Ahad, 17 Jun 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tamrin dedahkan kerana Muhyiddin, Johor hilang RM405 juta

Posted: 17 Jun 2012 07:03 AM PDT


Belum pun terjawab siapa sebenarnya yang membayar sewa rumah seperti yang didedahkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semasa Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin menjawat jawatan di peringkat pusat sejak 1995, satu lagi pekungnya semasa menjadi menteri besar Johor terbongkar!

Terbaru, penceramah Pakatan Rakyat, Tamrin Ghafar menjadikan Muhyiddin sebagai sasaran dalam satu ceramah di kawasan parlimen yang diwakili menteri tersebut.

Bercakap kepada kira-kira 300 hadirin dalam majlis minum petang di Sungai Terap, Bukit Pasir, anak kepada timbalan perdana menteri, Ghafar Baba itu mengimbau kembali dakwaan yang timbul ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor antara 1986 hingga 1995.

"Adakah awak ingat sewaktu beliau menjadi menteri besar dalam isu ladang Stamford Holdings, kerajaan negeri terpaksa pergi ke mahkamah dan akhirnya diselesaikan di luar mahkamah?

"Siapa yang untung? Syed Mokhtar Al-Bukhary. Siapa yang buat dia kaya? Muhyiddin," katanya dalam majlis anjuran PAS Johor di DUN Jorak, dalam parlimen Pagoh semalam.

Tamrin merujuk kepada kes saman ke atas Muhyiddin, ahli perniagaan Yahya Taib dan Syed Mokhtar yang didakwa berkonspirasi untuk memiliki 6,600 ekar tanah yang dimiliki oleh Stamford Holdings.

Syarikat itu mendakwa telah diugut bahawa, sekiranya ia tidak menyertai usahasama untuk membangunkan tanah tersebut dengan menyerahkan 70 peratus ekuitinya, tanah syarikat itu akan diambil alih oleh kerajaan negeri.

Muhyiddin menafikannya dakwaan tersebut, yang disifatkan sebagai cubaan untuk menjejaskan kredibiliti dan merosakkan imejnya.

Kes tersebut berakhir dengan penyelesaian luar mahkamah di mana kerajaan negeri dan syarikat berkaitan diperintah membayar RM405 juta berbentuk pampasan untuk pengambilan tanah berkenaan.

Tamrin masih ahli Umno tetapi kebelakangan ini mengkritik hebat kepimpinan Umno yang disifatkannya sebagai menggadai amanah rakyat dengan siri pendedahan pemberian kad pengenalan kepada warga asing tanpa izin untuk mengundi dalam pilihanraya umum akan datang.

Who is behind Stamford Holdings??

Johor Govt has not paid Stamford Holdings anything
Friday, 08 October 1999
Business Times


NEITHER the Johor Government nor the Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Johor (PKEINJ) has paid any sum to Stamford Holdings Sdn Bhd in respect of the land acquisition belonging to the company, Johor Government legal adviser Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim and PKEINJ counsel Mr Roger Tan said yesterday.

They were clarifying a news report on the settlement reached between the State Government and Stamford Holdings Sdn Bhd on Wednesday.

It was reported that the High Court had ordered the Johor Government and four others - Tan Sri Muhyiddin Yassin (the Menteri Besar then), businessmen Syed Mokhtar Albukhary and Datuk Yahya Taib, and PKEINJ - to pay Stamford Holdings Sdn Bhd RM405 million as compensation for the acquisition of a 2,064-ha piece of land belonging to the company.

Stamford Holdings, a plantations company, through its director, Gan Tee Kian, filed the suit in the High Court on February 4, 1995, claiming that Muhyiddin, Syed Mokhtar and Yahya contravened the provision of the Land Acquisition Act in acquiring the piece of land through PKEINJ.

Abdul Aziz and Tan, in separate statements released in Kuala Lumpur yesterday, said the Johor Baru Land Administrator made an award sum of RM239.099 million over the said lands. "This amount was deposited with the High Court on December 28, 1995 and the interest accrued amounting to RM10.585 million was similarly deposited on March 15, 1996.

"Subsequently, when Stamford Holdings Sdn Bhd challenged the Land Administrator's award, the said award sum was revised by the High Court by RM63.565, thereby the total acquisition costs amounted to RM313.351 million and the said differential sum of RM63.565 million was likewise deposited on November 12, 1996.

"This total sum of RM313.251 million was fully paid by Kelana Ventures Sdn Bhd.

"The additional payment of RM92.115 million represents the additional amount mutually agreed between Stamford Holdings Sdn Bhd and Kelana Ventures as the fair value of the said lands under the Land Acquisition Act 1960," they said.

Muhyiddin called up Stamford again, and told them, "Look, I have this piece of paper in front of me on my desk. All I have to do is sign it and Stamford Holdings will no longer own the 4,000 acres of land. Now, do you agree or not to develop the land and I take 70%?" Stamford again refused.

The following week, they received a letter from the Johor State Government signed by Muhyiddin stating that the government has taken over the land.
Continue your reading HERE


Habislah Anwar.. Ummi Hafilda kata dia ada 'Bukti Baru' kaitkan Anwar dengan RM3 Billion...

Posted: 16 Jun 2012 10:04 PM PDT


Masa negara kecoh dengan video sex terbitan Datuk 'T' dulu.. si Ummi Hafilda ini juga tumpang menyibuk untuk mencari populariti..


Datuk 'T' siarkan satu klip video sek seorang lelaki yang difitnah sebagai Anwar Ibrahim, Perempuan ni kata dia tahu ada 18 rakaman video seperti itu yang disimpan oleh seseorang.

Bila negara kecoh pula dengan siapa dalang Video itu.. Perempuan ni kata dia tahu siapa yang menjadi dalang sebabnya dia dah dengar perkara ini 13 tahun lalu.. padahal tarikh pada video itu ialah tahun 2011.

Kata dia.. "Sekarang adalah masa yang sesuai untuk didedahkan supaya rakyat sedar mengenai tembelang pemimpin berkenaan," kata beliau dipetik Sinar Harian selepas ceramahnya di Alor Setar dibatalkan ekoran bantahan kerajaan negeri.

Tapi sampai sekarang tak didedah lagipun…

Bila tak ada isu di jaja pula cerita kononnya Kakak ipar dia iaitu Shamsidar ada scandal dengan Anwar hingga dapat anak.. padahal bukti DNA yang dibuat Azmin 99.9% DNA anak tu sama dengan DNA Azmin..

Sekarang.. kerana Muhyiddin dah singkap semula cerita lama iaitu kononnya Anwar ada aset bernilai RM3 Billion, Ummi Hafilda menyibuk lagi..

Walaupun bekas Pengarah Siasatan BPR dah kata siasatan yang dia buat sampai keluar negara membuktikan tiada perkara yang boleh mengaitkan Anwar untuk dijadikan kes dan kes ditutup.. Ummi Hafilda kata dia ada bukti baru..

Bekas Pengarah Siasatan BPR dah sebut dalam Mahkamah Tinggi dan juga melalui Akuan Bersumpahnya.. sila lihat di SINI dan juga di SINI.

Hebatnya Ummi Hafilda ini ya… apa saja isu pasal Anwar dia tahu semuanya.. tapi satu pun tak betul..

Dengan hanya menganga di Malaysia dia ada bukti baru kes RM3 Billion ni.. kalau betul… kenapa tidak diserahkan kepada BPR dulu?

Tak salah ke sorok bukti ni?


Ummi Hafilda dakwa ada 'bukti baru'

Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali mendakwa telah menyerahkan "bukti baru" berhubung dakwaan mengenai "pemilikan 20 akaun" didakwa milik abangnya Azmin dan juga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam laporan edisi hujung minggu Utusan Malaysia hari ini, Ummi mendakwa bukti tersebut diserahkan kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu pertemuan Rabu lalu.

Ummi berkata, beliau menyerahkan dokumen tersebut susulan dakwaan bahawa beliau menyimpan bukti tersebut, seperti dilaporkan.

"Ekoran laporan akhbar tersebut, saya difahamkan pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengarahkan pegawainya untuk menemui saya pada hari itu juga.

"Pegawai yang saya temui itu memaklumkan SPRM akan membuka semula siasatan berhubung pemilikan akaun Anwar dan abang kandung saya sendiri iaitu Azmin, berdasarkan bukti baru itu," katanya seperti dipetik.

Selain itu, Mingguan Malaysia melalui rencana bertajuk "Mencari relevan isu RM3 bilion" hari ini turut membangkitkan semula akuan bersumpah oleh bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan mengenai 20 akaun tersebut.

"Dalam akuan berkanun yang diikrarkan di hadapan pesuruhjaya sumpah di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 1999 itu, Abdul Murad menyatakan kaun tersebut diuruskan kroni Anwar membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion.

"Isu saham ini biarpun sudah lebih 13 tahunh berlalu sangat mustahak untuk dibangkitkan semula kerana shingga kini tiada jawapan kukuh diberikan mengenai status kesnya.

"Baik dari segi siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu atau jawapan daripada Anwar sendiri, tidak ada sesuatu yang meyakinkan yang membolehkan rakyat membuat kesimpulan ia adalah dakwaan tidak berasas atau sengaja direka-reka," rencana itu dipetik.

Dakwaan berkenaan didapati "tidak berasas" apabila dibawa ke mahkamah pada 11 November 2011.

Bekas pengarah siasatan BPR Abdul Razak Idrus menyatakan perkara itu ketika memberi keterangan dalam perbicaraan pada November 2011 dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya pada masa itu, Datuk Abdullah Ahmad.

Abdul Razak dalam perbicaraan tersebut berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah Abdul Murad.

Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya seperti dilaporkan.

Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.

Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 - kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan. - Malaysiakini

Anwar Ibrahim latih Gerila di Indonesia pulakdah...

Posted: 16 Jun 2012 07:59 PM PDT


Tidak ramai yang menyedari akan kemunculan sebuah akhbar baru 'Malaysia Harini' yang dilancarkan pada pertengahan Mei 2012 yang lalu.

Ianya merupakan sebuah  penerbitan yang jelas menyokong UMNO/BN.

Bagi mendapat perhatian masyarakat Malaysia, Akhbar ini telah menurut jejak Utusan Malaysia dengan merekacipta cereka atau fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim.

Cuma yang membezakannya dari Utusan ialah, Utusan terpaksa menjual nama Awar walaupun dengan fitnah sekalipun bagi meneruskan hidup manakala akhbar ini pula menjual nama Anwar untuk mula hidup..

Tujuannya ialah supaya penerbitan mereka disaman oleh DS Anwar Ibrahim.. dan apabila disaman secara automatik mereka akan dipromosikan secara percuma oleh kebanyakkan media utama negara yang dikawal UMNO/BN.

Lebih hebat lagi jika fitnah mereka ini turut dipromosikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.. yang akan mencabar DS Anwar Ibrahim supaya saman akhbar ini jika berita yang disiarka adalah fitnah!

Dan secara tidak langsung aku turut mempromosikan penerbitan mereka.. tapi korang jangan dok pi beli.. kalau nak baca jugak pinjam saja..

Bagaimanapun... kalau diikutkan fitnah-fitnah yang media tunggangan dan juga Blogger UMNO lontarkan terhadap DS Anwar Ibrahim sememangnya Anwar Ibrahim itu melampau hebatnya.. sebab macam-macam kerja dia boleh buat... ha..ha..ha.. bodohnya mereka..

Berikut adalah petikan dari akhbar Malaysia Harini Edisi:05 bertarikh 11-25 Jun 2012

Utan Kayu Markas Lahir Gerila Anwar?

KUALA LUMPUR – Pengkhianatan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah apabila Ketua Umum Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa menjadikan Utan Kayu, Jakarta Timur, Indonesia sebagai lokasi merekrut barisan muda untuk dijadikan 'gerila' sebagai persiapan menentang kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Dikenali sebagai Komunitas Utan Kayu, sememangnya agak asing dan tidak dikenali, namun bagi Anwar yang mempunyai rakan 'seperguruan' dengan agenda beliau, kawasan itu adalah tempat pujaan bagi melahirkan 'gerila' buatannya dalam memastikan cita-cita peribadinya tercapai.

Malaysia Harini difahamkan bahawa Anwar mengarahkan anak didiknya mengaburi mata barisan muda, kebanyakan mahasiswa meraih pengalaman menerusi kursus yang dianjurkan beliau di Komunitas Utan Kayu selama enam bulan hingga setahun.

Modus Operandi Anwar adalah membawa masuk barisan muda itu dan memastikan mereka belajar selok-belok cara berkomunikasi, berucap, berdebat, menulis, berdepan masyarakat dan pelbagai lagi skop untuk diperlajari supaya mudah menjadi 'perisik' atau 'agen' apabila diterima bertugas di perkhidmatan awam.

"Sebab itu, tidak pelik mengapa banyak sangat rahsia kerajaan diperolehi dengan mudah oleh Anwar. Dikatakan ada sebilangan besar kakitangan awam pernah mendapat didikan di Utan Kayu. Semua ini dibuat untuk kepentingan Anwar.

"Mungkin di Utan Kayu, cara pengendaliannya adalah untuk membawa masuk perkara baru dalam minda barisan muda yang sentiasa mahu memberontak dan tidak puas hati.

"Mungkin di sana, ia adalah amalan biasa tetapi Anwar ada agenda sendiri dan jadikan Komunitas Utan Kayu ini sebagai medan untuk kepentingan beliau. Sebab itu, putar belit Anwar sentiasa mendapat tempat di hati pemimpin luar negara," kata sumber kepada Malaysia Harini baru-baru ini.

Komunitas Utan Kayu yang berpaksikan yang berpaksikan kepada kebebasan berfikir dan berinteraksi, iaitu kebudayaan dan pemikiran saling selari dikatakan diwujudkan beberapa wartawan Majalah Tempo, Editor dan Detik serta cendekiawan Indonesia.


Difahamkan, Komunitas berkenaan dipelopori Pengarang Tempo, Goenawan Mohamad; Pengarang Suara Pembaruan, Aristides Katoppo; Peneliti LIPI, Moehtar Pabottinggi; wartawan kanan Radio Mara, Mohamad Sunjaya; Pegawai Komunikasi UGM, Ashadi Siregar serta beberapa tokoh wartawan lain.

Seiring dengan itu, pemimpin Komunitas Utan Kayu turut menubuhkan Institut Studi Arus Informasi (ISAI) sebagai sayap politik. Kegiatannya berupa penerbitan buku politik dan membangungkan jaringan wartawan alternatif.

ISAI juga menyeleggarakan pelbagai latihan bagi mahasiswa bidang komunikasi untuk pergerakan pro-demokrasi. Ketika rejim Presiden Soeharto runtuh dan gerbang kemerdekaan kewartawanan mulai terbuka, ISAI mempraktikkan sebuah Rumah Produksi Berita Radio yang dikenali sebagai Kantor Berita Radio 68H (seperti alamat Komunitas Utan Kayu di Jakarta timur).

Menurut sumber itu lagi, kebanyakan mereka yang mendapat latihan diasuh dengan fahaman liberal, termasuk pelbagai bidang kebudayaan dan keagamaan.

"Ia satu perkara yang dibimbangi mampu menggugat kesejahteraan rakyat negara ini dengan fahaman liberal mereka, terutama Anwar yang amat tegar dalam Islam Liberalnya. Mahu atau tidak kerajaan perlu sekat dan tangani isu ini supaya tidak menular ke Malaysia.

"Boleh dikatakan sudah ramai mahasiswa kita dibawa ke sana untuk menjadi gerila Anwar. Sudah pasti ada yang terpengaruh dan kita lihat bagaimana golongan muda kita di universiti seakan-akan melawan Kerajaan Najib kerana sokongan liberal di bawah Anwar," katanya.

Sememangnya hubungan antara Goenawan dan Anwar tidak perlu diselindung lagi kerana mereka adalah rakan baik sejak dulu. Pengasas majalah Tempo itu mendapat bantuan khusus daripada The Asia Foundation.

The Asia Foundation itu menjadi musuh nombor satu kumpulan fundamentalis Indonesia, kerana yayasan itu adalah penaja utama Islam Liberal Indonesia. Asia Foundation dikawal Dr Surin Pitsuwan, bekas Menteri Luar Thailand yang juga sahabat Anwar.

Surin Pitsuwan mendapat pendidikan Barat dari Universiti Havard, merupakan muslim Thailand pertama dianggap pro Yahudi sehingga diterima sebagai felo di The Rockeffeler Fellowship Program, Harvard University dan American University, Cairo.

Atas sikap pro Yahudi ini, maka tidak hairan, Surin Pitsuwan dipilih sebagai Ahli Pemegang Amanah The Asia Foundation pada 2003. Di rantau Asia Tenggara, khususnya di Indonesia, peranan Asia Foundation sangat kontroversi, kerana berusaha memecah-belahkan Islam dengan menaja satu fahaman Islam Pro Barat yang dikenali Islam Liberal.

Di Indonesia, Surin Pitsuwan pilih Goenawan sebagai rakan kongsi, manakala di Malaysia, dia memilih Anwar. Dengan bantuan dana, Goenawan menubuhkan Komunitas Utan Kayu (Pusat Islam Liberal dan LGBT).

Andai kata, kedua-dua tokoh itu tidak mengenali, apakah agenda sebenar Goenawan menjemput Anwar berucap di Komunitas Salihara? Sebab itu hampir sama dengan faktor Goenawan mempelawa Aminah Wadud (tokoh Islam Liberal yang menjadi Imam Solat Jumaat di Amerika Syarikat) berucap di Komunitas itu pada 2009.

Bukan setakat Goenawan memuja Aminah Wadud, malah Anwar juga terpengaruh. Ketika Anwar menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau melantik Aminah Wadud menjadi tenaga pensyarah di universiti itu dari 1989 hingga 1993.

Goenawan juga dipilih sebagai ketua kepada perkumpulan Islam Liberal Indonesia yang dikenali sebagai AKKB (Aliansi Kebangsaan untuk Kebebasan Beragama dan Berkeyakinan) yang menghimpunkan semua tokoh Islam Liberal berlainan fraksi iaitu Allahyarham Gus Dur (bekas Presiden Indonesia), Adnan Buyung Nasution, Syafei Anwar, Musdah Mulia, Azyumardi Azra dan Ulil Abshar Abdalla.

Selain pengasas Majalah Tempo yang menjadi medan untuk mempromosi Islam Liberal Indonesia, Goenawan juga giat mempromosi hak asasi LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) melalui yayasannya, yang dikenali Lontar Foundation dan Tifa Foundation.

Ayu Utami tenaga penggerak Komunitas Salihara adalah aktivis LGBT Indonesia, manakala seorang lagi Tenaga Komunitas Salihara, Mohamad Guntur Romli adalah aktivis penulis Islam Liberal Indonesi yang turut menghalalkan aktiviti LGBT.

Ening Nurjanah salah seorang Pengurus Komunitas Salihara merupakan tulang belakang penganjuran Festival Filem D (Festival Filem Queer atau Festival File Gay Indonesia) yang dilantik sebagai Anggota Dewan Qmunity daripada 2007 sehingga kini.

Musdah Mulia, tokoh yang menghalal aktiviti homoseksual juga merupakan tetamu Kominiti Salihara dan Aminah Wadud juga tokoh tamu Komuniti Salihara. Pada 2011, Komunitas Salihara pernah menjadi tuan rumah kepada Festival Q yang dibantah keras organisasi Islam Indonesia.

Komunitas Salihara juga adalah pusat pembelaan LGBT Indonesia, iaitu tempat pertemuan dan mengadakan perbincangan LGBT bagi memahamkan rakyat Indonesia menerima perlakuan seksual songsang golongan minoriti itu.

Bermakna prinsip kebebasan yang diperjuangkan oleh Komunitas Salihara merangkumi kebebasan beragama (freedom of religion/conscience) seperti yang diperjuangkan Jaringan Islam Liberal (JIL) dengan mengeksploitasi ayat-ayat Al-Quran untuk menghalalkan aktiviti homoseksual dan LGBT.

Oleh itu, tidak menghairankan pada 2006, Goenawan mendapat penghargaan 'Dan David Prize' dari Tel Aviv University, Israel. Akhbar Israel, Haaretz melaporkan Goenawan turut diberi hadiah wang AS$250 ribu di atas penghargaan itu.

Seorang lagi rakan Anwar di Komunitas Utan Kayu ialah Ulil Absar Abdalla yang diberi tanggungjawab sebagai Koordinator JIL (Jaringan Islam Liberal Indonesia).

Di kalangan golongan intelektual Muslim Liberal Jakarta yang dikenali sebagai ISAI (Institut Studi Arus Informasi), satu NGO yang ddiasaskan oleh Goenawan. Ulil Absar adalah salah seorang staf ISAI.br />
Kini Ulil Absar mahu mengembangkan racun Islam Liberal di Indonesia pada 2001, dia mendapat sokonmgan penuh daripada Goenawan. Teater Utan Kayu, Jakarta, milik Goenawan menjadi markaz Ulil dan kumpulan Islam Liberalnya berdiskusi.

Pendek kata, kejayaan Ulil bergantung 100 peratus kepada sokongan padu Goenawan, tanpa Goenawan, Ulil Absar dan JIL tidak berjaya mengembangkan racun Islam Liberal seperti hari ini.

Buat masa ini, Ulil Absar adalah Pengararh ICRP (Indonesian Conference on Religion and Peace) sebuah yayasan pluralisme Indonesia ynag ditaja oleh The Asia Foundation. Dia juga menjadi Pengarah Freedom Institute, Jakarta, satu daripada cabang organisasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat untuk memperjuangkan kebebasan dalam Islam.

Oleh itu, menurut sumber, apa yang dipraktikkan Anwar bersama rakan-rakannya di Indonesia adalah satu perkara yang perlu ditangani segera kerana sudah ramai mahasiswa dan barisan muda negara diberi pendedahan yang amat buruk untuk kerajaan pimpinan Najib.

Justeru, Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memantau perjalanan keluar masuk mahasiswa ke Indonesia terutamanya mereka yang ingin melawat Utan kayu kerana bimbang itulah agenda yang dibawa Anwar untuk menanamkan sikap benci mereka kepada kerajaan.

"Islam Liberal tidak sesuai di Malaysia apatah lagi perkara yang menjadi intipati Anwar menghalalkan apa yang diharamkan agama Islam yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah perlu disekat.

"Saya memohon KDN pantau pergerakan mereka yang mahu ke Utan Kayu demi memastikan mahasiswa kita tidak terjerat dengan nafsu serakah Anwar," katanya.

Malaysia terus berhutang kerana UMNO/BN tak bertanggungjawab kata Guan Eng

Posted: 16 Jun 2012 11:26 AM PDT


Lim Guan Eng menyalahkan Barisan Nasional (BN) hari ini kerana menyebabkan Malaysia terus berhutang apabila Putrajaya menambah perbelanjaan RM13.8 billion akan meningkatkan bajet defisit untuk 2012.

Menjelaskan tindakan itu sebagai perbelanjaan fiskal tidak bertanggungjawab, Ketua Menteri Pulau Pinang perbelanjaan lebihan itu hanya akan meletakkan bajet defisit Malaysia kepada RM59.7 billion, kadar tertinggi yang pernah dialami Malaysia.

"Ini akan meletakkan defisit Malaysia seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan lebih 6 peratus pada 2012, yang mana lebih tinggi daripada 4.7 peratus, lebih-lebih lagi dengan kelembapan ekonomi dunia yang turut dirasai Malaysia," katanya.

Setiausaha Agung DAP turut memberi amaran perbelanjaan tambahan itu akan menyaksikan hutang kerajaan meningkat mendadak melebihi RM500 billion hingga hujung tahun. Suku pertama tahun ini, hutang kerajaan di paras RM470 billion.

Ini, katanya, adalah sebelum "liabiliti luar jangka", yang beliau sifatkan sebagai pinjaman untuk diselesaikan oleh pembayar cukai jika syarikat seperti Malaysia Airlines (MAS) untuk diselamatkan oleh kerajaan.

"Anggaran liabiliti luar jangka ini pada akhir 2012 kira-kira RM110 bilion.

"Jika liabiliti luar jangka  ditambah kepada hutang pegawai kerajaan, hutang kami mengikut  nisbah KDNK akan menjadi 65 peratus pada penghujung kempen of 2012, yang merupakan lebih 55 peratus daripada had berkanun merujuk kepada nisbah KDNK," katanya.

Khamis lalu, Putrajaya membentangkan satu rang undang-undang tambahan meminta RM13.8 bilion untuk  dibelanjakan tahun ini, yang mencetuskan kebimbangan kepada pentadbiran Najib yang mungkin tidak akan dapat mengawal defisit dan had tertinggi hutang berkanun.

Akta yang dientangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, memperuntukkan RM360 juta untuk Suruhanjaya Pilihan Raya, RM113 juta kepada Jabatan Perdana Menteri, RM446 juta kepada Kementerian Kerja Raya, dan RM11.2 billion untuk "perbendaharaan perkhidmatan awam" memandangkan pilihan raya yang semakin hampir.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan ahli Parlimen BN akan menerima RM1.5 juta setiap seorang untuk diperuntukkan kepada kawasan mereka bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka dilaksanakan selepas Belanjawan 2013 pada 28 September.

Perdana menteri turut mengakui baru-baru ini kerajaan mempertimbangkan untuk mengulangi pemberian BR1M bernilai RM500 kepada komuniti berpendapatan rendah yang menelan belanja RM2.6 billion.

Lim berkata, permintaan bagi dana lebih kepada ahli Parlimen BN, dan tidak kepada Pakatan Rakyat.

Beliau menjelaskan RM30 juta daripada RM112 juta yang diperuntukkan kepada Jabatan Perdana Menteri adalah untuk "Unit Penjenamaan Nasional", yang mana menurutnya adalah bukan keperluan.

"Kita tertanya-tanya kenapa rakyat Malaysia memerlukan unit penjenamaan apabila sudah ada kementerian seperti Menteri Pelancongan dan agensi seperti MATRADE.

"Syarikat yang baik akan menghasilkan produk yang bagus dengan kerajaan yang bagus yang mengenakan polisi yang cukup untuk meningkatkan profil negara. Cuba fikir seperti Samsung yang telah dibuat oleh Korea dan Apple yang dibuat oleh Amerika Syarikat, tanpa Unit Penjenamaan Nasional," katanya.

Lim turut mempersoalkan keperluan untuk menambah RM360 juta kepada SPR, menjelaskan agensi itu telah gagal dalam tugas utama mereka membersihkan sistem pilihan raya.

Namun demikian, Ahli Parlimen Bagan berkata strategi BN adalah menggunakan pembayar cukai untuk membiayai "perbelanjaan tidak bertanggungjawab" bukan benda baru.

Beliau mengingatkan kerajaan telah memohon tambahan dana RM13.2 billion Jun tahun lalu, dan RM10.3 billion pada Mac tahun ini untuk Belanjawan 2011.

Lim menambah sejak 1997, Malaysia telah menunjukkan 15 tahun bajet defisit dengan hutang yang semakin meningkat daripada RM89 billion kepada RM470 billion sehingga Mac tahun ini.

Beliau membandingkan KDNK, Lim menambah, kadar hutang meningkat lima kali ganda sejal 1997 dengan KDNK hanya berkembang tiga kali ganda.

Najib yang juga menteri kewangan berkata, lewat bulan lalu kerajaan akan memastikan kadar hutang Malaysia tidak akan melebihi kadar siling di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) dan Akta Perbelanjaan Kerajaan kerana pengurusan dan pembiayaan kewangan.

Beliau menambah hutang negara berada di paras 53.5 KDNK, yang berjumlah RM881 billion pada 2011 selepas semakan, menjadikan Malaysia RM13 billion kepada DD peratus kadar hutang.

The Malaysian Insider

Tiada ulasan: