga barang tersebut.

Pak Pandir tepuk dahi."Aduuhh….ini lebih teruk daripada apa yang abang bayangkan."

"Kenapa paknya?" Tanya Mak Andir.

"Ondeh akan jadi ahli politik!"


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: