PENYAPU SIAL |
Posted: 28 Jun 2012 08:06 AM PDT Maira Nazarbayev- bakal besan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditangkap di Dubai ketika dalam perjalanan ke Eropah untuk satu percutian. Memetik satu sumber, melaporkan ibu kepada Daniyar Nazarbayez itu ditahan Jumaat lalu oleh polis Dubai ekoran notis dikeluarkan pihak Interpol, bagi pihak kementerian hal ehwal dalaman Kazakhstan. “Dia (Maira) ditahan di Dubai sekarang. Dia diwakili oleh tiga firma undang-undang AS dan dia memiliki firma hubungan Awam berpengkalan di New York untuk membantu pertahankan imejnya,” kata sumber itu... Dia ditahan di Lapangan Dubai pada 22 Jun,” kata sumber itu lagi. Bagaimanapun tidak dapat mengesahkan secara rasmi penahanan tersebut daripada pihak berkuasa Dubai, Maira dilapor tiba di Dubai pada 18 Jun dari Amerika Syarikat, ketika dalam perjalanan menuju ke Eropah untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakannya. Anaknya, Daniyar- bertunang dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Jun tahun lalu. New York Post sebelum ini melaporkan Daniyar menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta). Ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan Bolat, yang juga abang kepada presiden Kazakhstan di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat. Akhbar itu juga melaporkan Maira dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut. |
Bila Pemuda UMNO pun dah malu pakai baju UMNO......sure mat bangla teringin pula memakainya....!!!! Posted: 28 Jun 2012 07:58 AM PDT UMNO Baru sudah pun tumbang kerana sekarang ini kita tidak nampak lagi ciri-ciri UMNO yang ada pada UMNO Baru yang tertubuh pada bulan Februari 1998 itu. Nama UMNO itu memang ada tetapi UMNOnya sudah tidak ada lagi. Jika benar UMNO itu masih ada, kita tidak akan mengalami keadaan kegusaran di kalangan pemimpinnya kerana UMNO itu pada hakikatnya merupakan parti baik pada asalnya. Tetapi segala apa yang ada pada asasnya dalam UMNO itu sudah tidak wujud lagi. Jika UMNO itu masih wujud pilihanraya sepatutnya telah diadakan tetapi oleh kerana ‘attribute’ UMNO itu sudah tidak wujud lagi maka pilihanraya masih belum dapat di adakan. Kita berkata demikian kerana UMNO yang hakiki itu tidak takut untuk memanggil pilihanraya kerana UMNO itu mempunyai ‘attribute’ yang baik pada asalnya dan rakyat tidak teragak-agak untuk menyokongnya. Tetapi parti yang bernama UMNO sekarang ini sentiasa dalam kegelisahan untuk menghadapi rakyat dan jika ia berada di dalam kegelisahan itu bukannya UMNO. UMNO itu hanya wujud pada kulitnya sahaja. Lagi pula kita boleh lihat sekarang, kita tidak melihat ahli-ahli UMNO memakai baju-T parti itu lagi. Tidak seperti dulu.. ahli-ahli UMNO sendiri malu untuk mengenakan baju-T parti itu kerana mereka tahu parti itu menjadi alat dan bahan lawak oleh rakyat yang sudah bermaklumat. Mereka tidak lagi memandang tinggi kepada UMNO itu dan ini disedari oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti itu sendiri. Kalau dahulu anak-anak muda berbangga mengenakan pakaian yang berlambangkan UMNO tetapi kini mereka tidak mahu mengenakan pakaian berlambangkan UMNO itu dikhalayak ramai. Selalunya apabila ‘mood’ pilihanraya sampai anak-anak muda akan mengenakan pakaian UMNO itu dengan bangga dan megah. Sekarang ini pemuda-pemuda UMNO sendiri menyorok-nyorok apabila mengenakan pakaian UMNO itu. Ini merupakan keadaan yang sangat berlainan semasa dahulu. Itulah sebabnya kita katakan UMNO itu sudah mati dan tidak bernyawa lagi. Dalam pada kita sedang tertunggu-tunggu pilihanraya ini, kita tidak mendengar suara Ketua Pemuda nya akhir-ahir ini. Kita kadang-kadang tidak teringat kepada Ketua Pemuda UMNO Kebangsaan kerana sudah lama kita tidak mendengar suaranya sekarang ini. Dalam pengalaman dahulu, dalam keadaan sekarang pemuda itulah yang nampak bergerak dan bergiat di mana-mana. Jika scenario ini berterusan maka kita berkeyakinan yang UMNO akan menjadi sejarah tidak lama lagi. Ketua Pemuda UMNO tidak nampak dimana-mana akhir-akhir ini. Mungkin beliau tidak berapa sihat agaknya. Kita tidak nampak lagi pemuda-pemuda di cawangan-cawangan bergerak seperti dahulu. Yang bergerak sekarang hanyalah Presidennya dan kadangkala Timbalam Presidennya sahaja. Bagaimana sebuah parti yang mengaku gagah perkasa tidak bergerak diperingkat akar umbi? Sekarang ini hanya Najib sahaja yang berusaha melakukan semua kerja sedangkan ahli-ahli dan pimpinan di bawah tidak berbuat apa-apa.. Najib ini seperti peranan Syawal ibni Zulkaedah di dalam filem arahan P. Ramlee, Ahmad Albab… semua kerja Syawal yang buat..Najiblah manager, Najib jugalah postman, Najib jugalah kerani dan Najib jugalah jadi jaga! Syawal berkahwin dengan Mastura dengan mas kawinnya FREE. UMNO mempunyai ahli seramai 3.3 juta orang, tetapi tidak bergerak diperingkat akar umbi. Jadi UMNO itu ibarat seorang yang gemuk dan mempunyai tubuh yang besar tetapi mereka tidak dapat bergerak kerana berat badan yang keterlaluan. Ia seolah-olah seorang badan yang besar tetapi apabila berjalan mengheret kaki dan tidak berdaya untuk membuka langkah. Sesungguhnya UMNO mampu jika pemimpin-pemimpin sekarang mahu berkorban untuk menyelamatkan parti itu. Tetapi semua tahu yang mereka (pemimpin-pemimpin) tidak mahu berkorban untuk keselamatan parti mereka. Mereka sanggup melihat parti mereka tersungkur, namun untuk berkorban tidak sekali. Barisan pimpinan tertinggi UMNO masih dalam ‘denial syndrome” dan tidak mahu mengaku yang mereka sedang ditolak oleh rakyat yang mengundi. Keahlian yang ramai berjuta orang itu tidak dapat membantu pimpinan untuk memenangkan UMNO itu. Malah keahlian yang ramai itu menjadi beban kepada parti itu dengan masalah dalaman yang berlaku disetiap peringkat parti itu. Jika keahlian yang ramai itu boleh diharapkan untuk memenangkan UMNO tidak mungkin parti itu menjadi sebegini lemah. ‘Bottom line’nya ialah apakah keputusan rakyat apabila sampai dalam bilik mengundi itu.Apabila sampai dalam bilik mengundi, semasa itu tidak ada lagi ahli UMNO atau apa-apa parti sekali pun. Pengundian akan digerakkan oleh perasaan yang ada dalam naluri masing-masing pengundi. Kita mesti ingat seramai 1.5 juta ahli UMNO memilih untuk menyokong calon pembangkang dalam PRU yang lalu. Apakah UMNO mampu untuk menghalang perkara yang sama dari berlaku dalam PRU yang akan datang ini? ‘Intuition’ kita berkata tidak ada siapa yang mampu untuk menghalang ahli-ahli UMNO memberikan undi kepada calon pembangkang. Najib dan Muhyiddin tidak mampu untuk menghalangnya walaupun berbagai-bagai cara untuk membeli perasaan rakyat sedang dilakukan oleh mereka. |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan