Sabtu, 30 Jun 2012

shalehudin

shalehudin


ALTANTUYA: Sotong kurita pun pening kepala... haha...

Posted: 30 Jun 2012 10:50 AM PDT

Najib gementar: Orang kanan Baginda setuju beri kerjasama dalam perbicaraan Scorpene

Perdana menteri Najib Razak boleh menyembunyikan perasaan gementarnya apabila SUARAM memberitahu bahawa ia telah Berjaya mengumpul lebih RM 200,000 daripada makan malam amal yang telah diadakan pada hari Jumaat.

Namun, berita tentang orang kanan yang juga teman rapat Baginda yang telah dipanggil oleh mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam kes pembelian Scorpene yang bernilai RM 7.3 bilion oleh Malaysia dan juga telah berjanji memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan itu telah menjadikan Najib seperti cacing kepanasan.


"Dia telah mengesahkan akan memberi kerjasama kepada kami," kata penyelaras SUARAM, Cynthia Gabriel kepada para tetamu yang hadir pada makan malam tersebut.

Dia merujuk kepada Jalbir Singh Chahl, yang merupakan orang kanan Baginda dalam Perimekar, sebuah firma yang menerima sekurang-kurangnya 114 juta euro atau RM 570 juta dalam bentuk komisen.

Berjalan dengan lancar


Jalbir merupakan saksi pertama yang akan dipanggil oleh hakim di mahkamah Perancis itu sejak perbicaraan dimulakan pada awal April. Menjadi kesalahan di sisi undang-undang di Perancis untuk mana-mana pihak menerima atau menawarkan komisen untuk mencapai perjanjian. Dua buah kapal Scorpene ini telah dibeli oleh Najib semasa dia menjadi menteri pertahanan dan ia disokong kuat oleh parti pemerintah, Umno walaupun ia ditentang hebat oleh rakyat awam.

Walaupun Najib telah menafikan apa-apa jenayah yang terlibat dalam perjanjian itu, Umno-BN, agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk polis dan SPRM enggan melakukan apa-apa siasatan ke atas kes itu.

Ini memaksa SUARAM untuk memfailkan kes terhadap DCNS di Paris pada tahun 2010, dimana jika didapati bersalah, mereka terpaksa membayar semula wang itu kepada rakyat Malaysia kerana harga yang terlalu tinggi dikenakan akibat daripada rasuah. Ini juga akan memaksa kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan terbuka terhadap tuduhan itu.

"Sedang kita menikmati makanan diatas meja ini, satu sepina telah dikeluarkan terhadap Encik Jalbir Singh Chahl. Kes ini sedang berjalan dengan lancer," kata Cynthia yang disambut dengan sorakan gemuruh.

Kemarahan rakyat dengan korupsi jangan diambil ringan


SUARAM juga telah Berjaya mengumpul lebih RM 200,000 daripada makan malam yang dihadiri oleh lebih 1000 orang. Jumlah itu telah membuktikan bahawa begitu ramai yang memberi maklum balas dan menderma dengan ikhlas untuk membayar yuran guaman dari Perancis dan perasaan mereka terhadap pembelian penuh kontroversi Najib itu.

Bukan sahaja kapal-kapal selam itu didapati tidak sesuai untuk perairan Malaysia, tetapi jumlah rasuah yang besar didakwa telah diterima oleh DCNS daripada pegawai-pegawai Malaysia, termasuk Najib dan Baginda melalui perjanjian itu telah menghairankan rakyat.

Turut terlibat dalam skandal rasuah ini adalah pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dilaporkan dibunuh apabila cuba mengugut Baginda untuk mendapatkan bahagian komisyennya, dan ini mungkin juga telah menjadi penyebabnya.

Dua bekas pengawal peribadi Najib telah dijatuhkan hukuman mati kerana pembunuhan kejam itu, tetapi ramai di Malaysia yang yakin bahawa mereka hanyalah orang suruhan dimana tuannya masih lagi belum tertangkap.

Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis juga telah membocorkan maklumat yang boleh mengaitkan Altantuya dengan perjanjian kapal selam dan ini mungkin boleh memberitahu kita kenapa sebenarnya dia dibunuh.

Siapa selepas Jalbir?


Walaupun majlis makan malam pada hari jumaat berjaya, pegawai-pegawai SUARAM memberi amaran bahawa perbicaraan di Perancis ini baru sahaja bermula dan lebih banyak lagi dana yang bakal diperlukan untuk memastikannya tamat.

Selepas Jalbir, semua akan menunggu bila mahkamah Perancis akan memanggil Baginda, Najib dan menteri pertahanan semasa iaitu Zahid Hamidi untuk memberi keterangan dan bersetuju untuk memberi kerjasama ini demi membersihkan nama mereka terutamanya Baginda dan Najib.

"Kami menyokong apa jua usaha demi membanteras rasuah," kata ketua pengarah SUARAM, E Nalini.

Derma boleh disampaikan kepada SUARAM dalam bentuk cek dan juga pemindahan wang di atas talian kepada:

Nama akaun: SUARA INISIATIF SDN BHD

Nama bank: MaybankBhd

Nombor akaun: 5122 9582 0324

Untuk maklumat lanjut, hubungi outreach@suaram.net atau hubungi SUARAM di 03 77843525/ Sarah +013-3470860

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh melayari

Laman web: www.suaram.net

Facebook https://www.facebook.com/suararakyatmalaysia

Twitter: SuaramTweets

Malaysia Chronicle

Mai baca apa kata BAKAL MB Kedah dari Umno... kahkahkah...

Posted: 30 Jun 2012 09:50 AM PDT

Kegagalan PAS Punca Pusat Hiburan Bertambah - Mukhriz

JITRA: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menyifatkan PAS gagal mengawal pertumbuhan pusat hiburan di Kedah sejak mengambil alih negeri ini pada tahun 2008.

Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata banyak pusat hiburan baru wujud terutamanya di kawasan pedalaman seperti Sik, Padang Serai dan Baling.

Beliau berkata ketiga-tiga daerah itu tidak mempunyai pusat hiburan sebelum Kedah diperintah PAS.

"Kerajaan negeri perlu kawal pusat hiburan ini dan mengambil tindakan terhadap pengusaha tidak berlesen yang menjalankan perniagaan secara haram," katanya ketika ditemui pada Mini Karnival Pendidikan di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini, Sabtu.

Anggota Parlimen Jerlun itu berkata selain umat Islam, masyarakat bukan Islam juga tidak senang sekiranya pusat hiburan di negeri ini tumbuh secara tidak terkawal tanpa ada sebarang keperluan. BERNAMA

WAJIB BACA: Apa kata Dayangku Intan...

Posted: 30 Jun 2012 05:11 AM PDT

Dugaan bertimpa bagai 'isyarat' buat kami – Dayangku Intan

Oleh: Mohd Nasir Awang
DAYANGKU Intan bukanlah nama asing, terutama buat para penggiat atau peminat dunia seni suara tanahair. Nama itu sering menghiasi media, terutama di era 80-an dan 90-an dulu.

Ketika itu, suaranya yang lemak mendayu sering berkumandang lewat media elektronik. Lagu-lagunya bukan setakat diulangputar untuk hiburan, tetapi turut menduduki carta lagu-lagu pujaan mingguan. Kemerduan lagunya turut menjadi siulan jutaan peminat. Pendekata, namanya senantiasa menjadi sebutan ramai.

Namun, tidak seramai itu yang tahu jalan berliku penuh pancaroba dalam hidup insan seni ini. Di sebalik senyumnya yang sentiasa manis di depan khalayak dan alunan suaranya yang mendayu kala menghiburkan masyarakat, wujud siri dugaan amat perit yang hanya diketahui mereka sekeluarga.

"Memang orang tak tahu, orang tengok zahirnya kami senang, gembira dan hidup mewah. Kita pun tak cerita kat orang (pelbagai dugaan hidup)," akui Dayangku Intan, dalam sessi temubual eksklusif dengan majalah Dian – Ihya' As-Sunnah baru-baru ini.

Beliau mengakui beberapa dugaan besar yang datang silih-berganti amat menekan kehidupannya. Namun, di sebalik segala pengalaman pahit itu rupa-rupanya tersirat hikmah tersendiri yang akhirnya membuahkan kebaikan dalam hidupnya.

Kesemua ujian itu membuatkannya berfikir, seolah-olah Allah Ta'ala menghantar isyarat kepadanya untuk berubah dalam hidup. Berfikir mengenainya membawa Dayangku Intan menginsafi kekurangan diri, termasuk kelemahan iman, seterusnya mendorongnya lebih mendekatkan diri kepada Tuhan dan ajaran-ajaran agama.

Usia awal

Wanita berjiwa kental ini dilahirkan pada 29 April 1966 sebagai Dayangku Intan bte Tengku Abdul Hamid. Berbeza dengan tanggapan awal sebilangan orang yang menyangka beliau berasal dari Sarawak atau Brunei (berdasarkan namanya), Dayangku Intan adalah anak jati Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik, kesemuanya perempuan, seibu-sebapa. Ada pun adik-beradiknya yang berlainan ibu agak ramai, memandangkan bapanya mempunyai 'empayar' keluarga yang agak luas. Malah, dia mengakui ada antara adik-beradiknya yang hingga kini belum sempat dikenalinya.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sun Jin, di Kuala Lumpur, sebelum menyambungnya di Sekolah Menengah Confucian, Pudu.

Minat menyanyi
Minatnya dalam bidang seni suara juga sememangnya berputik sejak kecil. Menurutnya, beliau telah mula menyanyi seawal usia lapan tahun. Beliau bersama kakaknya kerap diundang membuat persembahan di majlis kenduri kahwin di rumah jiran-jiran.

"Masa tu (usia) lapan tahun, program Jamal Kerdil (Allahyarham Pakcik Jamal) masih ada di RTM. Saya pergi tu.. program tu. Lagu kegemaran ku (liriknya)... "rasa cinta pasti ada...", "duhai kanda rayuan hati...". Lagu tu pun saya suka nyanyi, siap dengan pakaian. Saya tak boleh tengok plug tu, terus rasa nak pegang mikrofon," ulas Kak Intan, separuh ketawa.

Bermula dari situ, dia mula mendapat banyak jemputan. Sesiapa yang pernah dengar dia menyanyi di kenduri kahwin, akan menjemputnya menyanyi di kenduri mereka pula. Daripada hanya sekitar Kampung Pandan, beliau dijemput sampai ke Kedah.

"Waktu tu satu persembahan saya dibayar RM2.00. Kugiran bersama kakak saya, mengiringi saya menyanyi. Bila pergi outstation ke Jitra, Kedah, dapatlah RM20. Tu kira dahsyat la tu, kira macam kita pergi England la sekarang ni... overseas," sambung Kak Intan lagi.

Baginya, keghairahan menyanyi itulah juga menyebabkan beliau tidak minat menyambung pelajaran ke peringkat tinggi. Beliau menghabiskan pelajaran hanya di peringkat persijilan di Kolej Damansara Utama, dalam jurusan Undang-Undang Perniagaan.

Didorong minat itu juga, seawal usia 14 tahun, Kak Intan sudah bergelar penyanyi kelab malam. Bayaran diterimanya juga agak lumayan. Namun, lebih besar lagi ialah apabila pendedahan di situ membawanya ke pentas lebih bermakna buat kerjayanya selepas itu.

Semakin popular

"Jadi itulah.... sampai saya menjadi popular, saya dipanggil pulak bekerja dengan Hotel Merlin. Dipanggil sain kontrak dengan Merlin (secara berkumpulan). Masa tu saya dah berumur 16 atau15 tahun..", katanya.

Kak Intan kerap keluar, terutama ke Johor Bahru dan Pahang. Bagi mengelakkan kejadian buruk kerana selalu pergi oustation, beliau dikahwinkan dengan seorang pemuzik dalam kumpulannya. Perkahwinan itu bagaimana pun sempat bertahan hanya dua tahun. Hasil perkahwinan itu Kak Intan mendapat anak sulungnya, Wanku Mohd Syaifuldean.

Beliau kemudiannya "dipinang" oleh syarikat rakaman. Komposer S. Atan dengan Omar Taib mempelawanya menjadi penyanyi solo. Kak Intan bagaimana pun memilih untuk kekal dengan kumpulannya, The Sweet Honesty.

"Start buat album, selepas balik dari Johor. S. Atan dan Omar Taib panggil saya, masa tu tengah mengandung anak yang sulung. Panggil audition. Lepas pantang terus buat album pertama "Secebis Kenangan" bersama OMRI Records. Saya artis wanita pertama," ceritanya.

Kemudian, menyusul pula album keduanya berjudul "Semakin Rindu Semakin Sayang". Tidak lama selepas itulah beliau berkahwin kali kedua dengan Encik Rosman Yahil, seorang deejay. Mereka kemudiannya dikurniakan tiga cahayamata, iaitu Wanku Mohd Rusydean, Wanku Intan Syarafana dan Wanku Ruknudean.

Dari situ juga kerjayanya sebagai penyanyi terus mendaki populariti. Kak Intan dikatakan sempat menghasilkan 14 album dengan yang terakhir bersama syarikat rakaman Polygram pada 1995. Ia diikuti beberapa album kompilasi kemudiannya. Namun, di sebalik segala kejayaan itu tersirat suatu kekosongan pada jiwanya.

Tak kenal Tuhan

"Apa yang saya lalui daripada kecil, susah, senang, kahwin, masa tu dari segi agama saya kosong. Saya memang tak tahu al-Quran, hadith, tidak dibesarkan begitu. Tapi cuma mak saya kata, "jangan buat orang macam tu, berdosa", "jangan macam tu, Tuhan marah". Itu je yang tahu. Tapi Tuhan tu (sekadar) Tuhan lah, tak tahu lah Tuhan tu yang jadikan kita, cuma Tuhan. Tuhan marah, (tergambar) macam cikgu (marah). (Pemahaman sebegitu) sampai saya berumur belasan tahun," Kak Intan berterus-terang mengakui kelemahan dirinya dulu.

Sehinggalah ditakdirkan Allah Ta'ala berlaku beberapa dugaan besar dalam hidupnya, yang disifatkannya sebagai titik-titik penting merubah halatuju, seterusnya mendorong dia dan keluar "berhijrah" dari kehidupan lalu.

Dugaan bermula

"Saya rasa Allah pilih, bila saya dah kena macam-macam dugaan (bermula dengan) saya hilang adik saya. Dia meninggal umur 29 tahun, masa tu waktu saya tengah senang. Adik saya sakit di (Hospital) Tawakal. Masa tu duit tak ada masalah, (saya) artis tengah popular. Sekali Tuhan duga, kalau susah lain tu boleh cari duit. Sakit ni, tak boleh. Nyawa ni Tuhan kata, "itu hak Aku". Bila terkena tu, saya kata, "Ya Allah, adik, saya sayang so much, suami dia sayang, Dia nak ambil (nyawanya), Dia ambil jugak," ujar Kak Intan, dalam nada sebak.

Terbukti dari tuturkatanya, Kak Intan memang amat menyayangi Allahyarham. Kehilangan adiknya itu amat mengesankan. Malah, dari situ beliau mula melihat kebesaran dan kekuasaan Allah. Cuma, ia belum cukup kuat untuk merubah kehidupannya.

Kemudian datang pula dugaan kedua. Anak perempuannya (anak ketiga) lahir tanpa hempedu. Maka daripada kecil sampai sekarang terpaksa berulang alik ke hospital. Di sebalik kepayahan yang amat mencabar itu juga rupa-rupanya tersimpan mesej amat bermakna dari Allah SWT buat Kak Intan.

"Apabila anak saya keluar-masuk hospital, sehingga dia pernah few seconds tak ada nyawa, seorang (satu-satunya anak) perempuan ni, satu family semua sayang lah, "semangga-mangganya", kata orang. Saya menyembah, ketika dia orang bawa dia keemergency room, masa tu saya menyembah kat lantai. Saya kata, "Ya Allah, kalau nak duga saya pun, dugalah saya saja, jangan lah ambik anak saya tu". Saya cakap, "saya mengaku saya memang berdosa, saya tak mengenali Allah".

"Saya menyembah, saya minta. Masa tu juga dia (anak) keluar suara, menangis,"Huaaa!!!..." Yang lain berlari-lari, "Syara dah sedar!" Saya masih juga kat situ (lantai). Masa tu hati saya memang, tak tahu nak cakap macamana, satu sentapan!", cerita Kak Intan mengenai detik-detik hatinya "terketuk" oleh kebesaran Allah.

Namun, sekali lagi dugaan besar itu juga tidak cukup kuat untuk betul-betul memalingkannya dari gaya hidup dilaluinya ketika itu. Ibarat katanya sendiri, "situ lah sikit demi sikit (ingatkan Allah), tapi macam chipsmore, kejap ingat, kejap tak ingat. Kejap insaf, kejap tidak", akuinya.

"Anak sakit, business jatuh, konsert tak dibayar, macam-macam dalam kehidupan. Dari tahun ke tahun begitu. Allah memang mengajar betul-betul, yang saya rasa nikmatnya, yang sekarang baru saya betul-betul faham. Hutang tak (boleh) bayar, company kena tutup daripada kita membiakkan lagi hutang...," sambungnya lagi.

"Bersambung-sambung.. lepas anak saya dah jadi elok, tentang business apa semua, jadi dalam perjalanan dekatkan diri kepada Allah tu, saya sakit. Mak saya sakit dulu. Bila anak saya dah sihat, sambung mak saya. Saya pulak lepas tu sakit, sampaikan joint saya bengkak, jantung bengkak, saya dimasukkan ke hospital. Dia orang (doktor) suspek masa tu saya mungkin menghidapi barah," Kak Intan memperincikan ujian hidupnya.

Bertamu ke Rumah Allah

Kebetulan sejurus sebelum menerima dugaan itu, beliau telah menyatakan hasrat bertamu ke Rumah Allah. Dorongan utama ialah untuk memanjatkan kesyukuran kerana Dia menyelamatkan anaknya dari tahap kritikal. Namun, apabila berdepan kemungkinan mendapat kanser, doktor menasihatkannya supaya menangguhkan pemergian ke Tanah Suci.

Beliau kemudiannya pergi mendapatkan rawatan di Australia. Dia dikenalpasti menghidaprheumatoid arthritis. Tapi waktu itu beliau sudah nekad, walau pun terpaksa berkerusi roda, dia tetap akan pergi mengerjakan umrah.

Alhamdulillah, sesampai di Tanah Suci, tanpa disedari beliau boleh berjalan seperti biasa dan tidak perlu berkerusi roda lagi. Seterusnya boleh menyempurnakan ibadah umrah tanpa masalah. Malah, di situ juga beliau ditakdirkan Allah bertemu seseorang yang akhirnya melorongkan jalan kepadanya mendalami ilmu agama secara lebih serius.

"Carilah Ustaz Abdullah Yasin"

"Sihat, seronok. Rasanya banyak-banyak tempat holiday, that's (Mekah) the best place for holiday. Sampai sana kenal pulak Kak Liza (Norliza, kakitangan syarikat umrah), sayang sangat saya kat dia. Dialah yang bawa (tunjuk jalan) saya jumpa Ustaz Abdullah Yasin," Kak Intan meneruskan ceritanya.

Ustaz Abdullah Yasin adalah seorang sarjana Islam yang giat menaburkan ilmunya, terutama di Lembah Kelang. Beliau juga pengelola kolum 'Bimbingan Solat' dalam majalah Dian.

Menurutnya, yang masih ingat kata-kata Kak Liza, pesanan kakak itu agar dia berhati-hati dengan agama amat memberi kesan kepada hatinya. Daripada situ beliau belajar sedikit demi sedikit. Paling dipegangnya ialah suatu kesedaran baru bahawa perkara yang tidak boleh dibuat rupa-rupanya lebih banyak daripada yang boleh di buat.

"Dia (Kak Liza) pesan, carilah buku hadith Muslim, Bukhari, ikut hadith yang sahih. Dia pun bekalkan beberapa buku. Dia pesan lagi, balik (ke Malaysia) cari Kak Nun. Dia kata Kak Nun akan bawa jumpa satu ustaz, dia kata, Ustaz Abdullah Yasin. Jadi bila balik, dalam keadaan kebesaran Allah (sudah masuk ke dalam hati), bila melangkah balik ke rumah, jumpa suami, tak sabar dah (untuk memulakan perubahan hidup)."

"(Kemudian) jumpa Kak Nun dan Kak Nah, pergi rumah Kak Nah, ada kuliah pasal hadith dan al-Quran tafsir. Dari situlah saya ikut Ustaz Abdullah Yasin, dan saya sukalah Abdullah Yasin, satu ustaz yang lembut, pandai mengambil hati muslimah, ibu-ibu. Dia lemah-lembut, memang memberi (banyak) pengajaran, (terutama) mengenai solat yang betul," ujarnya lagi.

Dari situlah, katanya, beliau belajar al-Quran dan hadith secara serius, selain turut mengikuti kelas pengajian agama dengan Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin secara tetap.

Bila Mat Sabu KENEN Mahathir... kahkahkah...

Posted: 30 Jun 2012 02:43 AM PDT

BILA MADEY TAKUT KENA PENJARA ERTINYA GEROMBOLAN AKAN BUNGKUS!

KOMENTAR TUKAR TIUB
kita tidak akan gunakan isa
kita tidak akan tahan tanpa bicara
kita tidak akan rotan


kita hanya perlukan satu tribunal
untuk melihat segala jenayah mahathir
terhadap rakyat malaysia

1 - jenayah madey terhadap lembaga kehakiman dan perlembagaan
2 - jenayah madey terhadap pembunuhan di mamali
3 - jenayah madey melalui operasi lalang
4 - jenayah madey terhadap sabah - kes kad pengenalan segera
5 - jenayah madey terhadap anak muda mahasiswa


lima bab ini sudah mencukupi
untuk madey dihadapan ke tribunal

NOTA:
yayasan perdana di bawah madey
menjalankan satu tribunal
terhadap george bush dan tony blair
kerana jenayah perang terhadap iraq

maka kita rakyat malayasia wajib
mengadakan tribunal terhadap madey
kerana jenayah terhadap rakyat malaysia
anak semua bangsa!

MAHAFIRAUAN YANG MAHAZALIM

MAHATHIR TAK PERLU RISAU KALAU TAK BUAT SALAH - harakah daily

JENGKA: Mohathir Mohamad tidak perlu bimbang beliau akan dipenjarakan jika Pakatan Rakyat memerintah, kata Timbalan Presiden PAS Muhamad Sabu.

Sebaliknya katanya, mereka yang melakukan kesalahan sahaja yang perlu bimbang kerana bakal diambil tindakan sewajarnya.

"Pakatan Rakyat bukanlah parti berasaskan dendam dan ingin membalas dendam kepada sesiapa," katanya.

Mohamad Sabu berkata demikian ketika berucap kepada penduduk sekitar Jengka dalam majlis ceramah dan perasmian Ibu Pejabat PAS Kawasan Kuala Krau di Nadi Kota dekat sini.

Pakatan Rakyat ujarnya akan berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum warna kulit dan agama.

Kata beliau kebimbangan Mahathir akan dipenjara itu membayangkan bekas perdana menteri itu mulai gerun BN akan kalah dalam dalam pilihan umum ke-13 akan datang.

Sebelum ini, kata Mohamad belum pernah Mahathir melahirkan kebimbangan sebegitu rupa.

Menurutnya lagi, jika Pakatan Rakyat menang dan memerintah beberapa isu besar yang menjadi tanda tanya dan persoal kepada rakyat seperti isu wanita Monggolia yang dibunuh dan di letupkan, Altantunya Saribu akan terjawab.

Isu berkenaan sehingga kini belum terjawab dan masih menjadi persoalan kepada masyarakat dunia kerana kematianya dikatakan mempunyai kaitan dengan pemimpin ahli perniagaan dan politik Malaysia



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.. MADEY KATA DIA TAK TAKUT DI PENJARA... kah kah kah..

kah kah kah...APA ERTINYA CAKAP MADEY INI?.... kah kah kah

woit.. MAKNANYA GEROMBOLAN NAK TUTUP KEDAI.... kah kah ka..

kah kah kah...BILA GEROMBOLAN KEDAI TUTUP...MADEY TINGGAL SEORANG DIRI.... kah kah kah

woit...BILA MADEY KATA TAK TAKUT... ERTNINYA MADEY AMAT TAKUT... kah kah kah..

Brader TT

PANAS: Konsular Mongolia hina Malaysia...

Posted: 29 Jun 2012 11:43 PM PDT

Malaysia lembap kendali kes Altantuya – Pengarah Konsular Mongolia

(Oleh Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 28 Jun: Pengarah Konsular Kementerian Luar Negara dan Perdagangan Mongolia, G Gankhuyag berkata, kerajaan Malaysia lembap dalam mengendalikan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu.



Kenyataan itu dipetik dalam satu wawancara dengan laman web Mongolia, dan versi bahasa Inggeris itu didedahkan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne di sidang medianya di Parlimen semalam.

"Sejak pembunuhan Altantuya, pejabat konsular Kementerian Luar Negara dan Perdagangan, Kementerian Kehakiman dan Dalam Negeri, badan bukan kerajaan dan keluarga (Altantuya) mengikuti perbicaraan.

"Sejumlah dana diperuntukkan oleh kerajaan Mongolia, dan pegawai konsular kita di Thailand datang ke Malaysia kerana kes ini.


Scorpene. Punca kematian Altantuya?

"Malangnya, kita lihat pihak Malaysia sangat lembap (berhubung kes ini). Mereka tidak memaklumkan perjalanan kes ini (kepada kita)," katanya dipetik.

Wawancara asal G Gankhuyag boleh dicapai di sini.

Menurut wawancara itu lagi, sekumpulan wakil rasmi Mongolia akan hadir ke Malaysia untuk terus mengendalikan kes ini dan kerajaan Malaysia telah menyatakan kesediaan menerima mereka.
Beliau juga menyatakan kerajaan Mongolia menawarkan perjanjian kerjasama antara agensi penguatkuasa undang-undang Mongolia dan Malaysia.

Mengulas wawancara itu, Gwo Burne menggesa kerajaan Umno BN bertindak segera dan tidak lagi lembap untuk berkerjasama dengan wakil Mongolia agar hubungan kedua-dua negara bertambah baik.

"Kerajaan juga perlu jelaskan bentuk kerjasama yang akan diberikan sistem kehakiman dan polis kepada wakil dari Mongolia nanti.

"Kita harap kerjasama yang baik dan kesedaran tinggi rakyat berhubung kes ini akan dapat memberi keadilan kepada semua pihak," kata Gwo Burne lagi.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 oleh dua pengawal peribadi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak – ketua inspektor Azilah Hadri, dan koperal Sirul Azhar Umar.

Mereka dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati kerana didapati bersalah pada April 2009.


Ni la orang panggil sokong bawak rebah Najib oii... kahkahkah...

Posted: 29 Jun 2012 08:33 PM PDT

Kassim Ahmad: Anwar patut dihukum gantung

WAWANCARA Mungkin tidak ada intelektual Melayu yang lebih keras sikapnya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Dr Kassim Ahmad.

Di mata Dr Kassim, Anwar seorang ahli politik "lidah cabang", "pengkhianat negara" yang didakwa suka memfitnah dan terus terpalit pelbagai isu, antaranya dakwaan menerima dana asing.

Sebut sahaja nama Anwar, nada sarjana kontroversi itu terus bertukar keras. Beliau malah beberapa kali mengulangi hasrat untuk "meludah", "menggantung", "memancung" dan "menempeleng" ketua umum PKR itu.


"Macam saya kata, Anwar ini saya sanggup gantung sampai mati. Saya sanggup tembak dia sampai sekarang. Jahat punya manusia," kata Dr Kassim ketika mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dalam isu Altantuya Shaariibuu.

Beliau melihat isu hubungan perdana menteri dengan wanita Mongolia itu sebagai "fitnah" Anwar semata-mata.

Dr Kassim juga menambah, pihak berkuasa tidak perlu takut bertindak terhadap Anwar walaupun bekas aktivis mahasiswa itu pandai bercakap kerana dia didakwa sering berbohong.

Belum sempat Malaysiakini menemubualnya di Kulim baru-baru ini, Dr Kassim mengambil kesempatan membacakan surat dalamTheStar yang mengkritik Anwar berhubung kumpulan pemantau asing sewaktu BERSIH 3.0.

Kasta 'ulama' dan pendewaan pada Nik Aziz

Surat itu antaranya mendakwa kumpulan pengumpul fakta asing berhubung sistem pilihan raya di negara ini sebenarnya terdiri daripada kawan-kawan Anwar sendiri.

Dr Kassim turut mengkritik keras Mursidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat. Walaupun tidak jelas apakah maksud sebenarnya, beliau menyebut tentang budaya "feudal ulama" dalam parti Islam itu.

Ahli akademik yang kritis terhadap "kasta" ulama dalam Islam itu juga merasakan Nik Aziz terlalu didewa-dewakan di kalangan pengikutnya.

Terus mengulas kepemimpinan bekas menteri kewangan itu, Dr Kassim berkata, perasaan tidak senang terhadap Anwar dalam Pakatan Rakyat juga boleh dilihat melalui isyarat pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwa sengaja "tersilap lidah" dalam isu perdana menteri bukan Melayu bulan lalu.

Sementara itu, mengulas tindakan rakan seperjuangannya Senator Dr Syed Husin Ali bersama Pakatan, Dr Kassim berkata bekas timbalan presiden PKR itu "cuma terpengaruh".

"Bila Anwar kena buang (daripada Umno dan kerajaan pada 1998), dia bercakap, ribuan datang dengar dia. Lebih kurang dia kata, inilah kebangkitan rakyat. Saya kata masya-Allah, (Adolf) Hitler pun dia kumpul berjuta orang," kata bekas presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) itu.

'Satu lambat, kedua bodoh'

Dr Kassim sebelum ini pernah bersama-sama Dr Syed Husin dalam PSRM. Beliau mengepalai parti kiri itu antara 1966 hingga 1984 sebelum digantikan Kampo Radjo dan seterusnya Syed Husin.

Bagaimanapun, 'perang dingin' Dr Kassim itu mungkin bermula lama dahulu, pada tahun 1986 apabila beliau percaya Anwar merupakan pihak di belakang pengharaman buku kontroversinyaHadis: Satu Penilaian Semua.

Beliau percaya Anwar berpakat dengan "ulama" bagi menekannya walaupun bersetuju "secara prinsip" di peringkat awal.

Dr Kassim juga mendakwa, sekitar 1990-an, cadangan dialognya dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung kandungan bukunya tergendala apabila dihalang oleh Anwar walaupun Dr Mahathir didakwa sudah bersetuju.

Malah, dedahnya, pertemuan pertama kalinya dengan Anwar semasa beliau seorang menteri tidak memberangsangkan apabila bekas pemimpin Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) itu didakwa lewat 45 minit.

"Bila saya masuk, saya cakap. Dia dengar sepatah pun tak cakap. Itu Anwar. Dia takutlah. Dia memang takut. Takut nanti saya catit, (atau) tanya dia apa-apa. Ini saya punya pengalaman dengan Anwar, satu lambat, satu dia macam bodoh," katanya.

Lelaki Ini Lari Melalui Tingkap Tak Mahu Berzina..

Posted: 29 Jun 2012 04:40 PM PDT

Sumber Ibnu Hasyim

Seorang pelajar Yaman yang tinggal di Arizona dipaksa untuk melakukan perzinaan oleh 5 pelajar Amerika Syarikat di apartmennya yang berdekatan dengan kampus tempat ia belajar.

Sebagaimana dilaporkan oleh Al Arabiya 13 Mei 12, lima perempuan itu merupakan teman satu fakulti memasuki apartemen tempat tinggal Isham As Syar'abi.

Mereka berbogel setelah mengunci pintu apartmen untuk menghalangi pelajar Yaman tersebut melarikan diri.

Namun pemuda itu berjaya keluar dari apartmen setelah melompat melalui tingkap biliknya. Setelah keluar Isham segera melapor ke pos keselamatan terdekat hingga pengawal keselamatan itu menangkap 5 pelajar tersebut.

Menurut hasil penyidikan, diketahui bahawa pelajar wanita itu telah berkali-kali mengajak Isham melakukan perzinaan. Namun pemuda Yaman itu menolaknya kerana menurutnya hal itu dilarang oleh agama jika tidak didasari oleh pernikahan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah sikap seorang pemuda Islam tulin, ia tetap mengikuti peraturan yang diperintahkan kepadanya. Ia tetap patuh kepada resepi atau menu oleh pencipta agama yang dianut itu.

Kerana Muhammad SAW, wakil pemberi peringatan penguatkuasaan itu, pernah mengingatkan mengenai 7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan ArashNya (hadiah istimewa dari Allah) di Akhirat, seperti yang dirawikan oleh Abu Hurairah. Rasul SAW itu berkata...

"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.

  • Pemimpin yang adil;
  • Pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT;
  • Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;
  • 2 lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
  • Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;
  • Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;
  • Dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT."
(Riwayat Muslim)

Okey, mari kita hurai sikit..

Satu: Pemimpin atau Imam yang adil.
Ertinya, setiap pemimpin bertanggungjawab atas jagaannya. Ia akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak. Perdana Menteri Malaysia tetap bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi kepada rakyatnya. Senang susah, adil atau zalim (contohnya perlakuan terhadap peserta Bersih 3.0 baru-baru ini), zina buang bayi, segala macam maksiat, dasar pendidikan tempang dan lain-lain.

Oh, seronok sangatlah, kepada pemimpin-pemimpin yang adil, melaksanakan amanah dan hukum Allah SWT ke atas tadbirannya. Ia dapat hadiah ' Perlindungan ArashNya di Akhirat.' Begitu juga pemimpin-pemimpin lain, termasuk suami memimpin isteri atau isteri-isteri, isteri memimpin anak-anak, pimpinan yang diamanahkan tugas kepada mereka. Dan sebagainya.

Dua: Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup atau membesar dalam ibadah kepada Allah. Bukan nanti tua baru nak ibadat. Ibadat dalam ertikata yang luas, ibadat khas dan ibadat umum. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

Tiga: Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

Empat: Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Al-Allah. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda..

"Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah".
Malaikat bertanya: "Nak kemana?"
Dijawab: "Aku mahu menziarah saudara ku… … .."
Tanya malaikat lagi: Untuk apa?"
Lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan."
Ditanya lagi: "Apa hubungan dengan kamu?"
Lalu dijawab oleh lelaki itu:" Tiada apa-apa hubungan."
Ditanya lagi: " Apa budinya kepada kamu?"
Dijawab:"Tiada apa-apa pun." Ditanya lagi:"
Apa tujuannya?" Lelaki itu menjawab:
"Aku mencintainya kerana Allah." Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA."(Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih, atau cinta terhadap seseorang bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

Lima: Lelaki apabila mengingati Allah bersendirian menitis airmatanya.
Hadirnya perasaan takut kepada Allah walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran Allah SWT.

Enam: Seorang lelaki yang dirangsang atau digoda oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: "Tidak! Aku takutkan Allah" (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada Allah dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dariNYA, seperti kisah pemuda di atas.

Tujuh: Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap Allah dan orang lain.

Kesimpulan:

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu. (IH)


Tiada ulasan: