Rabu, 13 Jun 2012

shalehudin

shalehudin


LAGU Paling Popular nyanyian UDIN... kahkahkah...

Posted: 13 Jun 2012 10:16 AM PDT

Mati Mu Tetap Dikenang,
Kerana Hidup Mu Banyak Menyeleweng,
Pergilah Dengan Hati Yang Tenang,,
Daripada Hidup Mu Menyusahkan Orang...?????

Mat Sabu GEMPAQ silap orang daa...

Posted: 13 Jun 2012 04:33 AM PDT

Najib tanggung dosa umat Islam jika PRU musim haji

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bertanggungjawab ke atas dosa umat Islam di Malaysia sekiranya pilihanraya umum ke 13 diadakan pada musim haji tahun ini, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mat Sabu berkata demikian sebagai menyokong kata-kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyeru ahli-ahli PAS yang terlibat secara langsung dengan jentera parti iaitu calon-calon, wakil calon, pengarah pilihan raya dan mereka yang terlibat secara langsung dengan jentera parti untuk menangguhkan ibadah haji tahun ini sekiranya Najib begitu tidak sensitif untuk mengadakan PRU13 di musim haji untuk meningkatkan peluang menangnya.

"Najib yang berkuasa untuk membubarkan parlimen bukan Datuk Tuan. Apa susah sangat nak umum tarikh PRU13? Umumlah sahaja," kata Mat Sabu kepada Harakahdaily.

Mat Sabu berkata kalau betul PRU13 akan di musim haji untuk kemenangan BN, Najib yang perlu menanggung dosa umat Islam yang menangguhkan ibadah haji untuk PRU13.

Beliau berkata semua pihak mendesak Najib mengumumkan tarikh PRU13 dengan lebih awal supaya mudah untuk rakyat merancang membuat persediaan yang perlu.

"Kalau buat musim haji, sudah tentu orang yang terlibat terus PRU13 akan tangguh, calon tunai haji, siapa yang kempen? Yang paksa mereka tangguh itu Najib sebab buat PRU13 musim haji," tegas beliau.

Sebelum itu, Tuan Ibrahim menggesa Najib memberi jaminan tidak akan membubarkan parlimen dan mengadakan PRU13 pada musim haji tahun ini.

Kata beliau, Perdana Menteri sepatutnya boleh mengumumkan tarikh pilihan raya dan tidak perlu berteka-teki kepada rakyat.

"Kita mahukan jaminan Perdana Menteri agar pilihan raya tidak diadakan pada musim haji tahun ini. Sebaik-baiknya kerajaan elak untuk adakan pada tarikh tersebut," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan arahan penangguhan untuk menunaikan haji lebih tertumpu kepada calon-calon, wakil calon, pengarah pilihan raya dan mereka yang terlibat secara langsung dengan jentera parti dan bukan semua ahli.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menegaskan bahawa menjatuhkan kerajaan yang penuh rasuah dan zalim juga merupakan satu kewajipan kepada umat Islam.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, turut menyokong desakan Tuan Ibrahim agar kerajaan memberi jaminan agar pilihan raya tidak diadakan pada musim haji.

"Terpulang kepada Najib untuk menetapkan bila tarikh pilihan raya. Tapi kita mohon jaminan daripada beliau supaya ia tidak diadakan pada musim haji. Selesai masalah," komen ringkas beliau, hari ini.

Ini, tegasnya bagi membolehkan para pengundi yang beragama Islam menunaikan hak mereka di dalam sistem demokrasi.- Harakahdaily

Anak sapa ni berpelukan dalam stor...

Posted: 13 Jun 2012 12:00 AM PDT

Gambar: Keadaan pelajar kejuruteraan awam IPTA berdekatan yang dicekup dalam keadaan berpelukan bersama teman lelakinya di sebuah stor cuci kereta di Balai Besar.

Apa Mau Jadi Ni? Dicekup Ketika Sedang Berpelukan

Dungun – Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam berdekatan, dicekup pihak berkuasa dalam keadaan berpelukan bersama teman lelakinya atas katil bertingkat di dalam sebuah stor pusat cuci kereta, dekat sini, pagi kelmarin.

Pelajar perempuan terbabit dipercayai bertandang ke tempat mencuci kereta yang bakal dibuka itu, sebaik menamatkan kuliahnya untuk memadu asmara bersama teman lelakinya yang difahamkan seorang penganggur.

Namun pelajar IPTA yang berasal dari kampung Cacar, Paka yang sama sekali tidak menyangka bahawa teman lelakinya itu penagih bagaimanapun terkedu seketika, apabila menerima kehadiran sepasukan anggota polis narkotik yang melakukan serbuan di tempat berkenaan.

Susulan penangkapan tersebut, remaja perempuan yang merupakan seorang pelajar kejuruteraan awam dan anak seorang pesara syarikat swasta di Paka itu, terpaksa diserahkan kepada pihak Jabatan Agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki berkhalwat.

Sementara itu, teman lelakinya yang berasal Kampung Durian Mas itu juga didapati positif dadah jenis methapethamine setelah menjalani unian saringan air kencing dan disiasat mengikut seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua-dua pasangan terbabit bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah pada 9 Julai 2012 nanti atas kesalahan berkhalwat mengikut seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak melebehi dua tahun penjara boleh dikenakan ke atasnya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit. -SH

Ulasan GB

Ini bukan soal politik, betul, TETAPI apabila hukum Islam tidak dilaksana, malah dihina, apatah lagi oleh pemimpin negara, maka terimalah bala bencana.

Sekarang semua tahu apa jawapannya. Keadaan huru-hara dan maksiat bermaharajalela kerana undang-undang Islam dilaksanakan atau telah dihinakan sedemikian rupa oleh pemimpin tertinggi negara?

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…" -HR. Ahmad dll

Apabila Allah s.w.t. dicabar, ia adalah permulaan kepada satu sistem pemerintahan yang baru. Kelak, Allah s.w.t. akan menggantikan mereka itu dengan satu kepimpinan yang lebih baik.

Khabarkan kepada JAKIM & Majlis Fatwa Kebangsaan supaya menasihati pemimpin negara usah hina dan persendakan hukum Allah.

Tiada ulasan: