Addin |
- Apabila Dr. Asri Bersuara.. Sungguh Pedas!!
- Video Gangguan Bunga Api Di Himpunan Hijau Ke Putrajaya
- Satu Laporan Polis Buat No. Plat WWW1
- Gambar Eksklusif Himpunan Hijau Ke Putrajaya
- Najib Pasti Terkedu Lihat Gambar Dan Berita Nih
- Menteri Umno Nih Sakit Mental.. Baca Ulasannya
- Akhbar Cina Lapor 100 Ribu Hadir Himpunan Hijau Ke Putrajaya
Apabila Dr. Asri Bersuara.. Sungguh Pedas!! Posted: 03 Jun 2012 09:30 AM PDT Ini adalah posting terbaru Dr. Asri Zainaul Abidin di fbnya.. Sungguh berani tapi penuh dengan hikmah.. Kita sama-sama lihat apa reaksi golongan - golongan tertentu berkanaan posting terbaru Dr. Asri.. sama-sama kita tunggu.. ~FB Dr.Maza.com |
Video Gangguan Bunga Api Di Himpunan Hijau Ke Putrajaya Posted: 03 Jun 2012 07:24 AM PDT |
Satu Laporan Polis Buat No. Plat WWW1 Posted: 03 Jun 2012 06:37 AM PDT Karikatur kartun menghina ke atas DYMM Sultan Johor disiar oleh akhbar Kosmo,Rabu 30 Mei 2012 ,pada muka surat 50. Justeru itu pada malam ini satu laporan polis akan dibuat di Balai Polis berdekatan dalam daerah LMS ,Taiping. Pengadu dijangka akan membangkitkan kenapa DS Nizar disiasat mengikut akta hasutan sedangkan karikatur di atas jelas telah menghina DYMM Sultan Johor. Pengadu juga akan membangkitkan kenapa undang-undang berbeza antara satu sama lain. ~sisibukit |
Gambar Eksklusif Himpunan Hijau Ke Putrajaya Posted: 03 Jun 2012 02:44 AM PDT |
Najib Pasti Terkedu Lihat Gambar Dan Berita Nih Posted: 02 Jun 2012 10:00 PM PDT KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah atas tuduhan berkaitan pembunuhan lebih 800 penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada penggulingan beliau awal tahun lalu. Dua anak lelaki Hosni, Gamal dan Alaa, yang berhadapan dengan tuduhan rasuah juga hadir di mahkamah. Tuduhan ke atas mereka digugurkan. Beberapa pembantu Hosni juga dibebaskan. Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib el-Adli, yang turut dikenakan tuduhan membunuh penunjuk perasaan, dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Pada Mei lalu, Habib didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, di mana ia membawa hukuman penjara 12 bulan. Bekas presiden berusia 84 tahun itu disabitkan kesalahan selepas melalui perbicaraan selama 10 bulan di sebuah mahkamah khas. Hosni merupakan bekas pemimpin pertama dibicarakan sejak Kebangkitan Arab awal tahun lalu. Beliau didapati bersalah mengarahkan pihak tentera melepaskan tembakan ke atas para penunjuk perasaan. Seramai 840 orang maut manakala lebih 6,000 orang cedera ketika kebangkitan rakyat, demikian menurut Amnesty International. |
Menteri Umno Nih Sakit Mental.. Baca Ulasannya Posted: 02 Jun 2012 08:00 PM PDT Addin yakin, Umno pasti ketar lutut jikalau melihatkan perkembangan mutakhir ini. Rakyat semakin menolak Umno dan BN. Gelombang merah yang di war-warkan mengundang kehadirin ribuan penyokong Umno hanyalah gimik politik Umno. Dengan kehadiran yang tak memenuhi ruangan stadium Nasional Bukit Jalil yang berkapasiti sekitar 80 ribu dan disajikan dengan konsert artis adalah petanda jelas Umno akan mengakhiri hayatnya pada PRU 13 ini. Jikalau nak dibandingkan dengan Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang menggamit hampir 100 ribu pengunjung pasti momentum yang kuat untuk di teruskan sehingga PRU 13. Tanpa di sajikan dengan konsert, tiada tambang dibayar, tiada makanan di sediakan tetapi rakyat seluruh negara turun untuk memberi isyarat kepada Umno bahawa bersiap siaga lah kamu untuk di singkirkan dari tampuk pemerintahan di Putrajaya. Namun, seorang menteri senior Umno nih masih berangan-angan Mat Jenin di siang hari.. Himpunan Hijau mahu lawan Gelombang Merah, kata Umno JITRA - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman dekat sini malam tadi, sebagai tindak balas terhadap 'gelombang merah' yang melanda Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei lepas. "Ini adalah tindak balas kepada apa yang mereka lihat sebagai satu gelombang dan kesedaran orang ramai terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN). "Cara kaedah kempen mereka gunakan (iaitu tema) warna hijau, perhimpunan yang ada unsur-unsur program dengan yang muda, apa bezanya dengan program yang kita dah buat?" katanya kepada pemberita selepas program BN Pilihan Orang Muda di sini. Perhimpunan 11 Mei lepas menyaksikan lebih 100,000 anggota Umno berpakaian merah berhimpun bagi sambutan ulang tahun ke-66 parti itu. Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, berkata Pas juga sudah tidak mempunyai modal kerana terpaksa mengikut kaedah serta ciri program anjuran BN untuk mendekati golongan muda. "Kita tengoklah siapa yang sebenarnya ikhlas dan yang betul-betul berjuang untuk orang ramai," katanya. Mengulas program BN di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman hari ini, beliau berkata semangat dan gelombang yang ditunjukkan golongan muda cukup membanggakan. Beliau berkata semangat itu harus diteruskan dan diperluas bukan sekadar melibatkan anggota BN malah mendekati golongan muda lain. Katanya, pendekatan itu sangat membina selain menyuntik nilai mulia dan murni dalam meniti arus perubahan yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui program transformasi. ~bernama |
Akhbar Cina Lapor 100 Ribu Hadir Himpunan Hijau Ke Putrajaya Posted: 02 Jun 2012 06:19 PM PDT Tulisan Di Gambar Atas : Malam "Hijau Ke Putrajaya" mencapai kemuncaknya apabila 100 ribu orang memenuhi stadium Darul Aman. Gambar kecil menunjukkan para pemimpin PAS mengangkat sumpah setia. Dari kanan, mereka adalah Hadi Awang, Nik Aziz, Azizan, Muhammad Sabu dan Nasaruddin. -terjemahan Sdra Poh Wee Chem. Tidak ada satu pun akhbar media massa arus perdana berbahasa Melayu atau Inggeris, melaporkan Himpunan Hijau Ke Putrajaya tetapi akhbar berbahasa Cina melaporkan dengan terang dan jelas, siap dengan foto yang yang dirakam pada malam perhimpunan bersejaran di stadium Darul Aman itu. Selain daripada itu, himpunan tersebut juga bukan sahaja dihadiri oleh ahli-ahli PAS tetapi juga ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS dari bangsa Cina dan India. Menunjukkan bahawa perjuangan PAS untuk menegakkan kebenaran dan keadilan bersama-sama dengan rakan sekutu di dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP kini sudah menerima sokongan padu dari rakyat Malaysia berbilang kaum. Menariknya, tanpa hiburan melalaikan, tanpa konsert K-Pop, tanpa upah dan tanpa imbuhan, tiada tarian dan nyanyian - berduyun-duyun dari segenap lapisan masyarakat membanjiri stadium Darul Aman - dengan satu matlamat - mara ke Putrajaya! ~gb |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan