Sabtu, 9 Jun 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Kisah menyebarkan virus R

Posted: 09 Jun 2012 01:51 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna


Memember tag ke gua. TT kritik penyetup W4R. Gua jawab begini :

‎1. TT bandingkan BERSIH yang dia duduk dengan W4R yang kita duduk. TT dalam BERSIH pun selepas 1.0. Kita setup W4R sejak sifar.

2. TT duduk dalam team yang ada professional bukan Melayu. Kira duduk dalam team Chelsea. W4R duduk dalam team baru nak berangan jadi Chelsea. Muka2 budu semua. kah3..

3. TT dan BERSIH dapat sokongan politik. Tanpa sokongan politik, terutama PAS, kerat konek dia la kalau berjaya tahap 3.0. W4R plak tak dapat sokongan politik. Betul2 harapkan rakyat yang boleh asingkan tajuk. Sebab Jean Francoise muka lawan Hadi. Syam Ghazplak pemuda pas takut dia jadi KP. Topeng Perak Unmasked Imuka lawan Anwar.

4. TT kebetulan duduk dalam isu nasional. W4R duduk dalam isu audien setempat. Suruh TT setup demo Teluk Rubiah la, guna bahasa Perak ke, flyers maha hebat ke. Tanpa pentas politik. Test tengok.

5. Tektik tanpa pentas politik kami berjaya dapatkan Sultan dan pemimpin2 UMNO. Itulah motif pertama kumpulan W4R masa mula2 ditubuhkan.

6. Pandangan TT kita ambil positif. Hujah di atas sekadar perkongsian pendapat. Kita tengok W4R #2. Yang kita bina atas falsafah bangun dengan pendidikan, bukan dengan tokoh politik.

Wallahualam

Lepas gua post, bagi mengelakkan memember perang dengan TT, gua sms kaki2 perang supaya jangan perang. Tapi manipulasi / mempergunakan TT bagi memanaskan W4R. Zaman mengkritik dah berlalu ma. Skang zaman kono kritik. Padan muko memasing. Kah3..

[2]

Malam tadi kehadiran pimpinan PKR di Kelantan. Aktivis R memutuskan, 'orang luar' masuk Kelantan di mana, mempergunakan audien (sokongan) rakyat Kelantan diwajibkan mempromosi R. Pasal R itu adalah nadi dan maruah rakyat Kelantan. Penceramah juga diminta sentuh soal hasil bumi Kelantan dalam ucapan mereka. Jika tidak, itu bermakna mereka berperang dengan audien tempatan.

1. Pemimpin luar masuk Kelantan kena pakai sticker R
2. Pemimpin luar naik pentas kena sentuh sikit bab R
3. Pemimpin utama kena sign plate akujanji mereka sendiri. Plate tersebut akan dihentak atas kepala diorang kalau diorang mungkir janji.

So, kepad aktivis isu tempatan masing2, maybe lu bleh buat apa yang kami buat. Pemimpin politik luar yang memperguna sokongan rakyat tempatan untuk politik mereka, diwajibkan mempromosi perjuangan tempatan terlebih dahulu.

Ini adalah gambar2nya.

Tan Sri Khalid bersama plate akujanji mereka sendiri. Plate ni senjata tumpul yang akan memukul kepala mereka sendiri kalau mungkir janji kepada anak Kelantan gua. Jange memaing boh.

 Ini pemimpin tempatan. Saje letak. Ostad Baihaki jadi MC malam tadi.

Wajah2 pemimpin yang memakai dan mempromosi R. Tq banyak aaa..

Tima kasih aa Cikgu Bard. Mempromosi R dan menyentuh R dalam ucapan.

Rafizi. Stiker R. Bahasa tangan R. Dan sentuh mengenai R dalam ucapan. Tq banyak aa.. Lu guna rakyat kami, kami guna ketokohan demo.

Ini akujanji ucapan Anwar sendiri. Beliau kena sign sebelum memberi ucapan depan audien Kelantan. Atas pentas. Ini adalah senjata ugut yang baik.

Cuma mamat ni yang agak koya sket. Takmo pandang kamera bila disuruh buat isyarat tangan R. Dan takmo sentuh R dalam ucapan pentas.



Walk 4R masuk sukabar Cine loh.

Posted: 09 Jun 2012 12:10 AM PDT


Jangan lupa. W4R#2 pada 0707. Jam 2 petang. Starting point Stesen bas Kota Bharu. Konsep keluarga. R adalah perjuangan setiap keluarga.

Weih mokcik Klate.. sultan demo tu oghe luar gak ko?

Posted: 08 Jun 2012 11:54 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Tadi gua sensorang bertugas kat booth R di Expo Pertanian Stadium KB. Jadi salesman dan promoter. Ayat standard ialah :

"Silakan masuk. Baca jer. Free tak kena bayar. Kalau setuju boleh sign. Tak setuju tak mengapa."

Ada satu mokcik yang gua percaya Wanita UMNO (tapi anak dia cun siot). Lepas gua tegur dia dengan ayat standard, dia pun masuk sambil tanya gua (ayat lebih kurang) :

"Habes, yang kat Pantai Senok tu apa dia?"

Gua dah bengong dah. Apa dia ada kat Pantai Senok? Ayie Prop tak bagitau gua pun.

"Saya tak tahu apa ada kat Pantai Senok tu, tapi booth ni berkaitan dengan perjuangan gas dan petrolium. Hasil bumi Kelantan sendiri."

"Tu... kat Pantai Senok tu.. apa dia?"

"Apa dia?"

"Kilang gas la. Kat Pantai Senok tu. Kan dah ada tu."

"Itu mungkin pemborong gas memasak kot. Tapi ini pasal bahan mentah. Hasil bumi Kelantan."

"Kamu orang luar ke ni?"

"Yer saya."

"Kamu g Pantai Senok dulu, baru boleh kecek." Makcik tu terus blah sambil tarik anak dia yang cun.

Ekeleee... Mokcik nih. Dah tu, Sultan lu ni orang luar sama macam gua gak ke, sampai tak tahu Pantai Senok tu ada apa? Weih.. kat Pantai Senok tu ada apa? Gua pun tak tahu nih.

Tiada ulasan: