Sabtu, 30 Jun 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Malaysia bertindak sebagai proksi Israel - The Telegraph

Posted: 30 Jun 2012 03:38 AM PDT


Menurut satu laporan akhbar on-line dari India, The Telegraph, Persatuan Kriket Malaysia (MCA)telah menjadi proksi kepada Persatuan Kriket Israel (ICA) pada persidangan tahunan Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) yang diadakan disini baru-baru ini.

Akhbar yang berpusat di Calcutta itu seterusnya melaporkan ICA tidak dapat menghadiri persidangan itu dan proksi persatuan kriket negara tersebut telah diberikan kepada MCA.

Persoalannya di sini.. jika antara kerajaan tiada sebarang hubungan diplomatik bagaimana pula sebuah persatuan boleh menjalinkan hubungan?

Lihat bagaimana Utusan cuba memperbodohkan orang ramai.. dengan meletakkan kesalahan membawa masuk pemain dari Israel itu dulu kebahu Persatuan Kriket Malaysia.

Kononnya menurut Utusan, Persatuan Kriket Malaysia pernah mencetuskan kontroversi pada tahun 1997 lalu dengan membawa masuk Pemain Kriket Israel.

Padahal tanpa visa yang dikeluarkan oleh Kerajaan UMNO/BN.. pemain dari Israel itu tidak mungkin boleh menjejaki Malaysia..

Saham FGV : Peneroka dapat 800 unit tapi Isa Samad dapat 180,000 Unit saham..

Posted: 29 Jun 2012 08:15 PM PDT


Sekali lagi kita melihat pemimpin UMNO juga yang memperolehi untung dalam apa jua tindakan yang Najib atau pemimpin UMNO/BN ini lakukan..

Dalam hal penyenaraian Felda ini.. Peneroka yang tergadai tanahnya hanya diberikan 800 unit saham.. tapi Isa Samad yang tiba-tiba dilantik sebagai Pengerusi Felda oleh Najib memperolehi untung yang besar...

Isa Samad yang tak pernah kenal erti jerih perih hidup sebagai Peneroka diberikan 180,000 unit saham tetapi Peneroka hanya 800 unit saham... mengapa agaknya?

Isa Samad (Pengerusi Felda) Dapat 180,000 Saham VS Peneroka Felda 800 Unit?

Alhamdulillah seperti yang diingini dan dihajati oleh kelompok yang berkepentingan dalam Felda, semalam saham Felda FGVH telah mencatatkan premium sebanyak 84 sen kepada nilai RM5.39 saham Felda FGVH telah didagangkan buat pertama kalinya pada "pasaran terbuka" semalam.

Jikalau dikirakan daripada setiap unitnya, berapa lebihan yang bakal diperolehi dikalangan pemburu-pemburu saham termasuklah peneroka Felda yang terlibat bersama-sama memeriahkan penyenaraian IPO Felda FGVH semalam?


Yang peliknya Tan Sri Isa Samad yang berjaya diangkat menjadi Pengerusi Felda dan merupakan orang penting disebalik penyenaraian saham Felda FGVH di Bursa Malaysia telah pun berjaya mendapat sehingga 180,000 unit saham Felda FGVH walaupun, walaupun……beliau tidak memiliki satu inci tanah sekalipun.
1. Tan Sri Samad – 180,000 unit saham
2. Sabri Ahmad – 180,000 unit saham
3. Dr Omar Salim – 150,00 unit saham
4. Dr. Emir – 150,000 unit saham
 5. Ini yang dia atas kertas dan sudah diketahui, yang tidak didedahkan lagi bagaimana pula angkanya?


Kami teringat dengan kata seorang bekas Menteri Besar Perak dan bekas Speaker Dewan Rakyat, kalau anda masih ingat lagi Tan Sri Ramli Ngah Talib. Apa yang beliau pernah katakan sebelum ini dalam satu wawancara bagi program 'In Person' di Astro Awani)?

"Kenapa kerajaan negeri Johor, Pahang, Terengganu dan negeri-negeri lain ghairah melancarkan Amanah Saham Negeri tetapi Perak tidak berbuat demikian; dia mengatakan cukuplah Amanah Saham Nasional sudah ada. Saya tidak mahu rakyat negeri saya menanggung rugi. Betul, akhirnya Amanah Saham Negeri-negeri jatuh. Sekurang-kurangnyanya saya berjaya menyelamatkan wang rakyat saya".

Pulangan Disebalik Penyenaraian Saham Felda FGVH ini :
1.Pengerusi Felda : 180,000 unit saham x 0.75= RM135,000.00 . (Orang kuat disenalik penyenaraian felda)

2.Ceo Felda : 120,000 unit x 0.75= RM90.000 (Menyokong penuh penyenaraian saham Felda FGVH di Bursa Malaysia)

3.Pengurusan Felda : 15,000 unit x 0.75 = RM11,250. Kelompok penting yang mendapatkan tandatangan daripada kalangan peneroka Felda. Borang tidak dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah

4.Peneroka Felda : 800 unit saham x 0.75 = RM600.000. Kepada kalangan peneroka Felda, jangan lupa tanggungjawab melunaskan pinjaman hutang bank . Bunga 5.5% + wang proses RM200.00 sahaja. Unit saham Felda FGVH hanya boleh dijual selepas 6 bulan. 
 Hakikatnya, berdasarkan semakan kami terhadap propektus di halaman 31, syarikat luar seperti Louis Dreyfus akan diberi saham 2.5% saham bersamaan (91,204,000 saham) iaitu sama banyak dengan peneroka Felda.

Macam mana Menteri Ahmad Maslan kata pembahagian saham Felda FGVH adil kepada peneroka?

Syarikat Yahudi yang ditubuhkan pada 1851 itu jikalau merujuk kepada pasaran semalam dan andaikata mereka bertindak menjual saham-saham mereka berapa banyak keuntungan mereka?
RM68,403,000.( 0.75sen x 91,204,000). Peneroka Felda?

P/S : Main saham ini ada pasang surutnya, ada masa kita melihat cahaya awan hari ini cukup cerah, ada masa pula cajaya awam cepat bertukar menjadi gelap tanda hujan akan turun pada bila-bila masa. Ada masa kita gembira dan ada masa kita boleh menangis. Bersedialah menerima sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Apapun kami doakan yang terbaik terutamanya kepada peneroka Felda…

Lihat saham Facebook dimana pada 18 Mei didagang pada nilai tetapi akhirnya "jatuh terduduk" pada nilaike USD 25.52 sesaham atau 32.8%(dalam tempoh 24 hari didagangkan) merudum. Harap-harap dijauhkan nasib seperti ini menimpa peneroka Felda, walaupun hakikat sebenarnya kita semua tidak mampu mengawalnya apabila ia sudah didagangkan pada pasaran terbuka…Nantikan sebulan daripada sekarang?

Berita Semasa

Utusan lapor saham FGV melonjak.. Reuters lapor saham bakal merudum..

Posted: 29 Jun 2012 06:00 PM PDT


Khamis lalu kebanyakkan media yang dikawal oleh Kerajaan Malaysia melaporkan harga saham Felda Global Ventures Holdings melonjak ketika ianya mula didagangkan.

Antara yang dilaporkan pihak mereka..
 Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini.

Dibuka pada harga RM4.55, harga saham FGV meningkat 18 peratus kepada RM5.41 pada jam 9.19 pagi - menjadikan ia saham syarikat paling laris didagangkan di pasaran.
Dan Utusan menjadikannya sebagai tajuk utama mereka..

Dengan itu juga bersoraklah pencacai-pencacai UMNO.. ada yang mengatakan ianya satu berita buruk buat Pakatan Rakyat dan ada juga yang mengatakan Pembangkang terkejut beruk..

Bagi yang sudah biasa berurusan ddengan jual beli saham ini.. pasti tahu bagaimanacaranya untuk menjadikan nilai sesuatu saham itu melonjak..

Tambahan pula penyenaraian ini penting buat Najib kerana jika ianya merudum diawal penyenaraiannya maka masa depan Najib akan turut merudum..

Kalau nak tahu bagaimana cara yang Najib terpaksa gunakan untuk melonjakkan harga saham ini.. sila lihat di ( SINI )

Ramai juga yang menjangkakan ianya akan bertahan sehingga PRU13 ini sahaja.. selepas PRU13 pihak yang diarahkan membeli pasti akan menjualkannya semula..

Perlu diingat kebanyakkan saham yang mana Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri terlibat kebanyakkannya meningkat nilainya pada hari ianya disenaraikan tapi akhirnya ianya jatuh..

Contohnya ialah saham bagi ASNITA.. Harga tawaran ialah RM 1 tapi harga sekarang ialah hanya 55 sen..

Telekom... permulaan di niagakan saham meningkat sehingga RM19.00 seunit.. sekarang berada dibawah RM4.

Sama juga dengan ASN, ASB, ASDI, MAS dan berbagai saham lagi…

Jika media yang dikawal Kerajaan UMNO/BN hanya melaporkan yang indah-indah tentang penyenaraian ini.. media yang tidak boleh dikawal oleh UMNO/BN melaporkan penyenaraian ini berada dibawah jangkaan..

Baca apa yang disiarkan oleh Reuters seperti yang dilaporkan pula oleh Bussines Times di bawah ini..

Bussines Times
Ianya mengatakan kajian oleh Firma Macquarie Secuirities menunjukkan harga saham akan menjunam 27% dari harga penyenaraian.

Ini kerana pengeluaran buah Kelapa Sawit oleh Felda Global adalah 15% lebih rendah dari pesaingnya dan lebih dari separuh pokok-pokok Kelapa Sawit di ladang milik Felda Global itu berusia lebih dari 20 tahun..

Sehari selepas ianya disenaraikan iaitu hari Jumaat nilainya telah susut sebanyak 0.4%..

Siapa Macquarie Secuirities? tengok kat bawah ni..

Macquarie Securities
Oleh itu.. bersamalah kita nantikan berapa lamakah harga saham ini akan mampu bertahan... tapi kalau setakat ada 800 saham tu tak payah cakaplah..

Tiada ulasan: