shalehudin |
- HOT: Anwar buatkan Najib malu besaq... kahkahkah...
- Kudung kepala la bangsa UMNO... kahkahkah...
- PELIK: Majlis Ust Azhar Idrus pun nak sabotaj ka...
- Patut pun bau HANCING... kahkahkah...
- Siapakah "Orang Itu" yang diperangkap Mahathir...
- Patut KJ marah sangat kat Anwar... kahkahkah...
- Gambar Ustaz Azhar Idrus sebagai dajal tersebar...
- HEBAT: Rosmah terima kunjungan adik Obama
HOT: Anwar buatkan Najib malu besaq... kahkahkah... Posted: 11 Jun 2012 10:18 AM PDT KOTA BHARU : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau bukan seorang yang "lembab", kononnya sanggup tidak menjaga kepentingan orang Melayu, selaku kaum majoriti, termasuk melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada DAP jika menguasai Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Ketua Pembangkang ini berkata, Pakatan Rakyat (PR) khususnya DAP juga memahami Melayu merupakan majoriti rakyat negara ini dan tidak mempertikaikan sebarang kelebihan yang diperuntukkan. Perkara itu juga pernah ditekankan oleh DAP sebelum ini iaitu orang Melayu akan menyandang jawatan Perdana Menteri. "Ada orang kata saya akan pegang jawatan PM selama tiga bulan sahaja sebelum serah kepada (Pengerusi DAP Kebangsaan) Karpal (Singh), saya bukan seorang begitu lembab. "Sekiranya memerintah apa yang ada kini termasuk Bahasa Melayu akan diperkukuhkan lagi," kata Ketua Umum PR ini ketika berucap pada Ceramah Perdana di Padang Malis Daerah Machang di sini malam tadi. Bagaimanapun katanya, Ketua Umum PKR itu hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika berikutan DAP tetap mahu jawatan berkenaan disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Menurutnya, hakikat itu berdasarkan kenyataan Karpal yang menegaskan akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri selagi beliau masih hidup. "Kita semua tahu Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika PR berjaya menguasai Putrajaya, tetapi ia hanya untuk seketika dan sebagai taktik sahaja kerana Karpal sudah kata sampai mati akan perjuangkan Perdana Menteri dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam. "Karpal juga menyebut nama Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan dia (Guan Eng) boleh menjawat jawatan tersebut kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya jadi Perdana Menteri," katanya. |
Kudung kepala la bangsa UMNO... kahkahkah... Posted: 11 Jun 2012 08:28 AM PDT UMNO Pulau Pinang menggigit jari lagi... ASD Inilah yang terjadi apabila kita melakukan sesuatu hanya berlandaskan nafsu tanpa menggunakan otak.. kononnya mahu menyaman bagi pihak UMNO.. tetapi diri sendiri tak berhak berbuat begitupun dia tak tahu.. Hasilnya ialah hanya membuang masa, membuang duit dan membuang tenaga.. Kesimpulannya ialah UMNO Pulau Pinang dah buat kerja bodo!! mai kita pakat gelak kat depa..ha..ha..ha.. KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah RM30 juta Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak kes itu dengan kos. Peguam Guan Eng, Jagdeep Singh Deo berkata, mahkamah menerima hujah pihaknya bahawa Zainal Abidin tiada hak perundangan untuk menyaman keempat-empat defendan, diterima. Dipetik Star Online, dalam penghakiman 11 muka surat, Hakim Amelia berkata, mahkamah berpandangan bahawa Zainal Abidin bukan seorang yang diberi kuasa untuk mengambil tindakan bagi pihak Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memandangkan beliau bukan pegawai yang didaftarkan sebagai penjawat awam di Pejabat Pendaftar Pertubuhan bagi tujuan memulakan saman bagi pihak jawatankuasa Umno negeri. "Plaintif tidak boleh," kata beliau. Selain itu, Hakim Amelia juga memutuskan bahawa tindakan berperwakilan tidak boleh diambil dalam prosiding saman fitnah. Zainal Abidin memfailkan saman itu pada 24 Oktober lalu dengan menamakan Guan Eng, yang juga Setiausaha DAP, PKR selaku pemilik laman berita elektronik 'Keadilan Daily' dan akhbar 'Suara Keadilan', Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan 'Keadilan Daily' dan 'Suara Keadilan', dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan. Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah. -Sinar Harian Laporan berkaitan.. UMNO Pulau Pinang saman Guan Eng RM30 Juta KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman hari ini memfailkan saman malu berjumlah RM30 juta terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berhubung kenyataannya mengaitkan UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang pada Julai lalu. Beliau memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, hari ini melalui Tetuan Jahaberdeen & Co. Selain Lim yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan ialah Parti Keadilan Rakyat selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan; Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang juga syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan serta ketua penyuntingnya, Fazallah Pit. Peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos, yang mewakili Zainal Abidin, 51, memberitahu pemberita bahawa saman itu difailkan atas kapasiti peribadi pemimpin UMNO Pulau Pinang itu. Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lalu, Lim menerbitkan satu kenyataan akhbar melalui emel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu. Zainal Abidin berkata, kenyataan Lim itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terbabit dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan pembabitannya dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di KOMTAR dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lalu. Beliau berkata, pada 18 Ogos lalu, Lim mengeluarkan satu lagi kenyataan menyinggung di hadapan sekumpulan wartawan yang disiarkan di laman berita elektronik, The Malaysian Insider, pada hari yang sama. Zainal Abidin berkata, antara lain kenyataan itu membawa maksud kononnya beliau merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang, dan kononnya beliau terbabit dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu. Beliau berkata, akibat kenyataan itu, ia merosakkan reputasinya dan menjejaskan kepercayaan parti induk terhadapnya. Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan satu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu. - BERNAMA |
PELIK: Majlis Ust Azhar Idrus pun nak sabotaj ka... Posted: 11 Jun 2012 06:30 AM PDT TERDESAK SAMBUTAN UST. AZHAR IDRUS!!! Puak-Puak Songkok Tinggi mula jalankan kerja sabotaj PELIK tapi benar, ceramah agama pun ada juga orang yang tergamak melakukan sabotaj. Difahamkan ada pihak cuba menyebarkan maklumat yang salah tentang lokasi ceramah Ustaz Azhar Idrus melalui sms berantai. Hal ini didedahkan oleh salah seorang pihak penganjur yang terlibat menguruskan ceramah beliau di seluruh negara (pihak Studio Mukmin). Ini pulak video menunjukkan joget lambak anjuran Umno bagi mensabotaj majlis agaman Ust Azhar Idrus... lengan walaupun ada makan free... mampuih la Umno... Namun sebenarnya lokasi ceramah penceramah bebas terkenal itu masih kekal akan diadakan di Masjid Jamek Sungai Abong, Muar. Di bawah ini printscreen kenyataan beliau [facebook]. Menyaksikan sambutan anak muda yang sangat luar biasa terhadap ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus, nampaknya sudah ada pihak yang busuk hatidan sanggup melakukan perbuatan khianat. Adakah semua ini rentetan kemunculan Ustaz Azhar Idrus memberikan ceramah agamanya di Himpunan Hijau yang dianjurkan oleh Parti Islam, PAS baru-baru ini menyebabkan Gerombolan Songkok Tinggi mula melakukan sabotaj? ReJaM© "Perbuatan jahat akan dibalas jahat... " |
Patut pun bau HANCING... kahkahkah... Posted: 11 Jun 2012 02:10 AM PDT Pemimpin UMNO Terkencing dalam Seluar Oleh: ruhan Isu pembekuan pinjaman PTPTN untuk pelajar baru UNISEL dan KUIS di Selangor mati dalam tempoh tiga hari sahaja. Para pemimpin UMNO yang memperlihatkan keangkuhan tahap tertinggi semuanya terkencing dalam seluar setelah diperlihatkan kebodohan tindakan yang memakan diri mereka sendiri. Perhatikanlah penyerlahan pernyataan kurang cerdik pemimpin UMNO dan tindak balas tegas yang spontan daripada pemimpin Pakatan Rakyat (PR). MUHYIDDIN Pembekuan itu 'adil' untuk PTPTN uji dasar PKR. KHALED NORDIN "Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan. Sehubungan itu, PTPTN menangguhkan buat sementara waktu kepada para pelajar baru UNISEL…" NOH OMAR "Mahasiswa baru UNISEL mungkin akan diberikan pinjaman PTPTN sekiranya PKR mengisytiharkan tidak mampu memberikan pendidikan percuma dan tidak membuat janji kosong." ABDUL KHALID IBRAHIM "Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru UNISEL yang teraniaya ekoran kerajaan persekutuan membekukan PTPTN. Sebagai tindakan jangka pendek, UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar meneruskan pengajian. Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperoleh hasil penyusunan semula hutang TALAM (hutang ini adalah tinggalan kerajaan BN yang lalu). Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperoleh hasil usaha ini." Pemimpin UMNO yang tidak cerdik terkedu dengan tindakan spontan Abdul Khalid Ibrahim itu. Jika RM30 juta itu dibahagi-bahagikan kepada 2000 pelajar, mereka akan mendapat RM15000 setiap seorang (sama jumlahnya dengan perolehan peneroka FELDA yang dilibatkan dengan penyenaraian penuh kontroversi FGVH). Jumlah itu lebih daripada cukup untuk menampung kos pengajian selama 2 semester. Jika hal ini dibiarkan berlaku, PKR/PR Berjaya membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa pendidikan percuma bukan satu ilusi. Maka PTPTN pun membatalkanlah niat buruk mereka. Pemimpin UMNO yang tadinya berlagak seperti pembuli perkasa segera terkencing dalam seluar dan mentransformkan diri mereka menjadi cicak kubin yang tidak mampu mencicit lagi. Transformasi ini akan terus diingati oleh sekalian rakyat Malaysia sehingga mereka memangkah kertas undi dalam PRU Ke-13 nanti. Mereka pasti tidak memilih UMNO/BN!!! Demikianlah nasib yang menimpa sebuah parti sekular bercorak kebangsaan dan bercirikan perkauman, bernama UMNO itu. Mantan Presidennya, Dr. M mengatakan bahawa UMNO enggan membuka pintunya kepada golongan cerdik pandai hingga menyebabkan ramai doktor masuk PAS. Katanya lagi, UMNO sudah busuk hingga ke usus. Oleh hal demikian, tidak hairanlah jika para pemimpinnya sentiasa mempamerkan kebodohan dan semakin mereput. Kesian dia!!!" |
Siapakah "Orang Itu" yang diperangkap Mahathir... Posted: 10 Jun 2012 11:54 PM PDT Udin Anak Yassin Kini Diserang Tebuan Kata orang tua-tua jangan usik sarang tebuan kalau tidak mahu menerima bahananya. Tindakan Udin anak Yassin yang cuba menambah dosa dan menyusahkan Anwar memburukkan bekas TPM Anwar Ibrahim nampaknya telah terbalik terkena ke batang hidungnya hari ini apabila Anwar menyatakan kesediaannya untuk mendedahkan butiran akaun bagi menjawab persoalan ditimbulkan Udin anak Yassin. Udin anak Yassin Udin anak Yassin meminta Anwar mengulas mengenai dakwaan yang dilemparkan ke atas Anwar 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai sebanyak RM3 billion. Tindakan Udin membangkitkan perkara yang sudah selesai dan berlalu 13 tahun itu dilihat sebagai orang tidak ada modal untuk membaja lobak sanggup mengguna tahi sendiri sebagai pupuk. Tindakan itu juga menunjukkan Udin anak Yassin terdesak seperti mana Ha Najib Razak yang sudah hilang akal dan ketandusan idea untuk menguburkan Anwar. Hakikat Najib dan Udin hilang akal jelas apabila mereka sudah pening memikirkan macam mana untuk berdepan dengan rakyat. Kekaburan tarikh atau tempoh membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan menunjukkan akan kepeningan mereka berdua ini. Anwar Ibrahim: Ketawa. Makanya untuk menghadirkan satu keadaan yang agak selesa kepada mereka (UBN), jadi terpaksa dibangkitkan perkara itu kandati pun ia sudah lama dilupakan dunia dan berbau hanyir macam kudis malam. Rakyat dan orang ramai sudah pun hadam dengan isu berkenaan. Cara ketandusan dan kehilangan akal politik itu menyebabkan situasi Udin anak Yassin kini seolah orang yang jatuh menjadi papakedana tetapi terpaksa memakai semula baju dan seluar lama yang sudah dicampak ke dinding sebelum ini. Rakyat sudah bijak di dalam hal ini. Perkara lama yang sudah selesai atau dianggap selesai tidak wajar ditimbulkan lagi. Cara Udin anak Yassin juga tidak gentleman. Kalau gentlemandia tidak akan tergamak untuk membangkitkan isu berkenaan. Di pihak PKR juga banyak menyimpan isu-isu lama yang masih relevan untuk dibangkitkan bagi memburukkan seseorang. Tetapi politik PKR gentleman tidak mahu membawa keluar sesuatu yang sudah dikafan dan dimasukkan ke dalam kubur. Apa yang menimpa Mahathir, Najib malahan Udin sendiri misalnya boleh diungkitkan dan tetap relevan. Skandal BMF yang menelan dan melenyapkan wang sebanyak RM52 billion (tolong betulkan kalau tak betul), boleh dibangkitkan. Skandal ini menyebabkan kehilangan nyawa dibiarkan begitu saja. Mahathir tidak boleh melepas tangan begitu saja kerana dia adalah PM. Tetapi kenapa tidak ditimbulkan? Kenapa dalam skandal ini seolah ia tidak terpias sedikitpun kepada Mahathir? Licik. Begitu juga mengenai kelemahan Najib semasa menjadi MB Pahang tahun 80-an dulu. Gara-gara kelemahan, rasuah dan amalan kronisme kerajaan Pahang rugi berbillion ringgit. Beberapa buah anak syarikat SEDC Pahang terpaksa ditutup dan lingkup. Tetapi Pakatan Rakyat tidak mengungkitkan kerana melihat itu semua isu lama. Kerugian negeri Pahang itu tidak ada kena mengena dengan status Najib sebagai PM hari ini. Demikian juga Udin anak Yassin sendiri semasa menjadi MB Johor dulu telah menyebabkan banyak hartanah Johor melayang ke tangan Cina Singapura. Beribu hektar tanah rezab Melayu menjadi milik konglomerat Singapura. Kalau hendak dibangkit berlori isu yang boleh menceritakan kelemahan dan kegagalan serta penyelewengan Udin anak Yassin. Begitu juga cerita seorang rombongan belia semasa Udin menjadi Menteri Belia dulu... mengenai ada perbuatan menjolok mata Udin anak Yassin di atas kapal dengan seorang beliawanis? Kalau isu-isu cemar dan jijik ini hendak diungkitkan ia boleh diungkitkan. Tetapi pihak Pakatan Rakyat tidak sebusuk dan seburuk Udin sanggp mendedahkan apa saja demi survive politik. Apabila Udin membangkitkan isu itu - meminta Anwar membuat penjelasan saya dapat rasakan dari mana idea yang dikutip dan dipungut Udin itu. Fitnah kononnya Anwar memiliki aset dan wang tunai sebanyak RM3 billion itu adalah isu didalangi oleh Mahathir Mohamad. Mahathir semasa berdepan dengan serangan Anwar 13 tahun lalu (pemecatan Anwar dari Umno atas motif politik) kehilangan punca sehingga menggunakan apa saja isu untuk mematikan Anwar termasuk mengaitkan Anwar memiliki wang. Apabila tiba-tiba Udin anak Yassin respon kepada isu itu, yang baru diungkitkan oleh betina sundal dalam tv baru-baru ini, saya cukup percaya apa yang Udin anak Yassin luahkan itu atas nasihat Mahathir. Atau Udin sendiri sekongkol dengan betina sundal itu? Isu kononnya Anwar memiliki aset sebanyak itu adalah idea Mahathir dan dipertikaikan oleh betina sundal. Sepatutnya perkara ini sudah pun selesai apabila orang yang membuat kenyataan memburuk Anwar itu sendiri sudah mengaku apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang saya diberi tahu orang yang membuat kenyataan akhbar mengaitkan Anwar itu telah diarah oleh Mahathir berbuat demikian. Orang ini katanya telah menceritakan segala-galanya kepada Anwar Ibrahim dan beliau meminta maaf kepada Anwar atas apa yang berlaku. Jadi bagi Anwar seorang pemaaf jauh sekali berdendam mendiamkan saja apabila orang berkenaan telah memohon maaf. Menurut orang mendengar cerita itu menuturkan kepada saya, macam mana orang itu diperangkap atau menjadi hamba kepada Mahathir. Semasa Mahathir hilang akal untuk mendapatkan senjata bagi 'membunuh' Anwar selapas Anwar bangkit menjadi Jebat Derhaka bersama rakyat, Mahathir memanggil orang itu ke dalam biliknya. Dia tidak bercakap apa-apa dan hanya menulis di atas sekeping kertas kira-kira berbunyi begini; selesaikan perkara RM3 billion. Kertas nota itu katanya masih dalam simpanan orang itu dan tidak diklasifikasikan sebagai bahan OSA. Selepas keluar dari bilik PM orang berkenaan terus membuat kenyataan akhbar yang mengaitkan wang RM3 billion dengan Anwar Ibrahim. Anwar dan semua para hulubangnya ketika itu yang kini menjadi babi perut labuh dan kerbau rabit hidung membela Anwar, menjelaskan bagaimana pembohongan fitnah berkenaan. Hasilnya semua orang faham isu RM3 billion itu. Entahlah mungkin babi dan lembu itu akan mengubah fikiran pula bila tersepak sen dan ringgit. Apabila hari ini Udin anak Yassin, seperti terkena sentakan ekor biawak mengulas semula, ia menampakkan Udin, Najib dan Mahathir terdesak dan kehilangan akal sehinggakan sanggup menggunakan isu yang sudah lapuk itu. Mudah saja kalau isu ini hidup dan ada kebenaran kenapa dalam tempoh 13 tahun lalu tidak didakwa Anwar. Kenapa? Rasanya lembu gemuk laki Sharizat juga faham mengenai perkara ini. Adalah mustahil pula kalau Udin anak Yassin lebih dungu dari lembu. Berbalik kepada persoalan pokok tadi mengenai cabaran Anwar kepada Udin anak Yassin. Udin kena dedahkan akaun peribadinya terlebih dahulu sebelum Anwar berbuat demikian. Atau apakah Udin berani memikul risiko menyahut cabaran itu? Bolehkah Udin mengemukakan penyataan kewangan milik peribadinya? Udin tidak boleh mengelak dan jauh untuk menyesal. Kerana mulut 'cepelat' akhirnya akan merosakan badan. Saya dan orang ramai tunggu apa yang akan dilakukan Udin anak Yassin selepas ini. Kalau dia berdolak dalik dan terus bungkam dengan cabaran Anwar itu maka jelas Udin tidak lebih daripada tenggiling selsema yang akan menyorot bawah batang buruk bila terkejutkan anak harimau terbatuk. |
Patut KJ marah sangat kat Anwar... kahkahkah... Posted: 10 Jun 2012 06:00 PM PDT Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada warga asing yang mengundi dalam pilihan raya akan datang akan dikenakan tindakan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan. Katanya, warga asing tersebut tidak boleh "merampas" pilihan raya kali ini kerana golongan tersebut tidak layak mengundi. Anwar mengulas dakwaan bahawa warga asing diberikan hak menugndi dalam usha untuk memanipulasi keputusan pilihan raya akan datang. Bercakap dalam satu program dialog di Petaling Jaya hari ini, Anwar berkata notis sewajarnya akan diberikan kepada golongan yang didapati telah diberikan kerakyatan dengan tidak sah, sebelum mengambil tindakan. Malaysiakini |
Gambar Ustaz Azhar Idrus sebagai dajal tersebar... Posted: 10 Jun 2012 03:30 PM PDT Dajal? Ustaz Azhar Idrus dajal ek? Sebab ? Main gitar? Kalau ikut kesimpulan orang2 umno maka ; Gitar = alatan yang boleh mendajalkan orang. Individu yang main gitar = dajal. Jadi ; Bila UAI main gitar maka dia jadi dajal. Owhh begitu kah? Lihat gambar bawah neh pula. Lihat baik2 oke. Ini ialah najib. Dia pun petik gitar. Ini bukan gambar super impose. Bukan stail aku sebarkan gambar2 tak tulen macam bloggers umno oke. So sekarang aku nak tanya. Adakah najib = dajal juga? Sebab dia pun petik gitar. Maksudnya dia telah pun mengiktirafkan alat muzik dan muzik yang terhasil darinya. Mohon admin anti dap club jawab. Thank You. Ameno : Apa ke bangang sangat super impose gambar ulama macam tue? |
HEBAT: Rosmah terima kunjungan adik Obama Posted: 10 Jun 2012 12:00 PM PDT Rosmah terima kunjungan adik Obama, Dr Maya PUTRAJAYA: Penaung Program Permata Negara dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerima kunjungan Dr Maya Soetoro-Ng, seorang pakar pendidikan dan adik perempuan tiri Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Seri Perdana di sini hari ini. Hadir sama ialah Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia Datuk Dr Mahani Zainal Abidin. Dalam pertemuan itu, Rosmah dan Soetoro-Ng berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan mengenai usaha memperkasakan progam pendidikan khususnya yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang. Soetoro-Ng kini dalam rangka lawatan enam hari ke Malaysia mulai Rabu lepas sebagai sebahagian daripada delegasi East-West Centre dari Amerika Syarikat. Beliau, antara lain dijadual mengadakan perbincangan mengenai pendidikan dan bertemu pelajar dan ahli akademik dari kolej-kolej Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan program pendidikan awal kanak-kanak PERMATApintar. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan