Sabtu, 23 Jun 2012

Addin

Addin


Kem Shahidan Dan Md Isa Bertelagah, Umno Perlis Bakal Tumbang

Posted: 23 Jun 2012 06:07 AM PDT


Bekas Ketua Penerangan Umno negeri berkata, Umno Perlis masih diselubungi perpecahan antara kumpulan Md Isa dan Shahidan.KANGAR: Seorang pemimpin veteran Umno Perlis meramalkan BN akan tumbang dalam pilihan umum ke 13.




Bekas Ketua Penerangan negeri, Datuk Hashim Suboh berkata, pertelagahan sesama pemimpin dan wakil rakyat Umno yang tercetus sejak 2008 belum berakhir."Menteri Besar Datuk Seri Mohd Isa Sabu belum mengambil sebarang langkah untuk merapatkan semula hubungannya dengan pemimpin lain."Beliau harus ingat musuh beliau bukan Shahidan seorang. 

Mana-mana ADUN yang tidak dilantik semula itu adalah musuh-musuhnya."Lagi pun, Mohd Isa seorang pemimpin yang lemah dan tiada kebolehan," kata penyokong kuat bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim.

Kumpulan ShahidanPerpecahan Umno Perlis bermula selepas pilihan raya umum 2008,  apabila Shahidan tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar.Selepas menjadi Menteri Besar, Mohd Isa membuat rombakan kabinet  negeri dengan mengetepikan  penyokong kuat Shahidan.

"Bohong jika mengatakan Umno Perlis kuat," kata Hashim."Jika ada kenyataan seperti itu, sama ada kepimpinan negeri menipu atau pemimpin Pusat tidak mengambil peduli Umno Perlis."Hashim menambah, mesyuarat Umno berkelompok Umno  Kangar baru-baru ini boleh dijadikan ukuran.

"Ketua-ketua cawangan yang datang tidak sampai 50 peratus,  Wanita (60 peratus) manakala Pemuda dan Puteri sekitar 20 hingga 30 peratus."Perlis di ambang kejatuhan," katanya lagi.

Petanda Zambry Kadir Akan Berkubur.. Lihat Banner Nih

Posted: 23 Jun 2012 04:16 AM PDT


Sebelum ini apa yang diwarwarkan Zambry akan bertanding di Parlimen Parit Buntar,, tetapi nampaknya sangkaan itu meleset..Zambry nak mula memperkemaskan kedudukannya di DUN Pangkor...

Apa tujuan Zambry nak pergi berpolitik di kawasan perumahan anggota LLP TLDM,, nak menyelesaikan masaalah apa yang mereka hadapi, mana mungkin... tak masuk di akal... hampir 15 tahun aku dahulu duduk dalam tempat yang sama,, tak pernah ada pun seorang mana-mana ahli politik, tak kira UMNO atau pembangkang yang hadir untuk bertemu pengundi!!!

Nak kata nak selesai masaalah kesusahan anggota, mereka bergaji tetap,, duduk dikuarter secara percuma, cukup selesa,, api dan air tak ada masaalah.., jalan raya cantik.., malah pernah di zaman aku dahulu,,, makna TLDM diubah menjadi (TempatLawatan Dalam Malaysia ).

Sebabnya cantik, kemas dan tersusun suasana dalam pengkalaon tersebut ...Dan yang menjadi paling malang sekali,, apa yang aku dengar,, semua anggota yang tinggal di dalam perumahan Pengkalan TLDM tidak dibenarkan keluar pengkalan pada minggu ini,,, kedatangan atau kehadiran mereka dimestikan atau pun juga diwajibkan...

Tergamak kamu Zambry nak menyusahkan anggota TLDM untuk kepentingan politik kamu... tunggu sahaja pada PRU 13 nanti,, siapa yang akan jadi calon untuk mengalahkan kamu dari arena politik Malaysia... Tungguuuuu... ,,, ~manjungmari


Bersih 3.0, Diplomat Asing Diberi Warning

Posted: 22 Jun 2012 09:23 PM PDT

Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ong Keng Yong dipanggil ke Wisma Putra semalam berhubung penglibatan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi itu dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lepas. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata, beliau telah memanggil Keng Yong ke pejabatnya petang semalam untuk menyampaikan rasa tidak senang kerajaan Malaysia berhubung penyertaan ketiga-tiga diplomatnya dalam perhimpunan itu.

Beliau berkata, kementerian telah menerima laporan-laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang menjelaskan tentang penglibatan ketiga-tiga diplomat Singapura berkenaan.

"Sebagai Menteri Luar Negeri, saya amat memandang serius perkara ini," katanya.

Dalam pertemuannya itu, Anifah berkata, beliau menjelaskan pendirian kerajaan Malaysia mengenai penyertaan secara langsung oleh diplomat dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 sebagai satu langkah yang sama sekali tidak wajar.

"Langkah yang tidak wajar ini sememangnya telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam hubungan antara Malaysia dan Singapura walaupun pada hakikatnya hubungan antara dua negara jiran ini dan rakan baik Asean kini kian berkembang," katanya.

Dalam pertemuannya dengan Ketua-Ketua Perwakilan Asean di ibu negara pada 11 Jun lepas, beliau membangkitkan isu penglibatan diplomat asing dalam perhimpunan Bersih 3.0 di mana penglibatan sedemikian dilihat sebagai aktiviti di luar batasan yang boleh memberi persepsi negatif kepada hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dengan negara-negara mereka.

Anifah berkata, beliau turut menegaskan kepada Keng Yong bahawa Kementerian Luar tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan diplomatik yang lebih tegas terhadap diplomat yang didapati telah melanggar batasan norma-norma diplomasi yang terpakai mengikut Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 dan undang-undang negara.

Anifah berkata, beliau juga telah berhubung dengan rakan sejawatannya K.Shanmugan bagi memaklumkan mengenai pertemuan dengan Keng Yong itu.

"Semasa perbualan telefon yang positif tersebut, Menteri Luar Negeri Singapura dan saya bersetuju untuk terus menggerakkan usaha-usaha konstruktif bagi mempererat lagi hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura," katanya.

Anifah berkata, kementerian memahami tanggungjawab Perwakilan Diplomatik yang ada di Malaysia untuk memantau perkembangan di negara ini dan melaporkannya kepada kerajaan masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, para diplomat tetap perlu memberi perhatian kepada sensitiviti bagi menghormati negara tuan rumah dan cara bagaimana negara-negara di rantau ini menjamin hubungan baik antara satu sama lain dapat dijaga demi manfaat bersama.

"Saya juga yakin para diplomat tidak perlu terlibat secara langsung dalam perarakan semasa perhimpunan haram tersebut," katanya dipetik Bernama. ~sinarharian


Rupa-Rupanya Sebab Nih Ketua Pemuda MCA Hentam Pengerusi SPR

Posted: 22 Jun 2012 09:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Manifesto pilihan raya adalah satu dokumen umum tentang dasar dan matlamat sesebuah parti politik, bukannya sesuatu yang di luar jangkaan untuk tidak boleh dibentangkan secara langsung di televisyen.Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata sekiranya debat antara pemimpin politik yang lebih kompleks sifatnya dibenarkan bersiaran secara langsung, mengapa pendekatan serupa tidak boleh digunakan dalam pembentangan manifesto.



"Bagi saya apa bezanya, kalau kita boleh buatnya secara langsung mengapa tidak. Kalau kita tengok, debat antara (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dan (Presiden MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek boleh dibuat secara langsung, kenapa tidak boleh dibuat pada manifesto.

"Jadi, kalau manifesto adalah satu dokumen di mana menghalkan soal perjuangan dan apakah penekanannya, saya tidak nampak kenapa perlu dibuat secara rakaman, kecuali dia (parti politik) ada tiga atau empat set manifesto, itu saya tidak tahu," katanya mengulas keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan setiap parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan geran akademik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada 50 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina di Sekolah Menengah Persendirian Chung Hwa di sini, Sabtu.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam temu bual bersama Bernama dan RTM semalam dilaporkan berkata ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.

Menjadikan Kejohanan Bola Sepak Piala Eropah (EURO 2012) yang sedang berlangsung sebagai contoh, Wee, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata sebagaimana perlawanan bola sepak, masyarakat juga mahu setiap maklumat termasuk pembentangan manifesto dapat disakskan secara langsung."Semua orang hendak mendengar dengan cepat, ghairah nak tahu sesuatu yang pada saya ini adalah citarasa rakyat dan seperti kita menonton perlawanan bola sepak, sehingga ada yang sanggup bangun pukul 2.45 pagi semata-mata untuk tengok secara langsung, walau ada yang kata, kenapa tidak tunggu awal pagi esok saja untuk siaran ulangan," katanya.

Berhubung pemberian geran akademik, beliau berkata pelajar berkenaan masing-masing menerima RM15,000 setahun bagi tempoh tiga tahun pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di dalam dan luar negara.Pemberian geran akademik tersebut merupakan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertujuan mewujudkan peluang kepada generasi muda untuk menerokai dan membangunkan potensi diri mereka.-BERNAMA

Tiada ulasan: