Sabtu, 23 Jun 2012

shalehudin

shalehudin


Terajang PILOT turun dulu... kahkahkah...

Posted: 23 Jun 2012 11:08 AM PDT

Pakatan Rakyat dah lama bersedia menghadapi PRU...
Sejak 2011 lagi... Dah setahun pun, tapi Najib asyik menunda dan mengelak...

Kahkahkah...


Banyak sangat yang menghalang...
Skandal National Feedlot Corporation (NFC) laa...
Himpunan Bersih laa...
Kes rasuah kapal Selam Scorpene kat Perancis laa...

Najib boleh tunda pilihan raya sampai bila-bila pun dia mahu...
Tak kira lah apa tarikh pun...
Umno tetap akan kalah, Be End tetap akan kena bungkuih...

Kahkahkah...


TERHOT: Berahim Ali menang anugerah SEKSIS... kahkahkah...

Posted: 23 Jun 2012 08:00 AM PDT

Ibrahim Ali, Kelab Isteri Taat 'menang' anugerah seksis

Pernahkah anda membayangkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan Kelab Isteri Taat (OWC) akan merangkul anugerah dalam majlis yang yang sama?

PERKASA adalah sebuah kumpulan pendesak Melayu sementara OWC pula mempromosikan seks 'suci' yang didakwa berasaskan Islam.

Namun petang tadi, kedua-duanya 'diraikan' pada majlis "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012" kerana kenyataan-kenyataan mereka dalam media pada tahun lepas berkenaan hubungan sulit di kalangan pasangan berkahwin.

Ibrahim 'menang' anugerah "Menghina Kebijaksanaan" kerana kenyataannya yang didakwa menyebut "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami." (7 April 2011).

OWC pula 'menang' anugerah "Paling Kurang Membantu Persaudaraan Wanita" kerana pernah dilapor menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah" (28 November 2011).

- Malaysiakini

Inilah laporan yang menyebabkan Utusan kena RM450,000... kahkahkah...

Posted: 23 Jun 2012 04:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar Umno, Utusan Malaysia bersalah memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang dan diperintahkan membayar RM450,000 kepada Lim Guan Eng.

RM200,000 adalah untuk kerosakan yang dibuat oleh akhbar itu manakala RM250,000 lagi adalah kos mahkamah.

Utusan Melaysia dalam laporannya pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB" mendakwa DAP akan menghapuskan DEB.

Lim mendakwa laporan itu tidak tepat kerana yang Ketua Menteri Pulau Pinang itu maksudkan dalam ucapannya adalah pentadbirannya akan menghapuskan 'kroni, rasuah dan ketidakcekapan' dalam polisinya.

Anggota Parlimen Bagan itu menuntut gantirugi kerana tulisan itu seolah-olah mendakwa beliau seorang pemimpin yang tidak bertanggung jawab dan tidak boleh dipercayai.

Walaupun beliau telah membuat beberapa kali penjelasan mengenainya, akhbar Umno itu berterusan membuat dakwaan yang sama, dakwa Lim.

Akibat dari tulisan yang berterusan itu menyebabkan protes demi protes dianjurkan oleh Umno termasuk perhimpunan yang disertai 1,000 peserta di perkarangan bangunan Komtar selepas solat Jumaat pada 14 Mac tahun berkenaan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi pada Disember 2011 lalu juga memutuskan akhbar Umno itu bersalah apabila melaporkan berita bertajuk 'Kebiadapan Guan Eng'.

Mahkamah memutuskan laporan itu secara jahat memalukan Lim Guan Eng dan membuat dia dan DAP dilihat sebagai anti Melayu dan anti Islam. FB

Umno oiii, ni bukan SINGA SARKAS... ini Singapura... kahkahkah...

Posted: 23 Jun 2012 02:14 AM PDT

UMNO OIIII...
Ni bukan SINGA SARKAS...
Ini Singapura...

Kahkahkah...


Hangpa ingat Singapura ni bawah jajahan Malaysia ka?

Tak dak dahhh...
Singapura dah merdeka....


Kahkahkah...

Pemimpin hampa jugakla punya angkara....
Padan muka...

Kahkahkah...

BERSIH 3.0: Pesuruhjaya S'pura dipanggil Wisma Putra


Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ong Keng Yong dipanggil ke Wisma Putra semalam berhubung penglibatan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi itu dalam perhimpunan haram BERSIH 3.0 pada 28 April lepas.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan semalam berkata beliau telah memanggil Ong ke pejabatnya petang semalam untuk menyampaikan rasa tidak senang kerajaan Malaysia berhubung penyertaan ketiga-tiga diplomat itu dalam perhimpunan itu.

Beliau berkata kementerian telah menerima laporan-laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang menjelaskan tentang penglibatan ketiga-tiga diplomat Singapura berkenaan.


"Sebagai menteri luar negeri, saya amat memandang serius perkara ini," katanya.

Dalam pertemuannya dengan Ong itu, Anifah berkata beliau menjelaskan pendirian kerajaan Malaysia mengenai penyertaan secara langsung oleh diplomat dalam perhimpunan haram BERSIH 3.0 sebagai satu langkah yang sama sekali tidak wajar.

"Langkah yang tidak wajar ini sememangnya telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam hubungan antara Malaysia dan Singapura walaupun pada hakikatnya hubungan antara dua negara jiran ini dan rakan baik ASEAN kini kian berkembang," katanya.

Dalam pertemuannya dengan Ketua-Ketua Perwakilan ASEAN di ibu negara pada 11 Jun lepas, beliau membangkitkan isu penglibatan diplomat asing dalam perhimpunan BERSIH 3.0 di mana penglibatan sedemikian dilihat sebagai aktiviti di luar batasan yang boleh memberi persepsi negatif kepada hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dengan negara-negara mereka.

Anifah berkata beliau turut menegaskan kepada Ong bahawa Kementerian Luar tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan diplomatik yang lebih tegas terhadap diplomat yang didapati telah melanggar batasan norma-norma diplomasi yang terpakai mengikut Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 dan undang-undang negara.


Anifah berkata beliau juga telah berhubung dengan rakan sejawatannya K.Shanmugan bagi memaklumkan mengenai pertemuan dengan Ong itu.

"Semasa perbualan telefon yang positif tersebut, menteri luar negeri Singapura dan saya bersetuju untuk terus menggerakkan usaha-usaha konstruktif bagi mempererat lagi hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura," katanya.

Anifah berkata kementerian memahami tanggungjawab Perwakilan Diplomatik yang ada di Malaysia untuk memantau perkembangan di negara ini dan melaporkannya kepada kerajaan masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, para diplomat tetap perlu memberi perhatian kepada sensitiviti bagi menghormati negara tuan rumah dan cara bagaimana negara-negara di rantau ini menjamin hubungan baik antara satu sama lain dapat dijaga demi manfaat bersama.

"Saya juga yakin para diplomat tidak perlu terlibat secara langsung dalam perarakan semasa perhimpunan haram tersebut," katanya.

- Bernama

Errr PM Najib... K Pop tu budaya kita ka?

Posted: 22 Jun 2012 11:30 PM PDT

Oooo... Ni la budaya kita... kahkahkah....


Najib: Debat bukan budaya kita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat.

Katanya debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.

"Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.

"Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.

"Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara petang ini.

(Piiirrraahhhhhh.... penakut punya Piem... kahkahkah....)

Ditanya sekiranya lanjut sekiranya beliau menolak untuk berdebat dengan Anwar, Najib sekadar berkata rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan.

"Saya tak kata apa. Saya kata itu bukan... Yang penting sekarang ini rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan sama ada agenda kita lebih baik atau pembangkang," katanya.

Najib turut berkata, bukan soal debat yang menjadi keutamaan, sebaliknya, maklumat kepada rakyat mesti dikhabarkan.

"Sama ada kemampuan kita laksanakan, tunaikan ataupun pembangkang (yang) lebih meyakinkan rakyat," kata Najib lagi.

PKR S'gor makin serius

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan yang berlaku dalam PKR Selangor, Najib berkata kemelut dalaman yang melanda parti pembangkang itu menunjukkan perbalahan di antara pemimpin parti itu semakin serius.

Bernama melaporkan Najib sebagai berkata rakyat sudah bijak membuat penilaian mengenai perpecahan serius yang melanda kepimpinan PKR Selangor sehingga ada pemimpinnya meletak jawatan secara tiba-tiba.

Menjawab satu soalan, Najib berkata andaian bahawa kemelut PKR itu berpunca daripada masalah individu tertentu dalam parti tersebut kini terzahir secara terbuka.

"Punca itu masing-masing kena buat kesimpulan apa punca perbalahan itu, tetapi nampaknya perbalahan semakin serius," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Malaysiakini


DEYY!! Telinga gua dah berbulu daa... kahkahkah...

Posted: 22 Jun 2012 07:58 PM PDT

Cakap BUM... BAM... BUM... BAM...
Last2 kena pegang lutut Koh Tsu Koon mintak kerusi....

Kahkahkah...

Memang layak la lu ketuai parti kacang hantu tuh....

Kahkahkah...



Kayveas gesa Gerakan berkongsi kerusi

Datuk M. Kayveas menggesa Gerakan untuk melatih pemimpin tertingginya bagi menawan semula Pulau Pinang daripada DAP, berbanding cuba merebut kerusi di Malaysia, mendakwa parti itu tidak lagi begitu aktif sejak pilihan raya 2008.

Presiden Parti Progresif Penduduk itu berkata, pemimpin Gerakan seharusnya "berkongsi" beberapa kerusi mereka dengan PPP demi "kebaikan" Barisan Nasional (BN).

"BN perlu menang. Jika tidak, seperti di Pulau Pinang, mereka tewas ... mereka mahu BN untuk terus tewas berada di setiap kawasan di seluruh negara.

"Jika mereka berfikir seperti itu, ia tindakan kejam, mereka boleh terus simpan kerusi mereka. Tapi jika mereka mahu BN menang, mereka perlu mengemukakan formulanya," katanya dalam satu temuramah khas di sini.

Namun, begas Ahli Parlimen Taiping ini menegaskan keraguan sama ada Gerakan akan menerima cadangan PPP tersebut.

"Kamu tidak menghargai kualiti saya, kamu tidak mahukan bakat saya, pengetahuan saya," katanya.

Kayveas (gambar) turut melabelkan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, sebagai "batu penghalang" kerana sengaja enggan berunding berkenaan pembahagian kerusi, menegaskan beliau tidak mengetahui peranan sebenar pemimpin berkenaan di dalam parti.

"Kamu tidak akan boleh menghubungi beliau, walau sepatah perkataan sekalipun.

"Beliau enggan bercakap. Kita perlu berbincang. Mari berkongsi formula untuk menang. Namun beliau enggan. Saya tidak tahu kenapa beliau berada di sana," katanya.

Kedua-dua PPP dan Gerakan telah berselisih sejak perebutan kerusi Parlimen Taiping di Perak, yang merupakan "pinjaman" kepada PPP untuk pilihan raya 2004 dan 2008.

Sebagai ganti, pemimpin BN telah menyerahkan Gerakan Bukit Gantang pada 2004 dan Gerik pada 2008, kedua-duanya di Perak.

Pada 2008, Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe bertanding di Gerik dan memenangi kerusi tersebut sedangkan Kayveas tewas kepada DAP, Nga Kor Ming yang memperolehi Taiping dengan perbezaan 11,298 majoriti undi.

Sejak itu, Kayveas telah menyuarakan hasrat untuk menyerahkan kerusi Taiping kepada Gerakan namun menggesa parti itu menyerahkan kerusi lain sebagai ganti.

Namun Gerakan dan pemimpinnya, dakwa Kayveas, tidak mengendahkan perkara itu.

"Kami tidak akan berputus asa," katanya. " Tidak adil jika Gerakan mengekalkan semua kerusi mereka. Saya rasa Gerakan perlu menyerahkan kerusi di kawasan yang mereka tidak boleh menang 100 peratus."

Beliau menambah, perkara ini amat penting kerana dilihat "tidak aktif sejak empat tahun lalu."

"Itu masalahnya. Mereka tidak seaktif PPP sebanyak 5 peratus sekalipun sekarang ini. Bagaimana mereka akan berfungsi? Mereka perlu berkongsi. Lihat kepada hasilnya," katanya.

PPP dilihat mengintai empat kerusi Parlimen dan 12 kerusi negeri, berharap untuk menambah wakilnya di Perak, di mana PPP ditubuhkan, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur.

Parti itu telah bertanding di Taiping dan kerusi negeri Pasir Bedamar di Perak pada 2008, namun tewas dan gagal menawan kedua-duanya.

Gerakan turut mengalami kekalahan teruk apabila terpaksa menyerahkan Pulau Pinang kepada pembangkang selepas tewas kepada DAP dan gagal mempertahankan walau satu kerusi pada pilihan raya 2008 di negeri yang dikuasainya sejak 1969 itu.

TMI

Tiada ulasan: