Rabu, 25 Julai 2012

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


EDISI KANTOI!.. FITNAH BLOGGER UMNO GAGAL

Posted: 24 Jul 2012 07:23 PM PDT

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melakukan apa-apa siasatan dakwaan rasuah bernilai RM1.3 juta membabitkan Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Pengarahnya, Mohamad Yusoff Akobe berkata, SPRM tidak memanggilnya untuk siasatan kes rasuah malah tidak menerima sebarang laporan mengenai kes rasuah yang mencecah RM1.3 juta.

"Setakat ini, SPRM tidak menyiasat kes rasuah seumpama itu," katanya ketika dihubungi semalam.

Sinar Harian semalam melaporkan, blog pro-Umno mendakwa Muhammad Sanusi ditahan oleh SPRM atas tuduhan rasuah bernilai lebih RM1.3 juta. (link blogger penfitnah)
 
Namun Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah menafikan dakwaan itu sambil menyifatkan ia sebagai propaganda murahan dan perangkap politik musuh, khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Malah beliau menyifatkan penyebaran fitnah itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin Pas Kedah.

"Saya didakwa berada dalam lokap SPRM sedangkan ketika itu saya menghadiri program bersama Menteri Besar, yang menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar," katanya.

Selain Muhammad Sanusi, nama Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Mohd Puat Mohd Ali turut dikaitkan sebagai sasaran seterusnya yang akan disiasat SPRM.

Sinar Harian bagaimanapun tidak dapat menghubungi Mohd Puat untuk mendapatkan penjelasannya mengenai perkara itu kerana difahamkan beliau kini berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika dihubungi juga enggan mengulas mengenainya.

Tiada ulasan: