Muslimeen United |
- Bekas timbalan pengarah Jakim masuk PAS
- KGT: Husam minta Awang Adek teliti sebelum ulas
- (Video) Pejuang Revolusi Mesir Mahukan PAS di Malaysia
- Arab Spring: Mahathir gabra, cemas Umno-BN kalah teruk dalam PRU-13
- Mahathir setuju bayar komisyen pembelian Scorpene?
- Penyokong Royalti Dipukul Semasa Berhimpun Di Pejabat SUK -updated
- Perrghhh!!! Macam nak pitam Amano / BN tengok gambar nie
- Himpunan Hijau PAS di tapak penubuhannya
- Panas: Tembakan Pertama Rafizi Selepas Letak Jawatan - Skandal Projek LRT
- Mangsa ISA diugut edar gambar bogel di internet
- Kolesksi Gambar Terbaik Dari Facebook...
- MIC Tandus Modal, Sengaja Putarbelit Kenyataan Salahuddin Ayub
Bekas timbalan pengarah Jakim masuk PAS Posted: 26 Jun 2012 03:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengalu-alukan sesiapa sahaja atau di kalangan mereka yang mempunyai peranan untuk menyertai Parti PAS. Katanya, PAS bersikap terbuka dan menerima siapa sahaja bukan hanya di kalangan ahli politik bahkan mereka di kalangan teknokrat. Mengulas fenomena bekas kakitangan kerajaan, artis dan selebriti secara terbuka menyertai PAS pada hari ini, Abdul Hadi berkata, itulah satu kekuatan dan nilai tambah kepada PAS. Beliau berkata demikian selepas menerima penyerahan borang keahlian daripada bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Yusof Hassan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengah hari tadi. Yusof Hassan yang juga bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berasal dari Parit Buntar Perak dan berhijrah ke Selangor kira-kira 30 tahun yang lalu. Selepas dua tahun berkhidmat dalam Kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Koh Tsu Koon, Yusuf berpindah ke Jakim kerana beliau merasakan tidak serasi dengan Ketua Menteri terbabit yang dilihat terlalu BN. Ekoran itu, beliau hanya bertahan selama dua tahun sahaja dengan kerajaan Pulau Pinang sehingga akhir 2004. "Saya berasal daripada keluarga yang kuat PAS, dan saya sememangnya adalah PAS, di kalangan kawan-kawasan saya dikenali ahli PAS. Cuma pada hari ini adalah secara rasmi saya masuk PAS," katanya. Penyerahan borang keahlian PAS hari ini, Yusof menyifatkan apa yang disyaki oleh rakan-rakan sekerjanya sebelum ini adalah tepat. "Rakan-rakan di dalam Jakim selalu menuduh saya orang PAS apabila mereka meneliti riak-riak dan hujah-hujah saya, cuma mereka tidak ada bukti. Jadi hari inilah buktinya. Tuduhan rakan-rakan saya adalah benar," katanya. Beliau yang baru enam bulan bersara daripada Jakim, mengakui ramai di kalangan rakan-rakan di dalam jabatan itu mahu menyertai PAS cuma masanya belum tiba lagi. Bagaimanapun beliau menafikan penyertaannya dalam PAS hari ini ekoran fenomena ramai individu termasuk artis dan selebriti secara terbuka menyertai parti Islam itu. "Tidak, bukan kerana ramai yang mula menyertai PAS, saya pun masuk PAS. Sebenarnya hasrat itu sudah lama lahir dari lubuk hati saya," katanya. Turut bersama ketika penyerahan borang keahlian itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Sallehen Mukhyi serta beberapa wakil PAS Selangor. -Hrkh |
KGT: Husam minta Awang Adek teliti sebelum ulas Posted: 26 Jun 2012 03:55 AM PDT KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa mendakwa Awang Adek Hussin sebagai pemimpin mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa dalam isu membabitkan pengurusan Kelantan Golden Trade (KGT), dinar dan dirham Kelantan. Husam yang juga Naib Presiden PAS Pusat mendakwa tindakan Timbalan Menteri Kewangan itu berpijak kepada 'habuk-habuk fitnah' dalam membuat kenyataan. "Bahkan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, tidaklah wajar bagi Awang Adek terburu-buru memberikan kenyataan tanpa memeriksa fakta kes termasuk apa laporan, apa isi laporan polis dan apa komen polis (dalam isu berkaitan). "Tiba-tiba terus terburu-buru, (justeru) seakan-akan memberikan implikasi adanya 'penyelewengan' dalam KGT, dinar dan dirham Kelantan. Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan bercakap kepada pemberita selepas menerima Plak dan Memorandum Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI) di depan Kota Darulnaim di sini pagi tadi. Penyerahan plak dan memorandum pada pukul 10.49 pagi itu diketuai Pengerusi ROYALTI Nazeri Deraman dan pimpinan ROYALTI Kelantan. Husam mendakwa sehingga hari ini tidak ada fakta kes diketengahkan. Sehubungan itu, Husam menasihati Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu, lain kali jangan berpijak kepada 'habuk-habuk fitnah'. "Sebagai Timbalan Menteri Kewangan dia kena ada fakta-fakta kes. "Dan apabila dia enggan berdebat dengan saya, saya anggap beliau seorang pemimpin yang membuat kenyaan 'tanpa usul periksa'. Media hari ini melaporkan Exco Keajaan Negeri itu mencabar untuk berdebat dengan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin mengenai isu didakwa penyelewengan berlaku dalam KGT. Terdahulu, Awang Adek mendakwa supaya Kerajaan Negeri menyiasat skandal membabitkan KGT. Husam memberi tempoh 21 hari bagi Awang Adek memberi jawapan sama ada bersetuju perdebatan itu diadakan menerusi forum terbuka di televisyen. Husam mendakwa, sejak seminggau lalu 'serangan' terhadap KGT dilakukan tanpa maklumat yang jelas khsusunya apa yang didakwa berlaku 'penyelewengan' membabitkan pengurusan dinar dan dirham Kelantan. Timbalan Menteri Kewangan itu meminta supaya Husam tidak melenting dengan kenyataannya sebelum cabaran perdebatan dengan Husam itu dipertimbangkan. Terima memorandum Royalti Mengulas 'perhimpunan aman' kira-kira 3,000 orang di depan Kota Darulnaim di sini pagi tadi, yang disertai kumpulan NGO ROYALTI dan kumpulan disertai Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Husam mendakwa kumpulan ROYALTI telah menulis surat kepada Menteri Besar Kelantan. Ekoran surat itu Husam diarahkan oleh Tok Guru Menteri Besar mewakili Kerajaan Negeri menyambut plak itu serta penyerahan 'memorandum' berkaitan tuntutan royalti petroleum Kelantan. "Dan saya bagi pihak Tok Guru dan Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada semua anak-anak muda negeri Kelantan yang telah bertungkus-lumus bekerja, mempunyai kesedaran tinggi untuk menuntut hak (royalti petroleum) dan hak rakyat Kelantan seluruhnya," kata Husam. Difahamkan satu kumpulan lain itu berdemontrasi tetapi mereka tidak pernah menulis surat rasmi kepada Menteri Besar Kelantan. Justeru Husam tidak diarahkan meneriman apa-apa daripada kumpulan itu. |
(Video) Pejuang Revolusi Mesir Mahukan PAS di Malaysia Posted: 26 Jun 2012 12:12 AM PDT Beliau berbahasa Melayu, sokong Tuan Guru Nik Abd Aziz, mahukan PAS naik memerintah Malaysia Tanah Airku. Tempat: Medan Tahrir, Kaherah Masa: Lewat petang, selepas pengumuman Dr. Mursi m'jadi Presiden Mesir Mad - tuan punya hp Akasyah & amp; Mat Luq - peneman |
Arab Spring: Mahathir gabra, cemas Umno-BN kalah teruk dalam PRU-13 Posted: 25 Jun 2012 11:41 PM PDT Sejak muktahir ini, Mahathir Mohamad semakin galak memberikan kenyataan untuk membantu Najib Tun Razak mempertahankan kuasa. Tetapi kenyataan lebih menggambarkan "ketakutan" dan "kebimbangan" beliau menongkah arus politik baru yang bakal melakar sejarah. Mahathir dengan sengaja memain dan memutarkan isu 'Arab Spring' bagi menakut-nakutkan rakyat melakukan perubahan dalam PRU-13 tidak lama lagi. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih dibayangi kisah silam kerana memberi kenyataan usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini. Mahathir jelas tidak dapat menerima kejatuhan Hosni Mubarak sedangkan era bekas Presiden Mesir itu jelas menunjukkan kebangkitan rakyat, lapor Sinar Harian Online. "Kita dapat melihat kebangkitan rakyat melalui Perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari, ini cara rakyat suarakan pendapat secara aman," kata Anwar. Mahathir tidak perlu menyamakan cara kejatuhan bekas pemimpin Mesir itu kerana rakyat mampu bertindak relevan dan semakin bijak menilai sesuatu isu. Difahamkan, dalam satu kenyataan 25 Jun lalu, Dr Mahathir berkata, usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia jelas mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding negara Timur Tengah. Mahathir berkata, jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, jelas membuktikan negara mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara. "Arab Spring ini adalah pemberontakan rakyat menjatuhkan kerajaan di negara tersebut, jika kita bandingkan negara-negara Arab ini, mereka tidak pernah demokratik, dan pemimpin mereka menerajui negara untuk kepentingan diri dan tidak memberi keutamaan kepada rakyat. "Rakyat semakin menderita, kadar peratusan kemiskinan meningkat, malahan ada lulusan universiti tidak mendapat pekerjaan yang seterusnya menjadi punca rakyat memberontak," katanya. Jika begitu keyakinan Mahathir, dia tidak perlu bimbang kerana demokrasi di sini jauh lebih sihat daripada di dunia Arab. Kenapa Mahathir harus gabra? Mengapa pula Mahathir berasa cemas, jika demokrasi sebelah sini lebih baik? -DETIK DAILY |
Mahathir setuju bayar komisyen pembelian Scorpene? Posted: 25 Jun 2012 11:40 PM PDT KUALA LUMPUR: Laman web Asia Sentinel (AS) melaporkan bahawa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju dengan pelan untuk menyalurkan komisyen pembelian kapal selam Scorpene melalui Perimekar. Sumber AS adalah kertas pendakwaan skandal Scorpene yang kini berlangsung di Mahkamah Paris, Perancis. AS melaporkan bahawa apabila kontrak pembelian kapal selam Scorpene hampir menjadi kenyataan, Razak Baginda dan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, menteri pertahanan ketika itu telah cuba mencari pelbagai helah. Mereka mencari cara bagaimana untuk mendapatkan habuan terbaik untuk mereka sendiri dan Umno dengan menubuhkan pelbagai syarikat di mana dana tersebut akan disalurkan. "Aktiviti mereka termasuklah penubuhan beberapa syarikat, termasuk Perimekar pada tahun 2000 sebagai satu alat untuk menyalurkan komisyen berjumlah Euro 114.9 juta (atau RM500 juta) kepada Razak Baginda dan yang lain, dengan isteri Razak Baginda sebagai pemegang saham utama. Pelan tersebut nampaknya mendapat kebenaran Mahathir. Satu kabel diplomatik kepada Menteri Luar Negara berkata, "Syarikat yang dipilih oleh kerajaan untuk projek kapal selam ialah Perimekar. "Pilihan ini adalah subjek dalam satu kenyataan rasmi Kementerian Kewangan kepada Kementerian Pertahanan. "Nota – keputusan Kementerian Kewangan ini adalah diambil ketika perdana menteri memegang jawatan Menteri Kewangan, selepas Tun Daim keluar," lapor AS. Laporan penuh AS yang ditulis oleh John Berthelsen, 25 Jun 2012 boleh dibaca di sini: http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=4626&Itemid=178 Dokumen-dokumen pendakwaan pula dapat dibaca di sini: http://www.scribd.com/collections/3678742/The-French-Malaysian-Submarine-Scandal-the-Documents Selain itu, bukti-bukti pendakwaan turut menyatakan bahawa mangsa pembunuhan Altantuya Shariibuu tidak pernah menjejakkan kaki di Perancis. Bagaimanapun AS mempertikaikan bukti tersebut dengan satu artikel yang dipaparnya pada tahun 2007 berserta dengan gambar-gambar Altantuya di Perancis sebagai bukti. Gambar-gambar Altantuya di Paris dapat dilihat di artikel AS, bertarikh 5 Disember 2007 di sini. http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=916&Itemid=178 |
Penyokong Royalti Dipukul Semasa Berhimpun Di Pejabat SUK -updated Posted: 25 Jun 2012 09:48 PM PDT Suasana tegang di hadapan pejabat SUK KOTA BHARU: Suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pagi ini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK). Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK. Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno. Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat. Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis. Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah. Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan. "Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan. "Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram," katanya. -HD |
Perrghhh!!! Macam nak pitam Amano / BN tengok gambar nie Posted: 25 Jun 2012 09:47 PM PDT |
Himpunan Hijau PAS di tapak penubuhannya Posted: 25 Jun 2012 09:46 PM PDT (Orang ramai yang memenuhi Padang Ahmad Badawi) BUTTERWORTH: Bak kata perpatah 'bagaikan sireh pulang ke gangang' itulah perumpamanya yang boleh digarapkan bila melihat kira-kira 10,000 ahli dan penyokong PAS membanjiri Padang Haji Ahmad Badawi iaitu tempat di mana PAS mula ditubuhkan tahun 1951. Bezanya dulu perhimpunan para ulamak dan pemikir Islam tetapi setelah 61 tahun perhimpunan besar PAS berulang kembali di tempat asal penubuhanya setelah Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat. Itulah kelainan PAS dulu dan sekarang. Ianya nampak lebih mantap dan sesuai dengan peredaran zaman yang menyaksikan Malaysia tetap bersatu dalam suasana berbilang bangsa. (Afnan [kiri] mengendalikan majlis) Ada suara yang mengatakan PAS tidak boleh bersama dengan bangsa atau agama lain ekoran berlainan adat dan budaya namun hari ini hasil pendekatan para pemimpin PAS yang mengkaji dan meneliti senario politik semasa. Mereka membuat pendekatan baru dengan berusaha untuk mentadbir negara bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat. Isu inilah yang kadang-kadang tidak difahami oleh sebahagian kecil ahli PAS yang sampai kini tidak boleh terima perubahan yang dilaksanakan dalam PAS berdasarkan keputusan Majlis Syura Ulama berdasarkan pandangan ulama luar yang berkalibar. "Taaluf Siasi bukan keputusan persendirian saya sebagai Presiden. Ia adalah keputusan jemaah serta kesepakatan dalam Majlis Syura, " ungkapan itu sering kedengaran ketika Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap dalam majlis tertutup dengan jentera parti khususnya di peringkat negeri. Perubahan yang tercetus dalam organisasi PAS pada suatu ketika dulu bekerjasama dengan CCC sehingga meletakan calun berbangsa Tionghua sekitar penghujung tahun 1980 an. (Masyarakat Cina yang turut serta) Seterusnya PAS bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah, Hamim dan Berjasa membolehkan PAS merampas kembali Kelantan pada pilihanraya umum tahun 1990. Kaedah dan peluang itulah diambil apabila berlakunya pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim penghujung 1998 oleh Datuk Fadhil Noor. Waktu itu beliau yang bertimbalankan Ustaz Abdul Hadi menubuhkan GERAK dengan kerjasama erat beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) sehingga berjaya menonjolkan kecemerlangan PAS apabila PAS berjaya menambah banyak kerusi di Parlimen. Selepas Anwar Ibrahim dibebaskan dan pemergian Al Marhum Datuk Fadhil ke rahmatullah semangat perjuangan diteruskan oleh Anwar yang menawarkan pendekatan demi pendekatan serta berjaya menghubungkan kembali keretakan antara DAP dan PAS khususnya berkenaan isu 'Negara Islam'. Hari ini PAS, DAP dan PKR berjaya melangkah atau dengan kata lain melayarkan bahtera dengan selamat. Walaupun ada kalanya berdepan dengan badai besar tetapi tidak memberi kesan kerana pembinaan kapal berlantaikan kayu yang cukup baik dan berlayarkan kain yang mahal. Manakala Umno pula mempunyai kapal yang sarat dengan barangan lama dan usang. Bukan sahaja barangan muatanya merupakan barangan yang sudah 'berkarat' bahkan badan kapal juga sudah berlubang di sana sini. Ia hanya menanti badai laut mengakibatkan kapal lama itu bakal tenggelam ke dasar laut tanpa kesan. Berbalik kepada Himpunan Hijau Peringkat Negeri Pulau Pinang kedatangan bukan Melayu untuk mendengar kupasan isu terkini bukan lagi perkara pelik sebaliknya sudah menjadi kebiasaan. Tertubuhnya Kelab Penyokong PAS yang kini bertukar nama kepada Dewan Perhimpunan PAS nampak lebih efisyen dan mengusarkan Umno dan Barisan Nasional (BN). Kedatangan anak-anak muda yang terus duduk sehingga selesai majlis penutupan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasrudin sendiri menyaksikan betapa berakhlaknya ahli dan penyokong PAS tidak meninggalkan majlis sebelum semuanya selesai. Sejak petang lagi berbagai program diatur khas untuk pemuda seperti konvoi bermotorsikal berkuasa tinggi, persembahan silat, persembahan pentas dari Zua XPDC dan boria hasil sumbangan kreatif anak muda Kampung Dodoi Pulau Pinang amat mencuit hati. (India juga turut serta) Apapun segunung penghargaan dan tahniah kepada pasukan IT Pulau Pinang dan Kedah yang buat pertama kalinya bergabung tenaga mengadakan siaran secara langsung ucapan Presiden PAS dari Dubai dan Mursyidul Am PAS dari Kelantan. Antara lain yang berucap di majlis yang bermakna buat negeri Pulau Pinang itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razalo At Takiri, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Rosni Adam. Personaliti TV9, Ustaz Syed Abdul Qader Al Jufree dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamalrulzaman Mohamad. Sepanjang majlis tersebut diacarakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi dan Pengarah Jabatan Penerangan dan Media Baru Dewan Pemuda PAS Malaysia, Saudara Nurul Islam. -Hrkh |
Panas: Tembakan Pertama Rafizi Selepas Letak Jawatan - Skandal Projek LRT Posted: 25 Jun 2012 05:33 PM PDT Rafizi: Skandal kontrak LRT yang libatkan Najib Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta. Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang ("The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project"). KEADILAN mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Najib Razak sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka. KEADILAN dimaklumkan bahawa laporan Business Times itu dibuat selepas Najib Razak mengumumkan sendiri kepada pimpinan kerajaan hasrat beliau menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent. Walau bagaimana pun, campur tangan beliau itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan oleh Prasarana sebelum itu. KEADILAN boleh mendedahkan bahawa George Kent bukanlah konsortium yang telah terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana. Ini disahkan oleh surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa Konsortium PDA telah dipilih sebagai kontraktor terbaik bagi projek tersebut. Shahril Mokhtar telah menulis kepada Najib Razak sendiri untuk mendapatkan kelulusan mengeluarkan Surat Tuju Terima kepada Konsortium PDA. Perkembangan terbaru seperti yang dilaporkan oleh Business Times mengesahkan bahawa Najib Razak bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat. Ini mengesahkan persepsi masyarakat bahawa berlaku campur tangan dan penyelewengan yang serius melibatkan anugerah projek-projek awam di bawah pentadbiran Najib Razak, walaupun beliau sering melaungkan janji untuk berlaku telus dan adil. KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai skandal ini yang bakal menguji komitmen Najib Razak kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan. Pendedahan-pendedahan ini adalah juga balasan dari saya kerana tindakan jijik UMNO di bawah kepimpinan beliau memutar belitkan keputusan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihanraya KEADILAN. Saya betul-betul menasihati Najib Razak supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau. -Rafizi Ramli |
Mangsa ISA diugut edar gambar bogel di internet Posted: 25 Jun 2012 05:31 PM PDT (GMI menunjukan butir-butir penyeksaan Sami Hammd seperti yang diceritakan kepada peguam. Turut hadir ialah ibu bapa tahanan Mohamad Fadzullah [Hadijah – dua dari kiri dan Abd Razak – mendukung bayi]) KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini mendesak agar Menteri Dalam Negeri (KDN) segera memberi maklum balas atas kejadian mogok lapar tahanan ISA yang telah pun berlangsung selama enam hari. Dalam sidang medianya, GMI menuntut agar kesemua tahanan ISA dibebaskan dengan kadar segera; Menteri Dalam Negeri diminta menjawab segera tuntutan tahanan ISA; dan menuntut jawapan segera isu penderaan tahanan ISA. Tuntutan ini berikutan kempen bebaskan 45 tahanan yang masih berada di Kem Kamunting (Kemta) dan sehingga kini tiada tanda-tanda mereka akan dibebaskan. Dalam sidang media ini juga, peguam Farhana Abdul Halim dan Fadiah Nadwa Fikri mendedahkan keterangan yang diberi oleh Sami Hammd, salah seorang tahanan ISA yang kini mengadakan mogok lapar. Sami Hammd berasal dari Iraq telah ditangkap pada 21 Januari 2011. Beliau ditahan atas pertuduhan pemerdagangan manusia. Sami disoal siasat di PRC selama 20 hari dan di Bukit Aman selama 39 hari, kemudiannya ditahan di Kemta pada 18 Mac 2011. Dalam pertemuannya dengan peguam, Sami menceritakan penderaan fizikal dan mental yang diterimanya. Antara bentuk penderaan fizikal yang dikenakan termasuklah dipukul dengan paip getah, dibogelkan dan gambarnya diambil dan diugut akan disebarkan diinternet. Badan beliau juga dibasahkan dengan air sejuk kemudian diletakkan di dalam bilik kecil yang suhunya paling rendah, dan sepanjang masa tangannya digari. Selain itu, Sami turut ditumbuk dan ditendang oleh anggota penyiasat berulang kali, dicabut bulu dada, dicucuh puntung rokok, dipaksa memakan cili kisar beberapa lagi jenis penderaan. Sehingga kini Sami masih tidak berganjak dan tidak mengaku akan pertuduhan yang dikenakan kepadanya. Tahanan beliau dilanjutkan sehingga Mac 2013. Semua butiran tersebut dinyatakan dalam pertemuannya dengan peguam pada 22 Jun 2012 di bawah pengawasan Pegawai Kemta. Dalam pada itu, Pengerusi GMI bimbang dengan nasib tahanan yang melakukan mogok lapar tersebut. Beliau menggesa agar KDN bertindak segera sebelum berlaku kematian atau sebagainya. Merujuk kepada isu penderaan terhadap tahanan sama ada yang masih ditahan atau pun yang telah dibebaskan. "Kebanyakan tahanan menghadapi trauma sehingga mereka tidak tampil menceritakan kisah sebenar walaupun lebih setahun telah berlaku," ujar Syed Ibrahim. Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, Peguam yang bertemu dengan Sami Hammd iaitu Farhana dan Fadiah Nadwa serta keluarga tahanan Mohamad Fadzullah Abdul Razak. -Hrkh |
Kolesksi Gambar Terbaik Dari Facebook... Posted: 25 Jun 2012 05:30 PM PDT |
MIC Tandus Modal, Sengaja Putarbelit Kenyataan Salahuddin Ayub Posted: 25 Jun 2012 05:29 PM PDT Kalau hina Hindu, kami pertama bantah - DHPP KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mempertahankan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bahawa beliau tidak berniat menghina agama Hindu dan penganutnya dan jika dia menghina Hindu, pihaknya yang pertama membuat bantahan. Gambar: Salahudin dalam sidang media bersama DHPP dan anggota Parlimen India hari ini Timbalan Pengerusi DHPP N. Balasubramaniam berkata, apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian itu langsung tidak membawa apa-apa masalah di kalangan kaum India yang majoriti penganut agama Hindu. "Orang India masih aman di Malaysia, dalam isu ini tidak ada bawa apa-apa masalah," katanya dalam sidang media. Sebelum ini, Ketua Pemuda MIC T Mohan meminta Salahuddin mohon maaf kepada masyarakat India di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan menyamakan perarakan sempena Thaipusam dengan demonstrasi jalanan. Menurut Bala, kenyataan Salahuddin dalam Debat Sinar Harian pada 19 Jun lalu sengaja diputar belitkan oleh MIC untuk menimbulkan persepsi negatif kepada kaum India. "Jika benar ada penghinaan kepada penganut Hindu kami sendiri pun boleh tegur. Nampaknya MIC sengaja cari pasal. Kenyataan Salahuddin cukup jelas," katanya. Bala turut percaya Salahuddin tidak akan mengeluarkan kenyataan menghina kaum dan agama lain kerana agama Islam tidak mengajar untuk berbuat begitu. Ahli Parlimen Batu Kawan P. Ramasamy juga menyifatkan MIC ketandusan modal politik sebab itu mereka sengaja putar belit kenyataan. "Saya ada baca dalam akhbar Tamil tuduhan terhadap Salahuddin, tidak ada bukti beliau hina kaum India," katanya dalam sidang media yang sama. P. Ramasamy turut mempertikaikan di mana kelantangan MIC apabila Umno pernah menimbulkan isu bebaur perkauman dan memperlekehkan kaum India. "Umno pernah guna isu paria. MIC mendiamkan diri. Tapi berbeza dengan Salahuddin yang jelas tidak hina agama kami," katanya. Begitu juga ketika penyokong Umno mengarakkan kepala lembu ke bangunan SUK Selangor yang memang jelas cuba menghina orang Hindu. Salahuddin mengulangi penegasanya beliau tidak berniat untuk menghina penganut agama Hindu dan mereka perlu dengar serta faham konteks ayat yang diperdebatkan dalam debat itu. -HD Salahuddin : Tiada Niat Hina Perarakan Thaipusam |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan