A Mum Of Three Mohd |
Eeeee.... Celupornya mulut aci ni!! Gantung kang...?? Posted: 27 Jun 2012 09:00 AM PDT Haisshh.... Celupor benor mulut si aci ni. Macam mane ler geng-geng UMNO tak sakit jiwa dengan dia. Patutler.... si bangang, jadi benggang hingga nak gantung dia. Sri Gading.... Sri Gading.... Ngapaler marah bebenor dengan apa yang Ambiga tu katakan. Memang benor belaka apa yang dia kata. Dia bukannye auta. Dia bercakap berdasarkan fakta. Haiyooo.... Fikir guna otak ler si Sri Gading oii. Jangan guna kepala lutut. Tapi, aku paham... ngapa dia terpaksa berlagak bodoh. Hakikatnya, dia pun tahu, apa yang sedang UMNO lakukan melalui barua mereka si SPR. Tapi.... nak kata apa. Udah berada dalam satu kapal, terpaksa ler ikut. Kalau tak ikut.... mereka akan masuk kubor. Jenuh ler demer kena belangkong dengan malaikat dalam kubor. Hancus musnah, wa cakap lu!! Bersih diadakan untuk menuntut pilihan raya diadakan secara bersih dan adil. Bukan dengan cara tipu helah dan bukan secara pengkhianatan dengan memberi kerakyatan segera kepada pendatang tanpa izin. Cara tu, bukan saja mengkhianati rakyat tetapi juga kepada demokrasi. Yang kita nak lawan bukan Agong la bodoh.... tapi UMNO/BN. Parti politik lawan parti politik. Jadi... jangan nak memandai-mandai menfitnah si Ambiga menderhaka kepada Agong. Tolong ek... jangan nak seret Agong dalam hal ini. Buat apa nak derhaka dan gulingkan Agong?? Bukan boleh jadi Agong pun. Biar Agong berada di tempat dia yang sepatutnya. Kita hormat dia. Agong bukan kerajaan... Takyah usik dia. Yang kita nak gulingkan secara demokrasi ialah kerajaan UMNO/BN. Sebab tu, kita tuntut pilharaya diadakan berdasarkan lunas-lunas demokrasi yang sebenarnya. Bukan DEMOKRASI PALSU. Agak-agak komer, ngapa boss si Sri Gading digelar sebagai DEMOKRAT PALSU, ek? **************************************** Beri kerakyatan untuk undi adalah derhaka, kata Ambiga June 27, 2012 KUALA LUMPUR, 27 Jun — Pengerusi Bersih Datuk Seri Ambiga Sreenevasan menegaskan, tindakan memberi kerakyatan demi undi, bukannya menuntut pilihan raya adil dan bersih, katanya sehari selepas ahli Parlimen Umno menuntut supaya beliau dihukum gantung. Peguam itu (gambar) yang juga merupakan seorang aktivis telah mengetuai gerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih termasuk menuntut pembersihan senarai nama pengundi meragukan dibuang daripada daftar pengundi telah berulang kali dianggap sebagai pengkhianat oleh pro Barisan Nasional (BN) dan menuntut kerakyatannya dilucut. Namun seorang pemimpin Umno semalam mencadangkan Ambiga digantung kerana menganjurkan dua perhimpunan jalanan, yang mana Najib mendakwa sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan..... Seterusnya di sini. |
Posted: 27 Jun 2012 06:55 AM PDT Ada yang ditawar sampai RM5 juta?? Keparat!! Gilerr tu.... Dahsat.... Dahsat... Ituler dia UMNO yang sudah kemaruk nak terus bernyawa Bagi sang-sang bangsat lahanat pulak, jadi katak pun, jadi katak ler. Janji pakcik kayo!! Fuiyo... Boleh berbini dua!! ************************** KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini tampil membuat pendedahan bahawa beliau pernah ditawarkan RM5 juta untuk lompat ke parti BN pada tahun 2010. Azan dari PKR berkata, beliau ditawarkan jumlah tersebut dalam satu pertemuan di hotel lima bintang di ibu negara pada 27 Januari 2010. "Ia berlaku di siang hari, di hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Siri-siri tawaran ini sudah berlaku sejak 2010 lagi," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Azan juga mendakwa lebih "setengah dozen" ahli Parlimen PKR diberi tawaran sama malah sudah ada yang menerimanya dan lompat parti. "Siri perundingan diatur dengan kemas dan orang yang terlibat yang mewakili pemimpin yang berjawatan tinggi," katanya lagi. Menurutnya juga, terdapat banyak bukti yang menunjukkan berlakunya perundingan itu dan akan didedahkan untuk pengetahuan masyarakat. "Saya rasa ini perlu dijadikan iktibar lebih-lebih lagi pilihan raya makin dekat. Rakyat pun semakin minat dengan integriti," katanya yang ditemani Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Khalid sebelum ini membuat dua siri pendedahan video dan audio berhubung pembelian ahli Parlimen PKR. "Saya akan terus buat pendedahan demi pendedahan tentan pertemuan dan perundingan pembelian MP ini dan kita tengok siapa yang akan respons," katanya.-Harakah Daily |
Posted: 26 Jun 2012 06:57 PM PDT Tak genuine... Tarak berkualiti.. Hipokrit besar.... Itulah dia, our.... Kah kah kah wakakaka |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan