Addin |
- Gambar-Gambar Yang Confirm Tak Keluar Di TV3, Utusan Dan Berita Harian
- Penjelasan Terkini Ustaz Nasrudin Berkenaan Isu "Make Up"
- Semua Tunggakkan Gaji Blogger Upahan Sudah Pun Di Bayar.. Ini Buktinya - Umno Melaka
- Gambar Kembara Wardina Safiyyah Di Bumi Palestin
Gambar-Gambar Yang Confirm Tak Keluar Di TV3, Utusan Dan Berita Harian Posted: 25 Jul 2012 09:56 AM PDT Lim Guan Eng makan Bersama penduduk Bagan..Heran Awat Cina ni..selalu mai makan dengan orang kampung. Pelik kan , dulu Khoo Su Kun , tak makan pun dengan rakyat.. pelik.. Dato Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Negeri berbuka puasa bersama AJK PAS negeri dan Lim Guan Eng di sebuah restoran..Bukan LGE belanja tapi Orang PAS Yang bayar Tau..Dia Mai Tumpang sekaki je.. Dulu Khoo Su Kun , tak makan pun dengan rakyat..pelik kan.. Dato Salleh Man , Lim Guan eng dan Dato Mujahid Yusuf sedang makan bersama.. |
Penjelasan Terkini Ustaz Nasrudin Berkenaan Isu "Make Up" Posted: 25 Jul 2012 02:13 AM PDT Ramadhan Kareem ! Sahabat semua .... 1. Sedarkah kita sekarang berada di bulan Ramadhan Al Mubarak ? Bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt. 2. Justeru itu , saya harap sangat - sangat agar kita tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk : PRU 13 , Orang Muda Pilih Siapa ? baru - baru ini. 3. Saya bersetuju bahawa juru 'touch up' wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya. Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru touch up lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang. Teguran itu dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai. Penganjur bersetuju dengan teguran saya. 4. Saya sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas touch up muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini. Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi saya. Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium. Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani ] 5. Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali. Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati. Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan Sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan. Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa. Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa. FB Ust. Nasruddin Addin : Sebagai ahli PAS di bawah sayap pemuda.. Addin sudah revert to draft posting tersebut. Addin memohon maaf secara terbuka kepada Ustaz Fathul Bari kerana tersiarnya posting tersebut. Moga Ustaz Fathul Bari dan rakan-rakan diberi hidayah oleh Allah SWT untuk berada di saf yang benar dalam memperjuangkan Islam.. amin.. |
Semua Tunggakkan Gaji Blogger Upahan Sudah Pun Di Bayar.. Ini Buktinya - Umno Melaka Posted: 24 Jul 2012 05:58 PM PDT BANDARAYA MELAKA - Umno Melaka mengganggap dakwaan seorang pengendali blog tidak dibayar tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370 sebagai 'tiada isu'. Malah, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali turut mengemukakan bukti bahawa segala pembayaran sudah dijelaskan menerusi dokumen di pejabat Umno Melaka. Menurutnya, pengendali blog berkenaan sudah pun menandatangani sendiri surat persetujuan Badan Perhubungan Umno Melaka membayar tunggakan gaji bertarikh 20 Disember 2011. Katanya, tunggakan RM24,370 itu setelah dipotong baki pinjaman serta aset pejabat Umno yang masih belum dipulangkan selepas berhenti kerja. "Gaji tertunggak RM38,000 yang dituntutnya terpaksa ditolak baki pinjaman berjumlah RM2,300 serta 12 peralatan pejabat yang masih dalam simpanannya berjumlah RM24,370. Menjadikan jumlah sepatutnya dibayar RM11,330. "Malah, dalam surat kita bertarikh 20 Disember 2011, kita sendiri telah nyatakan bersetuju membayar RM11,330 selepas ditolak jumlah disebut tadi," katanya. Menurutnya, pengendali blog itu sendiri telah menandatangani surat berkenaan yang mana boleh dianggap sebagai persetujuan dengan jumlah dipersetujui. "Jadi tidak timbul sebarang isu tunggakan. Malah, pemeriksaan di pejabat Umno menunjukkan tiada satu pun rayuan daripada dia untuk mempertimbangkan semula, sekali gus membuatkan isu ini boleh kita anggap sebagai sudah selesai," katanya kepada Sinar Harian di Bangunan Umno Negeri, di sini semalam. Akbar berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian, Ahad lalu mengenai dakwaan pengendali blog, Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, bahawa sebuah parti politik di negeri ini belum membayar tunggakan gajinya. Dia yang bertugas sebagai Pegawai Sistem Maklumat Perhubungan Umno Melaka turut mendakwa hanya dibayar kurang RM1,000 sebulan walaupun dijanjikan gaji RM3,000 sebulan. Sementara itu, Akbar berkata, Badan Perhubungan Umno tidak pernah menawarkan gaji RM3,000 kepada Ahmad Faisal, sebaliknya hanya RM1,500 selari dengan surat tawaran bertarikh 13 Mei 2008. Bagaimanapun, katanya, jumlah berkenaan kemudiannya dinaikkan ke RM2,000 beserta elaun kenderaan RM200 sebulan apabila dia membuat rayuan. "Soal gaji RM3,000 tidak timbul kerana tiada hitam putih beliau meminta jumlah berkenaan. "Apabila beliau meminta tunggakan RM38,000 (baki gaji bulanan selama 38 bulan berkhidmat), Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bersangka buruk padanya dan bersetuju membayarnya," katanya. Bagaimanapun, Akbar berkata, jumlah RM38,000 terpaksa ditolak setelah Ahmad Faisal tidak memulangkan tiga komputer riba, dua pencetak, empat modem jalur lebar, dua 'external hard disk' dan satu kamera. "Kalau benar dia sanggup pulangkan sebagaimana didakwa, kenapa tidak berbuat demikian walaupun sudah tiga surat peringatan kami keluarkan sebelum ini?" katanya. ~sinarharian |
Gambar Kembara Wardina Safiyyah Di Bumi Palestin Posted: 24 Jul 2012 05:03 PM PDT Gambar ni sebenarnya sudah lama dalam 2 bulan yang lalu, namun melihat daripada gambar ini, pastinya ada yang mahu melihat kesungguhan Wardina, rakyat Malaysia yang rasanya selebriti wanita pertama menjejaki ke tanah Palestin iaitu di Masjidil Aqsa dan Masjid Qubbat as-Sakhra di Baitulmaqdis. Atas program apa yang itu admin kurang pasti, yang pastinya keberaniannya harus dicontohi oleh orang ramai, bukan mudah nak masuki kawasan ni, lebih-lebih lagi kawalan ketat oleh tentera kapir, Yahudi yang menguasai seluruh kawasan Masjid Aqsa. Semoga Allah melindungi rakyat Palestin. -gambar milik Wardina Safiyyah OfficialPage |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan