Ahad, 29 Julai 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Peguam Negara Buat Tawaran Lelong?

Posted: 29 Jul 2012 01:00 AM PDT

Dekat nak raya dan akhir tahun, gudang perniagaan akan membuat pelbagai tawaran yang menarik untuk pelanggan. Menakjubkan bila Peguam Negara, rupa-rupanya ada juga membuat tawaran khas kepada Dato Ramli, bekas pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial dan peguam yang mewakilinya, Rosli Dahlan.

"Apa yang saya ingin isytihar adalah, ya, saya akan saman Abdul Gani, dan Musa dan yang lain kerana menganiaya saya dan merosakkan sistem kehakiman. Mereka memburukkan nama saya mengenai (dakwaan) pegawai polis RM27 juta sedangkan mereka tahu ini semua penipuan," katanya Dato Ramli Yusuff, bekas pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial.

Nampak beriya benar beliau mengesahkan akan memfailkan saman ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan. Ceritanya di sini

Tetapi sehingga kini, saman tersebut masih senyap sahaja ceritanya hingga ke hari ini. ???

Apa sebenarnya yang sudah berlaku?

Apa benarkah Dato Ramli telah bersetuju untuk TIDAK mendakwa bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan, AG Gani Patail, kerajaan dan media arus perdana kerana tohmahan keatasnya sebagai 'Pegawai Polis RM 27 Juta' dan dakwaan yang telah dilontarkan ke atasnya.

Apa benarkah persetujuan itu akan menyebabkan semua rayuan jenayah yang difailkan oleh Peguam Negara Gani Patail telah ditarik balik dan Dato Ramli akan dikembalikan semula dengan pangkat kepujian dan penuh dan beberapa pembayaran?

Sebelum ini, Ramli pernah mendakwa bahawa bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan dilindungi oleh seorang tokoh dari dunia jenayah. Ramli juga mendakwa bahawa Musa dan juga peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta Badan Pencegah Rasuah pada masa itu telah menganiaya orang-orangnya.

Ramli juga mendakwa bahawa tokoh berkenaan, yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu dalam dunia jenayah Johor, telah mempengaruhi Musa berhubung kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan polis.

Hanya Dato Ramli sahaja yang dapat menjelaskan perkara yang sebenarnya.

Tawar-menawar oleh SPRM bagi pihak Peguam Negara

Menurut satu cerita lagi, Rosli Dahlan, peguam yang mewakili Ramli, telah didatangi oleh Dato' Razak Musa, Pengarah SPRM Pendakwaan, sebagai seorang suruhan AG Gani Patail pada beberapa bulan lepas. Dato Razak berkata bahawa jika Rosli menarik balik saman sivil, AG Gani Patail akan membenarkan SPRM untuk menarik balik rayuan jenayah yang masih belum selesai terhadapnya.

Syukurlah kerana Rosli berkata bahawa dia tidak mungkin dapat menerima tawar-menawar yang ditawarkan oleh Dato Razak Musa kerana ini bermakna kehilangan maruah dan nilai diri.

Rosli ada harga diri, tidak seperti Gani Patail , Razak Musa dan dot, dot, dot. Maka minggu depan pada 2 Ogos pada bulan Ramadan , Rosli akan berhadapan dengan rayuan SPRM terhadap pembebasannya di mahkamah.

Semoga Allah akan tetap bersama Rosli dalam perjuangannya untuk mencegah salah laku dalam kerajaan dan mendedahkan penyangak dalam kerajaan. Sumber : Di Sini

Mana Lebih Hebat : Rambo Atau Taliban?

Posted: 28 Jul 2012 05:54 PM PDT

Rambo ... dimainkan oleh Sylvester Stallone

Amerika memang bangga menonjolkan kehebatan dirinya sebagai kuasa utama dunia. Mereka menanamkan rasa kehebatan Amerika itu ke dalam pemikiran kita sejak kanak-kanak lagi melalui media komik 'Super Heroes' mereka seperti watak-watak Superman, Batman, Hulk dan sebagainya...

Melalui layar filem, mereka menonjolkan kehebatan melalui watak seperti Rambo. Hebat sangatkah Rambo?

Tetapi cer korang tengok gambar seorang Taliban ini. Mana lebih hebat , dia atau Rambo? Korang jawablah sendiri.

Biasanya tripod digunakan untuk menyokong senjata berat macam ini

Taliban ini entah siapa gerangan namanya, dianggap telah terbunuh dalam satu serbuan di pangkalan AS di Afghanistan – menunjukan kehebatan yang luar biasa dengan mengangkat dua mesingun yang berat ini sekali gus.

Korang pernah tengok hero Amerika Rambo lakonan Sylvester Stallone buat macam ini? Rambo hanya mampu mengalas satu mesingan sahaja kan? Ha! ha! Hebat Taliban nih lagi!

Tiada ulasan: