ALHUSSEYN |
Muhyiddin Yassin Jadi Badut ... Posted: 23 Jul 2012 02:18 AM PDT Tiba-tiba sahaja Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dari UMNO/BN buat keputusan bahawa SYABAS tiada keperluan untuk mencatu bekalan air ke Selangor dan kawasan sekitar Wilayah Persekutuan buat masa ini. Baca di sini Lawak betul! Muhyiddin nih! Mengalahkan mana-mana badut! Korang tak rasa pelikkah? Sejak bila Muhyiddin Yassin ini jadi pengerusi eksekutif Syabas? Bukankah SYABAS sebuah syarikat konsesi air? Bukankah sebelum ini diorang kata tidak ada pilihan, selain melakukan catuan air yang kononya untuk mengatasi gangguan bekalan air di Selangor? Diaorang desak kerajaan negeri Selangor supaya segera membina Loji Rawatan Air Langat 2 Loji yang merupakan salah satu komponen dalam Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor.yang menelan kos RM8.9 bilion. Bukankah dengan mengada-adakan krisis air ini, SYABAS bertujuan mendera rakyat Selangor dan meletakan kesalahan tersebut kepada kerajaan negeri kerana tidak segera membina Loji Air Langat 2 itu. Supaya rakyat benci kepada PR dan Umno/BN dapat merampas semula Selangor. Tetapi apabila kerajaan Selangor bertindak mahu memecat Rozali Ismail, tiba-tiba sahaja Muhyiddin muncul mahu menyelamatkan kroninya ini! Keputusan itu dibuat apabila sekumpulan penyokong kerajaan negeri Selangor berhimpun di hadapan pejabat SYABAS di Shah Alam hari ini sebagai sokongan kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih pemegang konsesi air tersebut. Kumpulan berkenaan membawa kain rentang dengan slogan "Kembalikan air kepada rakyat", "Hentikan catuan air", dan "Pecat Tan Sri Rozali Ismail". Kumpulan tersebut menyerahkan memorandum yang diterima oleh pengarah eksekutifnya Ismail Hashim, menggaris tujuh perkara yang antara lainnya membantah cadangan SYABAS untuk mencatu bekalan air. SYABAS dan Datuk Rozali perlu dihadapkan ke Mahkamah atas cubaan menipu dan menimbulkan kekacauan di negeri Selangor dengan menggunakan isu air yang kononnya perlu dicatu. |
Chua Soi Lek - Lebih Baik Teruskan Kerjaya Porno Kamu Posted: 22 Jul 2012 06:07 PM PDT Hari ini Perak Todi menyiarkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, mengenai isu berkaitan pasar awam Gunung Rapat yang perlu dinaiktaraf.Laporan tersebut menyatakan : Walaupun wakil rakyat kawasan Gopeng adalah daripada Pakatan Rakyat, namun apa yang dilihat segala isu di kawasan itu ditangani oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).Lawak bodoh bintang porno BN dari MCA ini cuba memperbodohkan orangramai. Malaon ini dengan angkuhnya mendabik dada kononnya BN menangani segala isu di kawasan Gopeng ini walau pun ahli parlimennya dari Pakatan Rakyat. Hoi malaon bangang ke apa nih?! Jika peruntukan tersebut disalurkan melalui saluran yang sepatutnya, iaitu melalui Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye, sudah tentu projek tersebut sudah lama berjaya dilaksanakan. Para peniaga membantah bukan kerana tidak mahu keadaan pasar yang lebih baik dan lebih sempurna, tetapi kerana 'meroboh dan membina' pasar baru tersebut akan mengambil masa yang lama (2 hingga 3 tahun) dan akan menjejaskan perniagaan mereka. bantahan perobohan pasar dan membina yang baru disitu Cadangan membaik pulih pasar tersebut memang telah lama para peniaga pasar Gunung Rapat kemukakan kepada Datuk Bandar dan ianya bukanlah perkara baru. Jauh sekali perkara membaik pulih pasar ini cetusan idea dari bintang porno yang bernama Chua Soi Lek ini. Para peniaga sudah lama merungut dan membangkitakan perkara tersebut dan memo telah dihantar kepada Dato Bandar. Ahli parlimen Gopeng Pakatan Rakyat Perak, Dr Lee Boon Chye sendiri pernah menyatakan: "Para penjaja lebih suka kalau keadaan pasar tersebut dibaik pulih sahaja dan ini tentunya tidak akan memakan belanja yang begitu besar dan proses tersebut juga tidak akan menjejaskan perniagaan seharian mereka," katanya lagi. Dalam entri saya yang lalu, Mat Razali, jurucakap para peniaga Pasar Gunung Rapat telah memberikan penjelasan mengenai isu tersebut sebagaimana berikut : Ditanya apa sebenarnya bantahan mereka terhadap projek pasar baru tersebut, Mat Razali menerangkan bahawa lokasi tersebut tidak berapa sesuai dengan kos yang bakal menelan belanja RM6 juta itu dan minta suatu tapak yang lebih luas dan lebih selesa.Para peniaga Pasar Gunung Rapat lebih suka pasar lama ini dibaik pulih dengan kos yang lebih jimat. Hoi pelakon porno, malulah sikit! Ini kerja Dato Bandar, bukan kerja engkaulah! |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan