Ahad, 17 Jun 2012

shalehudin

shalehudin


Ni la hasil kerja kontraktor Umno... kahkahkah...

Posted: 17 Jun 2012 09:31 AM PDT

Tak sangka Umno Kanada pun perangai camni jugak...
Chitt!!! Mengkalu nama Umno, kat mana2 pun serupa....

Kahkahkah....

PANDANGAN atas menunjukkan pentas konsert runtuh di Downsview Park, Toronto. Pentas yang didirikan untuk persembahan kumpulan Radiohead, telah mengorbankan seorang pekerja pentas yang sedang membuat persiapan bagi acara itu. - AP



Nasi tambah...
Di Malaysia lagi teruk...
Depa lah pakar pelingkop duit rakyat...
Buat stadium, stadium runtuh...
Buat jambatan, jambatan retak...

Habih punah ranah amanah rakyat...
Dulu, kini dan selamanya...

Kahkahkah...


Mai tengok bakal wanita pertama Malaysia... kahkahkah...

Posted: 17 Jun 2012 08:42 AM PDT

Ummi Hafilda dakwa ada 'bukti baru'

Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali mendakwa telah menyerahkan "bukti baru" berhubung dakwaan mengenai "pemilikan 20 akaun" didakwa milik abangnya Azmin dan juga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam laporan edisi hujung minggu Utusan Malaysia hari ini, Ummi mendakwa bukti tersebut diserahkan kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu pertemuan Rabu lalu.

Ummi berkata, beliau menyerahkan dokumen tersebut susulan dakwaan bahawa beliau menyimpan bukti tersebut, seperti dilaporkan.

"Ekoran laporan akhbar tersebut, saya difahamkan pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengarahkan pegawainya untuk menemui saya pada hari itu juga.

"Pegawai yang saya temui itu memaklumkan SPRM akan membuka semula siasatan berhubung pemilikan akaun Anwar dan abang kandung saya sendiri iaitu Azmin, berdasarkan bukti baru itu," katanya seperti dipetik.

Selain itu, Mingguan Malaysia melalui rencana bertajuk "Mencari relevan isu RM3 bilion" hari ini turut membangkitkan semula akuan bersumpah oleh bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan mengenai 20 akaun tersebut.

"Dalam akuan berkanun yang diikrarkan di hadapan pesuruhjaya sumpah di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 1999 itu, Abdul Murad menyatakan kaun tersebut diuruskan kroni Anwar membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion.

"Isu saham ini biarpun sudah lebih 13 tahunh berlalu sangat mustahak untuk dibangkitkan semula kerana shingga kini tiada jawapan kukuh diberikan mengenai status kesnya.

"Baik dari segi siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu atau jawapan daripada Anwar sendiri, tidak ada sesuatu yang meyakinkan yang membolehkan rakyat membuat kesimpulan ia adalah dakwaan tidak berasas atau sengaja direka-reka," rencana itu dipetik.

Dakwaan berkenaan didapati "tidak berasas" apabila dibawa ke mahkamah pada 11 November 2011.

Bekas pengarah siasatan BPR Abdul Razak Idrus menyatakan perkara itu ketika memberi keterangan dalam perbicaraan pada November 2011 dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya pada masa itu, Datuk Abdullah Ahmad.

Abdul Razak dalam perbicaraan tersebut berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah Abdul Murad.

Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya seperti dilaporkan.

Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.

Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 - kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan.

Nasi tambah...
Eeiii... takutnya aku...
Bukti baru?
Apa pasai baru la ni jumpak...
Selama ni pi mana?
Simpan dalam kopek hang ka?

Anwar pasti tidoq tak lena...
Azmin pasti kencing tak lawas...
Melihat KEHEBATAN dan cara pompuan nie...
Menggerakkan SPRM yang sedang TIDUR...

Kahkahkah...

Buat pertama kalinya...
Malaysia akan punya WANITA PERTAMANYA...
Yang muda jelita dan MASIH DARA...

Kahkahkah...

Ishh... Ada betoi ka cerita nie

Posted: 17 Jun 2012 05:33 AM PDT

TMJ: 'Kenapa hanya orang Melayu mahu jatuhkan Raja'

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedih dan kesal dengan sikap segelintir masyarakat Melayu sendiri yang cuba menjatuhkan institusi raja.

Ketika menzahirkan pandangan itu menerusi mesej Twitter hari ini, baginda turut menyuarakan rasa bimbang terhadap nasib masyarakat Melayu sekiranya negara ini menjadi seperti Singapura.

"Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan Raja? Kenapa bangsa lain takda buang masa membuat benda bodoh dan lebih fokus terhadap untuk berjaya dalam hidup.

"Saya nak tengok apa akan jadi kepada Melayu kalau negara yang kita sayang ini jadi macam Singapura. Kalau dah susah, jangan sibuk nak mencari Raja," tulis baginda lagi menerusi Twitter.

Baginda juga bertitah agar golongan berkenaan sedar dan menerima fakta selain belajar untuk menghargai apa yang dimiliki seterusnya bersyukur.

"Janganlah hidup dalam mimpi. Bangun dan hadapilah kenyataan. Belajar menghargai apa yang anda ada dan bersyukur. Sesungguhnya tidak ada penawar kepada kebodohan," titah baginda.

Tunku Ismail melahirkan pandangan baginda ini di sebalik isu berkenaan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkenaan dengan pembidaan plat nombor pendaftaran oleh Sultan Johor, masih hangat diperkatakan.

Awal minggu ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka terhadap Mohammad Nizar berhubung isu itu.

Sehubungan itu, baginda bertitah mengingatkan kepada wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan bak kata pepatah 'cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'.

Semalam, Mohamad Nizar menghantar surat permohonan untuk menghadap Sultan Johor.

Sinar Harian


Nasi tambah...
Tak salah aku bukan semua Melayu kelaku lagu tu...
Yang ada sorang dua tu, depa cuma tegur ja...
Tegur benda yang salah, bukanlah bermakna nak perjatuhkan institusi raja kot...


Kurang ajaq betoi cina Guan Eng nih

Posted: 16 Jun 2012 11:44 PM PDT

Patut la mamak Perkasa Penang marah sangat2 kat cina Guan Eng nih...

Kahkahkah...

Ni la dia cina jenih yang tak reti mengenang jasa mamak memajukan Penang...
Ni la dia cina jenih yang boleh menggugat ketuanan MAMAK di Penang...

Kahkahkah...


Malaysia terus berhutang kerana UMNO/BN tak bertanggungjawab kata Guan Eng

Lim Guan Eng menyalahkan Barisan Nasional (BN) hari ini kerana menyebabkan Malaysia terus berhutang apabila Putrajaya menambah perbelanjaan RM13.8 billion akan meningkatkan bajet defisit untuk 2012.

Menjelaskan tindakan itu sebagai perbelanjaan fiskal tidak bertanggungjawab, Ketua Menteri Pulau Pinang perbelanjaan lebihan itu hanya akan meletakkan bajet defisit Malaysia kepada RM59.7 billion, kadar tertinggi yang pernah dialami Malaysia.

"Ini akan meletakkan defisit Malaysia seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan lebih 6 peratus pada 2012, yang mana lebih tinggi daripada 4.7 peratus, lebih-lebih lagi dengan kelembapan ekonomi dunia yang turut dirasai Malaysia," katanya.

Setiausaha Agung DAP turut memberi amaran perbelanjaan tambahan itu akan menyaksikan hutang kerajaan meningkat mendadak melebihi RM500 billion hingga hujung tahun. Suku pertama tahun ini, hutang kerajaan di paras RM470 billion.

Ini, katanya, adalah sebelum "liabiliti luar jangka", yang beliau sifatkan sebagai pinjaman untuk diselesaikan oleh pembayar cukai jika syarikat seperti Malaysia Airlines (MAS) untuk diselamatkan oleh kerajaan.

"Anggaran liabiliti luar jangka ini pada akhir 2012 kira-kira RM110 bilion.

"Jika liabiliti luar jangka ditambah kepada hutang pegawai kerajaan, hutang kami mengikut nisbah KDNK akan menjadi 65 peratus pada penghujung kempen of 2012, yang merupakan lebih 55 peratus daripada had berkanun merujuk kepada nisbah KDNK," katanya.

Khamis lalu, Putrajaya membentangkan satu rang undang-undang tambahan meminta RM13.8 bilion untuk dibelanjakan tahun ini, yang mencetuskan kebimbangan kepada pentadbiran Najib yang mungkin tidak akan dapat mengawal defisit dan had tertinggi hutang berkanun.

Akta yang dientangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, memperuntukkan RM360 juta untuk Suruhanjaya Pilihan Raya, RM113 juta kepada Jabatan Perdana Menteri, RM446 juta kepada Kementerian Kerja Raya, dan RM11.2 billion untuk "perbendaharaan perkhidmatan awam" memandangkan pilihan raya yang semakin hampir.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan ahli Parlimen BN akan menerima RM1.5 juta setiap seorang untuk diperuntukkan kepada kawasan mereka bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka dilaksanakan selepas Belanjawan 2013 pada 28 September.

Perdana menteri turut mengakui baru-baru ini kerajaan mempertimbangkan untuk mengulangi pemberian BR1M bernilai RM500 kepada komuniti berpendapatan rendah yang menelan belanja RM2.6 billion.

Lim berkata, permintaan bagi dana lebih kepada ahli Parlimen BN, dan tidak kepada Pakatan Rakyat.

Beliau menjelaskan RM30 juta daripada RM112 juta yang diperuntukkan kepada Jabatan Perdana Menteri adalah untuk "Unit Penjenamaan Nasional", yang mana menurutnya adalah bukan keperluan.

"Kita tertanya-tanya kenapa rakyat Malaysia memerlukan unit penjenamaan apabila sudah ada kementerian seperti Menteri Pelancongan dan agensi seperti MATRADE.

"Syarikat yang baik akan menghasilkan produk yang bagus dengan kerajaan yang bagus yang mengenakan polisi yang cukup untuk meningkatkan profil negara. Cuba fikir seperti Samsung yang telah dibuat oleh Korea dan Apple yang dibuat oleh Amerika Syarikat, tanpa Unit Penjenamaan Nasional," katanya.

Lim turut mempersoalkan keperluan untuk menambah RM360 juta kepada SPR, menjelaskan agensi itu telah gagal dalam tugas utama mereka membersihkan sistem pilihan raya.

Namun demikian, Ahli Parlimen Bagan berkata strategi BN adalah menggunakan pembayar cukai untuk membiayai "perbelanjaan tidak bertanggungjawab" bukan benda baru.

Beliau mengingatkan kerajaan telah memohon tambahan dana RM13.2 billion Jun tahun lalu, dan RM10.3 billion pada Mac tahun ini untuk Belanjawan 2011.

Lim menambah sejak 1997, Malaysia telah menunjukkan 15 tahun bajet defisit dengan hutang yang semakin meningkat daripada RM89 billion kepada RM470 billion sehingga Mac tahun ini.

Beliau membandingkan KDNK, Lim menambah, kadar hutang meningkat lima kali ganda sejal 1997 dengan KDNK hanya berkembang tiga kali ganda.

Najib yang juga menteri kewangan berkata, lewat bulan lalu kerajaan akan memastikan kadar hutang Malaysia tidak akan melebihi kadar siling di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) dan Akta Perbelanjaan Kerajaan kerana pengurusan dan pembiayaan kewangan.

Beliau menambah hutang negara berada di paras 53.5 KDNK, yang berjumlah RM881 billion pada 2011 selepas semakan, menjadikan Malaysia RM13 billion kepada DD peratus kadar hutang.



Nasi tambah...
Ek ellehh... haha...
Hutang sekarang ni biaq la orang YANG AKAN DATANG yang SELESAIKAN...

Kahkahkah...

Aku sekarang fikir macamana cara nak beli undi orang dah laa...


LAWAK Pagi Ahad... kahkahkah...

Posted: 16 Jun 2012 08:30 PM PDT

Ketua Kampung, Perompak dan UMNO

Oleh Khalid Samad

Baru-baru ini ada seorang hamba Allah sempat bersembang dengan dan menyuruh saya supaya bersyukur kepada UMNO/BN. Bila saya tanya mengapa, dia menjawab kerana BN telah membangunkan Negara ini dengan pelbagai jenis pembangunan dan seterusnya mula menyenaraikan segala jenis pembangunan yang mampu difikirkannya satu persatu. Selesai dia bercakap, maka saya menjawab balik, "adakah patut saya bersyukur kepada BN yang membina sesuatu dengan harga RM 500 Juta sedangkan benda yang sama boleh dibina dengan harga RM 300 Juta?
Kalau tuan merupakan Pengarah Syarikat dan salah seorang kakitangan tuan membayar RM500 untuk barang yang bernilai RM300 adakah tuan akan berterima kasih dengan dia?" Dia kemudianya diam tidak berkata apa-apa.

Bagi memudahkan seseorang memahami apa yang ingin kita sampaikan, perumpamaan adalah amat berkesan. Dalam soal apa yang berlaku di bawah kerajaan UMNO/BN ini, saya selalu berikan beberapa perumpamaan supaya ianya bertambah mudah untuk difahami. Dua perumpamaan mudah yang boleh difikirkan bersama adalah begini:

Satu kumpulan penduduk yang tinggal di sebuah kampung berpakat melantik salah seorang dari mereka menjadi Ketua Kampung. Kerana kedudukan kampung tersebut yang jauh dari bandar menyukarkan mereka dalam urusan jual beli, maka mereka kemudiannya mengutip duit dari setiap anggota dan diserahkan kepada ketua mereka untuk membeli makanan di bandar berhampiran. Ketua ini mengambil 30% untuk dirinya dan menggunakan baki 70% itu untuk membeli makanan. Setelah dibeli maka diserahkan kepada anggota lain untuk memakannya. Maka ada yang bertanya, "kenapa sikit sangat?" Ketua itu menjawab,kamu sepatutnya berterima kasih dengan apa yang telah saya berjaya belikan untuk kamu. Di kampung sebelah sana, habis semua duit diambil oleh ketua yang mereka lantik! Di sini sekurang-kurangnya kamu dapat juga makanan!

Pada masa yang sama, sebuah rumah di kampung yang berhampiran telah dimasuki perompak. Setelah mengikat tuan rumah sekeluarga maka perompak tersebut mula mengaut barang kemas dan wang yang dijumpainya. Tuan rumah yang diikat mula mengutuk perbuatan tersebut dan menyatakan bahawa perbuatan mencuri harta keluarganya adalah zalim dan tidak bertamadun. Lalu dengan satu nafas perompak itu menjawab, "kamu patutnya bersyukur kerana saya tidak bawa lori dan curi seluuuruh isi kandungan rumah kamu! Saya berbaik hati meninggalkan TV serta peti sejuk dan saya tidak mencederakan ahli keluarga kamu. Kalau pencuri lain, habis licin dia kerjakan kamu!"

Sebenarnya inilah apa yang berlaku di bawah BN. Mereka khianat dan mencuri tetapi mereka ingin rakyat bersyukur kepada mereka dan terus mengundi mereka. Mereka tunjuk pada pembangunan yang telah mereka lakukan tetapi hakikatnya ianya hanya sebahagian (mungkin 70%) dari apa yang mampu dilakukan. Mereka telah mencuri sebahagian (mungkin 30%) dari kekayaan Negara untuk diri sendiri dan kroni mereka tetapi pada masa yang sama mereka minta rakyat bersyukur atas 'pemberian' mereka!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Tiada ulasan: