Ahad, 24 Jun 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kerana terdesak.. UMNO Johor guna budak Sekolah untuk edar risalah di Masjid.. ini risalahnya..

Posted: 24 Jun 2012 05:00 AM PDT


Risalah propaganda memburukkan Pakatan Rakyat ini telah diedarkan di Masjid Jamek Besar Mersing pada 22 June 2012 iaitu Jumaat yang lalu..


Menurut seorang sahabat yang mengirim melalui e-mail gambar-gambar risalah propaganda UMNO/BN ini ianya telah diedarkan oleh seorang kanak-kanak yang masih bersekolah kepada orang ramai yang menunaikan Solat Jumaat di Masjid tersebut.


Menurut beliau, ayahnya yang menunaikan solat jumaat di Masjid tersebut tidak mempunyai niat untuk mengambil risalah propaganda ini tetapi Ayahnya mahu mendapatkan poster zikir yang diedarkan oleh kanak-kanak sekolah tersebut.

Malangnya di dalam gulungan poster zikir tersebut disembunyikan tiga risalah politik yang jelas adalah risalah propaganda UMNO/BN Johor.


Jika dikatakan Johor adalah kubu kuat buat UMNO, kenapa mereka malu untuk mengedarkan secara terus tanpa berselindung dibalik gulungan poster zikir tersebut?

Kenapa ahli UMNO Johor mempergunakan kanak-kanak sekolah untuk mengedarkan propaganda murahan mereka itu? Sedangkan mereka mendakwa Johor adalah kubu kuat buat UMNO… jadi berbanggalah…

Tindakan mereka ini jelas menggambarkan betapa terdesaknya UMNO dalam cuba untuk mengekalkan Johor sebagai kubu kuat mereka..

Demi mengekalkan Johor sebagai kubu kuat UMNO mereka tanpa segan dan silu mempergunakan Masjid untuk mengedar risalah politik.. menggunakan kanak-kanak Sekolah untuk mengedarkan risalah politik mereka..

 Semoga selepas PRU13 ini.. Johor akan menjadi KUBU+R buat UMNO hendaknya….

Presiden Ceupacs ni dah jadi agen UMNO ka?

Posted: 23 Jun 2012 10:30 PM PDT


Nampak tak apa Presiden Ceupacs kata kat laporan mStar di atas.. dia kata Wakil Cuepacs negeri sudah cuba menghubungi pembantu Ketua Menteri untuk mengatur pertemuan, namun usaha itu gagal kerana tiada langkah susulan dibuat daripada kerajaan negeri termasuk alasan Ketua Menteri sibuk


Padahal menurut Pembantu Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Nor Diana Mohd Zabidi, tidak ada seorang pun pegawai  di Pejabat Ketua Menteri ada menerima permohonan daripada Omar untuk berjumpa dengan Guan Eng.

Apa tujuan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman mengeluarkan kenyataan begitu rupa?

Satu kenyataan yang memberikan persepsi kurang baik buat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang..

Atau mungkinkah dia juga sudah menjadi agen UMNO/BN yang baru pula untuk memburukkan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang?

Baca kenyataan media dari Pejabat Ketua Menteri ni..

 Kenyataan sepenuhnya..

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berasa kecewa dengan kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di bawah kepimpinan Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng bersikap dingin dengan tidak mahu berjumpa dengan Datuk Omar Osman untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan penjawat awam.

Pejabat Ketua Menteri telah membuat siasatan dan mendapati bahawa Datuk Omar Osman tidak pernah menulis surat untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dan tidak ada mana-mana pegawai daripada Pejabat Ketua Menteri yang menerima permohonan Datuk Omar Osman untuk berjumpa dengan Ketua Menteri.

Selama ini, Ketua Menteri adalah rakan seperjuangan kepada Kesatuan Pekerja dan telahpun berjumpa dengan Persatuan-Persatuan Sekerja seperti MTUC dan NUBE.

Malah Kerajaan Negeri pun telah melantik bekas Presiden MTUC, Syed Syahir Syed Mohamud sebagai senator baru- baru ini. Oleh itu tidak ada masalah untuk Cuepacs atau Datuk Omar Osman untuk berjumpa dengan Ketua Menteri.

Dakwaan Datuk Omar bahawa pegawai daripada pejabat Ketua Menteri enggan mengaturkan perjumpaan atas dakwaan Ketua Menteri sibuk adalah tidak berasas.

Adalah diharapkan Datuk Omar Osman boleh mendedahkan nama pegawai daripada pejabat Ketua Menteri yang kononnya enggan mengaturkan perjumpaan tersebut.

Kenyataan sedemikian yang tidak berasas memang diduga kalau Datuk Omar Osman memakai topi sebagai Presiden KUPEKMAKS (Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia) tetapi tidak boleh diterima kalau Datuk Omar Osman berucap sebagai Presiden Cuepacs.

Nor Diana binti Mohd Zabidi
Pembantu Khas kepada Ketua Menteri

Sebab-sebab Rafizi dibenar meletak jawatan - PKR Selangor

Posted: 23 Jun 2012 08:34 PM PDT


Berikut adalah dua sebab utama Rafizi Ramli dibenarkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor seperti yang dinyatakan oleh MB Selangor dan Ketua Penerangan PKR Selangor..

Sebab yang pertama menurut MB Selangor.. Rafizi mahu menyusahkan UMNO/BN dengan memberi tumpuan penuh terhadap  perancangan untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sebab yang kedua pula menurut Ketua Penerangan Selangor.. Rafizi juga mahu menyusahkan UMNO/BN lagi... Rafizi  memberi tumpuan kepada siasatan  skandal terbaru yang jauh lebih besar daripada isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti dedahkan sebelum mendedahkannya kepada umum...

Laporan berkaitan..

Rafizi mahu tanding PRU13

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, punca Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerana mahu memberi tumpuan penuh terhadap  perancangan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Beliau berusaha menjadi Ahli Parlimen, oleh itu, beliau tidak mahu banyak persoalan yang timbul, dan mahu bertindak secara individu," katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas peletakan jawatan Rafizi yang dikatakan ada kaitan dengan dakwaan wujud krisis dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri dan Rafizi tidak mempunyai sebarang krisis kerana kedua-duanya bertindak secara profesional.

Abdul Khalid berkata, Rafizi mahu menjadi seseorang yang bebas menyuarakan pendapat dan tidak lagi terikat sebagai kakitangan Kerajaan Negeri.

Ketika ditanya sama ada beliau telah membuat keputusan siapa pengganti Rafizi untuk jawatan tersebut, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak perlu berbuat demikian kerana mahu menumpukan kerja-kerja menghadapi PRU13.

PKR Selangor: Tunggu 'bom jangka' terbaru

SHAH ALAM - Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei menegaskan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada pendedahan terbaru skandal terbaru  membabitkan Umno Selangor.

Katanya, faktor itu jugalah yang menyebabkan Rafizi meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan menafikan ia berpunca akibat perpecahan dalam parti.

Menurutnya, Rafizi direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada siasatan sebelum mendedahkan skandal terbaru yang jauh lebih besar daripada isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti dedahkan  sebelum ini.

"Tiada perpecahan, itu spekulasi. Rafizi direhatkan untuk mencipta 'bom jangka' yang lebih besar. Sebelum ini beliau menanggung bebanan berat kerana terpaksa buat dua kerja dalam satu masa tetapi kali ini, beliau akan fokus  sebagai pengarah strategi dan unitnya beroperasi secara sistematik," katanya.

Shuhaimi berkata, pendedahan terbaru itu juga pasti menjejaskan Umno dan Barisan Nasional.

"Umno Selangor tunggu sahaja kerana kita mempunyai bahan dan ramuan yang baik untuk memastikan kali ini kepimpinan Umno Selangor, bermula dengan Pengerusi hingga ahli jawatankuasanya terkena dengan 'bom jangka' itu," katanya.

Kedua-dua laporan datangnya dari Sinar Harian

Najib ketawa sebab PKR Selangor dikatakan bergolak.. Ketawalah lagi Najib.. UMNO Perlis dah berpecah ni..

Posted: 23 Jun 2012 06:00 PM PDT


Dalam satu sidang media Najib tertawa apabila ditanya mengenai pergolakan yang kononnya ujud dalam PKR Selangor.

Jawabnya " Ha..ha..ha.. Nampak yang.. mutakhir ni nampak ada perpecahan yang agak seriuslah pimpinan PKR diperimgkat Selangor..aaa.. kalau tidak takkan tiba-tiba ada orang yang letak jawatan.. gara-gara.. kita dengar..

"Saya percaya orang ramai dan rakyat boleh membuat pertimbangan sebab yang penting dalam kita menentukan siapa yang jadi pilihan kita ialah mana satu parti.. aaaa.. yang boleh menentukan bukan saja kelangsungan pentadbirannya tetapi pentadbiran yang stabil.. aaa. Pentadbiran yang kukuh… aaaa.. banyak sangat aaaaa lah Najib ni.. korang tengoklah video sidang media tu di ( SINI )

Najib ketawa pasal PKR Selangor dikatakan bergolak... tak apa.....

Bergolak itu cuma dikatakan.. tapi yang aku tahu cuma berbeza pendapat. ada sikit macam UMNO.. satu pihak mahukan peruntukan dari Kerajaan Negeri digunakan manakala satu pihak lagi tak mahu bagi..

Berbeza pendapat itu sihat buat sebuah demokrasi yang menjadikannya tidak sihat ialah bila terlalu banyak pemimpin yang 'Gila nak bercakap' pantang ada reporter hulur mike.. terus dia bercakap..

Woit!! Ketua Penerangan dah pi mana? 

Bila semua gila nak keluarkan kenyataan maka sudah pasti ada percanggahan... maka kelihatanlah ia seperti pergolakan..

Kalau Najib mentertawakan pergolakan itu.. mari kita pakat gelak pulak kat Najib.. nih laporan ini mengatakan perpecahan bukan pergolakan tapi perpecahan masih wujud dalam UMNO Perlis...


Laporan sepenuhnya..

Perlis diambang kejatuhan

KANGAR: Seorang pemimpin veteran Umno Perlis meramalkan BN akan tumbang dalam pilihan umum ke 13.

Bekas Ketua Penerangan negeri, Datuk Hashim Suboh berkata, pertelagahan sesama pemimpin dan wakil rakyat Umno yang tercetus sejak 2008 belum berakhir.

"Menteri Besar Datuk Seri Mohd Isa Sabu belum mengambil sebarang langkah untuk merapatkan semula hubungannya dengan pemimpin lain.

"Beliau harus ingat musuh beliau bukan Shahidan seorang.  Mana-mana ADUN yang tidak dilantik semula itu adalah musuh-musuhnya.

"Lagi pun, Mohd Isa seorang pemimpin yang lemah dan tiada kebolehan," kata penyokong kuat bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim.

Kumpulan Shahidan


Perpecahan Umno Perlis bermula selepas pilihan raya umum 2008,  apabila Shahidan tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar.

Selepas menjadi Menteri Besar, Mohd Isa membuat rombakan kabinet  negeri dengan mengetepikan  penyokong kuat Shahidan.

"Bohong jika mengatakan Umno Perlis kuat," kata Hashim.

"Jika ada kenyataan seperti itu, sama ada kepimpinan negeri menipu atau pemimpin Pusat tidak mengambil peduli Umno Perlis."

Hashim menambah, mesyuarat Umno berkelompok Umno  Kangar baru-baru ini boleh dijadikan ukuran.
"Ketua-ketua cawangan yang datang tidak sampai 50 peratus,  Wanita (60 peratus) manakala Pemuda dan Puteri sekitar 20 hingga 30 peratus.

"Perlis di ambang kejatuhan," katanya lagi - Free Malaysia Today


Pinjam kata-kata Najib dalam sidang Media tu... "Saya percaya orang ramai dan rakyat boleh membuat pertimbangan sebab yang penting dalam kita menentukan siapa yang jadi pilihan kita ialah mana satu parti.. aaaa.. yang boleh menentukan bukan saja kelangsungan pentadbirannya tetapi pentadbiran yang stabil..

Jadi...pilihlah ya.. dalam PKR dikatakan ada pergolakkan tapi dalam UMNO ada perpecahan.. yang mana lebih stabil??

Mahu menyelamatkan air muka Najib, Sinar padam kenyataan ini.. tapi kantoi..

Posted: 23 Jun 2012 09:29 AM PDT


Jika diperhatikan print screen Sinar Harian di atas yang di highligtkan dengan warna biru itu ialah.. "Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn.

Itu adalah kata-kata Najib yang buta sejarah  pada tahun tersebut Perdana Menteri adalah Tun Mahathir..

Apabila berita atau laporan dari Sinar Harian ini mula tersebar dan disiarkan oleh banyak Blog dan juga menjadi bahan jenaka di laman Facebook.. tiba-tiba.. laporannya telah bertukar..

Kata-kata Najib yang membuktikan kepada kita bahawa beliau adalah seorang Perdana Menteri yang buta sejarah iaitu  "Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn... telah dipadamkan..

Tak percaya?? lihat di bawah.. carilah kalau ada lagi..


Dah tak ada bukan??

Demi menyelamatkan maruah Najib yang jelas buta sejarah itu Sinar Harian telah memadamnya.. arahan siapa agaknya??

Bagaimanapun tindakan Sinar Harian yang mahu menyelamatkan maruah Najib itu telah digagalkan oleh UMNO Online pula.. he..he..he.. tengoklah video di bawah ini... pada minit 6:58..


Perkara ini telah disedari oleh Yong Suka Kuning.. lihatlah di ( SINI )

Tiada ulasan: