Sabtu, 30 Jun 2012

Addin

Addin


Sinar Harian Perli Rosmah Dan Najib

Posted: 30 Jun 2012 10:21 AM PDT


Akhbar Sinar Harian pula hari ini di lihat mengeluarkan berita yang terang-terang perli Rosmah Mansor. Mungkin Rosmah yang tak sedar diri untuk menyuruh memanggil dirinya first lady sedangkan beliau hanya isteri PM. 

Berbanding pula dengan isteri Presiden Mesir, Naglaa Ali Mahmoud yang hanya digelar Ummu Ahmed.



Isteri Mursi enggan dipanggil wanita pertama

KAHERAH - Isteri Presiden Mesir, Naglaa Ali Mahmoud enggan digelar 'wanita pertama Mesir' sebaliknya lebih selesa dipanggil Ummu Ahmed bermaksud ibu kepada Ahmed iaitu anak lelaki sulung pasangan itu.

Wujud perbezaan di antara Naglaa dan isteri bekas presiden terdahulu, Suzanne Mubarak yang disifatkan sebagai elegan, berpendidikan tinggi dan dari keluarga Britain tetapi dikritik kerana memiliki sifat pentingkan diri, melampau dan suka menguasai  orang lain.Sebaliknya, Naglaa adalah wanita Islam konservatif yang memakai hijab dan tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti ataupun kolej. 

Pengkritik menyifatkan gayanya sebagai lambang kepada kestabilan pimpinan Islam konservatif di  Mesir.Manakala penyokong suaminya berkata, tingkah laku sederhana dan latar belakang wanita itu membangkitkan semangat revolusi dalam demokrasi dan disenangi rakyat."Saya hanya mahu dipanggil isteri presiden. Siapa kata isteri presiden adalah 'wanita pertama?'," katanya. ~sinarharian



Blogger Umno Memang Kaki Spin.. Bukti Terbaru

Posted: 30 Jun 2012 06:01 AM PDT


Kalau dulu orang sering sebut 'Bodoh macam lembu', maka di zaman lembu sudah diternak dalam kondo ni maka pepatah tu nampaknya tak sesuai disebut. Lembu pun dah cerdik la ni.

Tapi ada satu makhluk yang rasanya kalau pepatah tu mahu mahu ditukar maka sesuai sangat dengan makhluk ni, iaitu 'Bodoh macam blogger UMNO'.. apa macam setuju?

Tak cerdik sungguh bila blogger UMNO Kedah menyerang kerajaan negeri kerana kononnya Pusat Pengumpulan Buah-buahan yang dibina di Sungai Petani gagal.. sebabnya tak ada buah yang dikutip.Alahai blogger UMNO, tak ambik tau perkembangan dunia tapi gatai punkok nak tulis. Sewaktu pelancaran pusat pengumpulan tu dulu Menteri Besar dah habag, pusat tu bertujuan untuk atasi lambakan buah-buahan orang kampung.

Kalau orang kampung nak jual takdak sapa nak beli dah sebab harga murah, mai tolak dekat Kedah Agro.Menteri Besar habag juga... tapi kalau ada pihak nak beli lebih tinggi harganya tolak kat depa tu. Kedah Agro cuma nak atasi masalah lambakan. Pahammm... lambakan!?Faktanya pada tahun ini.. hasil buah-buahan di Kedah ni merosot 50 peratus.

Oleh kerana permintaan tinggi maka orang kampung boleh jual dengan harga yang tinggi, tiada lambakan maka orang kampung pun tak perlulah jual murah dekat Kedah Agro. Sebab tuulah Pusat Pengumpulan Buah-buahan tu tak sibuk untuk musim buah tahun nii. Faham?? Bodoh, baghal, unta, kelabu asap!!! (pinjam P.Ramlee).



ALOR SETAR – Pengeluaran hasil buah-buahan di seluruh negeri ini merosot sebanyak 50 peratus.Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Encik Ismail Salleh (gambar atas) berkata, kemerosotan itu disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu dan taburan hujan yang lebih pada tahun ini.

"Rambutan durian dan mempelam adalah antara buah-buahan yang banyak terjejas akibat faktor berkenaan," ujarnya.Menurutnya, dijangkakan harga bagi buah-buahan tempatan lebih tinggi disebabkan bekalan yang terhad."Kita menjangkakan tidak akan berlaku lambakan buah-buahan pada tahun ini," katanya.

~Kedahlanie

Gambar TGNA, PAS Dan PR Di Fitnah Teruk..

Posted: 30 Jun 2012 12:47 AM PDT


Banner-banner provokasi macam nih dah selalu sangat bertebaran hanya bertujuan untuk memburukkan PAS. Namun rakyat yang semakin cerdik dari Umno BN, tahu menilai kebenaran di sebalik tersebarnya banner fitnah macam nih.

Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti pemerintah dan pencacai-pencacainya untuk memenangi hati rakyat walaupun jalan yang di gunakan jalan yang kotor lagi jijik. Namun rakyat yang semakin bijak memberikan komen-komen pedas bekenaan isu nih.

Kat bawah nih print screen dari FB TGNA untuk tatapan umum..




Sumber



Najib Makin Kecut Perut, Orang Kanan Razak Baginda Setuju Beri Kerjasama Perbicaraan Scorpene

Posted: 29 Jun 2012 09:33 PM PDT

Perdana menteri Najib Razak boleh menyembunyikan perasaan gementarnya apabila SUARAM memberitahu bahawa ia telah Berjaya mengumpul lebih RM 200,000 daripada makan malam amal yang telah diadakan pada hari Jumaat. Namun, berita tentang orang kanan yang juga teman rapat Baginda yang telah dipanggil oleh mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam kes pembelian Scorpene yang bernilai RM 7.3 bilion oleh Malaysia dan juga telah berjanji memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan itu telah menjadikan Najib seperti cacing kepanasan.

"Dia telah mengesahkan akan memberi kerjasama kepada kami," kata penyelaras SUARAM, Cynthia Gabriel kepada para tetamu yang hadir pada makan malam tersebut.

Dia merujuk kepada Jalbir Singh Chahl, yang merupakan orang kanan Baginda dalam Perimekar, sebuah firma yang menerima sekurang-kurangnya 114 juta euro atau RM 570 juta dalam bentuk komisen.

Berjalan dengan lancar

Jalbir merupakan saksi pertama yang akan dipanggil oleh hakim di mahkamah Perancis itu sejak perbicaraan dimulakan pada awal April. Menjadi kesalahan di sisi undang-undang di Perancis untuk mana-mana pihak menerima atau menawarkan komisen untuk mencapai perjanjian.

Dua buah kapal Scorpene ini telah dibeli oleh Najib semasa dia menjadi menteri pertahanan dan ia disokong kuat oleh parti pemerintah, Umno walaupun ia ditentang hebat oleh rakyat awam.

Walaupun Najib telah menafikan apa-apa jenayah yang terlibat dalam perjanjian itu, Umno-BN, agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk polis dan SPRM enggan melakukan apa-apa siasatan ke atas kes itu.

Ini memaksa SUARAM untuk memfailkan kes terhadap DCNS di Paris pada tahun 2010, dimana jika didapati bersalah, mereka terpaksa membayar semula wang itu kepada rakyat Malaysia kerana harga yang terlalu tinggi dikenakan akibat daripada rasuah. Ini juga akan memaksa kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan terbuka terhadap tuduhan itu.

"Sedang kita menikmati makanan diatas meja ini, satu sepina telah dikeluarkan terhadap Encik Jalbir Singh Chahl. Kes ini sedang berjalan dengan lancer," kata Cynthia yang disambut dengan sorakan gemuruh.

Kemarahan rakyat dengan korupsi jangan diambil ringan

SUARAM juga telah Berjaya mengumpul lebih RM 200,000 daripada makan malam yang dihadiri oleh lebih 1000 orang. Jumlah itu telah membuktikan bahawa begitu ramai yang memberi maklum balas dan menderma dengan ikhlas untuk membayar yuran guaman dari Perancis dan perasaan mereka terhadap pembelian penuh kontroversi Najib itu.

Bukan sahaja kapal-kapal selam itu didapati tidak sesuai untuk perairan Malaysia, tetapi jumlah rasuah yang besar didakwa telah diterima oleh DCNS daripada pegawai-pegawai Malaysia, termasuk Najib dan Baginda melalui perjanjian itu telah menghairankan rakyat.

Turut terlibat dalam skandal rasuah ini adalah pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dilaporkan dibunuh apabila cuba mengugut Baginda untuk mendapatkan bahagian komisyennya, dan ini mungkin juga telah menjadi penyebabnya.

Dua bekas pengawal peribadi Najib telah dijatuhkan hukuman mati kerana pembunuhan kejam itu, tetapi ramai di Malaysia yang yakin bahawa mereka hanyalah orang suruhan dimana tuannya masih lagi belum tertangkap.

Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis juga telah membocorkan maklumat yang boleh mengaitkan Altantuya dengan perjanjian kapal selam dan ini mungkin boleh memberitahu kita kenapa sebenarnya dia dibunuh.

Siapa selepas Jalbir?

Walaupun majlis makan malam pada hari jumaat berjaya, pegawai-pegawai SUARAM memberi amaran bahawa perbicaraan di Perancis ini baru sahaja bermula dan lebih banyak lagi dana yang bakal diperlukan untuk memastikannya tamat.

Selepas Jalbir, semua akan menunggu bila mahkamah Perancis akan memanggil Baginda, Najib dan menteri pertahanan semasa iaitu Zahid Hamidi untuk memberi keterangan dan bersetuju untuk memberi kerjasama ini demi membersihkan nama mereka terutamanya Baginda dan Najib.

"Kami menyokong apa jua usaha demi membanteras rasuah," kata ketua pengarah SUARAM, E Nalini. ~malaysiachronicle


MB Johor Pasti Ketar Lutut Lihat Gambar-Gambar Nih

Posted: 29 Jun 2012 09:13 PM PDT

Pelakon Hairi Othman serah borang keahlian Pas kepada TGNA
JOHOR BAHRU - Puluhan ribu rakyat Johor membanjiri Dataran Dahlia malam tadi bagi menyertai Himpunan Hijau ke Putrajaya yang turut membariskan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sambutan ini disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai kesediaan PAS untuk membentuk kezahiran bermakna parti Islam itu di Johor dan membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Majlis yang bermula 7 malam dengan solat Maghrib dan solat Munajat dan Tahlil itu turut menyaksikan penyerahan borang menyertai PAS oleh Hairie Othman, pelakun filem Bukit Kepong.Majlis ini menjadi tumpuan kerana sebelum ini isu Bukit Kepong menjadi momokan Umno di Johor kononnya timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyokong Komunis apabila beliau memuji peranan Mat Indera dalam satu ceramahnya.

Ia menjadi sebaliknya apabila pihak yang membuat laporan polis terhadap kes ini memohon maaf kepada Mohamad di mahkamah dan mengaku laporan polis yang beliau buat berdasarkan laporan media Umno iaitu Utusan Malaysia semata-mata.Himpunan Hijau kali ini disertai juga Jamuan Anak Kelantan di Perantauan yang diadakan di Taman Kempas Permai.Turut diadakan adalah jamuan makan malam bersama masyarakat Cina yang diadakan di sebuah restoran terkenal di Danga Bay dekat sini.


Di pentas utama di Dataran Dahlia, anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub;secara rasmi diserahkan kepada Johor kembali apabila Tuan Guru NIk Aziz melakukan upacara penyerahan rasmi itu.Dengan ini, segala berita-berita angin menjadi sahih, Salahudin akan bertanding di Johor dalam pilihan raya umum akan datang dengan diserahkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan kepada Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Para pemerhati politik berpendapat, dengan lambatnya pilihan raya umum membolehkan mementum PAS malam tadi dikembangkan ke seluruh Johor.Ini kerana, jika Pakatan Rakyat mahu ke Putrajaya, sumbangan sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen diperlukan Pakatan dari Johor. ~harakahdaily
















Rupa-Rupanya Sebab Nih DS Nizar Jamaluddin Tidak Pertahan Parlimen Bukit Gantang

Posted: 29 Jun 2012 06:37 PM PDT

IPOH -  Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya umum akan datang bagi memberikan peluang kepada calon Pas lain.Menurut beliau, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan pengalaman sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang selama kira-kira 4 tahun.

"Selepas saya dicalonkan di Pasir Panjang dan menang menentang MIC, saya dilantik menjadi menteri besar selama 11 bulan ekoran kemenangan itu dan ia satu pengalaman yang cukup mencabar.

"Kemudian, menang di Bukit Gantang dan mentadbir di tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) di bawahnya, saya merasakan ini cukup berat kerana Dun Pasir Panjang pun nak jaga dan tiga lagi Dun di Parlimen Bukit Gantang pun perlu ditadbir," katanya kepada Sinar Harian ketika mengadakan kunjungan mesra di Pejabat Sinar Harian Edisi Perak, di sini, semalam.

Hadir sama dalam kunjungan berkenaan, Ketua Penerangan Pas Negeri, Ahmad Nuri Al-Amin; Setiausaha Pemuda Pas Negeri, Salman Salleh dan Penolong Setiausaha Pemuda Pas Negeri, Safarizal Saleh. ~sinarharian


Tiada ulasan: