A Mum Of Three Mohd |
- Fullamaakkk!! WOW-nyer taste Anwar.
- Tarak guna punya Cina!! Lu kasi ingat betoi-betoi...
- Percubaan selamatkan 'kemaluan' Najib gagal??
- Ouchhh!! Cluster bomb akan jatuh??
- Dengor tu... Jatuhkan UMNO/BN lebih penting
Fullamaakkk!! WOW-nyer taste Anwar. Posted: 24 Jun 2012 07:39 AM PDT Haissshh..... Ada-ada saja Minah Tenggelam Timbul ni. Dia akan timbul masa nak pilihan raya dan kalau tak der pilihan raya.... dia tenggelam. Kalau dia timbul.... pelmacam citer timbul bersamanya. Banyaknyer citer yang dah basi dan dikitar semula. Boring aaarr... Oleh sebab, mungkin dia dah sedar yang orang dah tak 'makan' citer basi dia, dia hidangkan kita pulak dengan citer yang kononnyer sensasi. Apa lagi, kalau bukan citer Anwar dan pompuan. Hahahaha.... Citer Anwar ngan lelaki, orang dah tak caya, so bawak ler citer dengan pompuan pulak. Pulak tu... hidangan terbarunya ada beraneka macam bau. Ada bau-bau seks dan ada bau-bau penyelewengan. Kuatnya... bau duit. Aha.... semua itu sebagai tarikan kepada rakyat. Kali ini.... dia bawak pulak citer pompuan misteri yang kononnya bercukai pendapatan-kan RM50 juta setahun. Uisshh.... kayanyer awek tu. Mana dia dapat duit?? Anwar bagi, ek?? Dari mana Anwar dapat duit?? Dari 20 akaun yang berjumlah RM3 bllion, ek?? Uisshh.... banyaknya duit Anwar. Walaupun SPRM dah kata Anwar tak der duit sebayak itu tapi... Umi kata ada. Dia kata dia ada bukti baru. Ooo.... gamaknyer, ituler bukti baru yang dimaksudkan oleh si Umi Hafilda kot?? Halo... halooo.... SPRM!! Cepat.... cepat.... pegi soal jumpa Umi. Dia ada bukti baru. Polis... polis.... cepat pegi siasat Anwar Ibrahim. Patail.... Patail.... cepat dakwa Anwar di mahkamah. Jangan berlengah-lengah lagi. PRU 13 dah dekat ni. Anwar mesti diganyang!! Anwar mesti ditumbangkan!! Jangan tunggu lama-lama, nanti UMNO kecewa. Thank you Umi, for the new information. Hebat PI bernama Umi Hafilda ni. Boleh bukak agency penyiasatan. Sure laku punyer.... terutama dalam kalangan bini-bini kepada jantan-jantan UMNO. Kes popular yang bakal disiasat, mungkin skandal jantan-jantan UMNO dengan pompuan, kot?? Bercakap pasal pompuan ni... aku kagum betoi ler dengan taste Anwar Ibrahim. Awek yang dipilihnya.... cun, comei, muda dan lawa. Pelik... Mengapa Anwar tak pilih Umi jer, ya?? Hahahahaha.... soalan cepu mas. Siapa boleh jawab??? [sumber] |
Tarak guna punya Cina!! Lu kasi ingat betoi-betoi... Posted: 24 Jun 2012 05:03 AM PDT Ini Lim Guan Eng aarr... tarak guna punyer. Lupa sejarah maa. Dia ingat, dia boleh duduk itu Penang sampai mati ka?? Woit...!! Lu tak mau lupa aarr... DAP pun pernah kalah dalam pilihan raya di Penang loh. Kah kah kah.... Fuuhhh!! Marah bebenor Melayu UMNO sorang ni dengan Guan Eng. Tak sedor diri, depa pun jenis hat Melayu mudah lupa. Hahahaha.... dapat kuasa, lupa diri. Depa sapu apa yang depa boleh sapu untuk kayakan diri. Melayu marhaen yang dok di bawah.... mampuih pi. Tekapai-kapai... Pandai-pandai la hangpa bawak diri. Setelah kalah dan apabila nasib Melayu mula mendapat pembelaan semasa PR memerintah, barulah depa menyalak macam anjing gila nak menyalahkan DAP pulak. Weh... terimalah hakikat bahawa nasib Melayu Pulau Pinang lebih terbela masa la ni daripada zaman hangpa memerintah dulu. Btw.... jam tu dulu.... hangpa, UMNO PP... hanya barua kepada Gerakan jer. Aha, hangpa sanggup jadi barua bisu, ikut lara Gerakan... asalkan hangpa dapat habuan lumayan. Hangpa gila kekayaan dunia, nasib Melayu hangpa lupa. Jadi, tak payah la susah-susah nak nasihatkan Guan Eng agar tak lupa sejarah. Dia bukan bodo.... Sebab dia tahu sejarah la, kini PR akan mempertahankan PP daripada jerung macam hangpa agar nasib Melayu dan yang lelainnya terbela dan sejahtera. Hahahahaha.... Oleh itu, bersedialah untuk kalah dalam PRU13 nanti. Adios!! **************************************** Guan Eng perlu ingat sejarah, kata Umno Pulau Pinang 24 Jun 2012 KEPALA BATAS - Umno Pulau Pinang mengingatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya jangan sombong dan angkuh kerana sejarah telah membuktikan DAP pernah mengalami kekalahan dalam beberapa pilihan raya umum sebelum ini. Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Azhar Ibrahim berkata kekalahan parti DAP terbukti apabila mereka hanya memenangi satu kerusi pada pilihan raya umum 1990 dan 1995. "Beliau (Lim) jangan besar kepala sangat dengan tsunami politik pada 2008 iaitu menewaskan Barisan Nasional (BN) di negeri ini kerana sejarah pernah merekodkan mereka (DAP) pernah menang satu sahaja kerusi pada 1990 selepas menang lebih 15 kerusi pada pilihan raya sebelum itu. "Lim juga usahlah mendabik dada untuk menjadikan kerusi BN kosong kerana BN mempunyai kekuatan tersendiri dan kita akan mempertahankan kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum akan datang," katanya di sini hari ini. Sementara itu Azhar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berkata Ketua Bahagian Kepala Batas yang juga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengemukakan nama-nama calon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi calon di Penaga. "Terpulang kepada Perdana Menteri untuk memilih calon yang berwibawa bagi memenangi kawasan itu tetapi senarai nama yang dihantar itu adalah winnable candidate. "Saya sudah lalui pilihan raya umum lima kali dan calon Pas tidak pernah menang di Penaga dan saya yakin BN mampu pertahankannya," katanya. Azhar yang juga Ketua Pembangkang Pulau Pinang baru-baru ini mengumumkan tidak akan mempertahan kerusi Penaga yang dipegangnya sejak 22 tahun lepas. Beliau menjelaskan tempoh untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat sudah sampai ke penghujung dan sudah tiba masa tempatnya diganti oleh pelapis muda yang layak berbakti untuk rakyat.- Bernama [sumber] |
Percubaan selamatkan 'kemaluan' Najib gagal?? Posted: 24 Jun 2012 12:15 AM PDT Najib.... Najib.... Lately, apa yang dibuatnya, serba tak kena. Cakap nampak bodoh, tak cakap lagi nampak bodoh. Pulak tu... ada ler pihak yang cuba nak selamatkan dia dari kemaluan. Aha... ini kes nak tutup kemaluan ler... Sayangnya, percubaan tak menjadi. Kalau macam kes Lynas.... sebelum mala petaka berlaku, bolehlah kita nak selamatkan. Aha... kita nak selamatkan rakyat, jadi kita ambil langkah membantah untuk mencegah sebelum terjadi mala petaka, nauzubillah... But, kes kebodohan Najib.... udah terdedah. Mana mungkin dapat diselamatkan lagi. Semua orang udah tau. Najib bodoh... 'PM Malaysia pada tahun 1986 ialah Tun Hussein Onn.' Pulak tu, dia buat kenyataan tu, dengan nada amat konfident. Terkezut Tun Hussein dari dalam kubor. " Aku PM pada 1986?? Biar betoi anak Razak ni?? Kah kah kah kah.... Najib.... Najib.... Yang Sinar Harian ni pun satu hal. Udah Najib bangang, dia pulak nak jadi bangang sama. Nak jadi macam Utuseks Meloya pulak dah. Benda udah terdedah, ko nak selamatkan, apa ke jadah?? Seantero Malaysia sudah tahu.... Baca sini. |
Ouchhh!! Cluster bomb akan jatuh?? Posted: 23 Jun 2012 10:05 PM PDT Dengor khabor... puak-puak UMNO termasukler kaplanyer si Najib Razak bukan main ketawa besor lagi sejak dua menjak ni, gara-gara tindakan si Rafizi. Mengekek-ngekek demer weh.... seronok ya amat, kononnya PKR/Pakatan Rakyat Selangor sedang haru-biru. Habisler PR Selangor.... Bungkuih ler PKR. Selangor kita punyer!! Ishhh... isshh.... issshhh.... seronoknyer demer. Seronok, ya?? Selangor, komer punyer?? Hahahahaha.... ketawaler komer. Ketawaler bebanyak lagi. Ketawaler guling-guling tapi awas..... jangan lepas tu komer pening, terguling dan terkencing!! Rafizi letak jawatan bukan apa.... Letak jawatan, sebab dia ada misi yang lebih bermakna dan lebih utama. Gempak punya misi, beb. Sasarannya.... lu orang. Jaga-jaga.....!! Hahahahaha.... Ada orang kata Rafizi sedang bersiap sedia nak pasang 'BOM JANGKA' hadiah buat UMNO Selangor. Ada juga kata dia sedang merancang nak jatuhkan 'BOM KLUSTER'. Huhuhuhu.... Bukan sorang UMNO Selangor jer yang akan kena tempias bom ini tetapi ramai. Kerajaan UMNO/BN pun tak terkecuali, ya?? Tunggu.... Booommm... booomm.. booommm..... Tergolek dog, lu orang, wa cakap lu. Kah kah kah kah kah.... Banyak UMNO yang akan terguling kesakitan. Entah-entah, ada yang terputus nyawa. Innlillahiwainnailaihirojiun.... in advance. Sesiapa yang terkena tu, padan mula lu orang!! Yaahooo....!! PRU dah dekat.... Bom akan melotop!! Rafizi sedang bersiap sedia nak pasang 'BOM JANGKA' Mampuih UMNO/BN!! |
Dengor tu... Jatuhkan UMNO/BN lebih penting Posted: 23 Jun 2012 08:05 PM PDT TV3 suku, RTM dan semua media pencacai UMNO, baik elektronik, mau pun tak elektronik tu, memeng suka mengumpat dan buat spekulasi. Usah risor ler... Rafizi tetap komited dan fokus dengan perjuangan menuntut hak dan keadilan bersama-sama rakyat. Nak menang dalam perjuangan tu.... kena jatuhkan UMNO/BN terlebih dahulu, Aha... dia set itu sebagai prioriti utama dalam schedule dia. Go Rafizi Go!! Anak muda bersama kamu!! |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan