Roslan SMS Corner |
Kerana tarian dan gendang pun mahu berperang? (23/5/12) Posted: 23 Jun 2012 06:16 AM PDT Kalau isu sempadan atau pencerobohan tentera atau pihak berkuasa masing-masing masuk ke bumi jiran tetangga, wajarlah ia menjadi ribut dan mencetuskan bantahan dan seumpamanya. Tetapi apabila isunya berebut asal usul tarian dan gendang, saya rasa ia sesuatu yang keterlaluan dan melampau. Takkanlah sampai nak berdemonstrasi dan merusuh. Habis harta rosak dan nyawa hampir melayang semata-mata kerana tarian dan gendang: persis sebagaimana si bujang lapok marahkan s. kadarisman kerana nak berbunuh semata-mata kerana belacan! Berikut laporan tindak-balas warga Indonesia akibat isu ini: Kumpulan NGO Pemuda Pancasila itu, yang sebelumnya membakar bendera Malaysia dan melempar telur ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan selepas solat Jumaat, terus menghala ke Malaysia Hall di Jalan Hos Cokroaminoto, Menteng dan mula bertindak lebih ganas. Di Malaysia Hall, mereka menyerang seorang pengawal keselamatan di situ menyebabkannya cedera ringan, membaling batu besar hingga memecahkan tingkap rumah warden selain merosakkan pintu pagar utama dan mengotorkan tingkap bangunan itu dengan telur yang dilempar ke situ. Kumpulan perusuh itu juga merosakkkan bumbung bahagian hadapan Malaysia Hall dengan lemparan batu-batu. Pengarah Education Malaysia (EM) Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata kejadian di Malaysia Hall itu berlaku pada pukul 1.45 petang apabila sekumpulan 50 anggota Pemuda Pancasila mula menyerang dengan melempar batu, kayu dan telur ke bangunan Malaysia Hall. Bukan berebut telaga minyak, bukan berebut pulau atau tanah tetapi insiden ini terceuts akibat tarian dan gendang yang Pak Menteri Malaysia mahu tuntut sebagai warisan kita. Ini sebagaimana laporan BERNAMA: Menurut laporan BERNAMA: SINGAPURA, 18 Jun (Bernama) — Tarian Tor-tor dan paluan Gordang Sambilan (sembilan gendang) masyarakat Mandailing akan tetap diwartakan sebagai warisan negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata setiap bangsa berhak mengamalkan budaya asal usul mereka dan "tor-tor dan gendang besar bukan dimiliki oleh seseorang menurut Konvensi Geneva." Tindakan merusuh dan merosakkan harta kita itu sangat dikesali dan malah tindakan Pak Menteri menuntut hak ke atas sesuatu yang memang merupakan budaya rantau ini juga bagi saya sesuatu yang keterlaluan lebih mementingkan diri sendiri tanpa berfikir secara rasional dan objektif. Kalau mahu dipupuk dan dimajukan tarian dan gendang berkenaan, teruskanlah tetapi janganlah sampai berebut-rebut dengan tetangga lain yang turut punya tuntutan dan sejarah mereka. Bagi saya isu inisangat remeh dan tidak merupakan sesuatu yang rakyat Malaysia mahu perjuang dan pertahankan sangat. Pemuda Pancasila yang kepala angin itu memang keterlaluan dan Pak Menteri kita juga tak kurang begitu bagi saya. Carilah jalan penyelesaian yang membawa kepada tolask-ansur dan kasih-sayang, tak perlu bertegang-tegang. |
Urusan sekolah jangan diganggu (23/6/12) Posted: 23 Jun 2012 05:46 AM PDT Isu pakaian "sopan" sekali lagi menjadi kontroversi di sekolah-sekolah kita. Apabila isu ini mula bangkit saya bimbang ianya sekali lagi menjadi isu pertembungan nilai mungkin antara Pengetua dengan murid yang berbeza budaya atau agama seperti kes-kes yang sebelumnya. Syukur kerana kali ini ia tidak seperti itu. (Bimbang juga nanti dikatakan Pengetua mahu memaksa nilai dan budayanya atas murid yang berbeza nilai dan budaya) Insiden membabitkan Sekolah Menengah Perempuan Methodist Melaka. Pengetuanya Puan Chong Chew Yoong dan pelajarnya seorang murid tingkatan lima iaitu adik Stephanie Tan. Adik Tan mewakili sekolah beliau ke sebuah majlis resmi amal anjuran sebuah NGO. Ternyata walaupun majlis ini bukan di perkarangan sekolah tetapi ia membabitkan murid-murid sekolah yang mewakili sekolah masing-masing. Kata Pengetuanya satu dasar atau etika berpakaian yang jelas menggariskan cara berpakaian bagi semua murid di sekolah berkenaan samada ketika di sekolah mahupun ketika mewakili sekolah ke mana-mana majlis resmi telah pun dikeluarkan. Malah tambah beliau dua orang guru berkaitan telah pun menasihatkan Tan agar mematuhi etika berkenaan dalam majlis itu. Malangnya beliau hadir ke majlis berkenaan berpakaian "mini skirt" yang jelas tidak sopan dan melanggar peraturan yang telah dikeluarkan pihak sekolah. Akibatnya beliau telah dihukum gantung sekolah selama seminggu. Isunya adakah pihak sekolah berhak berbuat demikian? Isunya salahkah adik Stephanie berpakaian sedemikian? Sebelum ini turut dilaporkan pihak PIBG sekolah turut menyokong tindakan pihak sekolah itu. Bagi saya sekolah adalah sebuah pusat yang membentuk anak-anak kita selain memberikan pendidikan akademik ia turut membentuk akhlak dan sakhsiyah anak-anak kita. Displin diri dibentuk dan dipupuk di sekolah agar anak-anak kita nanti keluar sebagai insan yang baik dan berguna kepada masyarakat. Dalam hal ini sekolah mengeluarkan peraturan, namun murid melanggarnya. Peraturan dikeluarkan sangat berpatutan, oleh itu tindakan murid melanggarnya sewenang-wenangnya bagi saya wajarlah dihukum. Berpakaian sopan tujuannya agar murid tadi menghormati majlis dan menjaga nama baik sekolah, dimanakah keterlaluannya. Saya khuatir jika urusan sekolah mahu membentuk anak-anak kita ini menjadi orang yang baik pun mahu diganggu dan dicampur tangan, apalah nasib anak-anak kita di masa depan kelak? |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
2 ulasan:
Pengetua Chong Chew Yoong memang bodoh! Tak boleh pakai punya pengetua! Bodoh kayu orang tua ini!
Pengetua Chong Chew Yoong yang bodoh ini selalu pakai skirt pendek di atas paras lutut semasa perhimpunan sekolah! Kalau tak percaya, pergi tengok! Dia tidak mengamalkan apa yang dia sendiri ajar! Bodoh punya perempuan!
Catat Ulasan