Sabtu, 9 Jun 2012

shalehudin

shalehudin


JOM Pakat-pakat tibai bola tanggung... kahkahkah...

Posted: 09 Jun 2012 10:20 AM PDT

DARI FACEBOOK SHAM GEE

Dah buat silap nak tutup malu bagi alasan bodoh. Apakah Menteri semacam ini yang kita perlukan untuk menjaga pendidikan anak2 Mahasiswa kita.

Dengan kuasa yang ada menyekat2 bantuan kepada rakyat adalah satu perbuatan yang menjadikan BN tidak layak memerintah lagi kerana tiada keadilan sesama rakyat berbilang bangsa, berbilang agama dan berlainan fahaman politik.

Apakah keberanian mereka..? Berani menipu dalam suratkhabar dan media pengampu sajalah....

TIBAI, JANGAN TAK TIBAI...
SIDAI, JANGAN TAK SIDAI...
BOLA TANGGUNG DIDEPAN MATA...
KAHKAHKAH...
KAHKAHKAH...

TERBAEK dari Tukar Tiub... kahkahkah...

Posted: 09 Jun 2012 08:52 AM PDT

TARIK BALIK KERANA TAKUT KAH KAH KAH

KOMENTAR TUKAR TIUB

jelas kerajaan gerombolan kelam kabut
kerajaan gerombolan hilang punca

kalau ptptn di bekukan
ini terbaik kerana
kerajaan selangor akan buktikan
boleh diberi pembelajaran percuma

kerana takut orang ramai melihat
kerajaan selangor menjalankan dasar itu
maka gerombolan united malays national organisation
menarik balik arahan pembekuan
gerombolan takut!


PTPTN TARIK BALIK PEMBEKUAN PINJAMAN SISWA UNISEL, KUIS - mkini

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Sebelum ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS - kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH

woit.... APA PUNYA KERAJAAAN.... kah kagh kah..

kah kah kagh...TARIK SORONG... TARIK SORONG.... kah kagh kah..

kah kah kah...JELAS INILAH KERAJAAN YANG WAJIB DIHUMBANKAN.... kah kah kah...

kah kah kah...JELAS INI*LAH KERAJAAN YANG KELAM KABUT.... kah kah kah...

woit... DI ZAMAN SHAH IRAN .... MAXCAM INI JUGA.... kah kah kah..

kah kah kah...DI ZAMAN MARCOS DI PILIPINA MACAM INI JUGA... kah kah kah..

kah kah kah...DI ZAMAN SUHARTO DI JAKARTA MACAM INI JUGA..... kah kah kah...

woit...INI TANDA TANDA KERAJAAN NAK LUNGKUP.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU GEROMBOLAN MENANG PILIHANRAYA MESTI CARA TIPU.... kah kah kah..


NOTA:
kalau kerajaan macam ini
menang pru13 ini mesti
menang dengan cara tipu

Brader TT

Kalau Anwar ada 3 billion, Muhyiddin ada 13 billion... kahkahkah...

Posted: 09 Jun 2012 06:45 AM PDT

Anwar akan dedahkan akaun jika...

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedia mendedahkan akaun banknya untuk menjelaskan dakwaan bahawa beliau mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Bagaimanapun, perkara itu hanya akan dilakukannya sekiranya timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berbuat demikian.

Katanya, beliau sedia untuk disiasat sepenuhnya berhubung dakwaan tersebut dan menyerahkan semua akaun terbabit.

Sekiranya Muhyiddin setuju berbuat demikian, maka siasatan itu perlu disegerakan, katanya lagi dalam satu dialog ekonomi di Petaling Jaya hari ini.

Anwar mengulas gesaan Muhyiddin hari ini yang mahu beliau menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu, dan dilaporkan secara meluas oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Malaysiakini

HOT: Makan tak lalu, berak laju... kahkahkah...

Posted: 09 Jun 2012 05:37 AM PDT

Kes Bunuh Altantuya: Permohonan Azilah tambah alasan didengar 5 Julai

Mahkamah Rayuan akan mendengar pada 5 Julai ini permohonan oleh Cif Inspektor Azilah Hadri untuk memasukkan alasan tambahan dalam petisyen rayuannya.

Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah N Kanageswari apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes di dalam kamarnya hari ini.

Azilah, 34, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 39, disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana didapati bersalah membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mukim Raja antara jam 9.45 malam 18 Oktober 2006, dan 9.45 malam keesokan harinya.

Rayuan mereka kepada Mahkamah Rayuan dijadual didengar pada 27 dan 28 Ogos. Terdapat 43 alasan dalam petisyen rayuan Azilah.

Azilah diwakili peguam J.Kuldeep Kumar manakala Sirul Azhar pula diwakili peguam Hasnal Rezua Merican. Timbalan Pendakwa Raya K Mangai dan Farah Ezlin Yusop Khan hadir bagi pihak pendakwaan.

Pada 30 April tahun ini, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Sirul Azhar untuk menambah enam alasan kepada sembilan alasan yang sedia ada dalam petisyen rayuannya.

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, didakwa bersubahat dengan kedua-dua tertuduh itu, yang merupakan komando Unit Tindakan Khas, dalam pembunuhan Altantuya.

Dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt, 2008, tanpa dipanggil membela diri.

- Bernama

Satu dunia tunggu, semua orang menunggu....
Kahkahkah....


ANEH: Warden wanita jalin hubungan dengan empat banduan

Posted: 09 Jun 2012 02:35 AM PDT

Warden wanita jalin hubungan dengan empat banduan dipenjara 12 bulan

LONDON- Seorang pegawai penjara wanita yang mengakui bertukar surat erotik dan panggilan telefon dengan empat banduan yang menjalani hukuman, dipenjarakan selama 12 bulan, semalam.

Zanib Khan, 27, membuat lebih 10 jam panggilan berahi kepada pengedar dadah dan perompak.

Seorang banduan berkata, dia tidak dapat melupakan "berjalan melalui pintu sel dan melihat wanitaku yang cantik". Seorang lagi merujuk kepada mengucup "bibir dan tubuhnya yang cantik" serta bercakap betapa dia ingin sekali melihat "kaki mongel saiz 2" warden penjara itu ketika mereka berasmara.

Surat itu yang diseludup keluar dari tempat kerjanya di penjara Brixton, kemudian ditemui dalam bilik tidurnya di kediaman ibu bapanya. Selepas penahanan itu, timbul isu bahawa Zanib sebelum ini menerima hukuman disiplin kerana gagal mendedahkan bapanya sedang menjalani hukuman empat tahun penjara kerana kesalahan imigresen dan teman lelakinya juga dijel kerana rompakan.

Walaupun Zanib hanya mengakui salah laku dengan empat banduan, polis mengesyaki dia menjalin hubungan dengan tiga lagi banduan lain.

Peguamnya bagaimanapun menegaskan walaupun surat itu mengandungi "perkara seksual" ia hanya fantasi.

Pendakawa raya Robin Du Preez berkata, antara Mac dan November tahun lalu: "Zanib menjalin hubungan intim yang tidak wajar dengan banduan di penjara Brixton."

-myMetro

TERHOT: Tiga menteri paling bangang... kahkahkah...

Posted: 08 Jun 2012 09:00 PM PDT

JAMINAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI BAHAWA PELAJAR TIDAK AKAN DIMANGSAKAN LAGI

Saya mengalu-alukan pengumuman Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor berhubung penubuhan dana RM30 juta untuk membantu pelajar-pelajar Unisel yang terkesan dengan pembekuan pinjaman PTPTN.

Iltizam Kerajaan Pakatan Rakyat untuk melakukan yang termampu bagi memastikan kebajikan pelajar tidak terjejas adalah sangat bertentangan dengan sikap tiga orang Menteri Umno iaitu Muhyiddin Yassin, Khaled Nordin dan Noh Omar yang gembira dengan kesusahan pelajar demi permainan politik mereka.

Kemarahan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat – dari Pakatan Rakyat, kumpulan mahasiswa, orang kebanyakan hinggalah pimpinan Barisan Nasional sendiri – akhirnya memaksa Khaled Nordin dan PTPTN menghentikan tindakan memangsakan pelajar Unisel itu.

Kenyataan tidak rasmi bahawa PTPTN telah membatalkan arahan pembekuan pinjaman kepada pelajar Unisel disambut dengan perasaan lega.

Pun begitu, suka saya mengingatkan Khaled Nordin supaya jangan sekali-kali cuba memperjudikan masa depan dan kebajikan pelajar demi kepentingan politik Umno. Sebagai orang yang bertanggungjawab mengarahkan pembekuan pinjaman PTPTN, beliau wajar memberi jaminan bahawa PTPTN tidak akan membekukan pembiayaan kepada mana-mana institusi atau pelajar yang layak menerimanya.

KEADILAN akan terus mendesak menteri terbabit mengeluarkan jaminan agar tindakan kebudakan-budakan oleh PTPTN di Unisel tidak akan berulang lagi.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
8 JUN 2012

DOA Pemanis Wajah, paling laris lepas PRU13... kahkahkah...

Posted: 08 Jun 2012 03:00 PM PDT

Insyaallah...
Doa ni pasti laris gila selepas PRU ke 13 nanti, insyaallah...
Kahkahkah...

Tiada ulasan: