shalehudin |
- PANAS!! Panas!! Umno semakin PANAS... kahkahkah...
- Lain macam ja alasan Rafizi nih.. hehe...
- HOT: Malasia jadi tumpuan DUNIA 5 Julai nanti...
- ANEH: Dr Asri tau apa yang Rosmah tak tau?
- Ni apa kejadahnya pulak nie?
- VIDEO HANGAT: Bangang tercipta untuk Umno...
- TERHOT: FATWA Hj Hadi yang Umno sakit hati... hehe...
PANAS!! Panas!! Umno semakin PANAS... kahkahkah... Posted: 21 Jun 2012 09:00 AM PDT Umno Semakin Panas Kepala! Oleh Mohd Sayuti Omar Berputar-putar kepala pemimpin dan pakar strategis Umno mencari mangsa untuk dilahap bagi mengenyangkan perut busuk menjelang pilihan raya umum ke 13. Tektik memburukkan peribadi telah mengambil alih politik kekerasan dan samseng yang telah dicubakan sebelum ini di beberapa buah negeri. Umno menyedari politik kekerasan dan mafia sudah tidak laku lagi. Politik hutan rimba itu ditolak oleh rakyat khasnya generasi muda. Ternyata beberapa siri ugutan, mengkhianati harta benda pemimpin Pakatan Rakyat seperti memancitkan tayar kereta, merosak premis, lontar batu dan sebagainya tidak memberi bekas kepada pembangkang. Malahan makin dilakukan ugutan, kekasaran, semangat orang ramai yang simpati kepada pembangkang makin meninggi. Pemimpin pembangkang pula seakan tidak sedikitpun pedulikan kepada politik mafia itu. Anwar, Husam dan Azmin terus diserang. Umno jadi mati akal dan buntu. Kerana itu Umno menukar tektik menyerang peribadi pula. Mereka cerita dan membuat fitnah. Skrip-skrip kejahatan ditulis kemudian dilakonkan. Satu demi satu para pemimpin pembangkang yang berpotensi diserang hendap. Kisah-kisah lama, termasuk laporan dan siasatan SPRM ke atas pemimpin Pakatan dibuka kembali seluasnya dengan penuh dramatik dan terancang. Orang yang sebelum ini dipergunakan menjadi alat dan 'mengurikan' diri, diugut atau diberi upah atau menyuarakan semula segala kisah-kisah dan cerita rekaan itu. Tindakan ini menyebabkan sesetengah orang yang menjadi alat sakit dan mengalami tekanan jiwa kerana terpaksa melakukan sesuatu kejahatan bukan atas kerelaan mereka menjadi semakin sakit jiwa serta ada yang bermenung panjang di malam hari membawa ke dini Subuh. Kisah timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang kononnya memiliki kekayaan berjuta-juta ringgit dengan memiliki saham diungkit semula. Digunakan darah daging Azmin sendiri untuk membusukkan dan menjatuhkan reputasi Azmin. Kes itu sudah pun selesai 17 tahun lalu dan seharusnya tidak ada lagi mulut dan ***** gatal menyebutkannya dan mengenyehkan kisah itu. Celakanya orang-orang yang dulunya dapat membeli rokok dengan wang Azmin turut menjadi juara dan saksi utama. Tetapi kerana kebutuhan perut, memerlukan wang untuk membeli gincu dan bedak untuk mengkosmetikkan wajah agar cepat dipinang ia dilakukan. Orang ini terpaksa sanggup menungging punggung kepada anggota keluarganya sendiri dan hilang rasa hormat dan peribadi seorang perempuan demi itu semua. Dia memerlukan kosmetik bagi 'menjangokkan' dirinya agar tidak selamanya menjadi anak dara tua yang tidak pernah tersentuh. He he... Apabila ada orang sanggup membuka aib orang lain dan menyuburkan fitnah, maka ia disambut oleh media penjilat buntut. Media itu pun melalaklah memperbesarkan cerita sudah selesai itu. Wartawan dan pengarang di media berkenaan pun menjadi naif senaif-naifnya bukan saja melangkah etika kewartawanan tetapi menunjukkan diri seolah-olah bodoh kerana menyiarkan cerira basi. Minda kewartawanan juga jatuh melerek ke dalam car - longkang kerana ditekan dari atas ataupun kerana ketiadaan kekuatan diri. Jika media berkenaan ada maruah mereka tidak akan memainkan isu yang sudah lapok itu dan tamat itu. Sebelum ini ia sudah runyai dan hanyir memainkan isu berkenaan. Tetapi ternyata orang yang hendak dijadikan mangsa, Azmin Ali tidak juga hancur. Kebenaran tetap akan ampuh meskipun sebesar mana kepalsuan dan fitnah yang direkakan. Maruah wartawan dan media berkenaan juga hancur lebur. Isu Azmin memiliki kekayaan sudah pun reda. Umno pening kepala dan gagal untuk mengerutukan kepala rakyat. Rakyat tidak sedikit pun mempersoalkan integriti Azmin dengan pendedahan semula perkara itu sebaliknya rakyat meludah kahak kepada media PB itu. Betapa ia didedah penuh dramatik tetapi orang ramai tidak mempercayainya. Azmin bukan dicemuh tetapi rasa simpati dan sokongan moralnya menjadi semakin hebat lagi. Beliau sendiri tentunya akan jadi bertambah semangat untuk menentang kemungkaran dan kejahatan yang dihalakan kepadanya. Selepas Azmin tidak berjaya dimakan dan diganggu mindanya, Umno berpaling pula kepada Anwar Ibrahim. Tidak habis-habis Umno meliwat Anwar dari depan dan belakang. Ada kalanya isu berulang-ulang dimainkan. Semua orang digunakan untuk memalu dan menghancurkan Anwar. Pembalasan terhadap Azmin dan Anwar ini bergilir-gilir kerana Umno melihat nyawa dan roh PKR terletak di dalam diri kedua manusia ini. Kaki pukul, kaki betina, ibu ayam, perempuan sundal digunakan. Dari jenis orang seburuk-buruk moral hingga kepada orang yang berdarjat tinggi sampai ke bekas Perdana Menteri diguna atau pun ikut menjadi tuku, gergaji, sesiku, pahat dan sebagainya untuk memusnahkan Anwar. Yang belum digunakan ialah raja dan sultan. Tidak mustahil juga kalau terdesak dan Umno boleh mempengaruhi sultan dan raja, akan ada raja dan sultan gila bertitah agar menolak Anwar atau menolak Pakatan Rakyat? Isu atau modal terbaru untuk memburukkan Anwar ialah kononya Anwar mengawal akaun induk semasa menjadi menteri kewangan dulu bernilai RM3 billion. Sepatutnya cerita ini tidak diungkitkan lagi kerana umum sudah tahu apa dan mengapa sebab cerita itu didedahkan dalam Utusan Malaysia. Orang waras dan sempurna akalnya tidak akan sentuh lagi kerana ia sudah selesai. Isu ini sudah pun dibincang hangat 13 tahun lalu dan sudah pun ditutup oleh SPRM? Tetapi kerana pemikiran Umno tidak stabil, kepalanya berasap kepanasan maka isu ini terus diungkit. Ia akan dibangkit selagi Anwar ada di atas dunia ini. Tindakan ini juga menunjukkan Umno sudah kehabisan modal dan kekeringan idea untuk menjahanamkan Anwar. Segala formula dan teori jahiliah digunakan namun ia tetap menghampakan. Sudah habis ikhtiar dilakukan tetapi rakyat tetap menyokong dan menyokong Anwar. Selain Azmin dan Anwar, Umno juga turut mengintip dan menyerang Naib Presiden Pas Husam Musa menerusi media massanya. Hari ini geger di media massa PB yang kononnya berlaku penyelewengan dalam syarikat Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd yang menguruskan dinar dan dirham di Kelantan. Direkakan cerita kononnya berlaku penyelewengan menyebabkan berpuluh juta pembelian dinar dan dirham oleh KGT hilang. Husam dituduh bertanggungjawab dan menuntut menjelaskan apa yang berlaku. Untuk menampakkan tuduhan itu sebagai real diwujudkan orang-orang yang hanya ada nama tetapi tidak ada anggota (hantu) kononnya tertipu atau ditipu oleh syarikat pengurusan dirham dan dinar itu. Husam telah pun membuat cabaran supaya tuduhan itu dibuktikan. Beliau meminta agar orang yang mendakwa ditipu itu tampil ke hadapan. Sehingga menjelang Maghrib ini orang yang dimaksudkan masih belum tampil lagi. Sebenarnya orang sudah faham apa yang dilakukan atau pun didedahkan oleh media PB yang memetik dari laporan sebuah blog itu. Ia bukan kebenaran tetapi ilusi bloger berkenaan yang berdendam dan sakit hati berulam jantung dengan Husam. Seribu cerita boleh dilakukan untuk memburukkan Husam khasnya dan kerajaan Kelantan amnya. Kerja sebegitu tidak perlu dirasakan hairan dan pelik kerana sebelum ini bloger itulah juga yang menukar skrip dan membuat suntingan untuk memuji Husam menjadikan Husam sebagai ratu Cik Siti Wan Kembang. Jadi kalau hari ini dia jadi sebaliknya tidak pelik kerana kerja-kerja menulis skrip dan suntingan itu yang memerlukan upahan (hingga mencecah ribuan ringgit) boleh dipindah hanya dengan menekan butang di keyboard sahaja. Kesimpulannya isu-isu peribadi yang ditimbulkan oleh media PB atas arahan Umno itu kenapa menjadi pilihan mereka kerana orang yang mereka serang itu adalah wira dan master mind di dalam perjuangan (PR) hari ini. Sudah semestinya untuk mengekang kemaraan Pakatan Rakyat mereka harus memusnahkan para nakhoda dan panglima ini terlebih dulu. Bila panglima ini cedera atau pun tempang maka mudahlah untuk mereka menguasai negeri kerana para awak-awak yang tinggal tidak sukar untuk mereka musnahkan. Jerkah pun para awak-awak itu akan lari, tetapi tidak dengan nakhoda-nakhoda ini. |
Lain macam ja alasan Rafizi nih.. hehe... Posted: 21 Jun 2012 08:30 AM PDT Rafizi letak jawatan dalam k'jaan S'gor Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini meletak jawatan dalam kerajaan negeri Selangor, atas alasan beliau perlu berehat. Mengumumkannya di Twitter, Rafizi berkata keputusannya untuk meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor "tiada sebarang dimensi politik". "Semua pertanyaan selepas ini hendaklah ditujukan kepada kerajaan negeri atau (penasihat ekonomi Selangor), Datuk Seri Anwar Ibrahim... "Letak Jawatan adalah perkara biasa. Saya perlu berehat. Sekarang saya buat dua tugas, siang di kerajaan negeri malam parti. "Penat Ramadan juga sudah berhampiran, (saya mahu) memberi tumpuan kepada ibadat," kata Rafizi. Rafizi menambah beliau pada mulanya merancang untuk memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja, dan kini adalah "masa untuk melangkah ke hadapan". Bagaimanapun, waktu Rafizi memilih untuk mengumumkan keputusannya meletak jawatan tersebut menarik perhatian ramai. Mereka yang mendakwa ahli PKR yang melancarkan perang terbuka terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berpandangan bahawa ianya ada kaitan dengan kemelut tersebut. Malah, Twitter @PecatFaekah, yang dikendalikan oleh mereka yang menyokong Pengerusi Perhubungan Majlis Pimpinan Negeri, Azmin Ali menganggap peletakan jawatan itu mungkin disebabkan wujud perbezaan Rafizi dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. - Malaysiakini |
HOT: Malasia jadi tumpuan DUNIA 5 Julai nanti... Posted: 21 Jun 2012 05:35 AM PDT 5 Julai tarikh untuk pembunuh-pembunuh Altantuya Perhatian dunia kini bertumpu kepada perbicaraan Mahkamah Rayuan yang dijangka diadakan pada bulan depan iaitu 5 Julai, di mana bekas pengawal peribadi Najib Azilah Hadri telah memfailkan alasan baru bagi rayuannya terhadap hukuman mati kerana membunuh warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Altantuya yang berusia 28 tahun dikatakan pernah menjadi kekasih kepada VVIP negara in telah dibunuh di Malaysia pada tahun 2006 dan walaupun mahkamah Malaysia enggan mengenal pasti motif untuk membunuh dirinya, kebanyakan mereka yang mengikuti kes itu percaya ia adalah kerana dia mempunyai maklumat berkaitan dengan pengambilalihan Scorpenes. Azilah, Ketua Inspektor pasukan polis Malaysia, dan Koperal Sirul Azhar dihukum gantung pada tahun 2009 kerana membunuh dia dalam hutan dan kemudian mengebom tubuhnya dengan bahan letupan C4 untuk mencegah pengenalannya. Kedua-dua merupakan bekas polis dan pengawal peribadi kepada Najib dan isterinya Rosmah Mansor. Rayuan mereka akan didengar pada 27 dan 28 Ogos. Baginda yang juga didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu telah dibebaskan dan ia telah menjadi kontroversi, menyebabkan bantahan rakyat kepada kerajaan secara besar-besaran dan badan kehakiman yang cuba menutup jenayah itu. |
ANEH: Dr Asri tau apa yang Rosmah tak tau? Posted: 21 Jun 2012 02:46 AM PDT Asri: PRU tidak mungkin ketika musim haji Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yakin Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan diadakan ketika musim haji bagi mengelakkan implikasi dan kesan politik ke atas parti yang memerintah. Malah kata Asri, beliau juga yakin bahawa parti yang memerintah tahu akan kesan buruk atau sengaja mencari isu jika memanggil PRU13 ketika musim haji. PRU13 peringkat Parlimen akan diadakan apabila Perdana Menteri memutuskan untuk membubarkan Parlimen. PRU13 dijangka diadakan selepas sambutan Aidilfitri. Musim haji tahun ini akan bermula pertengahan September. Malaysia pernah mengadakan PRU pada musim haji. "Saya tidak fikir kerajaan akan mengadakan pilihan raya," kata Asri kepada Sinar Harian Online ketika ditanya sama ada beliau yakin PRU13 akan diadakan ketika musim haji sebagaimana dikhuatiri oleh parti pembangkang khususnya Pas baru-baru ini. "(Disebabkan) mereka bimbang, mereka melontarkan isu berkenaan, tetapi saya rasa tidak begitu (tidak akan diadakan PRU13)," kata beliau yang sentiasa mengikuti dengan dekat, menganalisis dan mengulas isu-isu semasa berkaitan dengan politik. Ahli akademik Universiti Sains Malaysia ini juga berkata, tindakan mengadakan PRU semasa musim haji seakan "sengaja solat di tempat orang lalu lintas." "Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas. "Hal ini disebut oleh pelbagai ulama seperti al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya Fathul Bari," katanya. Asri juga berkata, orang yang sengaja memilih tempat lalu lintas itu yang berdosa. "Ulama hendak memahami dan melihat hukum pada dimensi yang lebih luas," katanya. - Sinar Harian |
Posted: 20 Jun 2012 11:23 PM PDT Patutlah Kerajaan BN beria ia nak adjust pesara umur 55 adjustkan ke umur 60 baru boleh merasa wang simpanan.... Rupa-rupanya wang tak ada!! Weeii wang kami mana? Leh jawab dengan jujur tak? |
VIDEO HANGAT: Bangang tercipta untuk Umno... Posted: 20 Jun 2012 08:00 PM PDT Isu 3 Billion, Terdiam Semua Ahli Parlimen Umno Ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di parlimen sebentar tadi, Anwar Ibrahim diganggu oleh suara-suara dari beberapa MP Barisan Nasional dengan jeritan "RM3 bilion, RM3 bilion! Anwar lantas memaklumkan Speaker untuk memberi laluan dan mencabar Ahli Parlimen BN itu membangkitkan isu RM3 bilion itu supaya beliau dapat menjawab di Parlimen. "Sila-sila…Sila bangun Yang Berhormat. Bangkitkan isu ini. Saya cabar kepada Yang Berhormat semua," cabar Anwar. Tetapi setelah dua kali diulang, tiada seorang pun berani bangun atau menyahut cabaran tersebut. Nampak tak betapa pemimpin dan ahli umno ni hanya pandai sebar fitnah dan mereka-reka cerita untuk memburukkan Anwar, tapi bila dicabar depan-depan tak pulak berani bukak mulut. Isu 3 Billion ini sengaja dibangkitkan untuk memburuk-burukkan Anwar Ibrahim, padahal isu ini sudah ditutup pada 2009 oleh BPR ( SPRM kini) sendiri,tuduhan itu tidak berasas berdasarkan pengakuan bersumpah bekas pengarah siasatan badan itu, Abdul Razak Idrus (gambar bawah). Jelaslah bahawa puak-puak umno ini tidak punya asas dalam menuduh, apa yang mereka mahu lakukan ialah semata-mata menyebar fitnah. mari lihat video dibawah. Sumber: tukanglawan |
TERHOT: FATWA Hj Hadi yang Umno sakit hati... hehe... Posted: 20 Jun 2012 05:36 PM PDT Sekiranya kita perjuangkan melayu, belum tentu Islam akan selamat, tetapi jika kita perjuangkan Islam, Melayu akan selamat, Cina akan selamat, India akan selamat ... semua rakyat akan selamat. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan