Khamis, 21 Jun 2012

Addin

Addin


Gambar Blogger APA Yang Di Tumbuk Papagomo

Posted: 21 Jun 2012 10:20 AM PDT


Inilah gambar blogger pro Umno APA yang di tumbuk oleh Papagomo (rujuk sini). Kami blogger Pakatan Rakyat takde lah sampai nak bertumbuk.


Inilah bezanya apabila berjuang kerana duit, dengan berjuang kerana menegak kebenaran. Lagipun dalam Umno memang meminati budaya samseng.  Tak percaya tanya Hang Kebun. Alhamdulillah, perselisihan faham kami di selesaikan secara berhikmah.

Gambar Blogger APA Yang Di Tumbuk Papagomo

Posted: 21 Jun 2012 08:26 AM PDT


Inilah gambar blogger pro Umno APA yang di tumbuk oleh Papagomo (rujuk sini). Kami blogger Pakatan Rakyat takde lah sampai nak bertumbuk.


Inilah bezanya apabila berjuang kerana duit, dengan berjuang kerana menegak kebenaran. Lagipun dalam Umno memang meminati budaya samseng.  Tak percaya tanya Hang Kebun. Alhamdulillah, perselisihan faham kami di selesaikan secara berhikmah.

Rafizi Ramli Letak Jawatan Di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor

Posted: 21 Jun 2012 04:56 AM PDT


Nih berita dari twitter Rafizi Ramli sebentar tadi, namun kesahihan berita  nih masih belum dipastikan lagi. Jawatan yang di sandang oleh beliau sekarang sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan Pengarah Strategik PKR. Berikut adalah twitter beliau..

 
Rafizi Ramli ‏@rafiziramli
Saya tlh beri notis letak jawatan dr Pej Penasihat Ekonomi Slngor. Sbrg pertanyaan mengenai ekon Sel dll ruj KNegeri atau
anwaribrahim
Jikalau benar, diharapkan isu nih tidak menjadi polimek dalam PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Sumber

Kenapa Ceramah Anwar Ibrahim Tidak Dapat Sambutan?.. Dimana Silapnya

Posted: 21 Jun 2012 12:36 AM PDT


Ramai sahabat pembaca menghantar mesej kepada MiLo SuaM bertanya benarkah ceramah Anwar Ibrahim di Stadium Sabak Bernam kelmarin tiada sambutan?

Ini berikutan blogger-blogger Umno menyebarkan gambar-gambar berikut di blog-blog mereka. Menurut mereka orang Sabak Bernam sudah tidak percaya dengan Anwar Ibrahim.

Kalau dilihat daripada gambar-gambar ini memang lengang, tak ramai orang yang datang ceramah Merdeka Rakyat, yang diadakan di Stadium Mini Sabak Bernam, Selangor itu [Sumber].



ReJaM© telah menghubungi salah seorang sahabat blogger Edyesdotcom bertanyakan tentang hal ini. Menurut beliau pula, ramai hadir di ceramah tersebut sekitar 3,000 orang.

Keadilandaily pula menganggarkan sekitar 2000 orang hadir di ceramah tersebut. Sebagai bukti, Edyesdotcom menghantar gambar-gambar berikut.



Meskipun ceramah ini diadakan di hari bekerja (malam Rabu), namun sambutan sangat menggalakkan, menyaksikan orang ramai duduk di atas rumput stadium untuk mendengar ceramah.



Bezakan antara dua gambar pertama dan dua gambar-gambar berikutnya, barangkali blogger Umno ambil gambar ketika ceramah sudah selesai. Pelik bin hairan, benda macam ni pun nak menipu, macamlah pengguna internet hari ini tak pandai cari maklumat.


Artikel di cilok dari ~ milosuam

Penganut Hindu Berang Bendera BN Di Kibarkan Di Kuil

Posted: 21 Jun 2012 12:00 AM PDT


Ketua Kuil Sri Mariamman Taman Dusun Nyiur, Seremban, Negeri Sembilan, Enchik Alagesan, seorang ahli MIC telah mengibarkan bendera BN untuk kepentingan sendiri.

Ia bertujuan untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya kaum India di Negeri Sembilan, menyokong kuat padu kepada UMNO/BN dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Gelagat dan kisah ini membuatkan penduduk tempatan khususnya yang beragama Hindu naik marah.

Mereka secara lantang dan tegas menyatakan, apa yang dibuat dan dilakukan oleh penganut MIC/BN ini tidak menepati citarasa dan amalan agama mereka..

Setelah berlaku sedikit pertengkaran mulut antara Ketua Kuil Hindu Sri Mariaman Taman Dusun Nyiur dengan penduduk tempatan, akhirnya bendera-bendera BN diturunkan dengan serta merta. ~omakkau

Addin :

Kandang lembu tak mau naikkan bendera BN?

Prof. Diraja Ungku Aziz Ucap Syabas Kepada Dr. Mujahid Yusuf Rawa.. Apa Hal Pulak Ni?

Posted: 20 Jun 2012 11:08 PM PDT


Tak semena mena Prof Di Raja Ungku Aziz tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara mengucapkan syabas secara terbuka kepada Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam salah satu postingnya di Facebook.

Ucapan tersebut dibuatnya atas satu laporan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini tentang isu Negara Islam yang berjaya diseliakan dengan baik oleh Dr. Mujahid dalam debat yang dikatakan menjadi panas apabila wakil dari MCA menyerang Hudud dan mempersoalkan isu murtad.


Ucapan syabas ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa Prof Ungku Aziz menyetujui hujah hujah yang bernas yang lahir dari Dr. Mujahid dan merupakan pengiktirafan kepada usaha penerangan Islam kepada non muslim.

Sila baca artikel yang dimaksudkan terus dari sumbernya - malaysiakini

Nota :

Selama puluhan tahun dalam persekongkolan, ameno memang gagal mutlak dalam memberikan penerangan berkaitan Islam kepada sekutunya.

Ameno menjadi punca kenapa non muslim gagal untuk memahami Islam melainkan Islam hanya difahami sebagai Agama Persekutuan.
Ameno jugalah yang menjadi biangnya sehingga non muslim berani untuk mempertikaikan Islam secara terbuka sedangkan dalam Islam, kita juga diajar untuk menghormati agama orang lain.

Sungguh benarlah para cerdik pandai sudah kian terbuka untuk memberi sokongan.

Ameno kian membusuk sampai ke usus atau dalam bahasa geografinya .. bangkai bernyawa .. kah kah kah kah

~ debik kremic


Artis Popular Nih Bakal Bertanding Tiket PAS

Posted: 20 Jun 2012 08:10 PM PDT

Penglibatan artis atau selebriti dalam dunia politik bukanlah satu fenomena yang baru. Namun sejak kebelakangan ini ianya menjadi perdebatan hangat apabila artis muncul di pentas politik pembangkang. Bagi sesetengah pihak ianya perkara yang pelik, tidak pula menjadi pelik apabila artis berada di pentas kerajaan. Situasi ini sedikit sebanyak dirasai seorang penyanyi bersuara merdu yang cukup popular dengan lagu Janji Manismu, Aisyah. Beliau kini mengakui ada kepuasan bila berada di dalam jemaah yang berpendirian sama, PAS.

Bagaimanapun semenjak beliau mula mendekati PAS, pelbagai persepsi timbul malah ada yang mengatakan beliau antara yang akan bakal bertanding atas tiket PAS dalam PRU nanti. Sejauhmana kebenaran itu? Ikuti temubual Wartawan Harakahdaily, SALMIYAH HARUN dengan Wan Aishah.

1. Bagaimana perasaan Saudari setelah duduk di dalam PAS berbanding sebelum ini? Seronok?

Menyertai PAS bukan untuk berseronok tapi untuk membantu dalam perjuangan meletakkan Islam sebagai 'priority' dalam kehidupan rakyat. Ianya satu cabaran yang besar. Saya cuma boleh bantu apa yang termampu tapi ada satu kepuasan bila berada di dalam jemaah yang berpendirian yang sama.

2.Macam mana perhubungan saudari dengan rakan-rakan artis yang lain, adakah mereka memandang serong selepas saudari masuk PAS?

Setakat ini saya macam biasa sahaja dengan rakan-rakan artis, kalau mereka pandang serong itu tidak jadi masalah kepada saya. Kita semua ada pendirian dan pandangan masing-masing. Yang penting ada rasa hormat antara satu sama lain .

3.Saudari berucap di Perhimpunan Hijau ada 1 Jun lalu, bagaimana perasaan saudari ketika itu?

Saya sangat terharu bila berada di perhimpunan hijau tempoh hari, betapa ramainya penyokong yang membanjiri stadium. Rakyat yang datang dari setiap pelusuk negara, pengorbanan mereka untuk sampai ke perhimpunan itu tanpa dibayar malahan dengan duit mereka sendiri.

Walaupun ramai dari kalangan mereka bukannya datang dari golongan berada. Saya juga terharu diberi penghargaan untuk bercakap. Menunjukkan PAS adalah parti politik yang progresif dan tidak mengamalkan kronisme.

4.Sejak saudari berada di pentas PAS, ada tak tawaran dari pimpinan PAS untuk saudari bertanding dalam PRU nanti?

Setakat ini belum ada tawaran rasmi dari PAS Pusat untuk saya bertanding dalam PRU.

5.Jika saudari diberi peluang bertanding, kawasan manakah saudari mahu?

Saya belum terfikir sampai ke tahap itu.

6.Khabar angin mengatakan Saudari bakal bertanding di Jempol. Betul ke?

Saya pun tidak tahu dari mana datangnya cerita saya hendak bertanding di Jempol. Ianya tidak betul kerana saya tidak dapat apa-apa tawaran rasmi dari PAS.

7.Ditakdirkan saudari menjadi wakil rakyat selepas PRU nanti, apa agaknya perkara utama yang saudari mahu lakukan untuk rakyat?

Kalau ditakdirkan begitu saya akan berkhidmat untuk rakyat sebaik mungkin, dengar rintihan dan masalah mereka. Yang penting ialah 'to give the people what they realy need' (memberi bantuan kepada yang memerlukan). ~harakahdaily

Pelakon Hairie Othman Di Pentas Ceramah PAS Batu Gajah, Perak

Posted: 20 Jun 2012 07:10 PM PDT


Kita sudah tahu banyak Artis yang kebelakangan ini mula secara terang-terangan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat, Bermula dari Pak jabit yang sedari dulu memang ideologi politiknya bersama Pakatan Rakyat, kemudian kemunculan Bob Lokman di atas pentas PAS.

Kemudian beberapa artis lain menunjukkan kecenderungan menyokong pakatan Rakyat, antaranya Wardina Safiya, Arwahyarham Bob Kuman yang akhir hayatnya mendekatkan diri kepada Islam, penyanyi Aishah yang beberapa kali menceritakan pengalamannya atas pentas PAS, Abby Abadi dan Dayangku Intan.

Malah malam tadi bertempat di Stadium PJ, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Sham Kamikaze seorang pemain gitar yang disegani dalam industri seni tanah air bertindak moderator dalam satu program bersama Ustaz Azhar Idrus.

Ini membuktikan perjuangan Pakatan Rakyat tidak lagi asing dari golongan pengiat seni tanah air.

Kini seorang lagi Artis dikatakan telah berceramah diatas pentas PAS untuk menyokong pakatan rakyat secara terbuka.

Pelakon Hairie Othman dikatakan malam tadi telah berceramah diatas Pentas PAS, Sila lihat gambar dibawah.

Benarkah Hairie berceramah di atas pentas Pakatan Rakyat, mungkin bagi ramai orang ia agak pelik, jarang sekali artis muda mahu menentang arus.

Namun jika disoroti beberapa perkara yang dilakukan oleh hairie sebelum ini, adalah tidak mustahil langsung beliau telah naik dan berceramah diatas pentas Pakatan Rakyat, ini berdasarkan sokongan beliau terhadap Pakatan Rakyat tidak diselindungkan.

Terdahulu beberapa hari lepas sekeping gambar menunjukkah Hairie dan seorang lagi rakan seni sedang duduk menjamu selera bersama seorang pemimpin PAS.




Tiada ulasan: