Ahad, 15 Julai 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rakaman Audio ucapan Timb. Ketua Pengarang Utusan tersebar!!.. pencacai UMNO Kantoi lagi..

Posted: 15 Jul 2012 06:41 AM PDT


Blogger Pro UMNO telah mendakwa bahawa wartawan Malaysiakini yang dihalau keluar dari Konvensyen Media Sosial 1Malaysia semalam telah memutar belitkan fakta ucapan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia.

Laporan tentang wartawan Malaysiakini telah dihalau itu sila baca di ( SINI )

Ini kerana menurut mereka Datuk Mohd Zaini dalam ucapannya memberitahu kepada para peserta, sebarang berita sebenarnya boleh digunakan untuk menimbulkan persepsi.

Kaedah itulah yang digunakan oleh Jentera Propaganda Pakatan Rakyat selama ini sehinggakan blatant-lie atau penipuan terang-terangan.

Bagaimanapun Malaysiakini memutar belitkan kenyataan tersebut kononnya Datuk Mohd Zaini berkata, pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.

Lihat bagaimana pencacai UMNO ni cuba nak spin..

CyWar Putrajaya

Benarkah wartawan Malaysiakini iaitu Ahmad Fadli Kc telah memutar beli kenyataan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia.

Sila dengar dengan teliti rakaman audio ucapan Datuk Mohd Zaini dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia semalam di bawah ini..


Bagi aku.. antara laporan dari Malaysiakini dan Utusan tentang politik negara ini.. dibayar upah sekalipun aku tak akan percaya apa yang Utusan tu laporkan...

Kalau laporan Lidah Rasmi UMNO atau Utusan itupun aku tak percaya.. laporan Blog pencacai UMNO pula boleh diibaratkan jauh panggang dari babi.. lagi aku tak percaya..

Info dibekalkan oleh ( Faqar )

Makcik 61 Tahun ini Naik Motorsikal Dari Larut Ke Himpunan Oren

Posted: 15 Jul 2012 03:00 AM PDT


Kerana tidak sanggup lagi melihat penipuan dan kepapaan yang berlaku di dalam Felda, seorang makcik 61 tahun sanggup menunggang motorsikal sejauh 260 km untuk hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda di sini semalam.

Kesungguhan dan kecekalan Salmiah Mat Jali dari Felda Ijok, di Larut, Perak itu mendapat perhatian peserta di himpunan depan Istana Negara. Lebih lagi apabila Salmiah memberitahu dia melakukan perjalanan itu seorang diri.

"Dari Larut sehingga ke sini adalah dalam 260 kilometer. Makcik bertolak sejak awal pagi-pagi lagi," ujar Salmiah yang hadir pada himpunan yang bermula sekitar jam 1 tengahari semalam.

Ketika ditanya adakah beliau risau untuk merempuhi perjalanan yang agak jauh seorang diri, Salmiah berkata:

"Makcik dah biasa dah."

Beliau berhenti di dua kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuhraya Utara-Selatan untuk berehat semasa perjalanannya.

Ketika diwawancara, Salmiah masih lagi memakai topi keledarnya dengan bertudung warna oren.

Menurut Salmiah, beliau sanggup turun ke perhimpunan itu semata-mata menyatakan sokongan padunya kepada himpunan yang mahu campurtangan Yang Dipertuan Agong bagi membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Kemuncak perhimpunan itu adalah serahan memorandum yang digubal Gabungan NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF) kepada pegawai Yang Di-Pertuan Agong.

Salmiah berkata, ketidakadilan agihan saham FGVH kepada peneroka berbanding pelabur adalah antara sebab yang mencetuskan kemarahannya sehingga sanggup datang daripada jauh untuk himpunan tersebut.

"Saham yang mereka beri kepada warga Felda terlalu kecil, jumlahnya 800 unit. Sedangkan ada pimpinan Umno yang memperolehi saham yang besar."

Selangorku

Orang ramai berpusu keluar ketika Najib berucap di Stadium Bukit Jalil semalam.. malu weh.. (Video Inside)

Posted: 14 Jul 2012 10:06 PM PDT



Untuk mengelakkan sebarang laporan berbentuk negatif terhadap Kerajaan yang dipimpin oleh Najib atau laporan yang negatif tentang Najib sendiri, media-media yang ditunggang UMNO tidak akan menyiarkan laporan sedemikian.

Perkara ini jelas kerana ianya telah berlaku dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia semalam bilamana wartawan Malaysiakini telah dihalau keluar dari dewan kerana menyiarkan satu laporan yang mendedahkan UMNO membayar cybertrooper mereka - sila baca di ( SINI )

Laporan berikut adalah satu laporan yang tak mungkin disiarkan oleh sebarang media yang ditunggang oleh Kerajan UMNO/BN.

Ekspo dan pameran Hari Koperasi Negara (HKN) ke-11 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam 14 Julai pada pukul 8.30 malam.

Ianya telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 13 Julai.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Md Yusof Samsudin berkata ini adalah kali pertama koperasi dari rantau Asean menyertai ekspo tersebut yang merupakan pengisian sambutan Hari Koperasi Negara 2012.

Dan beliau menyasarkan 100,000 ahli koperasi dan orang ramai menghadiri sambutan Hari Koperasi Negara itu.

Malangnya.. perasmian yang dilakukan oleh Najib itu gagal sama sekali menarik orang ramai, dan seperti biasa untuk menjadikan majlis tersebut gah dengan kehadiran orang ramai memenuhi stadium pelajar-pelajar sekolah terpaksa di upah.

Ada sumber yang mengatakan mereka dibayar RM30 seorang untuk hadir.. RM30 tu selepas kena tapis sepatutnya RM50 seorang..

Oleh kerana mereka diupah untuk hadir memenuhi Stadium, apa yang Najib ucapkan semasa perasmian tersebut tidak dipedulikan mereka.


Samada mereka menyampah dengan Najib atau terlalu gembira kerana mendapat upah RM30 itu. Ketika Najib berucap riuh rendah mereka membunyikan 'Air Horn'.

Seperti apa yang dilakukannya di London bilamana ucapannya diganggu dengan laungan 'BERSIH' dulu.. Najib cuba menenangkan keadaan.. tapi budak-budak tu peduli apa..

Air Horn terus dibunyikan sepanjang Najib berucap, menganggu ucapan Najib sama sekali..

Lebih malang lagi.. Ketika Najib sedang berucap orang-ramai mula melangkah keluar dari Stadium.. saksikan videodi bawah..


Versi YouTube sila lihat dan download di ( MiLo SuaM )

Nampak tak kenapa wartawan yang berani melapurkan sesuatu berita secara telus perlu dihalau keluar?

Hishamuddin kata pasangan mengamuk sebab nak berdepan dengan Najib..

Posted: 14 Jul 2012 07:00 PM PDT


Tentu korang pernah dengar Tujuan Khalil Afandi Abdul Hamid dan Muhdalina Ahmad, menceroboh dan mengamuk di pekarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM), Isnin lalu dengan menggunakan dua bilah pedang samurai adalah untuk 'berdepan' dengan Perdana Menteri.

Itu kenyataan  Hishamuddin tentang dua orang dilaporkan mengamuk itu..

Tentu korang pernah dengar ayat ni.. 'Dead man can't talk'.. jadi adalah mudah untuk kita menuduh orang yang mati kerana simati tak mungkin memberikan jawapan terhadap tuduhan kita..

Baca dan fahamkan laporan dari Agendadaily ni..

Pasangan mengamuk nak 'berdepan' dengan Perdana Menteri

Tujuan Khalil Afandi Abdul Hamid dan Muhdalina Ahmad, menceroboh dan mengamuk di pekarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lalu dengan menggunakan dua bilah pedang samurai adalah untuk 'berdepan' dengan Perdana Menteri.

Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishamuddin mengesahkan mengenai niat mereka itu menerusi twitternya awal pagi Jumaat.

Beliau bagaimanapun tidak menjelasan maksud nak ' berdepan' Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Hishamuddin turut mengesahkan tindak tanduk mereka itu tidak melibatkan satu rangkaian besar atau puak ekstremis dan pengganas.

Katanya Khalil Afandi yang mati setelah cedera ditembak polis dalam kejadian itu mengakui dirinya Imam Mahadi merasakan dirinya kebal tidak boleh mati dan boleh menghentikan waktu.

Berikut ialah mesej di twitter beliau:


Sebelum ini ramai tertanya apa sebabnya kedua mereka boleh buat gila bertindak demikian di JPM.

Komplek B JPM dimana mereka mengamuk terletak bersebelahan jalan komplek utama JPM,Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri. 

Keduanya adalah dalam kawasan pagar yang berasingan. 

Namun mereka tidak mungkin dapat menceroboh masuk ke Perdana Putra kerana kawalan keselamatan di situ amat ketat. 

Ini berbeza sikit dengan tahap kawalan di Komplek B JPM antara lain menempatkan pejabat Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU). 

Rabu ,Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika mengesahkan kedua-dua mereka dihantar oleh suami dan isteri masing-masing ke kompleks JPM.

Selasa Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh membertitahu Khalil Afandi dan Muhdalina dipercayai mempunyai masalah mental ekoran ajaran sesat yang diikuti mereka.

Katanya mereka meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan yang tidak mengamalkan pemerintahan Islam.

Beliau bagaimanapun kata kejadian itu tidak ada kaitan dengan politik dan minta semua pihak tidak buat spekulasi - Agendadaily

Hishamuddin kata Khalil Afandi nak berdepan dengan Najib tapi Agendadaily laporkan beliau tidak mungkin dapat menceroboh masuk ke Perdana Putra kerana kawalan keselamatan di situ amat ketat.

Dan komplek B JPM dimana mereka mengamuk terletak bersebelahan jalan komplek utama JPM,Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri.

Macammana agaknya Allahyarham Khalil Afandi nak berdepan dengan Najib sedangkan beliau telah memasuki kawasan yang salah??

Apa cerita sebenarnya ni?

Tiada ulasan: