Muslimeen United |
- Himpunan Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya [Koleksi Gambar Terbaik]
- TGNA: ‘Teruskan, Jika Ini Cara Umno Akhiri Hayat Mereka’
- Khalid Samad dedah video cubaan beli MP PR
- WWW15: Menteri MCA Atau JPJ Yang Penipu Atau Kong Kali Kong??
- Jalur Gemilang ini
- Politik Kuno UMNO Bkt Gantang! Halang Jalan, Bakar Bendera PAS, Terbalikkan Meja
- Akhbar Kosmo anak Utusan ada kekebalan boleh kritik Sultan Johor?
Himpunan Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya [Koleksi Gambar Terbaik] Posted: 07 Jun 2012 04:33 AM PDT ""GEMBIRA-SEDIH-LUCU-TERHARU-BANGGA" 1 jun 2012 Saya bawakan kepada anda memoir potret foto terbaik yang dikutip daripada pelbagai sumber sepanjang Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya di Kedah Darul Aman. Pelbagai ekspresi wajah, perasaan, kelakuan serta tingkah laku yang menarik sempat dirakam oleh lensa-lensa kamera yang berada di sekitar program berkenaan. Konvoi motosikal ke Stadium Darul Aman. Fuuh, pening kepala abang polis trafik camni… Penuh jalan dengan konvoi motosikal anak muda PAS. Konvoi kenderaan empat roda juga tak ketinggalan. Untuk paparan gambar-gambar menarik, awesome, gempak, lucu dan terbaik yang lain, sila klik link di bawah:-
#Kredit kepada jurufoto-jurufoto yang menyumbang kepada gambar-gambar ini. Syukran. Lagi gambar di FB Jabatan Amal Selangor | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
TGNA: ‘Teruskan, Jika Ini Cara Umno Akhiri Hayat Mereka’ Posted: 07 Jun 2012 04:21 AM PDT Kuala Lumpur: "Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka," kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau menyatakan demikian menerusi twitter berhubung laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai demonstrasi sekumpulan NGO di Kota Darulnaim semalam. "Saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan demonstrasi NGO pro Umno di hadapan Kota Darulnaim semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya. "Saya katakan, jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah," tulis beliau. Tetapi beliau yang juga Mursyidul Am PAS ingin mengingatkan, selepas tarian punggung, hadiah 'najis' di Pulau Pinang, demonstrasi kepala lembu dan sebagainya, hari ini dengan perbuatan seperti itu, semuanya hanya menjatuhkan maruah bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno. Percayalah, tegasnya Umno sendiri akan malu dengan perbuatan itu satu hari nanti. Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka. -Hrkh Pas anggap tindakan kumpulan demo tidak faham dosa dan pahala
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Khalid Samad dedah video cubaan beli MP PR Posted: 07 Jun 2012 04:20 AM PDT SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendedahkan wujud cubaan membeli pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk melompat parti, menerusi satu rakaman video kamera litar tertutup. Menurutnya, cubaan membeli ahli Parlimen PKR itu dilakukan di sebuah restoran sekitar Lembah Klang, lebih setahun lalu. Beliau berkata, dalam pertemuan tersebut, melibatkan dua wakil ahli Parlimen PKR dan dua ejen sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili BN. "Jumlah yang ditawarkan adalah RM2 juta iaitu jumlah yang normal untuk membeli Ahli Parlimen PR, sebelum ini. "Namun, wakil Ahli Parlimen PKR ini, cuba untuk mendapatkan jumlah tertinggi sebagai bukti wujud usaha membeli dari BN," katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini. - SH | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
WWW15: Menteri MCA Atau JPJ Yang Penipu Atau Kong Kali Kong?? Posted: 06 Jun 2012 10:37 PM PDT Liow: Saya dapat nombor plat percuma Sehari selepas menjadi sasaran soalan pemberita mengenai nombor plat WWW 15 yang dibidanya, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai kini mengatakan bahawa dia tidak membayar satu sen pun untuk nombor tersebut. Dalam tweetnya lewat hari ini, Liow berkata telah dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa beliau tidak perlu membayar RM24,200 harga bidaan yang ditawarkan kepadanya, kerana nombor itu adalah "percuma". Katanya, sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dirujuk kepada JPJ. Bagaimanapun, ini bercanggah dengan laporan akhbar China Press hari ini, yang memetik jurucakap JPJ Wilayah Persekutuan sebagai berkata setiap orang yang membida nombor plat, perlu membayar untuk mendapatkannya. Katanya, para menteri boleh memohon nombor plat secara percuma dari JPJ, tetapi ia tidak membabitkan 'nombor panas' seperti yang dibida oleh Liow. -mk Liow dakwa beliau dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa beliau tidak perlu membayar RM24,200 harga bidaan yang ditawarkan kepadanya, kerana nombor itu adalah "percuma". Katanya, sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dirujuk kepada JPJ. Tetapi, JPJ dakwa Liow perlu bayar plat WWW15 kerana ia dibida di atas nama peribadinya. Liow cuba menipu kerana sebelum ini beliau menyatakan nombor plat itu dibida untuk kementeriannya. Justeru itu siasatan perlu dilakukan ke atas menteri MCA ini dan siasatan juga perlu dilakukan samada wujud "kong kali kong" menteri ini dengan JPJ? -GB | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 06 Jun 2012 10:35 PM PDT Jalur Gemilang ini Ku tenung dan ku kaji Kulihat ada seri Kulihat ada naluri tersendiri Jalur Gemilang ini Kan ku genggam sepenuh hati Kan ku bela penuh erti Kan ku jaga hingga mati Jalur Gemilang ini Kamu lambang perjuangan suci Tetapi ramai yang telah khianati Walaupun kamu kononnya dihati Jalur Gemilang ini Kami akan bawa mu ke tempat suci Sebagai obor perjuangan abadi Untuk membela ibu pertiwi Jalur Gemilang ini Hari ini Himpunan Hijau di sini Kami bertekad dan melafas janji Ke Putrajaya demi Islam yang suci ZS Alor Setar 1 Jun 2012 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Politik Kuno UMNO Bkt Gantang! Halang Jalan, Bakar Bendera PAS, Terbalikkan Meja Posted: 06 Jun 2012 07:23 PM PDT Disebabkan tak puas hati,tak senang hati,tak tenteram jiwa... maka ahli-ahli UMNO diTaman Berkat didalam Parlimen Bukit Gantang telah melakukan tindakan 3 serangkai yang jelas menampakan sikap kebudak-budakan dalam politik. Kes pertama: Pada 28 mei 2012 berlangsung malam ceramah di Taman Berkat berlaku satu eksiden kecil apabila ada pihak cuba mengagalkan program ceramah anjuran PAS Taman Berkat. Menurut maklumat dari lokasi kejadian keadaan menjadi sedikit tegang apabila sebilangan kecil yang dipercayai ahli UMNO cuba menghalang penduduk tempatan mengunakan jalan taman untuk menuju ke lokasi ceramah yang berlangsung dihadapan markaz PAS [Rujuk berita di bawah] Kes kedua: Dilaporkan pada malam ceramah 28 mei 2012 terjadi satu kejadian yang tidak wajar berlaku yang mana ada pihak (Dipercayai tindakan ahli UMNO) telah membakar bendera PAS,berikutan kejadian itu pihak PAS Cawangan Taman Berkat bersama PAS Kawasan telah membuat satu laporan polis di balai Polis Simpang pada hari ini.Laporan polis ini dibuat bagi menentukan supaya kejadian sebegini tidak beulang lagi dimasa akan datang. Kes Ketiga: Menurut sumber dari seorang ahli PAS diCawangan Taman Berkat bahawa kejadian bakar bendera ini telah menyebabkan salah seorang yang dipercayai JKKK ( UMNO la tu...hahaha...) menjadi berang apabila ditanya mengenai kejadian ini disebuah kedai makan. Beliau telah menebalik-kan meja makan setelah ditanya kepadanya angkara siapa yang melakukan dan siapa dalangnya yang membakar bendera PAS. -Orang ni/PASPB Tahniah kepada Polis Simpang Taiping dan Unit Amal PAS Bukit Gantang kerana amalkan demokrasi dan intergriti | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Akhbar Kosmo anak Utusan ada kekebalan boleh kritik Sultan Johor? Posted: 06 Jun 2012 07:21 PM PDT Nampaknya Umno Johor bersungguh-sungguh main isu WWW1 untuk ambik politikal mileage. Tak cukup dengan media penchachai spin isu ni, Pemuda Johor siap nak buat satu demonstrasi khas. Katanya pada hari Ahad ni Pemuda Umno Johor bersama 300 NGO akan adakan Himpunan Menjunjung Taat Setia dengan jangkaan kehadiran 5,000 orang sebagai tanda sokongan terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Aku takdak apa-apa masalah dengan himpunan tu, malah aku sokong depa buat himpunan tu, itu hak demokrasi depa macam jugak aku sokong Himpunan Hijau ke Putrajaya minggu lepas dan jugak Himpunan BERS✔H, BERS✔H 2.0 dan BERS✔H 3.0 sebelum ni. Cuma yang aku mushkilnya pasai apa cuma nama Hj Nizar saja yang ditimbulkan. Kalau betul Pemuda Johor ikhlas memjunjung taat setia terhadap Sultan Johor patutnya akhbar Kosmo yang perlu lebih dikecam berbanding Hj Nizar. Kat bawah ni videoclip Sidang Media oleh Raja Iskandar, Timbalan Ketua Pemuda Perak yang ceritakan secara terpeinci aksi akhbar Kosmo dalam isu WWW1 ni. Kalau Pemuda Johor nak sorok 'salahlaku' akhbat Kosmo tu aku boleh faham la pasai Kosmo tu anak kepada Utusan, 'akhbar rasmi' Umno BN. Yang aku mushkilnya pasai apa sampai hari ni langsung takdak tindakan dari pihak polis. Takkan kut polis pun nak beraksi macam 'si anjing Umno'. Takkan kut akhbar Kosmo ada kekebalan boleh mengkritik sultan Johor tapi Hj Nizar tak boleh. Padahal Hj Nizar punya tweet langsung tak sebut Sultan Johor tapi akhbar Kosmo menang terang-terang sebut Sultan Johor yang bida no plat WWW1 tu. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan