Anak Sungai Derhaka |
- LIVE!! Pidato Perdana Merdeka Rakyat di Bukit Gantang !!
- Setiausaha Sulit Menteri nyaris ditipu RM4.2 Juta.. banyaknya duit dia.. datang dari mana?
- Dengkinya Depa!! Banner Program Himpunan Hijau Butterworth disimbah cat.
- Guan Eng akan serahkan RM220,000 gantirugi dari Utusan kepada badan amal..
- PRU masa haji bukan perkara baru kata Najib..
- Kenapa saya bersama Pakatan Rakyat? - Bekas Bendahari UMNO Permatang Pauh..
LIVE!! Pidato Perdana Merdeka Rakyat di Bukit Gantang !! Posted: 23 Jun 2012 08:24 AM PDT Siaran langsung Pidato Perdana Merdeka Rakyat ini dibawakan kepada anda oleh SAMM.. oleh itu sila saksikannya di ( SINI ) | ||
Setiausaha Sulit Menteri nyaris ditipu RM4.2 Juta.. banyaknya duit dia.. datang dari mana? Posted: 23 Jun 2012 07:11 AM PDT Tujuannya mendedahkan cubaan menipu oleh sindiket antarabangsa ini adalah satu perbuatan yang baik kerana ianya akan mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan menjadi mangsa penipuan siber. Namun dalam masa yang sama ianya menimbulkan persoalan yang lain pula… Harian Metro edisi cetak hari ini telah melaporkan Setiausaha Sulit kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendakwa hampir menjadi mangsa penipuan siber membabitkan kontrak pembekalan vaksin wabak infuenza A (H1N1) bernilai USD1.33 Juta (RM4.2 Juta) yang dipercayai didalangi oleh satu sindiket antarabangsa. Difahamkan, sindeiket itu menggunakan sijil perakuan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dipercayai dipalsukan sebagai modus operandi untuk memperdayakan orang ramai menerusi penipuan siber tersebut. Loh Eng Chong, 48, mendakwa dia nyaris menjadi mangsa penipuan itu selepas menerima beberapa panggilan daripada tiga individu berbeza tidak dikenalinya sejak seminggu lalu. Katanya panggilan pertama diterima pada 14 Jun lalu daripada seorang lelaki mendakwa dirinya seorang Doktor daripada Amerika Syarikat yang meminta bantuannya membayar wang cagaran selepas vaksin H1N1 dibawa lelaki itu kenegara ini disekat Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa KL. "Saya ada menghubungi indivdu terbabit menerusi nombor telefon digunakan, tetapi hingga kini tiada jawapan tetapi sehingga kini tiada jawapan. Justeru saya syak operasi kumpulan itu sebagai palsu sebelum memanjangkannya untuk perhatian Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong. "Saya harap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sindiket dan meminta mereka melaporkan kejadian seumpama itu" katanya.. - Harian Metro Persoalan yang timbul disini ialah bagaimana seorang Setiausaha Sulit kepada Menteri mempunyai sejumlah RM4.2 Juta yang membolehkan beliau berurusan dengan pihak yang didakwa cuba menipunya? Jika tidak ada persetujuan antara beliau dan penipu-penipu itu mana mungkin penipu itu akan meminta beliau membayar wang cagaran.. Mewahnya Setiausaha Sulit Menteri ini ya.. aku ingatkan hanya Setiausaha Nor Mohd Yaakob saja yang kaya raya… SPRM tak nak siasat ke? | ||
Dengkinya Depa!! Banner Program Himpunan Hijau Butterworth disimbah cat. Posted: 22 Jun 2012 09:04 PM PDT Esok akan berlangsung Program Himpunan Hijau dan Xpresi Anak Muda P.Pinang di Padang Hj Ahmad Badawi, Bagan, Butterworth.. Seperti biasa bagi tujuan hebahan banner-banner digantung di beberapa tempat yang difikirkan sebagai strategik oleh petugas-petugas program.. Malangnya seperti biasa juga.. pencacai-pencacai UMNO akan melakukan kerja-kerja khianat mereka terhadap banner-banner itu, samada disimbah dengan cat atau diturunkan dari tempat ianya digantung. Banner yang telah digantung dihadapan Masjid Jamek Bagan Jermal, Butterworth ini telah menjadi mangsa tindakan tidak bertamaddun mereka itu..
Tak apa.. biarlah mereka dengan kerja tak bertamaddun mereka itu... di bawah ini disiarkan hebahan untuk program tersebut.. Program Himpunan Hijau dan Xpresi Anak Muda P.Pinang di Padang Hj Ahmad Badawi, Bagan, Butterworth Ahad ini akan bermula seawal jam 4 petang. Antara pimpinan utama yang akan menghadiri dan menyampaikan amanat pada program itu nanti adalah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Berikut adalah atucara penuh program: 4 Petang Ketibaan Konvoi Motorsikal Berkuasa Tinggi Pertunjukan Tarian Singa & Gendang Cina Pertunjukan Silambam & Gendang India Solat Asar Berjamaah Pertunjukan Seni Silat (Gayung Pusaka) Pelancaran Kelab Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (P.Pinang) Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Persembahan Zuar XPDC Persembahan UNIC Live bersama Tn Guru Nik Aziz 7.30 Malam Solat Maghrib Berjamaah Munajat bersama ulama Solat Isya Berjamaah 9.15 Malam Aluan Pengacara Majlis Ucapan Ust Mohd Yusni Md Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS P.Pinang Ucapan YB Dato' Ust Mohd Salleh Man, Pesuruhjaya PAS P.Pinang Ucapan Sdr Hu Pang Chow, Pengerusi Dewan Himpunan PAS Pusat Ucapan Ust Syed Abdul Qader Al-Jufree, EXCO Dwn Pemuda PAS Malaysia Ucapan Sdr Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat Ucapan Ust Dr. Khairuddin Aman Razali At-Takiri, Setiausaha Dwn Ulama PAS Pusat Ucapan Ust Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Malaysia Live bersama Dato' Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Acara Selingan Persembahan Boria P.Pinang Nyanyian Lagu Rasmi PAS, Negaraku & lagu Negeri P.Pinang Gimik Pelancaran Dana Kompleks PAS P.Pinang Gimik Pelancaran Buku Pelancaran Derma | ||
Guan Eng akan serahkan RM220,000 gantirugi dari Utusan kepada badan amal.. Posted: 22 Jun 2012 07:23 PM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dalam saman fitnahnya terhadap Utusan Malaysia sebagai satu kemenangan untuk kebebasan akhbar di Malaysia. Beliau juga akan mendermakan RM220,000 ganti rugi yang akan dibayar kepadanya oleh akhbar tersebut kepada badan amal dan kebajikan. "Ini adalah kemenangan untuk kebebasan akhbar kerana di negara ini media dimonopoli oleh akhbar arus perdana yang pro Umno-BN. "Mereka secara berterusan telah memfitnah saya dalam isu yang sama, tetapi tidak sekalipun diberikan hak untuk menjawab dalam isu yang mereka timbulkan. "Kalau adapun, kenyataan saya akan diputar belit, jadi sebab itu kerajaan pusat harus membebaskan media-media kita dari cengkaman akta yang mengongkong kebebasan media. "Ini kerana media telah dikongkong oleh Umno-BN," kata Guan Eng ketika dihubungi TVSelangor hari ini. Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini diperintah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membayar RM220,000 kepada Guan Eng atas kesalahan memfitnah. Utusan Malaysia didapati memfitnah Guan Eng dalam laporannya pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB" yang membawa maksud DAP akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru. Akhbar itu diperintahkan agar membayar RM200,000 untuk kerugian atas kerosakan yang dilakukan akhbar itu dan RM20,000 untuk kos mahkamah. Guan Eng mendakwa ucapannya jelas merujuk kepada pentadbirannya yang akan menghapuskan 'kroni, rasuah dan ketidakcekapan'. Terdahulu, pada Disember tahun lalu, mahkamah yang sama turut memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM225,000 kepada Guan Eng kerana memfitnahnya dalam laporan yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng'. Laporan tentang Setiausaha Agung DAP itu diterbitkan pada 20 Disember 2010. "Syukur atas kemenangan ini, jadi saya akan dermakan kepada badan-badan amal kebajikan yang memerlukan apabila bayaran tersebut dijelaskan oleh Utusan," katanya lagi. Selangorku | ||
PRU masa haji bukan perkara baru kata Najib.. Posted: 22 Jun 2012 05:30 PM PDT "Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn. Katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Memang salahlah Najib woi!! tahun 1986 Mahathir jadi Perdana Menteri.. Mahathir jadi Perdana Menteri dari Julai 1981 hingga Oktober 2003.. Tun Hussein Onn pulak jadi Perdana Menteri dari tahun 1976 hingga 1981.. jadi macam mana pulak zaman Mahathir jadi Perdana Menteri tu boleh dikatakan zaman Tun Hussein Onn? Buat malu kat budak-budak sekolah saja.. Nampak tak budaya UMNO yang melingkupkan bangsa dan negara di sini? meskipun apa yang dicakapkan oleh Ketua mereka itu salah.. nak bodek punya pasal yang ada di sekeliling seorangpun tak tegur.. | ||
Kenapa saya bersama Pakatan Rakyat? - Bekas Bendahari UMNO Permatang Pauh.. Posted: 22 Jun 2012 10:08 AM PDT Penampilan Bekas Bendahari UMNO Bahagian Permatang Pauh. Mustafa bin Man di atas pentas program Merdeka Rakyat di padang awam Taman Guar Perahu, pada 2 Jun lalu mengejutkan ramai pihak terutamanya pemimpin-pemimpin UMNO Permatang Pauh. Ramai yang tidak menyangka seorang yang masih berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia berani menyatakan penentangan secara terbuka kepada pemerintah negara ini.. Apakah yang menyebabkan beliau berani berada di atas pentas tersebut? sila ikuti penjelasan beliau ini..
|
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan