Jumaat, 22 Jun 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Sensasi: Hero Filem 'Leftenan Adnan' Dan Zulkifli Ismail Bakal Serah Borang Sertai PAS Pada 6 Julai

Posted: 22 Jun 2012 03:42 AM PDT

Selepas nama-nama selebriti wanita mewarnai berita kemasukan artis terkenal tanahair ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), terkini maklumat seorang artis lelaki dijangka akan berbuat demikian dalam masa terdekat ini. Beliau ialah Hairie Othman (foto) pelakon yang menjadi hero dalam filem sejarah "Leftenan Adnan". Dalam ceramah umum PAS di Batu Gajah Perak malam tadi, Hairie mendakwa beliau akan bersam pelakon, Zulkifli Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak pada 6 julai ini. Beliau tampil dalam siri ceramah itu bersama Leman Raja Lawak yang baru sahaja sertai PAS, semalam. Dalam ucapan sulungnya di pentas PAS, Hairie berkata, faktor mendorongnya untuk menyertai PAS ialah atas kesedarannya sendiri. "Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri," katanya di hadapan ratusan hadirin. Katanya, ramai artis yang menyokong BN kerana untuk mencari 'makan' dan meneruskan karier dalam bidang hiburan. Anak kelahiran Negeri Kedah ini sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad yang mendakwa artis yang sertai PAS ini bukan untuk berdakwah sebaliknya untuk berpolitik. "Kenapa jika artis yang tidak sealiran dengan mereka dihina dan dijadikan isu sedangkan yang menyertai Umno tidak pula dibangkitkan? "Saya telah memberikan komen tentang kenyataan menteri itu di facebook dan ramai yang sokong komen saya itu,"katanya.


Hairie Othman dan Zukifli Ismail sedia korbankan duniawi untuk Islam
Hairie berkata, ramai yang memberi sokongan kepadanya selepas komen-komennya dalam laman facebook seolah-olah pro kepada pembangkang. "Ramai yang memberi sokongan dan mengajak saya sertai PAS dan hari ini, hari bersejarah saya berucap pertama kami dipentas PAS," katanya dalam nada gembira. Beliau mengakui tindakan ini akan memberi kesan kepada karier lakonannya namun beliau sanggup menghadapinya. "Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki bukannya BN tetapi Allah ," jelasnya. Hairi menjelaskan, umat Islam perlu mengetahui serta mengakui politik dan Islam tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, katanya Umat Islam perlulah menyokong parti yang perjuangan Islam iaitu PAS dan tolak parti yang perjuangkan assobiyyah. "Saya akan bersama-sama bantu dalam misi tawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," jelas beliau.

[Penyertaan Hairie Othman dan Zukifli Ismail ke dalam PAS mungkin dek kerana mereka kecewa melihat sikap kerajaan UMNO BN yang mencemuh golongan artis menyertai parti itu sebelum ini agaknya. Mereka mungkin akan dicemuh kerana gila glamor dan sebagainya oleh pihak kerajaan. Namun, hakikat yang perlu diketahui ialah mana-mana artis yang sertai PAS kemungkinan besar mereka bakal berhadapan dengan berbagai tindakan sebenarnya. Malah, mereka juga akan disekat dari berlakon atau keluar TV selepas ini. Maknanya mereka keluar dari dunia glamor itu sendiri sebenarnya. Dunia hiburan memang penuh dengan maksiat, maka sesiapa saja yang ingin tinggal dunia maksiat pasti bakal berhadapan dengan berbagai cemuhan oleh mereka yang cintakan maksiat. Justeru semoga kedua-dua artis berkenaan tabah hadapi segalanya demi meneruskan perjuangan. Apa yang penting, mereka kini di landasan yang betul. Teruskanlah perjuangan dan lakukanlah yang terbaik untuk Islam].

Terkini: Lokasi Ceramah Di Bukit Goh Berpindah Akibat Adanya Gangguan Pihak Yang Berkenaan

Posted: 22 Jun 2012 03:20 AM PDT



TERKINI: Lokasi ceramah sepatutnya di Markas PAS Felda Bukit Goh dihadapan klinik terpaksa ditukarkan ke Masjid Bukit Goh akibat gangguan dan provokasi oleh pihak yang berkenaan. Maklumat seterusnya dimaklumkan. Kemungkinan besar, ceramah malam ini juga akan diganggu oleh pihak terbabit berdasarkan situasi. Oleh itu, semua pihak digesa berhati-hati dan senantiasalah berjaga-jaga di atas segala kemungkinan.
Ceramah Umum Pakatan Rakyat di Felda Bukit Goh malam ini dijangka akan diteruskan tanpa kehadiran Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tempat Anwar khabarnya akan digantikan dengan YB Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR bagi tidak menghampakan rakyat di kawasan ini. Malah, turut diundang ialah YTM Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Jaafar, iaitu bekas Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

PRU13: Hijrah Artis Ke kancah Politik, Mantapkan Sokongan Parti Atau Sekadar Mengejar Populariti!

Posted: 22 Jun 2012 01:40 AM PDT

Nampaknya trend artis sertai politik semakin menjadi-jadi sekarang ini. Masing-masing seolah-olah menjadikan artis sebagai senjata baru untuk menarik generasi muda menyokong parti masing-masing. Kemasukkan artis ke dalam politik dikatakan satu penghijrahan, iaitu dari dunia glamour yang penuh maksiat kepada satu dunia baru yang cukup berbeza. Persoalannya, mana satukah yang dikatakan penghijrahan apabila seseorang artis itu terlibat dengan dunia politik?. Apakah penghijrahan golongan artis ke dalam politik mutakhir ini dapat memantapkan sokongan parti atau sekadar hanya mengejar populariti semata-mata. Bagi kerajaan UMNO BN, sudah pastilah menyertai UMNO dianggap penghijrahan kepada artis. Malah, memang sudah lama mereka menggunakan artis untuk berkempen setiap kali musim pilihanraya. Paling mengejutkan, artis juga diangkat sebagai Senator untuk mewakili golongan terbabit di Dewan Negara. Lantaran itu Datuk Jins Shamsuddin, seorang artis veteran kini menjadi harapan mereka untuk mengajak rakyat menyokong UMNO. Namun, artis terbabit dilihat lebih banyak bercakap di dewan dan tidak di pentas terbuka bersama rakyat. Sebab itulah UMNO gunakan juga Datuk Siti Nurhaliza, AC Mizal serta ramai lagi artis untuk turun berkempen bagi pihak mereka. Terbaru, Amy Search, Jamal Abdillah, Mus May dan Ibnor Reeza pula bertindak menyertai UMNO. Sebelum itu, Pengarah Filem terkenal Mamat Khalid bertindak demikian.


Jamal bersama Amy Search, Mus May dan juga Ibnor Reeza masuk UMNO
Apa yang menarik, pelakon Mamat Khalid sendiri dalam filem Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah iaitu Man Kadir rupa-rupanya telah awal-awal lagi bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah, Man Kadir atau popular dengan nama "Pak Jabit" itu kemungkinan menjadi calon PKR pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Beliau kini merupakan Timbalan Ketua PKR Cabang Temerloh. Beliau aktif naik ke pentas ceramah Pakatan Rakyat untuk menyuarakan apa yang diperjuangkan. Soalnya, kenapa dia tidak bersama UMNO bersama Mamat Khalid?. Semuanya ini mungkin kerana beliau lebih tahu apakah yang diperjuangkan selama ini untuk kepentingan peribadi atau pun hanya untuk rakyat marhean sebenarnya.


Pak Jabit bergambar di depan warungnya dalam filem Hantu Kak Limah
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan penyertaan bekas komposer, penulis lirik, pelawak, pengacara dan pengkritik tetap rancangan "Raja Lawak Astro", Bob Lokman ke dalam PAS. Kemasukan beliau itu sudah dijangka, terutamanya selepas dia menarik diri dari menjadi pengritik selepas pemergian sahabat karibnya Din Beramboi sebelum itu. Penyertaan Bob Lokman ke dalam PAS mendapat sambutan hangat di kalangan penyokong parti berkenaan. Tambahan pula Bob adalah keturunan (cucu) ulamak tersohor "Tok Kenali" dari bumi Kelantan. Kehebatan Bob yang begitu popular sebagai penulis lirik lagu "Isabella" nyanyian kumpulan Search sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau kini sebaris dengan penceramah popular PAS yang sudah lama berada dalam arus perjuangan. Sejak penyertaan Bob Lokman, semakin ramai anak muda kini mula mendekatkan diri dengan PAS sekarang. Mungkin mereka terkejut atau kagum dengan kehebatan beliau dalam jalan dakwah agaknya.


Bob Lokman, Man Kadir dan Dayang Ku Intan makin popular di hati rakyat
Walau pun dikecam hebat dan dikenakan berbagai tindakan ketika dia menyampaikan dakwahnya, namun Bob terus konsisten dan kini menjadi salah seorang penceramah popular PAS ke seluruh negara. Selepas penghijrahan Bob Lokman, kita dikejutkan pula dengan penyertaan penyanyi sensasi yang pernah menjadi juara "Anugerah Juara Lagu TV3" Aishah "Janji Manismu". Aishah dilihat satu anugerah baru kepada PAS dalam mengajak lebih ramai anak muda terutamanya wanita menyokong parti itu. Selepas Aishah seorang lagi artis sensasi iaitu Dayang Ku Intan pula mengisytiharkan dirinya menyertai Pakatan Rakyat, tapi dia memilih PKR dan tidak PAS, Dayang kini banyak berceramah dan sering diundang dalam banyak program di seluruh negara. Terkini, Abby Abadi iaitu bekas anggota kumpulan Elite dan pelakon yang membawa watak "Inspektor Haliza" dalam drama TV "Gerak Khas" pula dilihat berjinak-jinak dengan PAS. Walau pun dia menafikan kononnya dia sertai PAS, namun dari raut wajahnya ia memungkinkan dia akan menuju ke arah itu. Begitu juga dengan Catriona Ross serta lain-lain artis.


Catriona Ross, Abby Abadi dan Aishah kini semakin popular di pentas PAS
[Soalnya sekarang, apakah penghijrahan artis ke dalam UMNO boleh disamakan dengan ke dalam PAS atau PKR seperti yang diwar-warkan. Ada yang berkata, berhijrah itu adalah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. Jika dulu golongan artis ini sering bersosial dan banyak terlibat dengan aktiviti hiburan yang penuh dengan maksiat, maka selepas penghijrahan mereka mula cederung ke arah agama dan ke jalan kebenaran. Ini bermakna, mereka yang sertai UMNO apakah apakah cederung ke arah agama agaknya?.Sedangkan UMNO itu kini dilihat sebuah parti yang gemar menyuburkan aktiviti hiburan berunsur maksiat yang bertujuan untuk merosakkan para remaja agar menolak perjuangan Islam. Makanya, tiada makna jika artis terbabit mengatakan mereka berhijrah jika mereka sertai UMNO. Itu jelas mereka hanya mengejar populariti dan bukannya mahu memantapkan sokongan rakyat terhadap parti yang disertai. Ini terbukti dalam program dan ceramah yang disertai oleh artis terbabit, hanya segelintir sahaja rakyat yang hadir mendengar. Ia berbeza dengan artis yang bersama Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Ribuan peminat dan rakyat yang mahu berubah berbondong-bondong hadir ke mana-mana program artis berkenaan. Inilah namanya penghijrahan yang hakiki. Justeru, mana-mana artis yang mahu berhijrah selepas ini anda perlulah berhati-hati dan jangan tersilap langkah kerana kelak ia akan memakan diri sendiri. Maka, pilihlah jalan kebenaran demi masa hadapan].

Himpunan Hijau Occupy Balok-Gebeng 23-24 Jun !

Posted: 22 Jun 2012 12:13 AM PDT


Panas: Apa Sudah Jadi?, 'Azan Ismail' Menganggu Program 'Merdeka Rakyat' Rafizi Dekat Kemaman!

Posted: 21 Jun 2012 09:56 PM PDT

Apa sudah jadi dengan YB Azan Ismail (foto), Ahli Parlimen Indera Mahkota sekarang?. Sebelum ini beliau menghuru-harakan PAS di Trengganu dengan ugutan meminta lebih kerusi DUN dan Parlimen, kemudian memalukan PKR bila merayu untuk jadi calon DAP pada pilihanraya umum akan datang jika parti sendiri meminggirkannya. Kini terbaru, Azan menggunakan kuasanya untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim datang ke Terengganu malam ini. Beliau dan proksinya, bekas Ahli Parlimen PKR Kemaman, Abd Rahman Yusoff dikatakan mengganggu program Merdeka Rakyat yang sepatutnya diadakan di Dataran Tok Guru, Geliga Kemaman malam ini. Difahamkan, kehadiran Anwar ke Kemaman adalah iniseatif Ketua Cabang itu yang juga Pengarah Strategik PKR iaitu Rafizi Ramli. Program Merdeka Rakyat adalah diusahakan oleh Rafizi, anehnya perang poster berlaku di Kemaman apabila Azan mengarahkan orang-orangnya juga memasang poster kononnya program Anwar akan diadakan di Batu 2, Kg.Mak Chili juga di Kemaman. Ini membingungkan orang ramai kerana kehadiran Anwar di dua lokasi berbeza dalam satu-satu masa. Akibat tindakan Azan dan kunco-kunconya itu, maka kehadiran Anwar ke Kemaman malam ini terpaksa di batalkan. Malah difahamkan, ia dibuat semalam sedangkan acara tersebut berlangsung malam ini. Khabarnya, tempat Anwar akan digantikan dengan Naib Presiden PKR, YB Tian Chua dan bagi tidak mengecewakan rakyat Kemaman YB Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) juga turut diundang ke program tersebut malam ini. Walau pun tempat Anwar digantikan, namun ramai penyokong PKR terutamanya yang berpihak kepada Rafizi kecewa dengan senario ini. Malah, mungkin akibat krisis ini jugalah yang menjadi punca perletakkan jawatan Rafizi dalam Kerajaan Negeri Selangor semalam itu gamaknya.

[Akibat pembatalan kehadiran Anwar ke Kemaman juga telah menyebabkan program beliau di Felda Bukit Goh, Kuantan malam ini juga terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir. Difahamkan, tempat Anwar akan digantikan oleh YTM Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Jaafar, bekas Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Turut bersama juga ialah Ahli Parlimen Machang, YB Saifuddin Nasution sebelum beliau ke Kemaman selepas itu. Apapun, program yang dirancang oleh pihak terbabit tetap akan berjalan seperti biasa, walau pun ada gangguan sebenarnya. Soalnya sekarang, kenapa perlu ada pihak yang mengganggu kehadiran Ketua Umum PKR sedangkan beliau adalah pemimpin parti terbabit. Akibat tindakan Azan ini difahamkan Rafizi Ramli kemungkinan besar tidak jadi bertanding di Parlimen Pandan dan akan terus bersama penyokongnya untuk bertanding di Parlimen Kemaman pada PRU akan datang. Pembatalan kehadiran Anwar pasti mengecewakan ramai pihak, namun segalanya sudah tersurat. Justeru, rakyat perlulah berhati-hati dengan pemimpin yang gemar bermain politik dalam politik].

J/Kuasa Himpunan Hijau Tolak Laporan Oleh PSC

Posted: 21 Jun 2012 09:55 PM PDT

Lautan Kain Hitam Akan Berkibar Di Ruang Udara Himpunan 'Occupy Balok-Gebeng' Pada Sabtu Ini !

Posted: 21 Jun 2012 09:37 AM PDT

KUANTAN, 21 Jun - Lautan kain hitam akan berkibar di ruang udara perhimpunan Occupy Balok-Gebeng di Pantai Balok di Pahang pada hari Sabtu ini dan pihak penganjur sedang meningkat usaha untuk menyediakan sepanduk anti-Lynas menggunakan warna berkabung. Kira-kira 500 sepanduk berwarna hitam dengan tulisan putih, akan dipasang di pantai manakala ribuan kain hitam akan diagihkan kepada peserta untuk membuat sepanduk mereka sendiri, kata anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin. "Kami mahu menghantar mesej bahawa ini adalah saat yang paling muram dan kritikal, memandangkan Lynas akan memulakan operasi. Kita tidak boleh tunggu lagi," kata Chin. Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack berkata satu pasukan 20 sukarelawan bekerja sepenuh masa untuk menyiapkan 500 sepanduk menjelang hari Sabtu ini. Program membantah loji Lynas itu, akan bermula pada tengah hari Sabtu. Banyak aktiviti disediakan termasuk dua konsert dan pameran mengenai bekas tapak Bukit Merah Rare Earth (ARE) dan aktiviti perkhemahan. Pemimpin NGO dan ahli politik, termasuk penyair dan pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan seorang lagi pemimpin PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, akan berucap pada sesi ceramah. Kemuncak pada hari pertama ialah sesi pembakaran replika Loji Advanced Material Plant Lynas (LAMP) oleh para peserta. Wong berkata kumpulan artis dari Kuala Lumpur telah diminta supaya mengadakan sesi tersebut dan mereka masih mengumpul kotak berwarna coklat sebagai bahan untuk membuat replika LAMP. Sesi ini akan diikuti dengan perarakan 11km pada pagi Ahad, dari pantai Balok ke LAMP di Gebeng. Peserta dan orang ramai dijemput menyertainya dari mana-mana tempat di sepanjang laluan, dengan menggunakan sebarang bentuk pengangkutan. Pihak penganjur berkata mereka telah memaklumkan kepada pihak polis dengan menghantar jadual perjalanan program mereka kepada balai polis Kuantan. malaysikini



[Nampaknya, pada Sabtu ini ada dua program besar akan bertembung di Kuantan. Satunya anjuran NGO anti Lynas di Pantai Balok dan satunya NGO sokong Lynas di Pantai Teluk Chempedak. Masing-masing akan adakan program tersendiri bagi memberi kesedaran kepada rakyat tentang kontroversi isu ini. Persoalannya, mana satukah yang rakyat mahu percayai dalam hal Lynas ini?. Apakah NGO sokong Lynas akan mendapat sambutan kerana inilah pertama kali mereka mengadakan program sebegini sebenarnya. Apapun, syabas kepada DAUN yang lebih berfikiran terbuka dan tidak melakukan provokasi terhadap pihak yang menentang Lynas seperti yang berlaku di Hotel Hyaat Jun tahun lalu. Rakyat sahaja yang berhak menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Kini mereka boleh memilih untuk pergi ke salah satu program tersebut bagi mendapatkan info lanjut tentang isu Lynas. Mereka yang menentukannya].

Panas: Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli Letak Jawatan Beliau Dalam 'Kerajaan Negeri Selangor' !

Posted: 21 Jun 2012 08:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Jun - Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (foto) hari ini meletak jawatan dalam Kerajaan Negeri Selangor, atas alasan beliau perlu berehat. Mengumumkannya di Twitter, Rafizi berkata keputusannya untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor "tiada sebarang dimensi politik". "Semua pertanyaan selepas ini hendaklah ditujukan kepada kerajaan negeri atau (penasihat ekonomi Selangor), Datuk Seri Anwar Ibrahim... "Letak Jawatan adalah perkara biasa. Saya perlu berehat. Sekarang saya buat dua tugas, siang di kerajaan negeri malam parti. "Penat Ramadan juga sudah berhampiran, (saya mahu) memberi tumpuan kepada ibadat," kata Rafizi. Rafizi menambah beliau pada mulanya merancang untuk memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja, dan kini adalah "masa untuk melangkah ke hadapan". Bagaimanapun, waktu Rafizi memilih untuk mengumumkan keputusannya meletak jawatan tersebut menarik perhatian ramai. Mereka yang mendakwa ahli PKR yang melancarkan perang terbuka terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berpandangan bahawa ianya ada kaitan dengan kemelut tersebut. Malah, Twitter@PecatFaekah, yang dikendalikan oleh mereka yang menyokong Pengerusi Perhubungan Majlis Pimpinan Negeri, Azmin Ali menganggap peletakan jawatan itu mungkin disebabkan wujud perbezaan Rafizi dengan MB, Tan Sri Khalid Ibrahim.

[Apa sudah jadi agaknya?. Di saat pilihanraya umum ke-13 begitu hampir menjelang tiba, kita dikejutkan dengan perletakan jawatan Rafizi. Biar pun dia memberi alasan untuk berehat dan ia tiada kaitan dengan politik namun Rafizi harus ingat sudah pastilah isu ini akan terus dipolitikka. Sebagai Pengarah Strategik PKR, Rafizi sepatutnya bijak menangani isu. Tugas beliau dalam Kerajaan Negeri Selangor bukanlah seperti lain-lain kakitangan awam negeri itu yang terpaksa pergi kerja dan punch card setiap hari. Makanya, tidak timbul soal berehat atau tidak. Rafizi sepatutnya membuat keputusan berkenaan selepas PRU-13 agar ia tidak membuka ruang kepada musuh untuk menyerang. Dengan senario ini, maka ia seolah-olah mendedahkan lagi kemelut dalaman yang berlaku antara pimpinan PKR di negeri itu. Apakah, perletakkan jawatan beliau ada hubung kaitnya dengan krisis Azmin-Tan Sri Khalid?. Semua ini kini membelenggu fikiran penyokong Pakatan Rakyat. Justeru, tidak perlu wujudkan kontroversi yang boleh mengundang spekulasi di saat pilihanraya menjelang tiba. Kenapa buka ruang kepada musuh menyerang].

Tiada ulasan: