Jumaat, 22 Jun 2012

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Ada lagi yang menanggung padah (22/6/12)

Posted: 21 Jun 2012 11:41 PM PDT


Baru sahaja sebelum ini saya membuat posting  dimana saya menyentuh berkenaan perumpamaan Melayu: "Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya……" merujuk kepada permohonan maaf yang terpaksa dibuat oleh seorang penulis dari akhbar harian Inggeris, The Sun, R Nadeswaran, hari ini The Star Online melaporkan ada lagi yang menerima padah yang sama.
GEORGE TOWN: The High Court has ordered Utusan Malaysia to pay RM200,000 in damages to Chief Minister Lim Guan Eng over a word used in an article in 2008.

Lim's defamation suit was against Utusan Melayu (M) Sdn Bhd over the article dated March 12, 2008, under the heading Tiada Lagi DEB'.
Judicial Commissioner Nurmala Salim said there was malice when the newspaper published something that Lim had not said during a press conference.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dilaporkan mengarahkan akhbar harian Melayu Utusan Malaysia agar membayar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng RM200,000 gantirugi kerana berniat jahat memfitnah Ketua Menteri berkenaan atas kenyataan yang tidak pernah beliau keluarkan.
Begitulah pengajaran demi pengajaran kita lihat di sekeliling kita. Tak kiralah dari mana pihak, berhati-hatilah ketika membuat atau mengeluarkan kenyataan.  Celuopar atau gatal mulut akan megakibatkan kita menanggung padah.

Semoga menjadi pengajaran buat semua.

Pendapatan Raja-raja Melayu 1870an (22/6/12)

Posted: 21 Jun 2012 11:32 PM PDT


Menelaah dan mencungkil sejarah Melayu lama khususnya berkaitan kehidupan di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu terus kekal sebagai minat saya sehingga kini. Banyak pengajaran dapat dipunggah dan dimanfaatkan dari sana khasnya apabila kita sedar dan akur akan asal-usul kita.
Di tangan saya kini sebuah buku karangan JM Gullick University of London (1956) bertajuk " Indigenous political systems of Western Malaya". Di dalamnya beliau mengisahkan darihal pendapatan pembesar-pembesar Melayu sejurus sebelum British mengambil-alih kutipan cukai apabila berlaku campurtangan mereka bermulatahun 1874.

Menurut beliau Sultan Abdullah dari Perak contohnya mengutip sejumlah $24,000 setahun dari cukai (dari perahu dan tongkang serta kapal kecil yang berdagang) di Kuala Sungai Perak. Namun demikian kerja kutipan itu (lebih kurang tol lebuhraya hari ini) diswastakan (bukan kepada PLUS) kepada suatu pihak yang jumlah kutipan tahunannya adalah $30,000 setahun.
Ini tidak termasuk pendapatan sekitar $25,000 ke $100,000 setahun merupakan kutipan dari cukai bijih timah dari daerah-daerah yang mengeluarkannya.

Sultan Pahang ketika itu pula memungut sekitar $50,000 setahun cukai dari Kuala Sungai Pahang.
Walaubagaimanapun menurut penulis, Sultan dan Raja-raja Melayu punya tanggungan yang besar. Beliau menulis:

"The people look to their chiefs and especially the Sultans for assistance whenever they are in difficulty and they expect to receive it"
"Rakyat dalam kesusahan akan mengharapkan bantuan dari pembesar-pembesar negeri terutama dari Sultan."

Adalah dianggarkan ketika itu Sultan Pahang sahaja memerlukan sekitar $2,000 sebulan untuk menyara tanggungan-tanggungan termasuklah membantu rakyat yang susah seperti di atas. Dan Sultan Perak pula memerlukan $4,000 sebulan kerana Baginda mempunyai sekitar 60-100 orang rakyat untuk ditanggung ketika itu.
Demikianlah keadaannya ketika itu disebahagian negeri-negeri Melayu sehinggalah British campurtangan dan menguruskan kutipan cukai serta membayar elaun kepada Raja-raja dan pembesar-pembesar negeri. Liciknya Biritsh selain menguruskan perkara ini dalam masa yang sama memunggah kekayaan negeri untuk di bawa balik ke Negara mereka termasuk memberi makan dan pakai Raja dan pembesar mereka.

Tiada ulasan: