Generasi Pewaris Khilafah |
Posted: 21 Jun 2012 05:47 PM PDT Assalamualaikum .. salam mesra Pelakon, seniman, sastrawan kini berbondong-bondong menyertai PAS dan yang terbaru, pelakon filem Leftenan Adnan, Hairie Othman pula akan menyertai PAS.Menurut Hairie, beliau bersama-sama pelakon, Zulkifli Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 julai ini Beliau tampil dalam siri ceramah PAS di Batu Gajah bersama Leman Finalis Raja Lawak Musim ke 5 yang baru sahaja sertai PAS, semalam di Batu Gajah,Melaka. Dalam ucapan sulungnya di pentas PAS, Hairie berkata, faktor mendorongnya untuk menyertai PAS ialah atas kesedarannya sendiri. "Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri," katanya di hadapan ratusan hadirin. Katanya, ramai artis yang menyokong BN kerana untuk mencari 'makan' dan meneruskan karier dalam bidang hiburan. Anak kelahiran Negeri Kedah ini sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad yang mendakwa artis yang menyertai PAS ini bukanlah untuk berdakwah sebaliknya untuk berpolitik. "Kenapa jika artis yang tidak sealiran dengan mereka dihina dan dijadikan isu sedangkan yang menyertai Umno tidak pula dibangkitkan? "Saya telah memberikan komen tentang kenyataan menteri itu di facebook dan ramai yang menyokong komen saya itu," jelasnya. Hairie berkata, ramai yang memberi sokongan kepadanya selepas komen-komennya dalam laman facebook seolah-olah pro kepada pembangkang. "Ramai yang memberi sokongan dan mengajak saya sertai PAS dan hari ini, hari bersejarah saya berucap pertama kami dipentas PAS," katanya dalam nada gembira. Beliau mengakui tindakan ini akan memberi kesan kepada karier lakonannya namun beliau sanggup menghadapinya. "Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki bukannya BN tetapi Allah ," jelasnya. Hairi menjelaskan, umat Islam perlu mengetahui serta mengakui politik dan Islam tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, katanya Umat Islam perlulah menyokong parti yang memperjuangan Islam iaitu PAS dan menolak parti yang memperjuangkan assobiyyah. "Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," jelasnya. |
Posted: 21 Jun 2012 05:35 PM PDT |
Posted: 21 Jun 2012 05:32 PM PDT Assalamualaikum .. salam mesra Nampak menutup aurat tu dah cantik tapi yang tak cantiknya terkinja-kinja macam beruk tercabut ekor. Inikah pengisian rohani yang ingin kita terapkan pada anak muda kita ? Agak-agak apa yang diorang dan kita sendiri sebagai ibu dan bapa nak jawap dipadang mahsyar dihadapan Allah nanti yer ? Sebagai anggota masyarakat yang perihatin terhadap remaja dan muda mudi, saya menyeru pada para ibu dan ayah supaya berilah didikan yang sempurna dan jangan hanya lepas tangan sahaja dalam hal ini. Ingatlah kita lepas tangan hal ini di dunia kita takkan terlepas di akhirat. |
You are subscribed to email updates from Minda Assirkami To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan