Khamis, 28 Jun 2012

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Allah selamatkan mereka.......(28/6/12)

Posted: 27 Jun 2012 10:01 PM PDT


Apabila kebelakangan ini saya sering menaikkan posting darihal dan berkenaan institusi Raja-raja Melayu rupa-rupanya tanpa saya sedari saya telah meletakkan diri saya terjebak dalam kancah mainan spekulator "hati busuk" yang bersepah di luar sana lalu mengaitkan saya sebagai jurucakap sebuah NGO baru yang kebetulan memperjuangkan beberapa perkara termasuk yang berkenaan Raja-raja Melayu.
Demikianlah kebelakangan ini mudah sahaja pemfitnah memfitnah dan berperanan. Tanya saya pun tidak, kenal saya pun tidak tiba-tiba boleh menjadi pakar tahu gerak-geri dan isi hati saya, subhanallah…..

Tak kanlah nak memperkata tentang satu-satu permasalahan atau isu maka kita kena menjadi ahli, penggerak atau aktivis sesuatu gerakan atau NGO. Apakah kalau nak bercakap tentang hal Melayu kena jadi ahli parti Melayu? Nak bercakap tentang kominisma kena jadi ahli parti kominis?
Saya sememangnya sudah masak dengan kerja-kerja jahat mereka yang seumpama ini Cuma rasa terperanjat juga setelah lama mendiamkan diri, masih menjadi sasaran mereka, carilah kerja lain.

Saya tidak pernah menjadi ahli mana-mana gerakan atau NGO lama atau yang beru ditubuhkan.
Yang kekal adalah minat saya untuk menulis dan memperkatakan apa yang saya rasa dan percaya adalah benar dan wajar. Yang kekal adalah hasrta saya untuk melihat yang hak dimuliakan dan yang batil ditolak. Minat dan impian saya ini telah ada dalam diri saya sejak belasan tahun lagi dan insyallah akan saya bawa ke mati.

Allah selamatkanlah mereka yang sentiasa bersangka buruk itu.

Raja adil Raja disembah...... (28/6/12)

Posted: 27 Jun 2012 09:30 PM PDT


Salah seorang anak Raja yang mendekati rakyat menggunakan kaedah teknologi semasa adalah Tengku Mahkota Johor. Sejak isu nombor plet WWW1 meletup, twitter Tengku menjadi semakin popular dan diikuti ramai iaitu di
https://twitter.com/#!/HRHJohor2

Memang banyak bezanya kehidupan dalam istana berbanding kehidupan orang kebanyakkan di luar istana.
Kerana itulah jika penghuni istana yang dikurniakan banyak keistimewaan itu dapat menghargai pemberian Allah dan menggunakan kedudukannya itu untuk manfaat rakyat dan agama sudah pasti kehidupan kita semua dunia dan akhirat menjadi lebih bermakna.

Ungkapan "Raja dan rakyat berpisah tiada" adalah sesuatu yang lazim kita dengar di tanahair kita yang mengamalkan sistem Raja berperlembagaan tetapi tidak ramai yang membicarakannya secara terbuka dan terperinci oleh kerana menghormati adat dan budaya hidup yang sememangnya tidak mengajar kita berbuat demikian secara keterlaluan.
Sesungguhnya kehadiran raja dan rakyat adalah lantaran pengiktirafan dan penghormatan yang diberi dan dimaklum oleh kedua pihak Raja dan rakyat.  Raja memerintah dengan adil dan saksama, bagaikan payung tempat rakyat berteduh manakala rakyat hidup dengan aktiviti harian tanpa bimbang dan gundah kerana payungan tadi memastikan mereka akan demikian. Akan tetapi apabila satu pihak ingkar atau menodai pengiktirafan dan penghormatan tadi maka punahlah kemakmuran yang dikecapi.

Hang Jebat tatkala memberontak durhaka kepada Sultan Melaka pernah dirakamkan berkata:
Raja adil Raja disembah Raja zalim Raja disanggah

Tetapi itu cara Hang Jebat kerana itu beliau akhirnya menanggung padah. Tetapi untuk memperkatakan darihal kebijaksanaan dan kewarasan pimpinan Melayu dahulu maka jadikanlah pendekatan Tun Perak sebagai pedoman bukannya Jebat. Walaupun anaklnya ditikam mati oleh anakanda Tuanku, Bendehara Tun Perak tidak memberontak sebaliknya mneggunakan kedudukannya menghukum anak Raja tadi dengan memastikan beliau bila tiba gilirannya nanti terlepas peluang menjadi Raja.
Apa yang sebenarnya cuba saya bawa di sini adalah kepentingan pihak Istana memain peranan yang lebih proaktif mendekati rakyat sehingga disenangi bagi memastikan ungkapan "Raja dan rakyat berpisah tiada" itu kekal dalam Negara tercinta ini.

Dan berbalik kepada TMJ tadi saya perhatikan Tengku telah menggunakan media baru untuk mendedahkan kepada rakyat kehidupannya dan peranan yang beliau main untuk difahami dan diterima rakyat.
Benarlah tidak kita nafikan sebagaimana ada dalam setandan kelapa itu yang buruk dan tak berguna maka dalam istana dan kalangan rakyat kebanyakkan pun pasti ada satu dua yang demikian. Yang pneting kita semua mengam,bil inisiatif bergerak kearah kebaikan, membaiki yang lemah dan menguatkan yang telah kukuh.

Antara tweet nya yang menarik TMJ menukilkan:
Cowards and Idiots will Never change. Stupidity has No cure. To my dear haters, how about I give you some reality check. No matter how loud you bark or write things in the net, You still can't change anything. I'm still here living the good life, while you making a fool out of yourself. I'm Blessed by ALLAH to be who I am. I never requested for it. Blessed being me there's plenty of things I can do that you can never do, except for being a jaguh keyboard. Kesian, tulis bagai nak gila tapi tk boleh buat apa apa. You're a crayon, I'm a highlighter. U may colour the world, but I make it BRIGHTER.

Saya tertarik dengan baris-baris terakhirnya, dimana walaupun Tengku awalnya itu kelihatan marah tetapi diakhirnya dengan kata-kata keinsafan dan kesungguhan mahu membawa kebaikan apabila menyebut (kepada musuhnya):
You're a crayon, I'm a highlighter. U may colour the world, but I make it BRIGHTER.

Anda adalah krayon,( tetapi) saya "highlighter" (pen pewarna yang digunakan untuk menonjolkan sesuatu catatan). Anda mungkin mewarna dunia tetapi saya menjadikannya (dunia) lebih terang.
Saya terbaca juga tweet TMJ yang mneyatakan beliau sedang ber tahajud di Masjid Abu Bakar.

Begitulah saya pasti rakyat mahukan dari Raja nya. Raja yang beriman, yang prihatin akan nasib dan kebajikan rakyat dan yang sentiasa mahu ke hadapan berperanan mebela rakyat dan Negara. Banyak monarki di dunia telah jatuh dan dijatuhkan rakyat antaranya di Iran. Ianya angkara kezaliman luar biasa pihak istana sehingga memaksa rakyat bangkit bertindak bagi menghapuskannya.
Ini saya pasti tidak akan berlaku di Negara kita kerana sebagaimana dinyatakan masing-masing Raja dan rakyat sedar dan akur akan tugas dan peranan masing-masing.

Bayangkan betapa sejuknya hati rakyat contohnya apabila menatap wajah Sultan nya sepereti di bawah (Sultan Muhammad V Kelantan) Semoga berkekalan begitu insyallah.

Tiada ulasan: