Anak Sungai Derhaka |
- Rafizi akan tinggalkan dunia politik?
- LIVE!! Ceramah Merdeka Rakyat di Kajang..
- Pak Samad deklamasikan 'Luka Riadah' Dihadapan Runtuhan Stadium Sultan Mizan (Video Inside)
- Faekah kata Pengerusi PTPTN keluarkan kenyataan bodoh..
- 'Jangan ingat saya lembab', kata Anwar.. err.. lembab macam Najib kah DS?
- Kenyataan nak cover malu dari seorang Menteri.
- Najib! Hang ingat orang Kulim bodoh sangat ka?
Rafizi akan tinggalkan dunia politik? Posted: 09 Jun 2012 08:43 AM PDT KUALA LUMPUR 9 Jun: Dalam usaha memberi tekanan dan memastikan rakyat mengingati skandal National Feedlot Corporation, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menerbitkan sebuah filem yang menyindir projek berkenaan. Selaku penerbit tidak rasmi filem itu, kata Rafizi, filem komedi bercorak satira itu merupakan kaedah baru yang digunakan untuk memberi tekanan kepada kerajaan dan pihak yang terlibat dalam penyelewengan NFC. "Kita akan umumkan secara terpeinci dalam masa terdekat. Kita sudah bersetuju tentang nama-nama pelakon dan tajuk filem yang boleh mengingatkan rakyat tentang sandiwara NFC," "Kita nak filem lembu ini menjadi filem top untuk tahun 2012," katanya ketawa ketika dihubungi keadilan Daily. Rafizi berkata, 'skrip' bagi filem itu sudah siap dan dijangka bakal menjalani pengambaran tidak lama lagi. Berbeza dengan video-video klip di internet sebelum ini, katanya, filem berkenaan bakal menampilkan kelainan baru di ruang maya, selain sesuai dijadikan tayangan dalam program atau ceramah anjuran KEADILAN. Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberitahu nama pengarah dan pelakon terlibat sebelum pengumuman dibuat, yang dijangka pada minggu hadapan. Dalam pada itu, Rafizi berkata pihaknya akan terus mendedahkan penyelewengan pinjaman mudah oleh kerajaan itu ketika perbicaraan saman yang difailkan Datuk Seri Shahrizat Jalil bermula Ogos ini. "Bila kita disaman, kita akan gunakan peluang di mahkamah dan pastikan segala penyelewengan ini dibawa kepada rakyat," katanya. Skandal NFC menggemparkan negara apabila pendedahan demi pendedahan dilakukan KEADILAN berhubung penyelewengan dana sebanyak RM250 juta dilakukan NFCorp yang dimiliki keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Hasil tekanan KEADILAN, suami Shahrizat yang juga pengerusi Esekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat. Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan pinjaman RM250 juta digunakan untuk tujuan selain penternakan lembu. Antaranya membeli dua unit kondominium mewah di Kuala Lumpur, tiga unit kondo di Singapura, dua lot tanah di Putrajaya dan kereta Mercedez Benz selain sebuah apartmen mewah di Kazakhstan. http://www.keadilandaily.com/?p=31358 |
LIVE!! Ceramah Merdeka Rakyat di Kajang.. Posted: 09 Jun 2012 06:47 AM PDT Lintas langsung Ceramah Perdana , Merdeka Rakyat di Sadium Kajang ini dibawakan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Antara pemimpin yang dijadualkan berucap ialah YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Mujahid Yusof Rawa, YB Zuraida Kamaruddin, YB Ng Swee Ling, YB Lee Kim See dan juga CheguBard. Ada pihak memberitahu bahawa pencacai-pencacai UMNO akan menganggu ceramah ini.. bersamalah kita tunggu dan lihat.. Semasa ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Permatang Pauh minggu yang lalu, siaran telah tergendala ketika DS Anwar Ibrahim memberikan ucapan diharap kali ini ianya lancar.. Untuk memastikan kelangsungan siaran, Pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memerlukan sumbangan anda dan sumbangan boleh disalur terus ke akaun SAMM (Maybank 5550-4111-3224) Ini lagi satu channel.. yang banyak sikit modalnya... |
Pak Samad deklamasikan 'Luka Riadah' Dihadapan Runtuhan Stadium Sultan Mizan (Video Inside) Posted: 09 Jun 2012 05:39 AM PDT Puisi dengan tajuk Luka Riadah ini dideklamasikan oleh penulisnya SN Dato' A. Samad Said Dihadapan Runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Bersama Program 'Himpun dan Ingat' Jumaat 8 Jun 2012. Luka Riadah Tiga musim tampaknya, kita membiarkan sahaja lalang-lalang meliar dan tembok-tembok merkah, genting-genting retak dan parit-parit turut pecah, kita membiarkan khalayak sukan menderita. Di Tengah-tengah kemegahan Negara yang sangat marak, kita seolah lebih bersedia diasuh menjadi perosak. Tanpa kita membahagiakan mahligai sukan beransur menjadi kawasan yang amat hantuan, kita seolah tidak pun terasa apa lagi malu malah kita tak langsung rasa terganggu, kita sedia rela melihat mahligai sukan terus cacat rosak serta sakit tanpa rawatan. Kita memang mampu, tapi oleh lagak bermegah tampaknya kita lebih selesa jadi pemusnah, kerana dalam dendam hasrat yang amat hangat, kita lebih bang menjadi kuasawan lebih bersiasah, kita tidak tulus bagi memerintah negeri, mungkin amat ramai kita dibakar api dengki. Dan kita sengaja biarkan gedung riadah retak, malah terus mereput ditengah minyak yang mewah, kita terus menggerunkan warga penyu yang pilu, tidak rela bertelur tidak mendamai disitu. Kita memang mula kurang mampu lagi mencipta resahnya, kita tak ternampak segak memerintah! Kita patut malu kepada penyu samudera, juga wajar segan kepada ikan dikuala, kita telah lama melukakan perut buana, dengan keangkuhan peribadi kurang bermakna. Kini, kita mula jadi bangsa yang saling berhasad, teramat sedikit kita cuba menurut hajat. Kita dengan pilu kini mengenangi pondok sukan, yang terhindar tersingkir dan terbiar penuh segan. Kerana di tengah kekayaan minyak Negara, anehnya kita lebih pintar dan santai memusnah, kita tak membangun semula mahligai riadah sebab…. sesama saudara kita massih bertelagah! |
Faekah kata Pengerusi PTPTN keluarkan kenyataan bodoh.. Posted: 09 Jun 2012 04:33 AM PDT Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Hussin berkata kenyataan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berhubung pinjaman untuk siswa di universiti bawah kerajaan negeri itu bukan sahaja penuh "emosi politik" tetapi juga "kurang cerdik." Katanya, dakwaan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mampu memberi bantuan kewangan juga menunjukkan bahawa pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamaed Said "diperangkap oleh pemimpin tertinggi Umno-BN." "Malang bagi Pengerusi PTPTN (Datuk Ismail Mohamaed Said) selepas menurut perintah menteri kini terpaksa menjilat semula keputusan itu dan membuat kenyataan berbohong kononnya kerajaan Selangor tidak mampu memberi pendidikan percuma kepada pelajar. "Kenyataan beliau bukan sahaja penuh emosi politik tetapi kurang cerdik memandangkan kerajaan negeri telahpun mengumumkan skim bantuan khas untuk pelajar yang teraniaya oleh pembekuan tersebut," katanya dalam satu kenyataan. Beliau mengulas tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada siswa di sua buah institut pengajian tinggi bawah kerajaan negeri itu - Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor. Tidak sampai 24 jam, PTPTN semalam bagaimanapun menarik semula tindakan membekukan pinjaman kepada siswa baru Unisel selepas menerima bantahan keras termasuk daripada pemimpin BN seperti ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Langkah itu pada awalnya disokong kuat oleh timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri pendidikan tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan menteri pertanian Datuk Seri Noh Omar. Mengulas lanjut, Faekah berkata penjawat awam seperti pentadbir PTPTN perlu melihat perjalanan isu berkenaan sebagai satu amaran kepada mereka "agar tidak dengan membabi buta menurut arahan ahli politik." "Selaku penjawat awam, mereka sepatutnya mempunyai integriti dalam memastikan kepentingan rakyat, dalam kes ini para pelajar, diutamakan. Mereka tidak harus membenarkan pentadbiran di jabatan mereka ditadbir oleh ahli politik. "Justeru, jika mana-mana ahli politik atau menteri yang emosi, kebudak-budakkan dan tidak cerdik dalam pendekatan mereka, penjawat awam selaku golongan profesional perlu berani menyatakan pandangan. "Ini termasuk mengajar dan mengingatkan para menteri yang tidak faham akan prinsip doktrin pengasingan kuasa - di antara eksekutif dan legislatif," katanya. Tambahnya, menteri Umno berkenaan juga perlu menghentikan amalan "bersembunyi di celah kain seorang kakitangan awam" seperti dalam tindakan mereka dalam isu pembekuan pinjaman itu. Menteri berkenaan tidak harus berperangai seperti ahli politik jalanan tetapi sebaliknya perlu bersikap sebagai negarawan demi khidmat untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideologi politik, katanya lagi. Malaysiakini |
'Jangan ingat saya lembab', kata Anwar.. err.. lembab macam Najib kah DS? Posted: 08 Jun 2012 10:00 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau bukan seorang yang "lembab", kononnya sanggup tidak menjaga kepentingan orang Melayu, selaku kaum majoriti, termasuk melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada DAP jika menguasai Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Ketua Pembangkang ini berkata, Pakatan Rakyat (PR) khususnya DAP juga memahami Melayu merupakan majoriti rakyat negara ini dan tidak mempertikaikan sebarang kelebihan yang diperuntukkan. Perkara itu juga pernah ditekankan oleh DAP sebelum ini iaitu orang Melayu akan menyandang jawatan Perdana Menteri. "Ada orang kata saya akan pegang jawatan PM selama tiga bulan sahaja sebelum serah kepada (Pengerusi DAP Kebangsaan) Karpal (Singh), saya bukan seorang begitu lembab. "Sekiranya memerintah apa yang ada kini termasuk Bahasa Melayu akan diperkukuhkan lagi," kata Ketua Umum PR ini ketika berucap pada Ceramah Perdana di Padang Malis Daerah Machang di sini malam tadi. Pada ceramah yang dihadiri lebih 5,000 penyokong itu, Anwar berkata, Sabah akan memberi kejutan terbesar dalam PRU-13 dengan peningkatan sokongan yang kepada PR. Dalam satu ceramah di Johor beberapa hari lalu, Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak menolak kemungkinan Anwar bakal dipilih sebagai Perdana Menteri sekiranya PR berjaya mentadbir negara. Bagaimanapun katanya, Ketua Umum PKR itu hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika berikutan DAP tetap mahu jawatan berkenaan disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Menurutnya, hakikat itu berdasarkan kenyataan Karpal yang menegaskan akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri selagi beliau masih hidup. "Kita semua tahu Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika PR berjaya menguasai Putrajaya, tetapi ia hanya untuk seketika dan sebagai taktik sahaja kerana Karpal sudah kata sampai mati akan perjuangkan Perdana Menteri dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam. "Karpal juga menyebut nama Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan dia (Guan Eng) boleh menjawat jawatan tersebut kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya jadi Perdana Menteri," katanya. |
Kenyataan nak cover malu dari seorang Menteri. Posted: 08 Jun 2012 07:04 PM PDT Melihat kemampuan kerajaan Selangor menyelesaikan masalah sekatan PTPTN melalui pengumuman Unisel akan mencairkan aset bagi membantu mahasiswanya oleh MB Selangor, UMNO/BN mula cemas dan mengubah taktik dengan menarik semula pembekuan pinjaman berkenaan. Pendapat penyelidik bebas Merdeka Center juga berkata pembekuan pinjaman itu "berpotensi akan memakan diri BN jika Selangor boleh mencapai satu penyelesaian yang praktikal dan cepat." "Ini akan merentasi seluruh negara sebagai Unisel mempunyai pelajar dari negeri lain dan mungkin meledakkan daripada sesuatu yang hanya popular kepada golongan muda untuk ibu bapa mereka juga. "Lagipun, Selangor mempunyai rizab yang besar sebanyak RM1.8 bilion dan boleh menyelesaikan masalah ini dengan cepat," katanya. Keupayaan MB Selangor Tan Sri Khalid menangani masaalah tersebut dengan pantas memalukan Khaled Nordin dan juga Muhyiddin kerana mereka menyangka pemimpin Pakatan adalah sebodoh pemimpin-pemimpin yang ada dalam UMNO/BN... Oleh itu nak cover malu punya pasal.. berkatalah Menteri dari UMNO ini bahawa PTPTN hanya ingin menguji Kerajaan Selangor.. Sejak bila pula PTPTN dijadikan alat untuk buat ujian oleh UMNO ni? PTPTN-Unisel: Sekadar uji Selangor, kata Khaled SHAH ALAM - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya sekadar ingin menguji sama ada Kerajaan Negeri Selangor serius dalam menyediakan pendidikan percuma. Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan memansuhkan PTPTN dan menggantikan dengan pendidikan percuma jika diberi manfat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Sehubungan itu kata beliau, adalah jelas Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak dapat mencapai matlamat memberikan pendidikan percuma. Khaled juga berkata, keputusan menarik balik pembekuan pinjaman PTPTN membabitkan penuntut-penuntut pelajar-pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis) dibuat setelah pihak Kementerian Pengajian Tinggi menimbang rayuan daripada kedua-dua pusat pengajian tinggi itu. Terdahulu dalam satu mesej menerusi akaun Twitter, Khaled berkata, pengurusan Unisel ada mengemukakan rayuan kepada beliau berkenaan perkara itu. "Unisel pun ada merayu pada saya, dan menyatakan PTPTN memang diperlukan, maka tidak sebab untuk tidak setuju pentingnya PTPTN," kata beliau. Kelmarin, Kerajaan Negeri Selangor dan pemimpin-pemimpin PR mendakwa tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman agensi itu kepada penuntut-penuntut Unisel sebagai tidak adil. Keputusan membatalkan pembekuan itu dimaklumkan kepada pengurusan Unisel pagi semalam. Sinar Harian |
Najib! Hang ingat orang Kulim bodoh sangat ka? Posted: 08 Jun 2012 05:30 PM PDT Kerana popularitinya dah menurun sikit.. Najib terpaksa memikirkan untuk memberikan BR1M buat kali kedua.. maklumlah survey kata lepas BR1M yang pertama dulu populariti Najib meningkat.. Kalau macamni lagi lambat Najib umum PRU lagi bagus buat rakyat.. sebab bila survey kata populariti Najib turun dia terpaksa bagi BR1M buat rakyat.. "Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq," kata Njib kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini semalam. Dan Najib juga cuba nak membohongi rakyat di Kulim kerana mungkin sangkaannya rakyat di Kulim mudah untuk diperbodohkan seperti Makcik Pakcik yang berada di Felda.. Cubaan pertama memperbodohkan rakyat di Kulim oleh Najib.. Najib kata Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan yang baik dan gaji penjawat awam dinaikkan berikutan pentadbiran BN yang cekap sedangkan penjawat awam di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, bukan sahaja gaji tidak dinaikkan malah ada yang terpaksa dipotong gaji mereka. Cubaan kedua .. Najib berkata, ada pemimpin tertentu menggunakan fatwa ulama terkenal Yusuf Al Qaradawi bahawa kerajaan yang zalim wajib digulingkan, tetapi fatwa itu sebenarnya untuk Mesir dan Libya dan bukan untuk Bahrain, Qatar, Arab Saudi dan Malaysia atau negara-negara lain. Ini kerana Zalim itu definasinya luas.. ianya bukanlah dirujuk kepada sesebuah parti atau kerajaan tetapi dirujuk kepada tingkahlaku dan kelakuan manusia atau pemimpin.. Cubaan ketiga pula.."Hanya untuk dua negara itu sahaja. Di Malaysia kita bukan kerajaan zalim. ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pun dah takde. Kini ada undang-undang perhimpunan aman. Akta ISA Najib kata dah tak ada kononnya... tapi biarpun Najib dah umumkan penghapusannya beberapa ketika lalu.. Pusat tahanan masih berdiri megah di Kemunting dan tahanan yang ditahan dibawah ISA masih berada di sana.. tentu korang tak lupa.. dalam masa satu minggu kalau tak silap aku. Najib umum ISA dimansuhkan.. beberapa orang telah ditahan di bawah ISA di Sabah... ************************************** Najib timbang beri BR1M kedua KULIM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua. "Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq," katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini hari ini. Dipetik Bernama, Najib berkata, BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat. Semalam,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencadangkan kepada Kabinet supaya kerajaan memberikan lagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat. Bulan lalu, Sinar Harian ada membawa laporan memetik beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang mengesyorkan agar pemberian BR1M dilanjutkan buat kali kedua sesuai dengan keadaan ekonomi semasa. Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berpendapat bahawa pemberian BR1M kali kedua akan mengurangkan beban rakyat dan bentuk bantuan tunai sedemikian lebih digemari rakyat. Naib Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, cadangan itu akan disuarakan oleh BNBBC pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 11 Jun ini. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga melahirkan pandangan agar BR1M diberi untuk kali kedua. Mengulas lanjut, Najib berkata kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang boleh menjamin perkara-perkara yang penting kepada rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian. "Hari ini saya tengok ramai yang berhimpun tetapi polis yang ada `happy' (gembira) je. Takde rasa cemas, takde pun nak guna `shield' (pelindung). Depa (mereka) sana, mereka buat huru hara, kacau bilau dan serang polis. Bolehkah sandarkan harapan kepada mereka (pembangkang) untuk menjaga negara," katanya. Katanya, rakyat Malaysia tidak sukakan suasana hura-hara kerana negara ini merupakan sebuah negara yang makmur dan bukan seperti negara-negara yang berlaku revolusi Arab atau 'Arab Spring'. Najib berkata, Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan yang baik dan gaji penjawat awam dinaikkan berikutan pentadbiran BN yang cekap sedangkan penjawat awam di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, bukan sahaja gaji tidak dinaikkan malah ada yang terpaksa dipotong gaji mereka. Najib berkata, ada pemimpin tertentu menggunakan fatwa ulama terkenal Yusuf Al Qaradawi bahawa kerajaan yang zalim wajib digulingkan, tetapi fatwa itu sebenarnya untuk Mesir dan Libya dan bukan untuk Bahrain, Qatar, Arab Saudi dan Malaysia atau negara-negara lain. "Hanya untuk dua negara itu sahaja. Di Malaysia kita bukan kerajaan zalim. ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pun dah takde. Kini ada undang-undang perhimpunan aman. "Sesiapa pun boleh boleh berhimpun asalkan aman. Pembangkang pun boleh buat," katanya. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan