Ahad, 15 Julai 2012

Addin

Addin


Pakatan Rakyat Makin Hampiri Putrajaya.. Lihat Gambar Sebagai Saksi

Posted: 15 Jul 2012 10:38 AM PDT


KUALA SELANGOR - Lautan manusia memenuhi Stadium Kuala Selangor bagi menyertai Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor. Kalau di perhimpunan hijau di negeri lain hanya pemimpin PAS sahaja yang menyertainya, di Selangor, para pemimpin Pakatan Rakyat turut menyertainya. 

Selain Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, turut serta adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Teresa Kok, Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP.

Veteran Umno, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil yang turut menyertai himpunan ini pula berkata, "Saya bangga dapat kibarkan bendera yang mulia ini" sambil mengibarkan bendera PAS di atas pentas utama.

Selain Mohamad Sabu, pemimpin PAS yang hadir adalah Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Dzulkefly Ahmad anggota Parlimen Kuala Selangor dan Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam.

Wan Azizah ketika berucap terus memberikan semangat reformasi untuk para hadirin yang di majlis yang penuh bersejarah untuk PAS Selangor ini.


Dr Wan Azizah berucap sambil mengibarkan bendera PAS

Stadium Kuala Selangor penuh dengan keceriaan semasa Himpunan Hijau



Bekas pegawai kanan kerajaan sertai PAS

Wakil Presiden Mesir turut memberikan ucapan

~harakahdaily


Kantoi!! Rakaman Audio Ucapan Timbalan Ketua Pengarang Utusan Di Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Tersebar

Posted: 15 Jul 2012 09:03 AM PDT

Blogger pencacai Umno telah menuduh wartawan Malaysiakini, Ahmad Fadli KC yang dihalau keluar dari Konvensyen Media Sosial 1Malaysia semalam telah memutar belitkan isi kandungan ucapan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia (rujuk sini). Dalam konvensyen tersebut, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.

Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara

Method ini telah digunakan oleh media pencacai Umno BN selama ini untuk membohongi rakyat.

Dengar rakaman audio ucapan Datuk Mohd Zaini dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia semalam dan bandingkan dengan laporan yang di buat oleh wartawan Malaysiakini, Ahmad Fadli KC. 

Adakah laporan tersebut telah di spin? Sila  dengar dengan teliti rakaman tersebut..




Addin :

Nilailah etika kewartawanan yang di amalkan oleh Utusan..


(Video) Dr. Asri Belasah Fathul Bari, Ulama Muda Umno

Posted: 15 Jul 2012 07:09 AM PDT

 
Sumber





Makcik 61 Tahun Nih Sanggup Bermotosikal Sejauh 260 KM Semata-Mata Untuk Sertai Himpunan Oren

Posted: 15 Jul 2012 05:40 AM PDT


KUALA LUMPUR, 15 JULAI : Kerana tidak sanggup lagi melihat penipuan dan kepapaan yang berlaku di dalam Felda, seorang makcik 61 tahun sanggup menunggang motorsikal sejauh 260 km untuk hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda di sini semalam.

Kesungguhan dan kecekalan Salmiah Mat Jali dari Felda Ijok, di Larut, Perak itu mendapat perhatian peserta di himpunan depan Istana Negara. Lebih lagi apabila Salmiah memberitahu dia melakukan perjalanan itu seorang diri."Dari Larut sehingga ke sini adalah dalam 260 kilometer. Makcik bertolak sejak awal pagi-pagi lagi," ujar Salmiah yang hadir pada himpunan yang bermula sekitar jam 1 tengahari semalam.

Ketika ditanya adakah beliau risau untuk merempuhi perjalanan yang agak jauh seorang diri, Salmiah berkata:"Makcik dah biasa dah."Beliau berhenti di dua kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuhraya Utara-Selatan untuk berehat semasa perjalanannya.Ketika diwawancara, Salmiah masih lagi memakai topi keledarnya dengan bertudung warna oren.

Menurut Salmiah, beliau sanggup turun ke perhimpunan itu semata-mata menyatakan sokongan padunya kepada himpunan yang mahu campurtangan Yang Dipertuan Agong bagi membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).Kemuncak perhimpunan itu adalah serahan memorandum yang digubal Gabungan NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF) kepada pegawai Yang Di-Pertuan Agong.

Salmiah berkata, ketidakadilan agihan saham FGVH kepada peneroka berbanding pelabur adalah antara sebab yang mencetuskan kemarahannya sehingga sanggup datang daripada jauh untuk himpunan tersebut."Saham yang mereka beri kepada warga Felda terlalu kecil, jumlahnya 800 unit. Sedangkan ada pimpinan Umno yang memperolehi saham yang besar." ~selangorku


Gambar Kontroversi!! Najib Dan BN Berkempen Untuk Masuk Kubur

Posted: 15 Jul 2012 03:09 AM PDT


Tempat nih memang sesuai buat Najib dan BN berkempen. Mungkin setelah berhempas pulas berkempen di Stadium Bukit Jalil semalam, hadirin membuli Najib dengan air horn dan kebanyakannya angkat punggung semasa Najib berucap. 

Mungkin Najib fikir, sudah tiada tempat sesuai lagi untuk BN berkempen menghadapi PRU 13.. majoriti suara rakyat ingin melihat Najib dan BN di kuburkan. 

Jadi tempat membuat batu nisan pun boleh.. asalkan boleh. Ini baru betul.. Najib dan BN berkempen untuk masuk kubur..

Kesian!! Video Najib Di Buli Oleh Budak-Budak Sekolah

Posted: 15 Jul 2012 12:17 AM PDT

Sudah menjadi rahsia umum, setiap kali mengadakan majlis atau program, Najib Razak akan mengupah hadirin termasuk budak-budak sekolah untuk meramaikan programnya supaya nampak gah dan hebat.Semalam berlangsung sambutan Hari Koperasi Negara 2012, yang diadakan di Stadium Bukit Jalil. Seperti biasa budak-budak sekolah dari seluruh negara diupah untuk memenuhkan ruang stadium.Sungguh pun begitu, usaha memberikan upah itu masih gagal mendapat sambutan kerana masih banyak ruang kosong yang tidak dipenuhi di dalam stadium.

Tambah malang, nampaknya kali ini jentera Najib Razak yang mengupah budak-budak sekolah tersilap memberikan upah kepada budak-budak yang barangkali memang menyampah dengan Najib.

Hasilnya, budak-budak yang diupah ini membuat bising dengan Smembunyikan "air horn" ketika Najib berucap.Tambah melucukan Najib Razak terpaksa merayu agar penonton diam kerana suasana terlalu bising mengganggu ucapan Najib.

Bukan itu sahaja, rakaman video menunjukkan ketika Najib berucap para penonton dilihat panas bontot dan ramai yang meninggalkan stadium kerana bosan dengan ucapan Perdana Menteri itu.Saksikan sendiri video di bawah ini, dirakam oleh salah seorang petugas..



Polis Pun Sokong Himpunan Oren.. Gambar Sebagai Bukti

Posted: 14 Jul 2012 09:45 PM PDT


Gambar dirakamkan oleh abah anas. Nak tahu tak apa yang terbaik kat gambar neh? Gambar neh time mat sabu sedang baca doa tak silap aku. Semua orang pakat2 tadah tangan ketika itu. Dan... dalam sedar tak sedar rupanya ada anggota polis yang turut tadah tangan ketika doa sedang dibacakan.

Sayang PDRM. Macam tue lah.. kalau PDRM nak kembali gah dan mendapat kepercayaan rakyat seperti dulu2 kan, PDRM kena buat perangai macam neh okey. Teruskan. Hari neh korang memang terbaik sepanjang di perhimpunan OREN.

Tahniah PDRM. Pandai pun jadi baik dan neutral kali neh.. 




Tiada ulasan: