Sabtu, 30 Jun 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Say TAK NAK to Adnan and the gang.

Posted: 30 Jun 2012 06:00 AM PDT


Tajuk salah satu berita dalam Sinar Harian.... [sini]

Adnan: Kerajaan Pahang akan bina lebih banyak rumah mampu milik

Uuuhh mak!! Hahahahaha.... hada ke duitnyer??

Kah kah kah kah....

Duit... duit... Di mana kau duit??

Uishhh... Macam-macam mereka nak buat menjelang PRU13 ni. Tapi... ada duit ke? Maklumler, sumber daripada hasil mahsul negeri in advance dah lenyap. Yang masuk tak seberapa, manakala hutang negeri pada 'banker' di pusat pulak sudah bertimbun dan terus bertapuk-tapuk. On top of that.... 'banker' mereka pun dah 'kering' dan dah nak bangkrap kerana hutang dah nak sampai sampai paras hidung.

Isyyy... issyy... issyyy.... Poket udah pokai, baru ler nak bina itu dan ini untuk rakyat. Masa tengah banyak hasil mahsul dulu.... tak ingat rakyat. Habis hasil negeri demer peraid sesama demer. Rakyat nganga...

Dekat nak pilhan raya ini.... dan apabila dah sedor yang rakyat Pahang pun dah getik ke UMNO, baru ler terhegeh-hegeh nak buat itu dan ini untuk dapat sokongan rakyat. Bodoh ler rakyat Pahang kalau terus percaya dan terus beri mandat kepada UMNO/BN untuk memerintah negeri. Baik ler beralih kepada Pakatan Rakyat, ada jugak baikya. 

Cer tengok negeri Pulau Pinang dan Kelantan serta juga Kedah.... kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, bukan saja hutang keraaan negeri kepada pusat dah susut banyak tetapi kebajikan rakyat pun mereka jaga. 

Weh... usah ler takut dengan momokan UMNO, yang kononnya Melayu akan terancam jika Pakatan Rakyat memerintah. Melayu terancan ke di Kelantan?? Tak der pun... Yang terancan ialah UMNO. Di Pulau Pinang pulak Melayu semakin terbela kehidupan mereka. Yang meroyan ialah keturunan mamak Mendeliar. 

Itu hal kebajikan dan kedudukan Melayu. Ekonomi mereka pulak semakin berkembang dan hasil negeri semakin meningkat. Siapa yang bijak menguruskan hasil mahsul negeri kalau bukan para pemimpin Pakatan Rakyat. Negeri Pahang yang hasil buminya melimpah ruah Allah SWT kurniakan, apa jadi?? Mana pergi?

Oleh itu, sudah-sudahlah dengan Melayu-nya. Yang jual Melayu ialah Melayu keparat dalam UMNO. Hipokrit teragung mereka tu...

Melayu lebih terbela bersama Pakatan Rakyat. Ayuh... jom buat perubahan. Ubah demi maruah. Ubah dan selamatkan negeri dan negara kita!!

Malangnyer, isu-isu terus bangkit dan timbul...

Posted: 30 Jun 2012 03:30 AM PDT


Guan Eng tak angkuh... Dia tak over-confident.... dia tak riak... dan, dia tak cakap besor. Dia bercakap penuh berlapik dan beralas. Tak macam UMNO.... bercakap kalu, gah bukan main, Menyampah dan nak termuntah!!

Namun demikian, kita juga kena dengar dan petimbangkan dengan fikiran yang rasional, akan pandangan para pakar analisis politik especially yang bebas dan professional.

Hello UMNO.... 5 negeri besar kemungkinan besar akan berada dalam tangan Pakatan Rakyat. Yang sudah sure akan terus menjadi milik Pakatan Rakyat ialah Pulau Pinang dan Kelantan. Selangor pulak... kalau UMNO tak tipu, insyaAllah akan terus berada dalam tangan Pakatan Rakyat. Kalau rakyat Selangor tolak Pakatan Rakyat, memang mereka bodoh ler. Mereka sengaja cari bala!!

Kedah dan Perak pun begitu juga. Perak, aku rasa, akan dapat dirampas kembali. Dendam rakyat Perak pada UMNO masih membara. Lanun laknat tak sekali-kali rakyat Perak akan lupa. Jaga komer. Tunggu PRU13 ni nanti.... mampuih komer!! 

Orang Cina Perak.... pasti akan tolak UMNO/BN. Melayu pun banyak dah semakin banyak menyokong kita. Orang India, entah.... Demer susah sikit nak predict. Tapi..... banyak juga aku nampak yang sokong kita. Ini bukan pandangan pakar analisis politik tetapi pandangan dari mata kasor aku. Komer nak pakai... pakai, tak nak pakai pun, aku tak kesah. Korang sukak!!

Memandangkan UMNO/BN sedang berdepan dengan pelbagai isu dan skandal, maka.... banyak kerusi daripada negeri-negeri lain akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Isu bukan sebarang isu.... isu besaq weh. Sebab itu, kalau UMNO kalah, orang tak kan terkejut, sebab... kekalahan mereka adalah kerana kebaculan mereka sendiri. Orang akan kata... "Padan muka kau!!"

Sebelum aku berhenti, cer you all baca apa kata Prof kita ni.....

"Bagaimanapun, BN masih berpeluang menawan kembali negeri-negeri di bawah PR ini dengan menyusun langkah yang betul dalam menangani isu-isu yang berbangkit menjelang PRU13." [sini]

Hello... UMNO dah capek. Kalau susun langkah pun... langkah tetap dilihat sumbang dan pincang. Maklumler UMNO la ni ibarat dah kena stroke. Selain kakinyer capek, tangan pun dah lembik.... mana nak dapat tangani isu yang berlambak dok ada. Hahahaha.... yang dok ada berlambak dan yang akan bangkit, akan terus bangkit dan bangkit dan bangkit....

Weh.... UMNO tunggu masa jer nak mampooss, wa cakap lu!!

Tobat ya Allah. Aku nak masuk syurga.

Posted: 30 Jun 2012 01:11 AM PDT

 Gambar: FB kengkawan

Kah kah kah kah....

Tak habis-habis puak-puak lahanat ni, nak timbulkan kontroversi dengan cuba bermain dengan isu agama.  Fuhh, tak putus-putus asa mereka nak menfitnah PAS. Nak fitnah dari segi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.... tak berpeluang, jadi... terpaksa ler cuba nasib dengan isu agama. 

Hahahaha... Recycle jer ler yang demer pandai. Anyway, good try... Tapi, itu citer lapuk ler. Isu lapok yang rakyat dah sedia maklum. Tak payah ler nak salahkan PAS atau Tok-Tok Guru dalam PAS. Rakyat dah tepuk dada dan mereka juga dah tanya pada selera, bahkan dah ketok kepala dan bertanya pada akai. Selera dan akai kata... kalau nak masuk syurga, hangpa nak pilih yang mana?? Yang baik dan adil atau yang bersetan dan zalim??

Banyak rakyat dah buat pilihan mereka. Mereka nak pilih yang baik dan adil. Tak payah la sogok-sogok depa dengan syurga atau neraka. Allah SWT dah bagi depa akal dan fikiran dan oleh itu, mereka bijak menilai yang mana baik dan yang mana bersetan.

Walau bagaimanapun, oleh sebab banner fitnah tersebut berbunyi 'baik' dan mendatangkan advantage kepada PAS dan Pakatan Rakyat... syukur alhamdulillah. Amin... amin... amin. Semoga yang baik akan menang dan setan akan kecundang.

As for me... uuuuu, tobat aku takkan pilih parti laknat. Aku tak nak masuk neraka, weh... Aku nak masuk syurga.

Najib mesti berani macam Anwar

Posted: 29 Jun 2012 10:45 PM PDT


Sejak dua menjak ni.... si Rafizi bikin Najib bertambah tak tidor malam. Kepalanya makin licin dek rambut semakin gugur kerana memikirkan bala yang menimpa satu persatu ke atasnyer.

Mana tidaknya.... belum habis citer Scorpene, menantu daddy pulak buat hal and now, Rafizi  letupkan pulak satu lagi tembelang dia. Dakwa Rafizi.... ada berlakunya hanky-panky dalam pemberian tender LRT laluan Ampang, gara-gara campur tangan Najib. 

Uuuuuu.... skandal tu!! OMG... skandal tu, skandal ni, apa mau jadi??

Namun demikian, Najib menafikan dakwaan Rafizi, biarkan pun Rafizi kata dia ada bukti. Ha ah...  tak kan Najib nak mengaku kot?? Mampuih la dia. Mengaku bermakna... harakiri!! Mau tak mau terpaksaler nafi...[sini]

Walau bagaimanapun, nafi jer tak cukup. Setakat nak nafi.... kacang jer!! Semua orang boleh buat.... tapi, sebagai seorang Perdana Menteri yang didakwa terpalit dengan rasuah, dia mesti lebih berani daripada itu... demi mempertahankan interiti dan maruahnya. Itu pun kalau ada ler..

Weh... jangan setakat menafikannya jer, tapi... kena ikut macam apa yang Anwar buat. Aha.... cabar SPRM siasat dakwaan tersebut. Katakan pada SPRM.... "Siasat aku, without fear and favour". Fuuuhhh..!! Macam tu kalu, baruler rakyat respek. Tabik spring... wa cakap lu.

Tapi, persoalannya sekarang, ada berani?? Toksah ler... Najib hanya berani menafikan jer.... Dia tak kan berani bikin apa yang Anwar bikin. Mengapa???

Hahahahaa..... jangan tanya gua. Tanya lu orang punya Piem. Tapi.... satu yang gua boleh cakap. Najib bukan macam Anwar. Jauh panggang dari api dan ibarat langit dengan bumi.

Anwar ada semangat.... 'Lawan Tetap Lawan'. Najib pulak...?? Hahahaha... telor pun tak dak!!

Kepada Rafizi.... syabas!! Bongkar dan terus bongkar tembelang mereka. Biar rakyat tahu betapa jijik dan jeleknya kerajaan yang diterajui para pemimpin UMNO.

Go Rafizi Go!!

Tok Guru dah pesan... "Jangan tamak..."

Posted: 29 Jun 2012 08:34 PM PDT


YB sempoi Hj Nizar tidak akan bertanding di Bukit Gantang. Sebaliknya, akan memberi tumpuan kepada DUN Pasir Panjang. [sini]

Alasan beliau.... nak beri peluang pemimpin PAS lain bertanding agar tanggung jawab yang diamanahkan kepadanya menjadi lebih ringan. 

Alhamdulillah.... Dia ikut nasihat Tok Guru Nik Aziz agar kita jangan tamak mengejar kerusi untuk ditandingi. 

Oleh demikian.... diharapkan sesangat agar PAS dapat mengisi tempat tersebut dengan mereka yang bukan saja berakhlak mulia, tetapi juga yang bijak dan berilmu serta berani macam YB Sempoi kita. Maklumlah kerusi tu, kerusi parlimen.... jadi biarlah calonnya ada umphhh dan vokal sikit. Kalau boleh, yang muda sikit.

PRU semakin dekat. Oleh itu, kukuhkan ukhwah... kuatkan semangat dan bulatkan muafakat. Jom lawan dan kuborkan UMNO!!

Semoga PAS terus cemerlang.

Labon yob labon!!

Posted: 29 Jun 2012 06:34 PM PDT


Kah kah kah kah kah

Kah kah kah kah kah

 Kah kah kah kah kah

UMNO... UMNO....

Kalau tak labon gah... bukan UMNO namanya.

Labon yob.... Laboon....

We'll see...


Tiada ulasan: