Khamis, 14 Jun 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Ustaz Yahya Othman meninggal dunia

Posted: 14 Jun 2012 06:47 AM PDT

MACHANG: PAS hari ini kehilangan murabbi dan juga tokoh dakwah yang disegani, Datuk Ustaz Yahya Othman yang meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang tadi di kediamannya di sini.

Menyorot latar belakang beliau, ketika dalam parti, Allahyarham merupakan bekas ahli Majlis Syura Ulama' (pernah jadi setiausahanya yang pertama) selain pernah menjadi AJK PAS Pusat dan AJK Dewan Ulama' PAS Pusat.

Beliau juga pernah menjawat jawatan YDP PAS Machang selama tempoh lebih kurang 20 tahun.

Di dalam kerjayanya pula, beliau pernah menjadi pensyarah dan Timbalan Pengetua Nilam Puri Kelantan sebelum bertanding dalam pilihanraya tahun 1978.

Pada pilihan raya 1990 beliau menang bertanding dan diamanahkan menjawat jawatan EXCO DUN Negeri Kelantan.

Beliau juga seorang pendidik yang gigih dan merupakan Pengasas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (Kias), pengasas Maahad Dakwah wa Imamah, pengasas dan pengarah Institut al-Nur dan lain-lain lagi.

Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah. Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah.
PAS sebelum ini menobatkan beliau sebagai Murabbi PAS sepanjang zaman.

Difahamkan solat jenazah akan diadakan di kediaman beliau jam 9 pagi esok. -Hrkh

Himpunan Hijau – Pas Ganti Umno Kali Ke-4 (PGU 4.0)

Posted: 14 Jun 2012 02:10 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Pesuhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata PAS Terengganu meneruskan usaha untuk mengembalikan semula pemerintahan PAS di Terengganu dengan menganjurkan program berprestij Himpunan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU 4.0) kali yang ke-empat.

Menurutnya, himpunan PGU 4.0 akan diadakan di Kg Padang Mengkuang Batu 10, Jalan Kuala Berang, dekat Taman safiah Murni, Marang.

"PGU (kali ke-4) kita pada 29 hingga 30 di Batu 10, Padang Mengkuang dekat Taman Safiah Murni, jalan Kuala Berang,"ujarnya kepada pihak media selepas program Himpun dan Ingat di perkarangan Stadium sultan Mizan yang runtuh bumbungnya pada 8 Jun lalu.

[Gambar - Majlis Perasmian PGU kali ketiga yang diadakan di Pantai Pandak Chndering Kuala Terengganu pada Oktober tahun lalu]

Sehubungan itu, Penolong Setiausaha Ustaz Zakaria Dagang berkata, PAS meletakkan sasaran menghimpunkan sekurang-kuragnya 50,000 orang petugas pilihanraya di kalangan ahli dan penyokong pada program selama dua hari dua malam itu.

Beliau yang juga  Ketua Urusetia program tersebut berkata, program PGU disesuaikan dengan Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri-negeri dan dinamaka dengan Himpunan Hijau – Pas Ganti Umno Kali Ke-4 (PGU 4.0)

"InsyaAllah, kita sesuaikan dengan Himpunan Hijau ke Putrajaya yang dilacarkan di Stadium Darul Aman pada 1 Jun lalu, PAS Terengganu akan mengadakan Himpunan Hijau – Pas Ganti Umno Kali Ke-4 (PGU 4.0),

"kita sasarkan penyertaan seramai 50,000 ahli dan penyokong PAS hadir dalam program tersebut dalam persiapan menghadapi pilihanraya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa,"ujarnya

Beliau yang juga  Ketua Urusetia Program itu berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat Urusetia yang diadakan di Pejabat PAS Terengganu, Taman Seri Intan, di sini hari ini 14 Jun 2012. -BO


Saya sokong PAS kerana Islam - Aishah

Posted: 14 Jun 2012 02:08 AM PDT


TUMPAT: Selagi perjuangan Islam yang didokongi PAS tetap berlandaskan syariat dan hadis, beliau tetap akan memberikan sokongan terhadap parti yang memperjuangkan Islam itu.

Wan Aishah Wan Ariffin atau nama glamournya Aishah (gambar), artis kesayangan ramai yang baru menyertai PAS baru-baru ini berkata demikian ketika ditanya oleh salah seorang peserta yang ingin mengetahui tindakannya menyertai parti itu baru-baru ini ingin bergiat politik pula.

Menurut Aishah, beliau berhasrat untuk menyertai parti itu secara senyap, bagaimanapun tidak menjadi mungkin kerana beliau seorang artis.

"Tapi apa yang saya lakukan ini adalah untuk kebaikan diri saya sendiri serta dua orang anak-anak saya.

"Prinsip saya mudah, saya akan menolak mana-mana yang tak betul, perjuangan sekular, banyak kemungkaran yang berlaku di hadapan kita yang wajib kita tentang,"ujarnya.

Menurutnya, pengalaman hidupnya membuatkan beliau tercari-cari hala tuju kehidupan sebenar.

Beliau juga turut menolak akan aktif dalam politik, Cuma mengambil kesempatan untuk memberi pandangan sebagai seorang artis berhubung pandangannya sebagai seorang artis terhadap perjuangan Islam.

"Pengalaman yang berlaku selama ini boleh kita membawanya ke pentas untuk dikongsi bersama masyarakat, tidak ada salahnya asalkan ianya baik untuk Islam,"ujarnya.

Terdahulu beliau menyeru golongan pendakwah tidak terus membiarkan golongan dibelakang tabir seperti komposer, penulis lirik, pemuzik dan sebagainya agar mereka tidak lari dari landasan Islam sebenar.

(Aishah [kanan] dalam majlisnya di Pantai Sri Tujoh, Tumpat)

Menurutnya, golongan berkenaan juga memerlukan bimbingan golongan 'ustaz' agar mereka berkarya tidak lari dari landasan Islam.

"Andainya lagi begitu sedap didegar, namun liriknya tidak menyeru pada kebaikan, kemasyarakatan apa lagi Islam, tidak ada gunanya,"ujarnya lagi.

Kerana itu, tambahnya para ustaz seharusnya bertemu golongan ini agar mereka dapat menciptakan hasil seni bertambah baik.

Pada masa yang sama, beliau menyeru orang ramai yang memiliki gambarnya sewaktu tidak bertudung menyerahkan semula padanya atau lupuskan sahaja.

Jelasnya, beliau tidak mahu gambar berkenaan menambahkan lagi dosa dan azab di akhirat kelak.

"Saya serulah pada semua mana-mana yang ada gambar saya, serahkan pada saya untuk tatapan anak-anak.

"Saya pun rasa pelik lagi kita berubah, lagi kita dah bertaubat, gambar-gambar macam ni lagi didedahkan pulak,"ujarnya.

Aishah, sewaktu menceritakan kisah hidupnya, menitiskan air mata mengenangkan kisah silamnya. -Hrkh

PAS dakwa Utusan putar kenyataan tentang haji

Posted: 14 Jun 2012 02:08 AM PDT


Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa kenyataan berhubung penangguhan haji telah "diputarkan" oleh akhbar Umno Utusan Malaysia seolah-olah ia disaran untuk semua umat Islam di Malaysia.

NONEKatanya, dalam kenyataan yang asalnya dibuatnya kepada akhbar web kerajaan Selangor Selangorku 5 Jun lalu hanya merujuk kepada anggota anggota PAS yang terlibat langsung, iaitu calon atau agen parti seperti pengarah pilihan raya.

"Namun begitu, ia tidak hairan - selepas kontroversi PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) yang menampar muka sendiri, jawapan-jawapan menteri di parlimen yang memang susah untuk ditonjolkan di muka depan, bertambah pula laporan-laporan antarabangsa mengenai isu Scorpene - mereka perlu mencari sesuatu untuk mengalih pandangan rakyat," katanya.

Tuan Ibrahim (atas) juga berkata, berdasarkan tarikh Belanjawan 2013 yang ditetapkan pada 28 April, sudah ada bayangan pilihan raya umum di musim haji akan berulang seperti tahun 1985 sebelum ini.

Berikut kenyataan penuh Tuan Ibrahim:

Isu tangguh haji masih hangat diperkatakan oleh media-media pro-Umno.

Kenyataan saya yang dibuat pada Jun 5 kepada Selangorku yang menyeru "ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya" - dalam kata yang lebih spesifik - "calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah pilihanraya" telah diputarkan seolah-olah ia ditujukan kepada semua umat Islam di Malaysia 8 hari kemudian oleh Utusan Malaysia.

Namun begitu, ia tidak hairan - selepas kontroversi PTPTN yang menampar muka sendiri, jawapan-jawapan menteri di parlimen yang memang susah untuk ditonjolkan di muka depan, bertambah pula laporan-laporan antarabangsa mengenai isu Scorpene - mereka perlu mencari sesuatu untuk mengalih pandangan rakyat.

Bajet 2013 yang disebut bajet pilihan raya akan diumumkan pada September 28. Tarikh Hari Raya Haji adalah 26 Oktober.

Sudah ada bayangan pilihan raya umum 1985 di musim haji bakal berulang.

Isu tangguh haji ini sebenarnya mudah - betulkah PRU13 akan diadakan di musim haji?

Masalahnya tiada yang tahu.

Apakah mungkin pilihan raya umum ke-13 (PRU13) diadakan di musim haji?

Masalahnya ialah mungkin.

Apakah yang perlu dilakukan jika PRU13 diadakan di musim haji?

'Ramai sudah haji dalam PAS'
Salahkan perdana menteri? Itu hak beliau, walaupun PAS memang membantah jika PRU13 diadakan di musim haji.

Adakah orang-orang Umno yang terlibat dengan PRU-13 akan pergi menunaikan haji? Calon, wakil calon dan agen parti seperti pengarah pilihan raya akan terus juga dengan niat menunaikan haji.

Tiada yang bertanya.

NONEWalhal, soalan yang patut difokuskan ialah wajarkah perdana menteri mengadakan pilihan raya di musim haji?

Jawapannya jelas tidak.

Apakah jaminan ia tidak berlaku?

Tiada. Sebab itu PAS mendesak perdana menteri bagi jaminan. Dan tekankan "sekiranya" Umno demi untuk menang, mengadakan PRU di musim haji, ahli PAS yang terlibat terus dengan PRU13 yakni "calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah pilihan raya" disarankan tangguh haji.

Golongan ini dalam PAS, ramai yang sudah menunaikan haji - mereka adalah veteran. Dalam Umno tak pasti pula.

Isu ini adalah mudah.

Kalau yang cadang tu ialah timbalan perdana menteri atau menteri Umno tentu keadaan dan komentar akan berubah menyokong habis-habisan. Jadi isunya bukan menangguhkan haji sebenarnya siapa yang buat cadangan itu.

Tekanan pada perdana menteri
Tapi Umno merumitkannya kerana ia tahu, isu sebenar memberi tekanan kepada perdana menteri untuk menyatakan satu tarikh pilihanraya.

Segalanya akan selesai jika tarikh pilihanraya diketahui lebih awal.

Tiada yang risau ingin menunaikan haji.

azlanTiada yang risau masa bercuti mereka sama dengan tarikh pilihan raya.

Bahkan, untuk seluruh warga yang bekerja, sama ada di pihak swasta mahupun kerajaan boleh merancang sebaiknya dengan tarikh pilihanraya diketahui.

Namun penyelesaian yang mudah ini bukan fokus akhbar-akhbar Umno.

Mereka perlukan talian hayat - mereka menilai isu tangguh haji ini sebagai isu yang boleh mengalih perhatian.

Betullah juga, tapi mereka terlupa, terbuta melihat bahawa perhatian kini beralih balik ke perdana menteri.

Jadi, bila perdana menteri nak buat PRU13? Musim haji ke? Calon Umno pergi haji ke tak tahun ini? Boleh bagi jaminan tak buat PRU13 masa musim haji?

Senyum. -M'kini

Lebuh raya Rakyat wajar disokong, bukan sebaliknya

Posted: 13 Jun 2012 09:20 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pembinaan Lebuh raya Rakyat merupakan inisiatif kerajaan negeri setelah cadangan yang dikemukakan sejak Rancangan Malaysia Ke-5 masih 'tidak ditunai/ditangguh' sehingga sekarang sekarang tanpa sebarang alasan dan sebab yang munasabah.


Justeru, Persatuan Anak Kelantan Darulnaim Di Selangor & Kuala Lumpur (Persada) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan  amat mengalu-alukan inisiatif  dan langkah proaktif kerajaan negeri sebagai usaha yang amat murni demi melihat kepentingan dan kesejahteraan rakyat melebihi kepentingan lain.

"Persada menyokong penuh inisiatif ini dan bersedia sebagai 'duta kecil Kelantan' untuk membantu kerajaan negeri dalam memastikan usaha murni ini berjalan lancar dan semoga Lebuh raya Rakyat tanpa tol ini dapat direalisasikan di Kelantan dengan jayanya," ujar Presiden Persada, Ali Hanafiah Mohamed dalam satu kenyataan.

Katanya, berdasarkan pengalaman Persada sebagai anak Kelantan perantauan, kesesakan jalan raya merupakan satu isu yang seringkali ditimbulkan oleh para pelancong yang melawat Kelantan dan sering kali menjadi rungutan warga Kelantan perantauan apabila pulang ke kampung.

Tambahnya, kemudahan rangkaian jalan raya yang baik juga antara faktor utama yang menentukan para pelabur untuk membuat pelaburan di Kelantan.

Justeru, ujar beliau pembinaan lebuh raya ini sudah tentu amat menggembirakan kami sebagai anak Kelantan perantauan dan akan memberi imej yang baik kepada kami sebagai 'duta kecil Kelantan' dalam kehidupan bermasyarakat di perantauan.

Menurutnya lagi, ia juga akan merungkai 'kekusutan' utama para pelabur sejak sekian lama, mudahan dengan terbina lebuhraya ini negeri Kelantan akan menjadi tumpuan para pelabur dan para pelancong dari dalam dan luar negara.

"Idea mengusahakan pembinaan secara waqaf dan kerjasama antara kerajaan dan rakyat amat meruntun jiwa kami dan kami percaya bahawa masyarakat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya yang percayakan konsep amal jariah akan menyokong dan bersedia mengambil bahagian dalam hal ini," ujarnya.

Ini, tegasnya membuktikan kebijaksanaan dan kehebatan sebuah kerajaan yang diurus berpaksikan Islam.

"Kami menyeru pihak-pihak yang mempertikaikan serta memperkecilkan hasrat murni kerajaan negeri supaya insaf dan bersedia memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk membuktikan kemampuan dan keupayaan mereka," katanya lagi.

Beliau menambah, seharusnya usaha yang baik ini perlu disokong bahkan seharusnya bersama-sama berganding bahu membantu kerajaan negeri untuk merealisasikanya bukan sebaliknya.

"Kami juga menyeru kepada warga Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya supaya mengambil peluang ini dan bersama-sama memberi sumbangan bagi merealisasikan lebuh raya tanpa tol ini terbina dengan jayanya.

"Insya Allah, keberkatan daripada sumbangan rakyat akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. usaha pembinaannya dan semoga sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berkekalan," katanya.

Pada 28 Mei 2012 bersamaan 7 Rejab 1433, Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz telah mengadakan upacara pecah tanah merasmikan pembinaan Lebuhraya Rakyat tanpa tol dari Kota Bharu ke Kuala Krai sejauh 73  Kilometer untuk manfaat rakyat dengan anggaran kos RM1.8 bilion. -Hrkh

UiTM: Forum tak mahu berpolitik konon...

Posted: 13 Jun 2012 09:19 PM PDT

UiTM terus menjadi tapak untuk menyebarkan fikrah UMNO kepada pelajar dibawahnya.Terbaru, forum Ideologi Mahasiswa Melayu pada 12 Jun lepas menjadi medan untuk mengutuk dan mengecam parti-parti pembangkang serta membuka keaiban pimpinannya.
Program yang dianjurkan persatuan Waris Warisan berkolaborasi dengan persatuan proksi NGO pendesak Melayu yang tidak diketahui asal-usul penubuhannya iaitu Mahasiswa Perkasa. Forum bersama 3 panelis, Dato' Ibrahim Ali, Senator Ezam Mohd Nor dan Dr. Mohd Fairuz Khairudin.
Tentatif forum yang dijadualkan bermula seawal 2.30 telah bermula lewat disebabkan kehadiran audien yang sangat tidak memuaskan. Ada perbincangan antara pihak penganjur dan panelis ingin batalkan kuliah pelajar dan mewajibkan untuk pergi ke forum tersebut.
Walaupun telah dijanjikan dengan makanan percuma, kupon aktiviti untuk jaminan penempatan kolej semester hadapan ditambah ada pengecualian kuliah,namun ia tetap tidak menyelerakan mahasiswa UiTM.

Forum bermula selewat jam hampir pukul 3.00 petang dengan dimulakan Alumni UiTM Dato' Ibrahim Ali (DIA). Ucapan semangatnya dimulakandengan kisah perjuangan awal nya berdemonstrasi semasa menjadi mahasiswa UiTM dalam menuntut taraf universiti buat ITM ketika itu mendorong tepukan lewat oleh audien.
Semangatnya bertambah apabila berbicara mengenai nasib Melayu yang dikatakan berpecah belah, mahasiwa melayu sanggup dipergunakan oleh parti politik pembangkang serta tanggungjawab sepatutnya mahasiwa melayu ketika ini.
Pentas forum terus bertukar menjadi pentas pidato oleh beliau bila mula berdiri diatas pentas serta diakhiri dengan mengucapkan sesuatu yg tidak patut diungkapkan di Dewan Sri Budiman itu, iaitu perlunya mahasiswa bersumpah untuk terus mengundi UMNO dalam PRU -13 nanti demi menjaga kepentingan melayu.
Panelis kedua diteruskan oleh Sdr. Ezam yang gaya pidatonya persis idolanya ketika dulu. Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Ezam kelihatan lebih berhati-hati dalam berbicara sesuai dengan statusnya bergelar senator.
Laungan ketiga-tiga panelis diawal forum tidak menyelitkan agenda politik dalam forum jelas kelihatan retorik sehingga ucapan Panelis ketiga.
Dr. Fairuz bekas TKM1 Pulau Pinang yang datang dengan status pendidikan yang tercetak dalam buku program menunjukkan status Dr. yang dipakainya boleh dibanggakan.
Namun agak terkejut bila mula berbicara, Dr. Fairuz sering mengecam atau mengutuk parti-parti pembangkang serta pimpinannya walaupun dalam awal perbicaraanya dikatakan tidak mahu diselitkan agenda politik.
PKR dikatakan Parti kelentong rakyat, PAS adalah parti ajaran sesat dan syiah serta acap kali membuka keaiban yang tidak pasti mengenai DSAI dan Azmin Ali dalam keadaan yg sinis.
Kesimpulannya, hanya satu yang boleh diambil sebagai asas Ideologi Mahasiswa Melayu yang diungkapkan oleh Dr. Fairuz yang mana kebanyakan mahasiswa Melayu sekarang tidak peduli pada politik semasa,tapi bila mana sudah ambil tahu, ia kelihatan pelik dan ekstrim memihak pada pihak pembangkang, jadi menuntut ilmu lah dan bersedia untuk hadapi perjuangan dan pengorbanan nanti.
Selebihnya tidak ubah seperti forum menghentam bekas rakan dan idola perjuangan mereka iaitu DSAI.
Kepada ahli2 UMNO UiTM yang terdiri pada staf-staf dan mahasiswa Perkasa seramai hampir 50 orang..SYABAS!!

Teruja (gambar ). Berbasikal Bersama Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Jun 2012 09:17 PM PDT




Ustaz Sedang Test power kut...warming up



Ustaz Bergambar Kenangan Dengan Peserta Cycling



Ustaz Bergambar Kenangan Dengan Peserta Cycling


Ustaz Bersama peserta2 yang sedang sedia untuk bertolak



Ustaz Azhar Pekena Teh tarik..


Ustaz Azhar Pekena Teh tarik.selepas penat berbasikal..
Terima kasih Kepada yang ambil gambar.. Di Ambil Dari FB Ustaz Azhar Idrus..





Ini gambar blogger, penulis juga minat berbasikal.. saja nak habaq..

[BONGKAR] SPR Menipu Lagi, 2 Nama Dan Alamat Yang Sama Dikesan

Posted: 13 Jun 2012 09:15 PM PDT



SPR: Pengundi sama nama, alamat bukan 'klon'

Dua pengundi yang berkongsi nama sama dan alamat dalam daftar pemilih sebenarnya individu yang berbeza, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mengesahkannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Terdapat kesalahan dalam merekodkan nama dan alamat mereka yang mengakibatkan kekeliruan, kata pegawai SPR.

Semakan di pangkalan data atas talian SPR menunjukkan dua orang pengundi mempunyai nama Wong Wai Seng (nombor kad pengenalan 800411085535 dan 871008085525) dan didaftarkan di parlimen Parit dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja, serta berkongsi nombor rumah dan blok sama di Taman Seri Ara (bawah).



Dua lagi pengundi dalam kes itu, Wan Mohd Zamri bin Wan Ahmad (RF162733 dan RF162584) didaftarkan sebagai pengundi pos di balai polis Kuang, di DUN Kuang dan parlimen Selayang (bawah).



Pangkalan data atas talian SPR bagaimanapun memberikan dua keputusan berbeza terhadap pemilik kad pengenalan RF162584.

Sistem Semakan Pemilih Bagi Isi Rumah, yang membolehkan pengguna menyemak lebih daripada satu kad pengenalan serentak, menunjukkan kedua-dua pemilik RF162733 dan RF162584 bernama Wan Mohd Zamri bin Wan Ahmad. -mk

Tak Mampu Buat Lebuhraya, Umno-APCO Guna Taktik Sabotaj!

Posted: 13 Jun 2012 05:35 PM PDT




Belum pun pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai bermula sudah timbul dakwaan terdapat usaha pihak-pihak tertentu untuk menggagalkan pembinaan projek itu yang dikenali sebagai lebuh raya rakyat.

Menjelaskan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Husam Musa berkata, pembinaan lebuh raya itu masih mengikut jadual walaupun terdapat usaha untuk mengganggu kontraktor yang terlibat.

Malah kata beliau, pihaknya juga melantik lapan juruukur baru yang terlibat dalam proses mengenal pasti laluan setelah juruukur yang asal diganggu.

"Kontraktor yang dilantik masih lagi kuat dengan ikatan perjanjian walaupun pihak tertentu cuba untuk (hasut supaya) tidak terlibat, ini adalah satu dari cubaan tetapi semuanya masih mengikut jadual," kata beliau selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.

Lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, beliau terkejut apabila mendapati konsep wakaf yang diperkenalkan mendapat sambutan baik bukan sahaja dari segi kewangan malah perkhidmatan.

Mengulas mengenai kritikan sinis pihak tertentu yang meragui usaha pembinaan tersebut, Husam berkata, beliau tidak akan memberi banyak reaksi sebaliknya menunjukkan usaha itu melalui tindakan.

"Saya tak akan jawab lisan, sebaliknya melalui tindakan, kita sudah lantik kontraktor dan mempunyai perjanjian serta struktur kewangan, bagi kita empat bulan pun dah nampak kemajuan," katanya.

Bagi tujuan yang sama, Husam dalam nada sinis berkata, pihaknya akan melelong perkakasan pembinaan yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri oleh peserta perhimpunan sebuah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) minggu lalu.

Menjawab kritikan mengenai terdapat kontraktor yang terlibat dalam pembinaan mempunyai kaitan dengan syarikat Genting, Husam berkata, mereka yang membuat dakwaan itu terlebih dahulu perlu menyelidik kenapa Kerajaan Pusat tidak membina sedangkan ia tanggungjawab mereka.

Bekas Pegawai Kanan Kerajaan Sertai PAS

Posted: 13 Jun 2012 05:24 PM PDT


Seorang lagi bekas pegawai kanan kerajaan menyertai PAS hari yang menampakkan kebanjiran mereka ke dalam parti itu tidak boleh disekat lagi. Hari ini, Hj Abdul Rahman Taib, mantan Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menerima sijil PAS beliau. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Abdul Wahid Endut berkata fenomena bekas Pegawai kanan kerajaan menyertai PAS tidak dapat disekat lagi. Seorang demi seorang mula tertarik dengan perjuangan PAS yang memartabatkan Islam dengan Melayu menjadi terasnya.
Beliau ditemui ketika menyerahkan Sijil Keahlian PAS kepada Hj Abdul Rahman dalam satu majlis ringkas meraikan beliau di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Sebelum menyertai PAS, Hj Abdul Rahman pernah menyertai UMNO di kampongnya, Bukit Petiti, Manir, Terengganu.

Beliau mula tertarik untuk menyertai PAS setelah pertama kali hadir program Dailog Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) dengan PAS pada bulan Mac, 2012 dan kemudiannya menyertai PAS pada bulan Mei, 2012.

Turut hadir dalam majlis penyerahan Sijil Keahlian Seumur Hidup PAS adalah kakitangan Unit Keahlian Pas Pusat diketuai oleh Pegawai Keahlian, Puan Noriah Mohd Yunus dan Setiuasaha Perantau, Suhaimi Embong.

Ketika menceritakan mengapa pula beliau menyertai PAS, Abdul Rahman Taib berkata, kerana jawatan kanannya dalam LPP, beliau kerap diundang untuk bersama pemimpin Umno dalam siri-siri ceramah.

Beliau yang berasal dari Kampung Manir berkata, dalam ceramah-ceramah tersebut, apa yang dikatakan oleh pemimpin Umno tidak sama dengan apa yang dilakukan mereka.

Rawatan Secara 'Panadol'

Sebagai contohnya, kata Abdul Rahman, pemimpin Umno sebenarnya bukanlah mahu menyelesaikan masalah rakyat tetapi hanya memberi rakyat kesenangan sementara.

"Sebagai contoh, mereka ini (pemimpin Umno) mengatakan kalau kita nak selesaikan satu-satu masalah, buat macam 'panadol' tak payah selesai secara serius satu-satu isu itu,

"Contoh kalau ada banjir, kalau ada bantuan beri supaya rakyat seronok sahaja, seronok seminggu dua minggu pun cukup, tak payah bagi mereka (rakyat) kekal senang selama-lamanya,"jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Selamat Tinggal Umno di Chukai pada 26 Mei lalu.

Justeru, beliau menyedari perkara tersebut dan 'berubah' dari menjadi ahli Umno kepada menjadi ahli PAS dan bersedia memberikan khidmatnya supaya PAS dapat menggantikan Umno di negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"Sebagai makhluk Allah semuanya tidak kekal semua berubah, saya dan rakan-rakan semua berubah, dulu daripada Umno telah masuk PAS,

"Makhluk mesti berubah, cuma Umno sahaja dengan slogannya dulu, kini dan selamanya, seolah-olah tidak berubah, menentang fitrah Allah SWT,"tambahnya.

Kalau sekadar nasihat tak payah guna Majlis Fatwa

Posted: 13 Jun 2012 05:16 PM PDT


KUALA LUMPUR, 13 Jun: "Kalau hendak beri nasihat, tidak perlu sampai guna Majlis Fatwa Kebangsaan," kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mashitah Ibrahim bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hanya memberi nasihat mengenai penglibatan umat Islam dalam demonstrasi jalanan.

Mashitah dilaporkan menafikan bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengeluarkan sebarang fatwa mengharamkan demonstrasi jalanan di ibu negara pada 28 April lepas.

Sebaliknya beliau berkata ia merupakan kenyataan media yang dikeluarkan sebagai nasihat daripada anggota muzakarah jawatankuasa berkenaan yang bersidang awal bulan lepas.

"Kalau sekadar nak beri nasihat, tidak perlulah melalui Majlis Fatwa Kebangsaan. PAS sangat dukacita dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Justeru beliau menasihati Mashitah agar lebih konsisten dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutamanya melibatkan soal agama.

"Mashitah sepatutnya lebih berhati-hati dalam berpolitik dan mengeluarkan kenyataan.

"Atau mungkin dalam hati kecil beliau sendiri mengakui tuntutan Bersih tapi tak boleh nyatakan pendirian sebab berada dalam Umno," katanya.

Nik Zawawi juga berkata, walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan tidak menyebut secara khusus berhubung himpunan Bersih 3.0, namun kenyataan itu dikeluarkan tidak lama selepas Bersih 3.0 diadakan.

"Walaupun kenyataan itu umum, tak sebut Bersih, tapi dalam waktu dan suasana ketika itu, nampak ia dituju kepada Bersih.

"Sepatutnya sebelum fatwa dikeluarkan, kena jelaskan punca fatwa dikeluarkan. Kena jelaskan bila demonstrasi jadi haram, bila harus, bila jadi wajib," tegasnya.

Tambah beliau lagi, kenyataan majlis fatwa itu seolah-olah sebagai cara untuk Umno melepaskan diri.

"Majlis fatwa keluarkan kenyataan mengenai demonstarasi jalanan ketika itu mesti ada kepentingan politik.

"Seolah-olah diperalat Umno supaya mereka boleh lepaskan diri," katanya. -Hrkh

Tiada ulasan: