Addin |
- Bongkar!! Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting Highlands?
- Rumah Uncle Seekers Di Geledah Oleh Polis?
- Tamparan Buat Mahathir, Anwar Tetap Bersara
- Pengaruh Anwar Sehingga Ke Bali.. Baca Nih
- Lubang Misteri Terbesar Di China
- (Gambar) Lihatlah Kebesaran Allah SWT Yang Amat Menakjubkan
- Blogger Uncle Seekers Kena Belasah Dalam Lokap?
- Gempar!! Uncle Seekers Hilang
Bongkar!! Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting Highlands? Posted: 07 Jul 2012 10:08 AM PDT Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL. Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1,800 kaki dari paras laut. Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri. Tapi Lim Goh Tong bukan bodoh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli. Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah. Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat. Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad. Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong. Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau.. aku tak tau nak cakap la. Tun Razak pun aku tak payah cerita.. sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata apa la. Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong? Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin). Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri. Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia. Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll. Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.
Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong. Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi. Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut. Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela. ~msk | ||
Rumah Uncle Seekers Di Geledah Oleh Polis? Posted: 07 Jul 2012 02:46 AM PDT Maklumat nih Addin perolehi daripada blog Cipan.. Daripada Cipan dapat meklumat nih Addin pun tak berapa pasti. Mungkin Cipan nih sepupu sepapat @ seangkatannya dengan Uncle Seekers kot, sebab tu macam-macam maklumat dapat. Jangan Cipan reka-reka sendiri udah ler.. Serbuan Keatas Rumah Uncle Seekers Bhai... Ini info fresh... Satu unit pengawai penyiasat sedang mendapatkan waran geledah untuk melakukan serbuan keatas rumah UncleSeekers... Sumber | ||
Tamparan Buat Mahathir, Anwar Tetap Bersara Posted: 07 Jul 2012 02:11 AM PDT Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim hari ini berkata kekal dengan pendiriannya untuk bersara sekiranya tewas dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang walaupun dipujuk oleh anaknya Nurul Izzah semalam. Anwar yakin Pakatan Rakyat (PR) akan menang PRU 13 walaupun mungkin terdapat penipuan. "Insya-Allah, saya yakin akan menang", katanya bila ditanya mengenai peluang memenangi PRU. Dengan tegas ketua pembangkang mengulangi kenyataan jika PR kalah, dia akan bersara dari politik dan kembali mengajar. "PRU mungkin akan berlangsung pada September, kita menang, kita tidak akan lupakan rakyat kerana kita juga pernah susah. "Kalau kita menang, hari angkat sumpah kita akan turunkan harga minyak", kata ahli parlimen Permatang Pauh (gambar) itu. Bekas timbalan perdana menteri itu mengatakan bahawa anak Tun Dr Mahathir menggunakan pengaruh bapanya untuk membeli Esso Malaysia yang bernilai RM 1.9 billion. Pembelian itu juga mendorong Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) untuk menandatangani perjanjian dengan Esso Malaysia - kini dikenali sebagai Petron bagi membeli petrol untuk kapal terbang. "Mirzan Mahathir telah beli syarikat bir San Miguel, Esso dan kini MAS tandatangan kontrak untuk petrol kapal terbang, sebab itu Mahathir takut kalau Pakatan menang", kata Anwar Ibrahim dihadapan penyokongnya dalam majlis makan malam anjuran PKR cabang Selayang malam tadi. Baru-baru ini MAS memeterai perjanjian dengan Petron untuk membeli petrol sekaligus mengenepikan Petronas yang selama ini membekal petrol kepada syarikat penerbangan itu. Terbaru, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendakwa MAS kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api ketika dibekalkan oleh Petronas. Azan berkata, Petron dianugerahkan kontrak pembekal bahan api adalah perkara yang sangat meragukan kerana Mahathir merupakan penasihat kepada Petronas. "Petron diberi kontrak kerana ia dimiliki oleh anaknya, kerana San Miguel milik Mirzan telah untung menyebabkan dia boleh membeli 65 peratus saham Exxon Mobil Corporation iaitu syarikat induk Esso Malaysia Sendirian Berhad", kata Azan yang dipetik dari sebuah blog. Turut hadir dalam ceramah itu adalah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw. Fuziah pula berkata rakyat haruslah menyedari penipuan dalam pilihanraya dan mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang. Tan Seng Giaw berkata hutang negara sudah mencecah RM 500 billion dan skandal PKFZ oleh MCA memufliskan negara. ~sinarharian | ||
Pengaruh Anwar Sehingga Ke Bali.. Baca Nih Posted: 07 Jul 2012 12:11 AM PDT Apa kejadahnya Muhyiddin keluar statement nih kat Bali? Cukup terdesak Muhyiddin sehingga keluar statement macam nih. Dari orang tak tau yang gerombolan Umno desperate, kini satu Indon pun dah tau. Rakyat Malaysia peduli apa Anwar ada pengaruh hebat di luar negara ke atau tidak. Yang rakyat peduli sekarang ialah pengaruh Anwar di Malaysia dan keinginan tinggi rakyat Malaysia ingin melihat Umno BN berkubur pada PRU 13 nanti. Pengaruh Anwar Di Indonesia Tidak Hebat Pun BALI - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya pemimpin kerajaan dan parti politik di Indonesia tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pengaruh beliau di republik itu tidak sehebat gambaran yang diberikannya. Beliau berkata, tokoh pemimpin di Indonesia kini semakin memahami iklim politik Malaysia dan memilih untuk mengakui hubungan bilateral yang baik, yang sudah terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan Indonesia. "Bagi saya tidaklah sebegitu rupa sebagaimana yang digambarkan oleh beliau (Anwar) seolah-olah dia (Anwar) di Indonesia cukup berpengaruh. "Saya tidak melihat begitu. Dalam media-media tempatan, dia tidak mengambil ruang yang besar seolah-olah apa yang Anwar lakukan cukup hebat," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini. Muhyiddin berada di sini dalam rangka lawatan enam hari ke Indonesia untuk meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia selain berbincang mengenai isu yang sering mengganggu hubungan di peringkat rakyat di kedua-dua negara. Di awal lawatan pada 3 Julai lalu, Muhyiddin bertemu dan berbincang dengan Naib Presiden Indonesia Boediono serta pemimpin tiga parti politik terbesar di Indonesia semasa di Jakarta. Para pemimpin parti politik itu ialah Ketua Umum parti Golkar Aburizal Bakrie, Ketua Umum parti Demokrat Annas Urbaningrum dan Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (DPI-P) Megawati Sukarnoputeri. Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, mengetuai delegasi pemimpin Umno dalam pertemuan dengan ketiga-tiga parti politik Indonesia itu. "Saya percaya pemimpin-pemimpin Indonesia dan parti-parti politik lebih memahami keadaan sebenar. Lebih-lebih lagi kita ada hubungan akrab antara kerajaan dan kerajaan," katanya. Muhyiddin bagaimanapun tidak menolak kenyataan bahawa Anwar mempunyai kenalannya di Indonesia. ~bernama Addin : Hebat Anwar.. pengaruhnya sehingga ke Bali | ||
Lubang Misteri Terbesar Di China Posted: 06 Jul 2012 11:00 PM PDT BEIJING - Sepasukan polis terpaksa melakukan operasi mencari dan menyelamat lewat malam kelmarin, apabila secara tiba-tiba sebahagian lebuh raya di jalan Xiangjiang, wilayah Hunan, China, roboh lalu membentuk sebuah lubang besar. Kejadian itu turut meranapkan sebuah kereta dan meragut seorang pemandu akibat terjerlus ke dasar lubang berkenaan. Lubang berkeluasan 30 meter persegi itu terbentuk pada laluan paling sibuk dalam wilayah berkenaan. Menurut anggota penyelamat, mangsa yang terperangkap itu, gagal diselamatkan selepas usaha mengenal pasti dasar lubang tersebut menemui jalan buntu. Justeru itu, bagi mengelakkan kemalangan berulang, pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup jalan berkenaan dan siasatan kemunculan lubang misteri berhampiran sungai Viangjiang itu sedang dilakukan. ~sinarharian | ||
(Gambar) Lihatlah Kebesaran Allah SWT Yang Amat Menakjubkan Posted: 06 Jul 2012 09:00 PM PDT Alpine Ibex adalah sejenis kambing liar di kawasan pergunungan Eropah. Kambing jenis ini boleh mendaki permukaan gunung yang cerudn dan curam, malah ia boleh memanjat setinggi 6,500 ke 15,000 kaki . Kambing ini gemar menjilat garam pada batu. Dan kebolehannya mendaki itu menjadi ketakjuban ramai saintis yang membuktikan bahawa Alpine Ibex adalah 'gravity-defying goats' yang memiliki sepasang kaki yang mampu melekat dengan utuh di permukaan cerun berbanding manusia atau haiwan lain. Sumber | ||
Blogger Uncle Seekers Kena Belasah Dalam Lokap? Posted: 06 Jul 2012 08:15 PM PDT Bhai... baru kejap tadi ader sorang member gua call... lama dah tak dengar suara dier... sejak ditukarkan ke Johor lebih 4 tahun.. baru nih gua dengar suara dier... hahaha... Dier call pasai katanyer ader maklumat fresh dier nak kasi tau kat gua.. dan dier mintak gua sebarkan...Oh yer ... lupa nak bagitau... member gua tue kerja dalam satu agensi Kerajaan Persekutuan dalam bidang penguatkuasaan... sori.. gua takmo kasi tau Jabatan aper... Lu teka-teki lar sendirik yer... hahahaDier bagitau gua... ader maklumat dalaman yang dah terbocor kat beberapa unit...yang bagitau bahawa berkemungkinan UncleSeekers bakal dibelasah dalam lokap... Dan yang membelasah UncleSeekers nih bukan anggota PDRM... tapi tahanan lain.... Katanya lagie...Bukannyer tahanan lain tue sengaja nak belasah UncleSeekers....tapi pasai depa diugut oleh pihak-pihak tertentu... Ikut maklumat yang member gua nih dapat... katanyer... ader beberapa orang yang disyaki pegawai JMF yang didapati kerap keluar masuk kompleks IPD Nusajaya .... tak tau la aper dibuatnyer.... Lagi satu... kawan gua kata... kalau UncleSeekers kena belasah... dier berkemungkinan akan kena belasah cara professional... takkan nampak pecah berdarah kat muka ker aper ker... tapi belasah cara "EXXXXXXK" .... ini satu possibiliti....Sori aaa,,, stakat itu jer makluman yang gua dapat... harap UncleSeekers tabah menghadapi ujian dan dugaan ini.... part lain tue kitorang sambung bagi pihak lu... | ||
Posted: 06 Jul 2012 05:46 PM PDT Mungkin yang ini yang dimahukan oleh polis. Bukan hendak menyiasat sama ada apa yang dikatakan oleh Uncleseekers itu betul atau tidak, tapi mahu mematikan blog milik Uncleseekers. Cubaan untuk memasuki blog Uncleseekers sebentar tadi mendapati blog tersebut sudah tidak boleh diakses lagi.Sementara itu, polis Johor pula membuat kenyataan bahawa Uncleseekers didapati mengambil dadah jenis morfin. "Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu.Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kalau tak percaya klik link sini. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan