Addin |
- Tranformasi Najib, Pegawai Bawahan Di Kambing Hitamkan..
- Betul Ke Gambar Nih? Macam Tak Percaya Je..
- Gambar Pelancaran Penuh Gemilang Jentera Pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat Melaka
Tranformasi Najib, Pegawai Bawahan Di Kambing Hitamkan.. Posted: 11 Jun 2012 10:14 AM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan mengkaji semula Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ekoran tindakan keras anggota itu terhadap peserta Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. Tegasnya, panel penyiasatan yang dibentuk dilihat tidak ada keupayaan menjalankan siasatan yang bebas. Dalam soalan tambahannya, beliau berkata dalam himpunan tempoh hari jumlah mereka yang cedera parah terlalu besar berbeza dalam himpunan sebelum ini. Malah beliau menyifatkan pertuduhan terhadap dua anggota polis berpangkat konstabel yang didakwa melakukan kekerasan kepada jurugambar dalam insiden itu, tidak mencukupi. Ini kerana katanya, pegawai atasan yang bertanggungjawab akan terlepas begitu sahaja. "Dakwa dua pegawai di peringkat bawahan untuk melepaskan orang yang lebih tinggi yang bertanggungjawab. Itu bukan alasannya," katanya. Pertuduhan itu, katanya tidak akan berjaya menangani isu tindakan kekerasan polis pada masa akan datang. Ketika menjawab, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula IPCMC. Nazri sebelum ini berkata, hanya dua konstabel polis diambil tindakan sebagai sebahagian daripada penyiasatan terhadap dakwaan kekejaman polis semasa perhimpunan pada 28 April itu. ~harakahdaily |
Betul Ke Gambar Nih? Macam Tak Percaya Je.. Posted: 11 Jun 2012 08:10 AM PDT Betul ke gambar nih? macam tak percaya je.. Addin bukannya prejudis tetapi terkejut je.. Al maklumlah.. u turn sehingga 360 darjah. Tetapi jikalau betul insaf dan kembali ke pangkal jalan.. Addin sama-sama meraikan perkara yang baik.. tetapi janganlah di sangka terlepas segala dari kesalahan-kesalahan yang lalu. Yang salah tetap bersalah.. hukuman patut diteruskan untuk menjadi iktibar kepada seluruh masyarakat. |
Gambar Pelancaran Penuh Gemilang Jentera Pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat Melaka Posted: 10 Jun 2012 05:57 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan