Muslimeen United |
- Semakin buruk: JPJ beri WWW15 secara percuma – BN mahu sembunyi lagi?
- WWW1- ini adalah satu fakta
- Himpun dan Ingat; Peringatan Kepada Rakyat Supaya Menolak Umno/BN Dalam PRU-13
- MB Rakyat!!
- 54 ahli Umno di kawasan Idris Jusoh sertai PAS
- Rakyat Dah Lupakan BR1M Yang Pertama, Kena Buat Round Kedua
- Luka Riadah
Semakin buruk: JPJ beri WWW15 secara percuma – BN mahu sembunyi lagi? Posted: 09 Jun 2012 09:12 AM PDT "Saya telah menerima notis rasmi daripada jabatan itu bahawa nombor plat itu adalah percuma. Tiada sebarang pembayaran dilakukan. Jika ada sebarang pertanyaan, harus dimajukan kepada JPJ. TQ," kata Liow dalam mesej twitternya. Nombor pendaftaran itu telah dijual pada harga RM24,200 pada laman web JPJ. Berita bahawa Liow, yang juga merupakan menteri kesihatan telah berjaya membida nombor tersebut menimbulkan banyak persoalan terutamanya bagaimana dia mampu membelinya jika dibandingkan dengan gaji yang diperolehinya sebagai menteri. Apabila diasak pertanyaan, Liow berkeras bahawa dia bahkan Kementeriaan Kesihatan tidak membayar satu sen pun untuk nombor tersebut dan sebaliknya telah mendapatnya secara percuma. Kesemua menteri boleh mendapatkan satu nombor; saya tidak pernah menggunakan keistimewaan itu sebelum ini. Nombor ini tidak penting bagi saya. Apa yang penting adalah khidmat kepada rakyat," kata Liow kepada pemberita. "Liow si penipu" kembali lagi Akan tetapi, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa seorang pegawai JPJ memberitahu plat nombor itu dibeli diatas nama Liow sendiri, jadi, yang membayarnya tentulah tuan empunya nama. Pegawai tersebut memberitahu akhbar itu bahawa kesemua nombor pendaftaran WWW ditawarkan melalui tender terbuka dan JPJ tidak meletakkan sebarang tempahan atas nama menteri kecuali jika diarahkan begitu. Skandal terbaru itu bukan berita baik bagi Liow, seperti di perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 9, 2011 di mana dia telah mempertahankan polis, menegaskan bahawa mereka tidak melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin. Ini ternyata tidak benar, ini menjadikan orang nombor dua MCA ini popular dengan nama samaran ' Liar Liow' (Si penipu Liow). Pada tahun 2009, Liow telah didakwa menerima kereta percuma, sebuah Toyota Alphard yang bernilai RM 574,884.10 daripada Axis Construction Sdn Bhd. Kereta Alphard itu mempunyai nombor pendaftaran WSB 15. Liow menyangkal dakwaan tersebut dan dia berserta isterinya akhirnya dibebaskan dari dakwaan itu oleh SPRM. Nizar dituduh menghasut Selain Liow, Sultan Johor juga telah mendapat kecaman kerana membelanjakan kerana membelanjakan RM520,000 untuk nombor pendaftaran WWW1. Apabila pemimpin PAS, Nizam Jamaluddin memberi komen bahawa wang itu boleh digunakan untuk kebajikan rakyat di Johor, dia pula disiasat atas tuduhan menghasut. Umno dan MCA dikatakan memutarbelit kenyataan Nizar untuk menjatuhkannya dan pemimpin Pakatan Rakyat pada mata rakyat Johor terutamanya komuniti Melayu untuk menyekat kemaraan pembangkang di bahagian selatan. Malaysia Chronicle |
Posted: 09 Jun 2012 09:11 AM PDT Ini adalah satu fakta berdasar kepada gambar diatas Kereta rm 50,000k no plat rm 520,000k..... Nombor plat termahal itu akhirnya dipasang pada sebuah kereta buatan kebangaan Malaysia, Proton Satria Neo. |
Himpun dan Ingat; Peringatan Kepada Rakyat Supaya Menolak Umno/BN Dalam PRU-13 Posted: 09 Jun 2012 09:09 AM PDT KUALA NERUS – PAS menyifatkan Kejadian bangunan dan binaan runtuh yang berlaku di negeri Terengganu adalah peringatan yang ditunjukkan oleh Allah kepada rakyat negeri Terengganu, ekoran tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) merobohkan institusi pendidikan dan masjid yang dibina oleh rakyat. Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, pada tahun 1991 kerajaan Umno/BN telah merobohkan Institut Berakan, sebuah sekolah swasta Islam yang mendidik pelajar tercicir. "Allah nak tunjuk depan mata kita pasal apa, ia bermula pada tahun 1991 zaman Tan Sri Wan Mokhtar, dia (Umno/BN) runtuhkan Institut Berakan, "sekolah kita dan rakan-rakan tubuhkan untuk membantu melahirkan (mencapai kejayaan) anak-anak muda anak-anak Terengganu yang tercicir dari sekolah biasa,"ujarnya. Selepas itu kata beliau, sewaktu Dato' Ahmad Said menjadi Exco di Kemaman pada tahun 2005, beliau telah meruntuhkan masjid Bujal di Kijal. "Kita kata masjid, dia kata markaz, Umno tidak kenal antara masjid dan markaz, tempat kita sembahayang tempat kita kita mengaajar, dia buat pelbagai alas an (untuk) dia peruntuh masjid hasil sumbangan orang ramai,"jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan 5,000 orang khalayak yang hadir pada program 'Himpun dan Ingat' yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Ging Badak dekat sini pada Jumaat 8hb Jun Menurutnya, program 'Himpun dan Ingat' akan diteruskan bagi memberi peringatan kepada rakyat Terengganu tentang tindakan pembaziran, rasuah, salah guna kuasa dan kerakusan pemimpin Umno negeri Terengganu. Beliau menyebut senarai panjang, selain stadium tersebut yang runtuh bumbungnya pada tahun 2009, terdapat lebih enam bangunan dan binaan yang runtuh dan punah serta rosak sejak Umno mengambil alih pemerintahan kerajaan daripada PAS pada tahun 2004. Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu Dr Alias Razak menegaskan kejadian yang menimpa stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah satu sejarah pembaziran Umno/BN yang nyata. Menurutnya, stadium yang yang dbina dengan belanja sebanyak RM300 juta itu hanya dapat digunakan selama setahun sahaja. Katanya dengan wang sebanyak itu, kerajaan boleh memberikan biasiswa kepada 15,000 orang mahasiswa anak Terengganu sehingga tamat peringkat ijazah pertama. "buat stadium RM300 juta, setahun pakai (digunakan) habis runtuh, tahu tak banyak mana RM300 juta? (Wang sebanyak) RM300 juta boleh beri biasiswa kepada 15,000 orang anak Terengganu boleh belajar (secara) percuma untuk dapat ijazah (pertama),"ujarnya. Beliau menyifatkan Umno/BN tidak lagi boleh diberi kepercayaan kerana telah 'nyanyuk', setelah memerintah negara terlalu lama. Justeru beliau mengajak seluruh rakyat menolak Umno/BN pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang. Turut menyampaikan ucapan dalam Perhimpunan aman 'Himpun dan Ingat' adalah Ahli Jawtankuasa PAS Pusat Dato' ustaz Abu Bakar Chik, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Dr. Khairuddin Aman Razali, Penolong Setiausaha PAS Terengganu Zakaria Dagang, Ketua Pemuda Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Pengarah Perhimpunan Ustaz Ridhuan Hashim Tetamu kehormat program tersebut, Sasterawan Negara Datuk A.Samad said telah mendeklamasikan puisi khas 'Luka Riaadah', sebuah sajak kritis mengenai kejadian runtuhnya bumbung Stadium yang tidak diperbaiki sejak tiga tahun yang lalu. -BO |
Posted: 09 Jun 2012 09:03 AM PDT Banyak desas desus mengatakan bahawa dia tak boleh menang kalau bertanding di tempat lama iaitu DUN Pasir Panjang. Namun... itu cuma andaian orang, tetapi kita tak tahu ketentuan Allah SWT. Berserah dan bertawakkal. Apa-apa pun, dia kata... dia tetap setia pada rakyat DUN Pasir Panjang dan akan terus berkhidmat untuk mereka. For better or for worse... Nizar Jamaluddin MB Rakyat Perak akan tetap bertanding di DUN Pasir panjang, insyaAllah... PRU13: Nizar kekal di Pasir Panjang 9 Jun 2012 BOTA - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan, beliau akan tetap bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Panjang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Menurutnya, kawasan itu sudah diwakili sejak empat tahun lalu dan tidak akan meninggalkan kawasan itu. "Saya sudah empat tahun di sana dan situlah tempat saya berkempen bagi pilihan raya akan datang. "Khabar angin saya akan bertanding di tempat lain memang banyak. Ada kata saya akan bertanding di Selangor, di Kelantan dan sebagainya tetapi itu hanya sekadar khabar angin sahaja," katanya ketika ditemui semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Pas Kawasan Parit di sini, hari ini. Hadir sama, Yang Dipertua Pas Kawasan Parit, Muhammad Ismi Mat Taib. Dalam program itu Mohammad Nizar bersama ahli Pas mengedarkan risalah kepada penduduk di Pekan Bota Kanan dan selepas itu menjala ikan di Sungai Perak. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan senarai calon bagi PRU-13, beliau berkata, calon Pas sudah dimuktamadkan 100 peratus. "Bagi calon Pakatan Rakyat (PR) pula sudah 95 peratus siap dan Pas akan meletakkan dua calon wanita nanti. "DAP dan PKR pula akan meletakkan lebih calon wanita berbanding Pas," jelasnya yang juga Pengerusi Sekretariat PR Negeri. Ketika ditanya sama ada Dun Jelapang mahu diberikan kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM), beliau berkata, sehingga kini tidak ada sebarang keputusan mengenainya kerana kawasan itu akan ditandingi oleh DAP.-SH |
54 ahli Umno di kawasan Idris Jusoh sertai PAS Posted: 09 Jun 2012 09:01 AM PDT BESUT: PAS kawasan Besut berjaya menembusi kubu Umno di Jertih yang kini diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga mantan Menteri Besar Terengganu. Seramai 54 orang bekas ahli Umno turut menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datouk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Sehubungan itu, PAS Besut berjaya menambah sebuah lagi cawangan barunya dengan menjadikan PAS cawangan Kampung Bukit Yong dalam jajahan Besut sebagai cawangan parti yang ke-101. Ahli baru, Mohd Rahimi Mat Nazir, 34, dari Kampung Lak-Lok, Jertih berkata penyertaannya dalam PAS setelah melihat kebenaran perjuangan parti itu. Menurutnya, jika mana-mana pihak yang mengkaji Islam serta mempelajari ilmu agama akan dapat melihat kebenaran perjuangan parti PAS. Justeru, beliau bertekad bersama rakan-rakan yang baru menyertai PAS akan berjuang demi kedaulatan Islam. "Sebelum ini, saya berkhidmat bersama dengan Umno dan pimpinan Umno yang berjawatan tinggi dalam parti hari ini. "Setelah usia saya semakin meningkat dan mempelajari ilum-ilmu agama. Saya dapat lihat kebenaran antara parti Umno dengan PAS. "Sebab itu, saya dan rakan-rakan lain ambil keputusan untuk bersama dengan PAS, berjuang dalam PAS dan meninggalkan Umno-Barisan Nasional, Insya'Allah," jelasnya kepada Harakah selepas Majlis Ceramah Umum "Selamat Tinggal Umno" di Kampung Bukit Yong, Jertih, semalam. Pada majlis tersebut wakil penajanya, Mohd Sharif Abdul Majid menyerahkan borang keahlian PAS serta menerima baju 'PAS Ganti Umno' sebagai simboliknya. Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd. Ghani dan Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad. -Hrkh |
Rakyat Dah Lupakan BR1M Yang Pertama, Kena Buat Round Kedua Posted: 08 Jun 2012 05:35 PM PDT KULIM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua. "Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq," katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini hari ini. Dipetik Bernama, Najib berkata, BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat. Semalam,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencadangkan kepada Kabinet supaya kerajaan memberikan lagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat. Bulan lalu, Sinar Harian ada membawa laporan memetik beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang mengesyorkan agar pemberian BR1M dilanjutkan buat kali kedua sesuai dengan keadaan ekonomi semasa. Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berpendapat bahawa pemberian BR1M kali kedua akan mengurangkan beban rakyat dan bentuk bantuan tunai sedemikian lebih digemari rakyat. Naib Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, cadangan itu akan disuarakan oleh BNBBC pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 11 Jun ini. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga melahirkan pandangan agar BR1M diberi untuk kali kedua. -petikan SH RM500 akan diagihkan lagi, buat kali kedua. Begitu terdesaknya kerajaan UMNO BN hari ini untuk memenangi hati rakyat... kerana apa? Pakatan Rakyat semakin hari semakin kuat... Pengumuman tarikh pilihanraya yang lambat menyebabkan pemberian kali pertama telah dilupakan rakyat. Oleh itu kena bagi pusingan kedua, lepas itu cepat-cepat umum pilihanraya. Taktik memancing undi. Kita sama-sama tunggu dan lihat. -GB |
Posted: 08 Jun 2012 05:31 PM PDT Tiga musim tampaknya, kita membiarkan sahaja lalang-lalang meliar dan tembok-tembok merkah, genting-genting retak dan parit-parit turut pecah, kita membiarkan khalayak sukan menderita. Di Tengah-tengah kemegahan Negara yang sangat marak, kita seolah lebih bersedia diasuh menjadi perosak. Tanpa kita membahagiakan mahligai sukan beransur menjadi kawasan yang amat hantuan, kita seolah tidak pun terasa apa lagi malu malah kita tak langsung rasa terganggu, kita sedia rela melihat mahligai sukan terus cacat rosak serta sakit tanpa rawatan. Kita memang mampu, tapi oleh lagak bermegah tampaknya kita lebih selesa jadi pemusnah, kerana dalam dendam hasrat yang amat hangat, kita lebih bang menjadi kuasawan lebih bersiasah, kita tidak tulus bagi memerintah negeri, mungkin amat ramai kita dibakar api dengki. Dan kita sengaja biarkan gedung riadah retak, malah terus mereput ditengah minyak yang mewah, kita terus menggerunkan warga penyu yang pilu, tidak rela bertelur tidak mendamai disitu. Kita memang mula kurang mampu lagi mencipta resahnya, kita tak ternampak segak memerintah! Kita patut malu kepada penyu samudera, juga wajar segan kepada ikan dikuala, kita telah lama melukakan perut buana, dengan keangkuhan peribadi kurang bermakna. Kini, kita mula jadi bangsa yang saling berhasad, teramat sedikit kita cuba menurut hajat. Kita dengan pilu kini mengenangi pondok sukan, yang terhindar tersingkir dan terbiar penuh segan. Kerana di tengah kekayaan minyak Negara, anehnya kita lebih pintar dan santai memusnah, kita tak membangun semula mahligai riadah sebab…. sesame saudara kita massih bertelagah! *** Dideklamasikan oleh penulisnya SN Dato' A. Samad Said Dihadapan Rutuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Bersama Program 'Himpun dan Ingat' Jumaat 8 Jun 2012. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan