Khamis, 14 Jun 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Lawatan 11 hari Najib ke UK, AS telan belanja RM3 juta

Posted: 14 Jun 2012 04:43 AM PDT


KUALA LUMPUR, 14 JUN: Lawatan Datuk Seri Najib Razak ke United Kingdom dan AmerikaSyarikat pada bulan Mei lalu memakan belanja wang rakyat hampir RM3 juta.

Dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, lawatan ke London, UK untuk menghadiri jamuan makan Putera Charles pada 13 hingga 15 Mei memakan belanja RM849,175.

Katanya, lawatan kerja Najib ke Amerika pula untuk menghadiri meysuarat Global Science and Innovation Advisory Council di New York pada 15 hingga 18 Mei menelan belanja RM1.606 juta.

Manakala belanja para pegawai yang mengiringi lawatan peribadi Perdana Menteri ke Washington pada 19 hingga 24 Mei pula adalah RM452,985 juta.

"Sepanjang tempoh lawatan peribadi, kerajaan hanya membiayai perbelanjaan pegawai kerajaan yang mengiringi YAB Perdana Menteri," kata Nazri. – Roketkini.com

Ustaz Yahya berjasa besar kepada PAS - Presiden

Posted: 14 Jun 2012 04:35 AM PDT

Kita baru sahaja mendapat khabar pemergian, Al Murabbi Ustaz Yahaya Othman, Mantan Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Sesungguhnya berita ini amat mengejutkan kami pimpinan dan ahli-ahli Parti Islam Se-Malaysia PAS.

Beliau pergi dikala jamaah amat memerlukan khidmat beliau.

Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia PAS, kami mengucapkan takziah kepada keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh kenalan serta muridnya diatas pemergian tersebut.

Ustaz Yahya Othman merupakan kawan dan guru yang berjasa besar di dalam memperkasakan tarbiah ahli-ahli PAS dan mendambakan diri sejak sekian lama kepada tugas-tugas tersebut.

Samada ketika berjawatan didalam parti, daripada Dewan Ulama kepada Ahli Majlis Syura Ulama dan juga sebagai exco kerajaaan negeri Kelantan diawal pemerintahan PAS ataupun setelah tiada jawatan didalam jemaah, beliau meneruskan tugasnya dengan penuh gigih.

Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada almarhum dan kegigihannya menjadi ikutan kepada pendokong-pendokong PAS dan ditempatkan beliau bersama orang yang soleh.

Kepada keluarga dan sahabat handai, kita doakan diberi kesabaran oleh Allah SWT.



Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Anak bekas menteri dapat RM280 juta projek sistem kawalan trafik berbahaya

Posted: 14 Jun 2012 04:09 AM PDT

Jun 14 2012 / Keadilan Daily
(Oleh Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 14 Jun: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapati, projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada keluarga menteri.

Menurutnya, dalam carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas Menteri sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd.

"...Saya tanya, dan ini belum dijawab oleh Kementerian (Pengangkutan)," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Naib Presiden KEADILAN itu turut mempersoal adakah menjadi norma Kerajaan Umno BN menganugerahkan satu daripada projek kerajaan kepada keluarga menteri.

"Apakah alasan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi kontrak sistem yang cukup penting ini secara rundingan tertutup?" soalnya lagi.

Beliau turut menunjukkan salinan dokumen dari SSM kepada media yang mempamerkan Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25, sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd.

Tirai Variasi adalah pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta itu.

Apabila ditanya wartawan mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Izzah menjawab, kementerian patut menafikannya jika dakwaan itu tidak benar.

"Sekali lagi, saya persoalkan nama tersebut dan (saya) belum terima sebarang jawapan," katanya.

"Saya sudah hantar surat pertanyaan (kepada Kementerian Pertahanan dan DCA) sebelum ini, namun masih belum terima maklum balas dari mereka," jelas Izzah lagi.

Bagaimanapun, carian media mendapati Ikhwan adalah anak kepada Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pada 8 Jun lalu, Izzah bersama-sama Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua menyerahkan memorandum kepada DCA mengenai sistem baru Human Trafic Interface yang membahayakan ruang udara negara.

Sistem itu turut dibangunkan bersama syarikat Selex Sistemati Integrati dari Itali yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia.

Bekas Pengerusi Kita Kedah ada dalam video cubaan beli 2 MP Pakatan

Posted: 14 Jun 2012 04:07 AM PDT


Jun 14 2012 / Keadilan Daily
(Oleh Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 14 Jun: Bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim antara lima individu yang terdapat dalam rakaman video cubaan membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (Pakatan).

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di Parlimen hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, Zamil bertindak sebagai salah seorang ejen kepada Umno BN untuk memujuk dua Ahli Parlimen Pakatan supaya lompat parti dengan tawaran RM2 juta.

Menurut Khalid, selain Zamil, ada empat lagi individu membabitkan dua wakil Pakatan, seorang pemandu Ahli Parlimen dan seorang lagi ejen Umno.

"Zamil menawarkan RM2 juta kepada wakil Pakatan untuk keluar parti. Wakil Pakatan itu menyatakan jumlah itu tidak cukup.

"Kemudian Zamil katakan itu adalah harga biasa dan dia hanya menerima sedikit sahaja komisen itu," dedah Khalid menerusi tayangan video kali kedua di Bangunan Parlimen.

Turut serta, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Ini adalah susulan tayangan pada 7 Jun lalu oleh Khalid di pejabatnya Shah Alam.

Pada ketika itu, beliau tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai individu dalam video tersebut.

Video berdurasi lima minit yang ditayangkan kepada media hari ini memaparkan lima individu sedang berbincang mengenai tawaran jika melompat parti.

Video itu dirakam oleh Pakatan tahun lalu di restoran di sekitar Lembah Klang.

Berikut merupakan kandungan dialog dalam video tersebut:

Wakil Pakatan: 2 juta tak berapa cukuplah!

Ejen BN: 4 batang kayu sahaja...

Wakil Pakatan: Very straight forward...Itu hari saya cerita ada cukup ikhlas ke tak...Saya sudah tanya.

Ejen BN: Ok...Doesn't matter. Kita tolak...business... kita punya maximum is like that.

Zamil: Kita dapat siling saja. Cuma itu Pak Zaharin...Macam hari itu Datuk 'habaq' kata...

Ejen BN: Jangan minta macam tulah...Minta something, minta cash minta something... I open. You have 10 milions. You have 10 millions... You want to take out 2 millions...banyak ohh..Ini orang yang kita letak... Aku dah tengok dah.. Boss ada orang...

Wakil Pakatan: Tapi sekarang saya ada 2 juta juga.

Ejen BN: I know, I know...Myself also involved...Kita understand, kita understand...Chinese juga ada orang macam...

Zamil: Ada macam Pak kata-kata...Cakap dapat lebih dari 2 tu...

Wakil Pakatan: Sedikit adalah!

Ejen BN: Mula-mula dia dah bagi...lepas tu dia increase...Tapi dalam Barisan Nasional dah ada dah (jawatan dan projek)... Ini price mana standardised...projek bergantung pada proposal...

Zamil: Directlah!

Demokrasi kebudak-budakan UMNO – Oleh Adil Mat Selamat

Posted: 13 Jun 2012 10:21 PM PDT



14 June 2012

Sistem demokrasi di Malaysia khususnya dalam konteks hak berpilihan raya kini sudah sampai ke satu titik noktah bila mana penentuan tarikh pilihan raya terletak bulat-bulat di tangan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia – kini disandang oleh Najib Razak.

UMNO-BN mewarwarkan bahawa demokrasi Malaysia ini tulen dan telus, kini nyata sekali sekadar retorik politik. Demokrasi memang bukan sekadar pilihan raya lima tahun sekali, ia memerlukan pilihan raya yang bersih, telus dan adil. Hak berpilihan raya ini sudah menjadi hak awam.

Bagaimana mungkin hak-hak awam, yakni hak warganegara yang bertamadun ini, dikuasai oleh hanya satu tangan tunggal, iaitu di bawah kuasa PM seorang diri?

Sungguh pun ia bukanlah suatu kesalahan dari segi perundangan, moral demokrasi itu tidak ada. Mengapa kita katakan demikian? Kerana, dalam apa jua sistem atau undang-undang, nilai moral adalah menjadi roh kepada keutuhan sistem tersebut. Tidak mungkin undang-undang atau sesuatu hukuman itu, tidak mengambil kira kesan terhadap hal moraliti.

Adalah jelas menunjukkan bahawa teka-teki berhubung tarikh pilihan raya, pembubaran Parlimen dan sebagainya, secara langsung akan memberi kesan kepada urusan harian rakyat. Urusan kerja dan tugas, urusan sekolah, urusan jual beli termasuk bayaran hutang akan tertangguh, urusan percutian bersama keluarga – semua ini akan menjadi alasan dan sebab terganggunya aktiviti ekonomi dan sosial.

Kesan ini lebih hebat kepada rakyat daripada kesan usahawan Melayu pro-UMNO berkereta mewah yang menyamar sebagai penaja kecil untuk merungut tentang perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu.

Jenaka demokrasi UMNO

Hingga baru-baru ini, pihak PAS telah memberi isyarat dan peringatan kepada ahlinya agar menangguhkan hajat menunaikan haji semata-mata kerana 'culaan' tarikh pilihanraya. Lantaran itu berhujahlah puak-puak UMNO dengan menggambarkan seolah-olah PAS telah melanggar syariat Islam.

Inilah lawak jenaka yang menyedihkan bila mana isu ibadah haji, tanggungjawab sebagai Muslim telah dikelirukan oleh juak UMNO. Isu ini pun nak guna untuk raih undi, miskin sekali kempen politik mereka.

Kini, rasional kuasa penentuan pilihan raya di tangan seorang Perdana Menteri tidak lagi relevan dalam dunia serba canggih. Dalam kalendar Islam, telah jelas bagaimana sesuatu tarikh ibadah puasa atau Idulfitri itu ditentukan oleh kaedah hisab dan rukyah. Mengapa UMNO tidak mahu belajar darinya?

Di negara-negara yang kita anggap sekular dan tidak Islam, bangsa dan budaya mereka masih boleh membezakan antara hak awam dan hak seorang Perdana Menteri. Hak-hak ini tidak menindih antara satu sama lain.

Jika Tun Mahathir Mohamad bilang 'demokrasi ada batasannya', maka benarlah demokrasi kebudak-budakan UMNO, yakni hanya pemimpin UMNO yang tentukan apa itu demokrasi manakala yang lainnya, termasuk definisi demokrasi sebenar, dianggap mahu menggulingkan kerajaan.

Kita tidak boleh biarkan lagi sistem sebegini diteruskan lagi. UMNO-BN tidak serius untuk reformasi kerajaan. Segala macam programnya untuk transformasi hanyalah pembaziran wang cukai rakyat untuk mengekalkan kuasa mereka tanpa mempedulikan rakyat.

Pakatan Rakyat telah pun membuktikan iltizam dan amalan di negeri-negeri yang mana mereka diberi mandat. Pakatan memang cakap serupa bikin. Cara untuk mereformasikan negara kita adalah dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan pada pilihan raya umum kali ini. – Roketkini.com

TERUS TERANG: Bersama RONNIE LIU – Sabotaj Punca Masalah di Selangor

Posted: 13 Jun 2012 07:36 PM PDT



Sinopsis:

Rancangan Ini Telah Disiarkan Secara Langsung Pada Hari Sabtu 9 Jun 2012, Jam 9 Malam. Sejauh mana Sabotaj Punca Masalah di Selangor ? Dengarkan Sendiri Kenyataan Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu Dalam Program Terus Terang kali ini.

Tiada ulasan: