Ahad, 1 Julai 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Imam muda di Johor digantung kerana benarkan TG Nik Aziz imamkan Solat Jumaat?

Posted: 01 Jul 2012 06:35 AM PDT



Berita yang telah tersebar di Face book mengatakan seorang Imam Muda yang telah membenarkan TG Nik Aziz menjadi Imam Solat Jumaat di Masjid Jamek Pasir Gudang, minggu lalu telah digantung tugasnya.

Imam tersebut yang bertugas di Masjid tersebut dikatakan telah memberikan laluan kepada TG Nik Aziz menjadi imam.

Jika ini benar... UMNO telah menunjukkan kepada kita, kerana dendam mereka sanggup lakukan apa saja hatta menggantung tugas seorang Imam yang muda kerana hanya beliau menghormati seorang yang lebih tua darinya dan sudah tentu jauh lebih berilmu darinya..

Apa yang salah jika Imam yang muda itu memberikan laluan kepada TG Nik Aziz untuk menjadi Imam?

Adakah UMNO Johor takut perkara ini menadi bualan rakyat Johor dan jika rakyat Johor membandingkan keperibadian MB Johor dan MB Kelantan ianya amat berbeza..

Ada sesiapa tahu sepanjang jadi MB Johor dah berapa kali pemimpin dari UMNO ni menjadi Imam solat jumaat?



30 Individu Buat Laporan Polis terhadap Uncle Seekers

Posted: 01 Jul 2012 05:43 AM PDT


JOHOR BAHARU – Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis berkenaan dibuat pada jam 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen sulit yang dipaparkan pada blog itu.

"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.

"Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya," katanya. – BERNAMA

Pemimpin UMNO dedahkan mengapa PERKASA Pulau Pinang sering menggangu Guan Eng!!

Posted: 01 Jul 2012 12:35 AM PDT


Ini adalah banner yang telah digantung oleh pihak Perkasa Pulau Pinang dihadapan kolpleks MPPP Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Dari apa yang tertulis memang jelas bahawa pihak yang mengantungnya terdiri dari orang-orang yang bodoh kerana ejaan 'racist' ditulis dengan 'resis'..

Utusan Malaysia melaporkan kononnya sekumpulan penduduk bersama NGO telah membantah kehadiran Guan Eng ke kawasan mereka..

BALIK PULAU 30 Jun - Sekumpulan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setempat hari ini mengadakan perhimpunan aman bagi membantah kehadiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng ke kawasan mereka di Teluk Bahang, di sini.
Mereka berkumpul seawal pukul 7.30 pagi bagi menyatakan tidak puas hati terhadap corak pentadbiran Guan Eng yang dikatakan tidak telus dan menindas rakyat, khususnya orang Melayu.

Kumpulan itu juga membawa kain rentang yang antaranya tertera perkataan-perkataan seperti Guan Eng Rasis dan Guan Eng hanya pandai perkudakan semua bangsa - Utusan

Hakikatnya program santai bersama rakyat ini telah diganggu oleh PERKASA Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Bukit Gelugor (kalau tak silap).


Mohd Ridzuad Azuddin, Ketua Perkasa Pulau Pinang suatu masa dulu pernah disergah oleh Jingga 13 ketika mahu mengadakan demo di Komtar, bagaimanapun akibat dari sergahan tersebut membatakan hasratnya mahu mengadakan demo itu.

Video sila lihat di ( SINI )

Sumber dalaman UMNO yang tidak boleh menerima tindakan provokasi oleh Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang mendedahkan bahawa Mohd Ridzuad adalah Ketua Pemuda UMNO samada dari Bahagian Bukit Gelugor ataupun Bayan Baru..

Menurut sumber antara dua Bahagian UMNO itu beliau kurang pasti tetapi beliau pasti Mohd Ridzuad adalah Ketua Pemuda UMNO.

Provokasi yang dijalankan oleh Mohd Ridzuad terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah atas arahan beberapa pemimpin UMNO di Pulau Pinang yang kecewa dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kekecewaan mereka adalah kerana Kerajaan Negeri yang sedia ada tidak meneruskan dasar yang diguna pakai oleh UMNO semasa diperkuda oleh Gerakan sewaktu memerintah Pulau Pinang dulu..

Dimana dasar mereka adalah memberikan projek kepada kroni tanpa melalui tender terbuka.

Dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang ini telah menyebabkan banyak Syarikat yang dikuasai oleh pemimpin-pemimpin UMNO gagal dalam persaingan sebt harga.. kerana mereka telah biasa dengan memberikan sebt harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.

Oleh itu mereka tersingkir dalam kebanyakkan tender terbuka bagi setiap projek Kerajaan Negeri.

Ini menyebabkan mereka terpaksa berulang alik ke Kuala Lumpur bagi mengemis projek dari Kerajaan Pusat yang masih dikuasai oleh pemimpin UMNO.

Menurut Pemimpin UMNO tersebut lagi upah yang diterima oleh mereka-mereka yang turut bersama Ketua Wira PERKASA itu adalah antara RM50 hingga ke RM100.

Dana untuk upah tersebut disumbangkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang kecewa dengan dasar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang ada sekarang..

Dibayar secara tunai disebuah Restoran.. selalunya mereka dibayar setelah selesai melakukan provokasi terhadap Guan Eng..

Ini perlu kerana pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri tidak percaya kepada Ketua Wira PERKASA itu... maklumlah.. kalau bagi sebelum buat kerja nanti di balik tidur pulak..

Kelebihan diberikan kepada Ketua Wira PERKASA itu dimana beliau sering dibawa melancung ke Indonesia oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang membiayai kerja-kerja tidak bertamadun yang berjaya dijalankannya..


Berbaloikah upah yang diterima itu jika Bangsa sendiri berasa malu?

PANAS!! Ketua AMK Penang nyaris di belasah di ceramah Ummi di Permatang Pauh (Video Inside)

Posted: 30 Jun 2012 08:41 PM PDT


Artikel ini aku copy dari Pisau.Net yang telah hadir di 'Ceramah Perdana' Eksklusif Bersama Ummi Halfilda (Betul ke nama dia dieja macam ni?) di Padang Awam, Taman Janggus semalam dengan sedikit gambar yang ditambah.



Semalam ceramah Ummni Hafilda di Taman Janggus,Permatang Pauh lokasi berhadapan dengan Masjid Batu lubuk khawarij PAS sudah dijangka akan di provokasi oleh haprak pakatan.

Kehadiran lebih kurang 300 orang,ini tak termasuk dicelah pokok dan atas motor ,ada yang hadir dari kalangan penyokong PAS dan juga PKR.Sebahagian daripadanya Pisau amat kenal memang totok haprak pakatan.

Kehadiran Ummi buat kali pertama berceramah di Parlimen Permatang Pauh memang mengundang keresahan ramai pihak. Kalangan yang hadir buat kali pertama mendengar kronologi kes Anwar sejak beliau ditangkap kes liwat hinggalah pendedahan Anwar adalah bapak segala pembohong yang mengamalkan rasuah,kronisme dan juga punyai moral yang korup.

Setiap hadirin tidak berginjak mendengar sendiri siapakah Anwar yang sebenarnya.

Ummi tidak melepaskan peluang mendedahkan sedikit demi sedikit betapa Anwar banyak menyeleweng,salah guna kuasa dan juga mendedahkan fahaman pluralisme dan liberalisme kepada rakyat Permatang Pauh.Selama ini mereka mengangap Anwar seorang Pak Shiekh yang cukup alim sedangkan realitinya wajah Anwar diluar sana masih ramai yang tidak tahu siapakah sebenar Anugerah Tuhan pujaan PKR ini.

Ummi mendedahkan sebaik saja Anwar dibebaskan dari penjara beliau mampu membeli rumah banglo berharga lebih dari 7 juta tunai,begitu juga Azmin mempunyai rumah banglo bernilai 8 juta.Beliau persoalkan keluarga Anwar tidak bekerja bagaimana mereka mampu untuk membeli rumah mewah.

Ummi juga mendedahkan ayah kepada Anwar,Pak Ibrahim yang asalnya hanya seorang pekerja dihospital ,kemudiannya menjadi jutawan dengan sekelip mata apabila dilantik menjadi pengarah IOI sebuah konglomerat di negara ini.

Begitu juga ayah kepada Wan Azizah tidak ketinggalan tumpang sama merompak kekayaan dinegara ini. Anwar menuduh orang lain rasuah..kroni sedangkan diri beliau adalah bapak kepada segala rasuah.

Ummi mendedahkan bagaimana Azmin menyimpan wang puluhan juta pada waktu itu digunakan untuk menyogok ketua bahagian Umno agar menyokong Anwar hingga beliau berjaya mengalahkan Tun Ghafar Baba.

Anwar adalah bapak kepada politik wang di dalam Umno pada ketika itu.

Semasa menjadi Menteri Kewangan,Anwar bertanggungjawab menaikkan kadar faedah pinjaman bank menyebabkan terlalu banyak perniagaan ditutup,ramai pemilik kereta terpaksa tanggung hutang apabila kenderaan mereka ditarik,puluhan ribu kehilangan kerja dan waktu itu ekonomi negara hampir lumpuh dek penangan "kebijaksanaan" Anwar.

Syamsidar dan Azmin menjadi kaya raya dengan sekelip mata,menurut Ummi,Azmin mempunyai barisan kereta mewah yang mencecah jutaan ringgit yang disimpan di pelbagai lokasi.Dari semurah Porche Chayanne hinggalah semahal Ferarri,kekayaan ini Azmin perolehi hasil daripada lendir isterinya yang dipajak kepada Anwar menurut Ummi.

Ummi turut mendedahkan bagaimana ibunya dimaki hamun oleh Azmin hanya kerana tidak mahu tandatangan menjadi ahli parti PKR,borang dilempar kemuka ibunnya dan dalam masa yang sama menyergah bahawa haram segala makan minum didalam rumah ini kerana tidak menyokong perjuangan Azmin bersama PKR.

Semasa ceramah makin panas,kelibat Amir Ghazali Ketua AMK Permatang Pauh bersama rakannya hadir di lokasi,berkumpul bersama budak budak AMK cicak mengkarong tiba tiba Amir bagaikan kerasukan meroyan dan mula membuat bising terjerit terlolong dan menyalak dek kerana pekung Anugerah Tuhan didedahkan.

Dari mula ketibaan Amir dengan kereta Kembara beliau,dengan muka bengis ,Pisau sudah jangkakan anjing kesayangan Lim Guan Eng ini pasti akan membuat kacau.

Malangnya histeria dan kerasukan Amir tak sampai 5 minit apabila disergah oleh penduduk kawasan itu supaya keluar dari kawasan itu atau makan pelempang.

Didalam video ini,Amir Ghazali Ketua AMK Mengkarong Permatang Pauh bertopi putih,pucat lesi selepas disergah!


Pisau sedikit pun tidak terkejut kerana Amir AMK cicak mengkarong tak berani menghampiri kawasan ceramah cuma sekadar berada dihujung simpang ,apa yang beliau mampu buat hanya menyalak itu pun sekejap sebelum beredar.

Turut hadir menyerikan majlis adalah kehadiran blogger PKR paling hensem & macho brother AnakSungaiDerhaka bersama kawan beliau gambar di ( SINI )

Bukan nak puji lah tapi dia duduk tertib sambil pacak kamera, tak kacau orang dengar ceramah Ummi sambil tahan sakit pedih ulu hati apabila mendengar pekung Bang Non didedahkan Ummi. 

Walaupun pedih ulu hati,sekurang kurangnya blogger PKR ni perangainya taklah seburuk Amir Ghazali anjing Lim Guan Eng yang menyalak serupa orang gila dan gelagat blogger nih tak memalukan komuniti blogger walaupun menyokong disebelah sana.

Yang berminat nak tengok video ucapan Ummi sila lihat di ( Pisau.Net )

Aku tambah sikit nih...

Dalam ucapannya yang berapi-api tersirat penuh rasa benci terhadap Anwar Ibrahim, Ummi Hafilda berkata.. "Ini Ummi!! Saya sanggup menumpahkan darah demi mempertahankan bangsa dan agama!!"

Tapi.. setelah Ketua AMK dengan tindakan kurang bijaknya menyergah program ini.. korang lihat gambar di bawah ni..

Suasana di hadapan stage sebelum Ketua AMK menerjah.. tengok bawah ni..

Baru diterjah oleh Amir Ghazali dah panggil security kepung keliling stage.. kata sanggup nak tumpahkan darah kerana mempertahankan negara apa macam ni?

Tiada ulasan: