Ahad, 3 Jun 2012

shalehudin

shalehudin


GAMBAR Bapa peluk anak yang maut kemalangan

Posted: 03 Jun 2012 11:00 AM PDT


HASHIM kelihatan sugul sambil memeluk dan enggan melepaskan mayat Mohd. Izwan Farid sebelum dihantar ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Sengkang-Bukit Gambir, Ledang, Muar malam kelmarin.

MUAR – Dek kerana terlalu sedih, seorang bapa tetap memangku dan memeluk tubuh kaku anak lelakinya kira-kira satu jam selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Sengkang-Bukit Gambir, Ledang dekat sini pada pukul 9.50 malam kelmarin.

Tindakan Hashim Kamat, 55, yang tidak mahu melepaskan mayat Mohd. Izwan Farid, 19, daripada pelukannya menyayat hati orang ramai yang melihat kejadian itu.

Dia yang tinggal di Kampung Batu 19, Sengkang dekat sini mengetahui kejadian malang itu apabila menerima panggilan telefon daripada anak ketujuhnya, Hamizad, 16, menyatakan arwah terlibat dalam kemalangan.

Semasa menerima panggilan tersebut, dia berada di Kampung Parit Jarum Darat, Bukit Gambir kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya.

"Saya sangat terkejut kerana kami baru sahaja bertemu satu jam lalu di rumah sebelum pergi ke rumah kenduri. Sebelum kemalangan, Mohd. Izwan tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik.

"Sangat menyedihkan saya, apabila ia berlaku pada jarak kira-kira tiga kilometer dari rumah kami," kata Hashim ketika ditemui semalam.

Kosmo

Lingkup NAJIB kalau semua ahli Umno camni... kahkahkah...

Posted: 03 Jun 2012 09:45 AM PDT

Himpunan Hijau resahkan Najib

ALOR SETAR: Kejayaan Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung seharian di sini semalam sekali lagi menambah kerisauan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan pilihan raya.

AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata kejayaan PAS menghimpunan ratusan ribu rakyat khususnya anak muda tanpa ada sebarang konsert melalaikan sudah tentu memberi tekanan kepada Najib.

"Himpunan ini berjaya membangkitkan semangat petugas dan menggerunkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadapi PRU 13.

"Lagi lama Datuk Seri Najib tidak mengumumkan pembubaran Parlimen, lagi banyak himpunan seperti ini dapat kita lakukan untuk membangkitkan semangat jentera pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, semua kita maklum bahawa membangkitkan semangat dan membentuk persepsi adalah perlu selain daripada peranan jentera parti.

Himpunan Hijau Ke Puterajaya menurutnya bukan sahaja berjaya mengumpul ramai orang, malah matlamat dan sasaran tercapai.

Semua ruang stadium ujarnya padat dan beribu orang di luar stadium terpaksa melihat skrin besar kerana di dalam penuh sesak.

Lebih menarik kata Ustaz Idris, mereka yang datang dengan ikhlas tanpa mengharap balas di mana 70 peratus kehadiran adalah orang muda, mereka datang walaupun tanpa dihidang dengan program K-Pop seperti program Himpunan Jutaan Belia di Puterajaya.

Pak Samad Said pula mendeklamasi sajak khas untuk anak muda, kerana mereka adalah benteng negara untuk melakar politik masa depan.

"Walaupun ada bloger Umno kata hanya 10,000 sahaja. Memang sudah dijangka kerana mereka mengalami penyakit "terencat bilang".

"Biarkan Najib lambat umum tarikh, kita akan asak dengan Himpunan Hijau di seluruh negara," katanya.

-Harakahdaily

HOT: PUNCA KARTUN diharamkan...

Posted: 03 Jun 2012 05:02 AM PDT

Kahkahkah....
Kesalahan terbesar ZUNAR adalah...
ZUNAR bercakap BENAR... Kahkahkah....

Patutla AMNO marah sungguh kat ZUNAR... Kahkahkah....
Kahkahkah....
Kahkahkah....

LUNYAI pulak la ARTIS ni kena tibai... ngeee...

Posted: 02 Jun 2012 08:02 PM PDT

TERKINI : Lagi Artis Mesra PAS... Pelakon, Mustapha Kamal menyantuni Tok Guru Nik Aziz di Majlis Dialog Anak Kelantan Di Perantauan kelmarin...

Tiada ulasan: